Sunday, July 20, 2008
HARI TERAKHIR UNTUK PANDANGAN
KUOTA BIASISWA
Thursday, July 17, 2008
ANWAR IBRAHIM
Pemuda mengalu alukan tindakan tersebut. Pemuda telah muak, loya, jemu, juak dengan gelagat, penipuan dan fitnah yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim sejak dibebaskan.
Pemuda akan menerima apa saja keputusan yang bakal dibuat, setelah selesai proses siasatan. Berilah kepercayaan penuh kepada pihak polis dan forensik.
Anwar sama seperti kita, tidak kebal dari undang2. Tidak perlu berdemostrasi, tidak perlu membuat andaian membuta tuli. Biar lah masing2 menjalankan tugas masing2, baik polis, peguam, yang menuduh dan yang dituduh, harap2 yang benar akhirnya akan menyusul.
Anwar dan penyokongnya akan mengatakan ini adalah konspirasi politik. Mereka akan mengaitkan dengan peristiwa 1998. Mereka akan menggunakan demostrasi jalanan. Mereka akan memburuk burukkan polis, hakim, pendakwaraya, pihak forensik dan lain2 yang terlibat. Jadi, bersiap sedialah sekali lagi menghadapi 1998!
Amerika akan masuk campur, begitu juga beberapa negara sekutu yang lain. Mereka akan mengecam Malaysia dan kerajaan. Pemimpin2 besar yang rapat dengan Anwar akan bersuara mengatakan kerajaan menganiaya dan sebagainya.
Pemuda yakin polis telah melakukan yang terbaik dan betul. Sama2lah kita sokong tindakan ini. Jangan biarkan negara kita dicucuk hidung oleh orang lain. Jangan biarkan campurtangan orang luar di dalam menyelesaikan masalah ini. Ini masalah kita, biar kita yang selesaikan dengan kaedah dan undang2 yang telah kita junjung selama ini. Tepuk dada, tanya selera..
Wednesday, July 16, 2008
PERTANDINGAN MKT
SELINGAN 4
Pemuda puji keberanian Menteri Penerangan berdepan dengan ikon pembangkang yang juga bercita cita menjadi Perdana Menteri Malaysia, yang juga menghadapi tuduhan liwat buat kali yang kedua.
Walaupun debat minyak agak tersasar keluar dari tajuk dan tiada hujjah2 yang belum pernah kita dengar, namun ianya tetap menghiburkan. Ianya lebih berkisar kepada isu politik, sindir menyindir dan ungkit mengungkit.
Pemuda mempunyai pendapat sendiri, tapi anda bagaimana?
Harga Barang Naik
Saya berkesempatan bertemu dengan akar umbi 2 hari lepas di kampung. Rata2 merungut akan kenaikan harga barang. Setong gas naik sampai RM1, garam naik 20 sen, simen naik hingga RM18, tambang bas sekolah naik 50 sen satu kepala dan pelbagai lagi kenaikan harga barang.
Yang disalahkan dan alasan yang diberi oleh peruncit dan peniaga ialah kerana kos penghantaran oleh pihak pemborong, yang dikaitkan dengan harga minyak.
Pemuda berharap, pihak yang berkenaan termasuk menteri dan pegawai terbabit supaya turun padang dan berilah penyelesaian yang realistik kepada masalah rakyat tersebut.
Saturday, July 12, 2008
PERALIHAN KUASA 2
Tuesday, July 8, 2008
SELINGAN 3
Itulah perasaan sebenar pemuda terhadap perkembangan politik terkini.
Lapuran polis dan akuan bersumpah dah jadi macam goreng pisang! Tuduhan, penafian, tarik balik, sidang akhbar sana sini, dah jadi macam rojak. Perjuangan sebenar entah kemana. Barang makin naik, ekonomi negara terancam.
Kerana apa? Kerana KUASA! Sebenarnya adalah kerana kerakusan individu2 tertentu untuk mendapatkan KUASA, melebihkan KUASA, takut hilang KUASA dsbnya, tapi kerana KUASA!
Pemuda mahu kedepan. Pemuda sayang negara yang telah dibina selama ini akan berkecai kerana pemimpin yang terlalu gila KUASA!
Pemuda memohon rakan2 semua, biarlah si Luncai dengan labu2nya. Teruskan kita jaga negara kita. Ancaman luar lebih besar. Bersatu lah demi kepentingan negara tercinta.
