Thursday, June 19, 2008
SAPP, BN dan PRU13
Tuesday, June 17, 2008
Matematik UMNO..G7 atau G70 atau G700
Di mesyuarat Bahagian pula, selain dari G6 (Ketua, Timbalan, Naib, Ketua2 Pemuda, Wanita dan Puteri), akan dipilih pula 7 orang perwakilan (G7) yang dicalonkan di peringkat cawangan, untuk mewakili bahagian ke Persidangan Agung tahunan UMNO (tidak kira berapa ramai ahli UMNO bahagian tersebut). Kedua kumpulan ini di panggil G13 dan akan menjadi wakil kepada 191 bahagian UMNO seluruh Malaysia membahas, menyuarakan dan mengundi setiap tiba musim pemilihan seperti tahun ini. Jika dicongak secara pukul rata, 191 bahagian darab 13 orang perwakilan, menjadikan 2,483 perwakilan semuanya, tidak termasuk lebih kurang 50 ahli2 majlis tertinggi UMNO serta 30 perwakilan dari 3 sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.
Jadi jumlah penuh perwakilan yang akan menentukan halatuju UMNO serta menentukan Presiden yang automatik menjadi Perdana Menteri ialah lebih kurang 2,560 orang. Secara kasar hanyalah 0.08 peratus dari lebih 3 juta ahli berdaftar UMNO!
Satu perkara yang menarik juga ialah, mengikut rekod perwakilan sejak 10 tahun yang diperolehi, lebih 60 peratus nama2 ahli G13 yang timbul pada setiap tahun pemilihan adalah terdiri dari orang2 yang sama! Kecuali nama2 Ketua2 Pemuda dan Puteri, mereka ini terdiri dari rangkaian yang sentiasa menjadi perwakilan pada tahun memilih.
Persoalan yang timbul adalah, adakah wajar hanya 0.08 peratus dari lebih 3 juta ahli menentukan pucuk pimpinan parti? Dan apakah dengan jumlah perwakilan yang sedikit itu akan membuka ruang yang luas bagi pihak yang berkepentingan (dalam atau luar negara) untuk membeli atau membayar perwakilan di dalam menentukan siapa bakal menjadi Perdana Menteri yang akan datang?
Amat murah sekali kepada mereka yang berkepentingan untuk membeli perwakilan yang terdiri dari 2,560 orang! Jika RM1,000 seorang baru RM 2,560,000. Kalau RM10,000 seorang? Baru RM25,600,000. Sekiranya RM100,000 seorang, RM256,000,000 adalah terlalu kecil bagi sesebuah institusi negara asing untuk menakluk sebuah negara yang merdeka!
Untuk jawatan2 Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri pula, jumlah perwakilan hanyalah lebih kurang 800 orang. Oleh kerana individu yang dipilih menjadi perwakilan tidak membawa mandat sebenar ahli dan sekadar mengundi di atas kepentingan peribadi, maka terbuka luaslah peluang kepada calon2 yang berkepentingan untuk menggunakan apa jua cara untuk memastikan kemenangan! Ini termasuklah penggunaan wang ringgit secara melampaui batas!
Kepada mereka yang mempunyai aspirasi politik, belajarlah matematik UMNO. Walaupun ahli di akar umbi sememangnya sudah tidak hendakkan kepada seseorang pemimpin, tapi yang menentukan adalah perwakilan2 tadi. Ini lah sistem yang ada dan digunakan selama ini.
Persoalan ini pernah ditimbulkan di dalam perhimpunan agung beberapa tahun lalu tetapi sehingga kini belum mempunyai penyelesaian. Tiada cadangan yang mantap dikemukakan sebaliknya pelbagai alasan telah diketengahkan. Pemuda berharap ianya akan dapat dikaji semula. Samaada menambah jumlah perwakilan daripada G7 kepada G70, G700 atau pengundian di peringkat cawangan atau berbentuk referandum, ianya memerlukan perhatian setiap ahli UMNO. Tiada penyelesaian yang mudah kepada perkara ini, akan tetapi kita semua sedar akan permasalahannya.
Tepuk dada, tanya selera....