Monday, July 7, 2008
SEMINGGU YANG LUARBIASA
Saturday, July 5, 2008
HOMOSEKS
Sunday, June 29, 2008
Selingan 2
Sekali lagi 'pisang berbuah dua kali'. Saya beranggapan ianya akan berbuah untuk kali yang ketiga, keempat dan seterusnya, serta ada juga masa pisang berbuah orang tak tahu.
Pemuda memohon pihak berkuasa dan yang berkenaan agar melakukan siasatan terperinci terhadap lapuran polis yang telah dibuat. Pemuda mempunyai penuh keyakinan terhadap pasukan polis dan kewibawaan pihak hospital di dalam menyediakan lapuran kesihatan.
Pemuda berharap, orang yang membuat lapuran tersebut tidak di aniaya dan tidak di ugut oleh mana2 pihak serta diberi perlindungan sewajarnya oleh pihak polis.
MCA
Pemuda tabik MCA. Pemuda tabik Ong Ka Ting dan Chan Kong Choy. Pemuda berharap MCA akan terus kukuh dan menjadi rakan sejati UMNO di dalam BN, walau siapa pun yang bakal mengambil alih.
Pemimpin MCA telah mengambil kira kehendak akar umbi, kehendak ahli parti mereka. MCA tahu sekiranya peralihan ini tidak dibuat sekarang, masanya mungkin sudah terlambat. MCA mungkin sudah tidak relevan lagi pada PRU13.
Bravo MCA. Parti2 lain bila lagi?
Lapuran 'Kontrak Sosial' Majlis Peguam: Fakta dimanipulasi dan tafsiran sempit
Penganalisa politik Dr. Farish A. Noor pagi ini menghina UMNO sebagai “Memomokan orang Melayu bahawa mereka diancam” agar parti nasionalis Melayu untuk terus mengamalkan politik “Memberi perlindungan kepada orang Melayu seolah olah orang Melayu ini binatang, yang sentiasa memerlukan perlindungan. Binatang ternakan (ayam, itik, kambing) perlu dilindung dan akhirnya akan disembelih”.
Beliau mengatakan demikian dalam pengulungan program Forum Kontrak Sosial anjuran Majlis Peguam di Auditorium Majlis Peguam, Lebuh Pasar, Kuala Lumpur. Beberapa ahli Pemuda UMNO yang hadir bangkit, meminta laluan cuba mencelah dan secara tegas menegur Dr. Farish yang dianggap keterlaluan dan ketelanjuran bahasa. Dr. Farish walaubagaimanapun tidak pula menarik balik atau meminta maaf.
Sebelum itu, beliau menegaskan bahawa kerakyatan warga Malaysia dan konsep sistem politik negara ini ditubuhkan adalah sebagai 'maya' (artificial). Maka ‘Kontrak Sosial’ yang diujudkan “Secara maya' adalah alasan untuk mengekalkan konsep ‘bukan nyata’ (vague) seperti kewarga negaraan untuk menentukan bahawa rakyat mempunyai sifat ‘kekitaan’ (sense of belonging)". Oleh itu, beliau menjelaskan bahawa ‘Kontrak Sosial’ boleh di’ubah semula’.
Dr. Farish yang kini Fellow Kanan Fakulti Sains Politik Rajaratnam Universiti Nanyang Singapura juga menolak bagaimana sistem politik Malaysia yang berdasarkan menjaga kepentingan dan menurut kaum yang beliau anggap sebagai ‘pemerintahan berpuak’ (sectarian rule).
Forum dimulakan dengan pembentangan kertas kerja oleh Dr. Mavis Puthucheary yang mengatakan sebenarnya UMNO tidak mendapat mandat rakyat seluruh negara untuk merundingkan ‘Kontrak Sosial’, yang beliau dakwa sebenarnya tidak ujud dan sengaja diada adakan. Konsep ‘Ketuanan Melayu’ yang pertama kali digunakan oleh Mantan Setiausaha Politik Perdana Menteri Ke II Dato’ Abdullah Ahmad (sekarang Tan Sri) di Singapura pada 1986 merupakan sesuatu yang sengaja diada adakan untuk menentukan kuasa Melayu pada UMNO terus relevan.
Beliau juga menegaskan bahawa konsep ‘Kongsi Kuasa’ yang diamalkan Kerajaan Perikatan, kemudian Barisan Nasional membatasi prinsip pemerintahan demokrasi. Oleh itu, ‘Kontrak Sosial’ sebenarnya tidak ujud.