Sunday, June 15, 2008
Peralihan Kuasa
Ianya juga mengundang pelbagai persoalan dari pemimpin dan ahli UMNO serta tidak kurang dari rakyat biasa. Ini adalah kerana pada masa ini, semua orang sudah pandai berpolitik, tak kira ahli parti atau tidak. Sebab itu lah kita lihat ramai pengunjung laman weblog ini pun terdiri dari yang bukan ahli mana mana parti.
Apa yang dijelaskan oleh presiden UMNO sedikit sebanyak melegakan keresahan ahli serta kepimpinan UMNO. Namun tidak semua terjawab. Persoalan baru timbul iaitu bila?
Ia bakal meneruskan perdebatan, keresahan dan persoalan serta tandatanya.
Bagi Pemuda UMNO, peralihan kuasa ini lambat laun akan berlaku. Samaada sebelum Julai, pada Disember ini atau pada tahun tahun akan datang, ianya tetap akan berlaku.
Walau apa pun yang bakal berlaku, Pemuda UMNO tetap mengutamakan perpaduan di dalam parti dan bagaimana untuk membawa Pemuda UMNO terus kehadapan. Sememangnya seperti yang saya katakan sebelum ini, iaitu di dalam Pemuda UMNO pun mempunyai perbezaan pendapat, namun ianya tidak semestinya memecah belahkan kami sehingga lupa akan perjuangan dan halatuju Pemuda UMNO.
Adalah tidak adil sekiranya Pemuda UMNO mengambil satu ketetapan tertentu apabila terdapat perbezaan di antara kami. Oleh sebab itu lah sekretariat ini dan beberapa sekretariat lain ditubuhkan. Iaitu untuk mencari maklumat lanjut berkenaan sesuatu isu supaya kami boleh membuat keputusan yang bijaksana dan diterima pakai oleh semua.
Kami amat bersetuju kepada pelan peralihan kuasa tersebut. Tetapi kami juga bersetuju ia perlu dibuat di dalam keadaan yang tenang dan tenteram. Sememangnya ada suara suara di dalam Pemuda UMNO yang mendesak supaya ianya berlaku sekarang serta mengikut jangkamasa tertentu, dan ada juga yang tidak bersetuju, yang penting ianya sudah diperkata dan sudah didengar.
Bagi Pemuda UMNO, hanya tuan hak dan lebih 3 juta ahli UMNO sajalah yang boleh membuat keputusan. Rakyat boleh mengkritik, boleh mencadang, boleh mendesak, akan tetapi akhirnya ahli ahli UMNO lah yang akan menilai dan menentukan perkara tersebut. Pemuda UMNO tidak mempunyai kuasa lebih dari hanya menyuarakan apa yang telah dibuat.
Mesyuarat cawangan dan bahagian UMNO akan bermula tidak lama lagi. Ini adalah peluang dan ruang untuk ahli ahli UMNO berbuat sesuatu demi kepentingan parti. Kita tidak boleh melarang atau menyekat suara mereka. Ini lah keindahan UMNO. Kita harus percaya dan yakin, akhirnya, ahli ahli diperingkat akar umbi yang akan menentukan hala tuju parti ini.
Tepuk dada tanya selera..
Saturday, June 14, 2008
Kedudukan Istimewa Orang Melayu
'Kontrak sosial' yang dipersetujui ialah orang Melayu menerima penduduk tetap Tanah Melayu etnik Cina dan India (termasuk yang tidak dilahirkan ditanah air ini) sebagai warga Tanah Melayu, yang diberikan hak samarata seperti mengundi, bekerja, mendapat kemudahan perkhidmatan seperti kesihatan, keselamatan dan sebagainya, memiliki harta dan perniagaan. Sebagai timbal balas, mereka yang diiktiraf sebagai warga Tanah Melayu ini menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, Islam agama Persekutuan Tanah Melayu, taat setia kepada Raja dan hak hak istimewa orang Melayu, contohnya Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.
(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136
(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.
(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—
(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau
(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau
(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.
(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak. (9A) Dalam Perkara ini ungkapan "anak negeri" berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A. (10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.