Mantan MP DAP bagi Petaling Jaya Dr. Kua Kia Soong pula menegaskan bahawa “Ketuanan Melayu” merupakan imaginasi ‘politikus yang mengambil kesempatan’ (political carpet baggers) dan pejuang Kemerdekaan sebenar merupakan golongan berhaluan kiri seperti Independent Malayan Party, Angkatan Pemuda Insaf dan pengganas seperti Parti Komunis Malaya. British bersetuju memberikan Kemerdekaan Malaya kepada UMNO kerana mereka bersifat lebih pro-British. Beliau mendakwa bahawa Parti Perikatan merupakan suatu yang diujudkan British untuk agenda Neo Colonialist.
British, yang memulakan penyusunan semula masyarakat semasa darurat melalui sistem ‘kampung baru’ (new village) disifatkan Dr. Kua sebagai ‘Kem Tahanan’ (concentration camps) dan merupakan agenda untuk menentukan orang keturunan Cina sentiasa dalam keadaan ‘dikawal’.
Dr. Kua masih lagi mempertahankan bahawa UMNO merupakan golongan ‘samseng’ (hoodlums) dan peristiwa berdarah rusuhan kaum 13 Mei 1969 merupakan angkara ‘samseng’ (hoodlums) dalam UMNO. Peranan DAP menghina orang Melayu Kampung Baru pula tidak langsung disebut sebagai punca rusuhan itu. “Kuasa pada Melayu wajar dikurangkan dari masa ke semasa (Malay control should be reduced in time)” dan mengutarakan konsep “Malaysian, Malaysia”. Dr. Kua juga menyifatkan sistem yang diamalkan oleh pemerintahan yang diterajui UMNO sebagai ‘Fasis’ (Facist).
Pembangunan ekonomi orang Melayu selepas Merdeka pula disifatkan sebagai “Kelas Kapitalis Negara Melayu” (Malay State Capitalist Class), terutama selepas keujudkan MARA, Bank Bumiputra, Tabung Haji selepas Kongress Ekonomi Bumiputra I (1965) dan II (1966). Beliau juga membangkitkan mengenai ITM, program Asasi Sains UM dan Matrik USM.
Peguam terkenal Tommy Thomas, sebagai panelis ketiga tidak bersetuju dengan kedua panelis awal ini dan menjelaskan bahawa ‘Kontrak Sosial’ merupakan elemen penting ("Striking feature") dalam Perlembagaan Tanah Melayu dan mencadangakan bahawa sejarah dikaji dengan perjalanan dan tafsiran yang betul. Peranan Raja Melayu dalam proses Kemerdekaan juga perlu diambil kira.
Beliau menyanggah hujah bahawa UMNO dan perikatan bersama MCA dan MIC tidak mewakili aspirasi rakyat Malaya. Perikatan yang mendapat mandat 51 dari 52 kerusi dalam Pilihanraya Umum 1955 dan undi popular 80% merupakan manifestasi jelas bahawa kerjasama akrab tiga pihak ini membuahkan ‘Kontrak Sosial’ yang dipersetujui antara Tunku Abdul Rahman Putra, Dato’ Razak Hussein, Dato’ Dr. Ismail Abdul Rahman, Dato' Panglima Bukit Gantang Hj. Wahab dengan Tan Cheng Lock, Col. H.S. Lee dan V. T. Sambathan. Ianya merupakan sesuatu yang benar dan selesaian kepada kemelut isu isu tertentu setiap kaum, yang diterima British sebelum Kemerdekaan dicapai, termasuk soal kerakyatan kaum immigran. Proses untuk mengesahkan kerakyatan juga dipermudahkan.
“Hanya sebab ‘Kontrak Sosial’ tidak boleh didefinisikan hari ini, tidak bermakna ianya tidak ujud (Just because Social Contract is undefinable today, doesn’t mean it did not exist)” dan memberi tafsiran sebagai “Perundingan (tawar menawar) yang berjaya dicapai antara tiga kaum dibawah pemerhatian British (Bargain reached by the three communities under observation of the British)”.
“‘Roh Kontrak Sosial’ ujud yang (dimanifestasikan dalam bentuk beberapa artikel) dalam Perlembagaan Tanah Melayu merangkumi keperluan orang Melayu tidak diabaikan, tiada penindasan kaum, tiada pemecahan negara (partition) dan sebagai balasan, orang Melayu meminta Bukan Melayu memberikan taat setia tidak berbelah bagi kepada Negara”.