Setelah persetujuan dan kesefahaman ini yang diusahakan oleh Kepimpinan UMNO ketika itu diperolehi oleh semua pihak, maka negara maju dibangunkan dalam keadaan aman, stabil dan harmoni. Sifat positif kenegaraan ini merupakan elemen terpenting yang membolehkan negara mencapai keadaan dan tahap sekarang, walaupun tempoh itu negara diancam dengan keganasan komunis, 'Konfrontasi' dengan Indonesia, tekanan kuasa kuasa besar tatkala kancah IndoChina memuncak, beberapa kali krisis ekonomi dan konflik dalaman politik.
Selama 50 tahun ini, negara berjaya memperolehi pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang mampan dan berubah dari pengantungan perusahan utama dan asas tani kepada perindustrian dan negara perdagangan global ke XVII terpenting. Kejayaan konsisten dan mampu dirancang ini semua menjadi asas dan dorongan agar negara mengorak langkah sebagai status negara maju, dalam dasar "Wawasan 2020" yang dilancarkan pada 1991. Kemakmuran tercapai kerana negara berada dalam keadaan aman, harmoni, stabil dan ini menjadi keadaan kondusif untuk aktiviti ekonomi dan sosial.
Kini, ada yang mempersoalkan kewajaran persetujuan dan 'kontrak sosial' ini dan mahukan kajian semula, yang dijangkakan akan berakhir sebagai penggubalan peruntukan asal Perlembagaan sewaktu negara ini ditubuhkan.
Tidak kurang juga, yang secara terbuka dan lantang mempersoalkan, malah melakukan provokasi mengenai hal dan hak istimewa orang Melayu. Keadaan berlaku apabila orang Melayu membincangkan mengenai hal dan hak mereka, ianya ditunding dengan nada 'perkauman' dan menggambarkan seolah olah negara mengamalkan dasar menindas dan diskriminasi apabila isu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) ditimbulkan.
Sebaliknya, apabila golongan Bukan Melayu ini mempersoalkan mengenai hal dan hak mereka, ianya tidak pula mereka anggap sebagai 'perkauman' dan apa dan cara mereka perbincangkan itu adalah "berpatutan dan mengamalkan hak demokrasi mereka". Ini makin menjadi rumit apabila media antarabangsa juga menyokong haluan dan usaha kumpulan minoriti ini, termasuk dengan nada dan acuan liberalism dan universal yang mereka agungkan, mempersoalkan bagaimana orang Bukan Islam dinafikan hak mereka mengamalkan kepercayaan mereka.
Persoalan sekarang, mengapa ada rakyat Malaysia sengaja memilih untuk sengaja tidak berlaku adil dengan perspektif kunun kunun bahawa sejarah itu "gagal" apabila bercakap mengenai isu sosio-ekonomi, sejarah dan kaitan hubungan harmoni dan kesefahaman antara kaum, yang sebenarnya menjadi asas negara ini berkembang maju sehingga tahap ini?
Perkembangan tidak produktif ini sebenarnya membawa orang Melayu beberapa tapak kebelakang. Pendidikan merupakan teras utama program membasmi kemiskinan dibawah DEB dan selama 37 tahun. Ia berjaya membawa begitu ramai orang Melayu yang asalnya dari luar bandar menjalani kehidupan yang lebih baik, selesa dan progressif.
Malangnya, tekanan demi tekanan dibuat dan baru baru ini Kerajaan membuat keputusan bahawa 45% dari biasiswa dan dana pengajian tinggi Jabatan Perkhidmatan Awam akan diperuntukan kepada Bukan Melayu (asalnya 30%), walaupun sebenarnya mereka ialah kurang dari 35% penduduk negara ini.
Perlukah lagi apa yang selama ini hak bagi orang Melayu perlahan lahan ditarik?
Thursday, June 12, 2008
EZAM dan Pemuda UMNO
Pada kemuncak REFORMASI pada 1999, saya ada menyimpan wang kertas RM50 di dalam dompet saya bertujuan untuk menampar Ezam Md. Nor sekiranya saya terserempak dengan beliau. Ini adalah kerana sekiranya saya ditangkap, kompaun yang perlu saya bayar hanyalah RM50 sahaja. Rakan saya menyimpan sebanyak RM50 lagi untuk menampar sebelah pipi lagi.