Thomas menjelaskan bahawa ‘Kontrak Sosial’ diperkukuhkan lagi dengan kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia dan ianya berlaku sedikit perubahan menjelang Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan pada 1971. Walaubagaimanapun, semenjak PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menerajui Kepimpinan, ancaman keatas ‘Kontrak Sosial’ makin ketara dan lebih banyak diperbincangkan.
Forum hari ini menyaksikan bahawa ada pihak pihak yang sengaja memutar belitkan fakta dan sejarah dan memberikan tafsiran sempit, menurut kepentingan politik dan aspirasi mereka, hanya kerana mereka menentang DEB dan mahukan konsep “Malaysian, Malaysia” menjadi teras utama program pembangunan ekonomi dan pengagihan kekayaan, sebagaimana yang mula mula diketengahkan PAP dan kemudian diteruskan DAP sehingga hari ini.
KETUANAN MELAYU - FORUM MAJLIS PEGUAM
Pemuda tidak rela hak dan keistimewaan Melayu di bincang atau disoal oleh bangsa lain kecuali bangsa Melayu sendiri, terutama secara terbuka.
Pemuda mempersoalkan kenapa forum ini dibenarkan oleh pihak berkuasa yang bersikap tidak sensitif kepada perasaan orang MELAYU.
Pemuda UMNO memberi amaran keras kepada mereka yang cuba mempersoal hak dan keistimewaan orang Melayu, bakal menerima kesan dan akibat dari perbuatan mereka.
Pemuda mencadangkan agar pihak Majlis Peguam membincangkan isu2 tertunggak berkenaan hal ehwal mereka daripada membincangkan hak dan keistimewaan orang Melayu.
Thursday, June 26, 2008
PETRONAS atau apa di sebaliknya?
Lebih dari 40% pendapatan negara datangnya dari PETRONAS sejak berpuluh tahun lalu. Malaysia membangun hasil dari sumbangan tersebut. Sekiranya kita tiada PETRONAS, sudah tentu negara kita tidak akan berada seperti hari ini. Negara kita akan bangkrap, lama dulu.
Rakyat tidak semua akauntan, tidak semua berpendidikan tinggi, tidak semua tinggal di bandar2 besar dan tidak ramai memahami dunia perniagaan petroleum antarabangsa. PETRONAS adalah syarikat ke 250 di dalam dunia, yang terbesar. Majoriti rakyat tidak memahami industri minyak dunia pun. Oleh itu, kita jangan berharap yang rakyat akan sedar apa yang patut di dedahkan.
Akhirnya kerajaan akan menanggung persepsi yang ditimbulkan oleh isu ini. Kerajaan akan dianggap zalim menindas dan boros serta macam2 lagi. Akhirnya PETRONAS akan di rombak, akan kucar kacirlah pentadbirannya. Akan ada perubahan pucuk pimpinan PETRONAS, itu kah agendanya?
Pemuda percaya ada agenda yang lebih besar di sebalik isu meminta keterbukaan PETRONAS. PETRONAS berada di sekitar no 250 dari 500 syarikat terbesar dunia. PETRONAS bersaing secara langsung dengan gergasi minyak lain seperti BP, SHELL, ESSO, TOTAL dsbnya. PETRONAS beroperasi di lebih 36 negara lain. PETRONAS adalah syarikat negara Islam. 70% simpanan minyak dunia berada di negara2 Islam. Siapa yang untung di dalam persaingan ini sekiranya PETRONAS bergolak?
Dengan harga minyak melambung tinggi tanpa henti, dan lemahnya PETRONAS, ia tidak mampu lagi bersaing di peringkat antarabangsa. Itulah yang dikehendaki oleh mereka. Pemuda berharap kerajaan lebih berwaspada di dalam menangani kehendak segelitir yang mahu PETRONAS ditelanjangkan. Ini bukan isu rakyat. Jangan dibuka pekong di dada. Tepuk dada, tanya selera..
Tuesday, June 24, 2008
HINDRAF, siapa yang PERKAUMAN?
Saya tulis apa yang di MUKA 3..
"Deepavali Message 2007
50 years of Merdeka and
50 years of Deepavali but
No Merdeka for Malaysian Indians
50 years of marginalisation and discrimination of Indians under the neo colonialist UMNO led Government and with no or very little support from opposition, NGO and media leaders. We have to stand up and fight for own legitimate rights through Ghandian style peaceful means. End Malay Privileges and Islamic extremism and abide by Federal Constitution which would in itself end racial polarisation and enhance nation unity. Stop beating around the bush!"
Tepuk dada, tanya selera..
Monday, June 23, 2008
SELINGAN
Ada yang berpendapat, sekiranya Ezam betul betul nak diterima UMNO, beliau perlu melakukan beberapa perkara antaranya ialah:-
1. memohon maaf secara terbuka kepada semua ahli UMNO atas kesalahan beliau yang lampau. (ahli yang meninggal macam mana pulak ye..)
2. beliau perlu buat 'roadshow' keseluruh negara menjadi penceramah UMNO, menerangkan kepada orang UMNO dan rakyat akan keikhlasan beliau dan kenapa keluar PKR
3. beliau perlu secara terbuka menyatakan yang beliau masuk balik UMNO bukan hendakkan jawatan, malahan sekiranya ditawarkan pun akan ditolak. dan macam macam lagi cadangan dan saranan yang kami terima.
Anda macam mana?
Hak Istimewa Orang Melayu
Orang Melayu sememangnya pun dilindungi oleh Perlembagaan iaitu Perkara 153 dan hak2 mereka tidak akan terjejas kecuali jika perlembagaan tersebut dipinda.
Yang masalahnya, mereka yang menguruskan Perlembagaan tersebut yang tidak faham, takut, tidak peka, malu, bebal, tidak kisah dsbnya lagi, di dalam melaksanakan Perkara 153 tersebut. Dan yang lebih menyedihkan lagi, pengurus pengurus tersebut kebanyakannya terdiri dari orang Melayu sendiri.
Orang bukan Melayu memang berhak memperjuangkan hak2 mereka juga. Tapi buat lah dengan cara yang lebih teratur supaya tidak menaikkan kemarahan orang Melayu. Banyak cara boleh guna selain dari tunjuk perasaan, berarak tak tentu pasal dan minta yang bukan bukan macam la orang melayu semua ni dah kaya raya jadi jutawan!
Jadi, kepada pengurus2 Perlembagaan 153 tersebut, termasuk lah pegawai pegawai kerajaan, badan berkanun, GLC dan agensi2 yang lain termasuk pihak kerajaan sendiri, Pemuda berharap jangan la malu dan segan untuk melaksanakan Perlembagaan Perkara 153, ianya tidak salah dan tidak melanggar undang undang pun!
Kehakiman
Pemuda tidak faham apa isu kehakiman yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak. Setahu pemuda apabila kita ke akar umbi, tidak ada pun isu ini ditimbulkan oleh rakyat, sejak dulu hingga sekarang.
Yang dok menyalak sana sini saban hari ialah Karpal Singh, Ambiga dan konco konco mereka termasuklah ada di antaranya orang besar kerajaan kita.
Yang dibuat ialah kerja mengorek peristiwa yang lepas. Semua menyanyi dan menari ikut Karpal dan Ambiga. Semua ke arah memburukkan kerajaan yang lepas, yang UMNO jugak pun.
Ini bukan isu rakyat sebenar. Ini bukan isu cakap di kedai kopi. Ini isu yang dibuat buat oleh Karpal dan Ambiga, di taja oleh pembangkang.
Akhirnya memalukan diri sendiri. Daripada asyik korek sana korek sini, maaf sana maaf sini, kasi wang sana kasi wang sini, elok di lihat kes2 tertunggak yang melimpah ruah yang perlu diselesaikan. Baru la rakyat senang. Baru la nampak ada perubahan.
Pemuda ingin menasihati orang yang suka korek cari kesalahan orang lain ni lambat laun tidak akan mempunyai kuasa. Dan jangan lupa akan ada pulak pengorek pengorek lain yang akan pulang paku buah keras bila tiba masa. Jadi baiklah melangkah kehadapan. Toleh belakang untuk lihat ambil jadi teladan, bukan mencari kesalahan orang. Kadang2 yang dibuat dulu adalah berdasarkan keadaan masa itu. Jadi kalau lihat masa ini memang akan ada yang tak kena, ada yang tak berapa betul. Tak payah la berpatah balik 10, 20, atau 50 tahun untuk maju kedepan.