Antara masa itu sehingga sekarang, Ezam pernah menghina UMNO seolah olah parti nasionalis ini amat bangsat martabatnya, tatkala negara berhempas pulas mengharungi cabaran krisis ekonomi yang begitu mencabar dengan matawang yang jatuh, indeks saham KLCI diparas bawah 300 mata dan ratusan syarikat muflis kerana situasi ini. Dalam masa yang sama, sistem perbankan dan pasaran modal perlu dipertahankan agar tidak runtuh dan meranapkan ekonomi, yang sedang menyaksikan berpuluh billion RM hutang berada dalam klassifikasi hutang lapuk.
Dimana Ezam ketika itu? Menjelajah dunia untuk memburukan Malaysia!
Tanyalah rata rata Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan bagaimana Ezam di'parachut'kan kedalam tengah tengah arus perdana politik Bahagian hanya kerana dia menantu Dato' Ghazi, Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Utara ketika itu yang sememangnya rapat dengan Anwar Ibrahim. Modus operandi Ezam mengekang kuasa dalam Bahagian dimana ahlinya terdiri dari golongan yang ditafsirkan sebagai urban marginally depressed, dikatakan memancing sokongan untuk mengekalkan kuasa melalui Perwakilan Cawangan dengan imbuhan jangka serdehana secara konsisten dan lumayan. Bukan asing lagi bahawa Ezam merupakan Pegawai Khas dan kemudian menjadi Setiausaha Politik Anwar Ibrahim pertengahan 1990an.
Bukankah Anwar Ibrahim diketahui umum sebagai bapa segala gejala rasuah-politik dalam UMNO, bermula dengan 'Team Wawasan' mengulingkan Timbalan Presiden En. Abdul Ghafar Baba, Naib Presiden Dato' Seri Sanusi Junid dan Dato' Abdullah Ahmad Badawi dengan senjata paling berkesan iaitu RM (dengan banyak!), pada pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 1993?
Apabila tersebar secara meluas berkenaan isu Ezam kembali ke dalam UMNO baru baru ini, mau tidak mau Pemuda UMNO dibabitkan bersama di dalam kancah menentukan kemasukan tersebut.
Dato Seri Hishamuddin Hussein (DSHH), secara langsung di tanya akan pendapat beliau berkenaan isu kemasukan semula Ezam. Beliau memberi jawapan bahawa 3 persoalan perlu dijawab terlebih dahulu sebelum membuat apa apa pendirian.
Pertama, apakah keuntungan kepada parti, kedua apakah Ezam ikhlas dan ketiga apakah peranan yang akan dimainkan?
Setelah majlis penyerahan borang UMNO diadakan bersama dengan presiden parti baru baru ini dan liputan meluas media perdana, DSHH ditanya berkenaan dengan isu tersebut.
Persoalan sekarang, bagaimana Pemuda UMNO akan berhadapan dengan mereka yang begitu setia mempertahankan Perjuangan selama sepuluh tahun ini dari penderhaka seperti Ezam kini orang yang berusaha keras menjahanamkan UMNO itu dibawa kembali kedalam parti dengan layanan permaidani merah?
Exco Pemuda UMNO
MINYAK
Dalam akhbar Utusan Malaysia, Gazprom, pembekal gas asli terbesar di Eropah menjangkakan harga minyak mentah akan naik dua kali ganda sehingga AS$250 setong dalam tempoh setahun lagi. Kenaikan itu dijangka turut mengakibatkan peningkatan harga gas asli di pasaran.
Kenaikan harga minyak dan gas asli saling berkait di antara satu sama lain. Kenaikan harga gas asli akan menyebabkan harga minyak mentah terus meningkat.
Jangkaan kenaikan ini tidak memungkinkan harga minyak mentah akan jatuh di bawah paras AS$130 di masa akan datang. Kerajaan harus mencari mekanisma yang lebih meyakinkan di masa akan datang dan mencari jalan bagaimana bebanan kos kenaikan ini tidak berterusan dipindahkan kepada rakyat.
Apakah Kerajaan mampu menyerap kos kenaikan kalau harga minyak mentah ini benar-benar mencecah ke paras melebihi AS$200 setong? Apakah Kerajaan akan terus membuat pendekatan melepaskan bebanan kos kepada rakyat setiap kali berlakunya kenaikan harga?
Walau pun kenaikan harga minyak mentah di masa depan tidak dapat dielakkan, pemuda berpendapat rakyat sudah tidak mampu lagi untuk terus turut sama menanggung kos kenaikan tersebut jika pendapatan per-kapita rakyat masih ditakuk yang sama.
Kerajaan perlu memikirkan pendekatan bagaimana untuk menambah pendapatan rakyat selain dari pendekatan membendung kenaikan kos hiliran seperti kos makanan mentah, minyak masak, tepung, roti dan lain-lain barangan keperluan harian.
Percaturan membendung kos mungkin realistik sehingga ke satu had tertentu, tapi apabila kenaikan harga minyak mentah terus melepasi had kemampuan tersebut, dikhuatiri kesan domino kenaikan kos terhadap barangan keperluan harian akan melampaui garis kemampuan pengguna.
Negara kita telah berpengalaman sewaktu berhadapan dengan krisis mata wang. Tindakan kita menyerap kejatuhan nilai RM dengan membeli RM di pasaran terbuka tidak mampu untuk membendung kejatuhan berterusan RM. Ketidak mampuan ini adalah disebabkan kuasa beli di pihak kerajaan amat terhad berbanding dengan kemampuan yang ada pada penyangak matawang.
Setelah pendekatan membendung gagal mengekang kejatuhan nilai RM kerajaan memperkenalkan kaedah kawalan matawang. Walau pun pendekatan ini bertentangan dengan amalan kuasa pasaran tetapi kaedah rawatan ini amat berkesan dalam menyelamatkan negara dari menerima musibah.
Pemuda UMNO berpendapat pihak Kerajaan perlu menetapkan sasaran atau ‘cut of point’ had kos serapan yang boleh dipindahkan kepada pengguna. Had yang dimaksudkan adalah garis kemampuan kuasa beli pengguna yang berasaskan kepada pendapatan per-kapita rakyat.
Jika kos serapan yang perlu ditanggung oleh rakyat melebihi pendapatan per-kapita mereka atau melebihi ‘break-even point’, sudah pasti rakyat tidak dapat bertahan. Bagaimana untuk menjalani kehidupan kalau perbelanjaan sudah melebihi pendapatan.
Pilihan yang ada kalau kenaikan kos harian sudah tidak boleh dielakkan adalah mencari jalan bagaimana pendapatan rakyat boleh dipertingkatkan.
Kerajaan telah mengumumkan akan menyusun kembali semua projek luar bandar dan mengagihkan semula peruntukan RMK-9 bagi memastikan ia memanfaatkan penduduk desa yang turut menanggung kesan kenaikan harga minyak. Langkah penjimatan yang diumumkan sebanyak RM2 bilion sedikit sebanyak membantu proses ‘sustainability’ buat sementara waktu.
Walau bagaimana pun, Pemuda UMNO berpandangan usaha yang dilakukan harus memberi kesan positif lebih menyeluruh meliputi semua kategori pendapatan, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana di luar bandar mahu pun di bandar.
Kita mencadangkan agar keseluruhan projek, perancangan dan peruntukan dalam RMK-9 dikaji semula termasuk pembangunan koridor. Projek pembangunan yang lambat menghasilkan pulangan patut ditangguhkan dan tumpuan harus diberikan terhadap projek dan perancangan yang memberikan pulangan jangka pendek dan sederhana. Perancangan semula harus benar-benar mengikut keutamaan, sekurang-kurangnya untuk suatu tempoh sehingga pulihnya inflasi global.
Lebihan dari peruntukan pembangunan yang ditangguhkan itu bolehlah dibuat perancangan untuk menjana peningkatan pendapatan rakyat. Kerajaan mungkin boleh mengkaji semula dan membuat perbandingan secara relatif jumlah subsidi RM13.7 bilion yang digunakan untuk mengekang kos bahan makanan mentah, minyak masak, beras, tepung dan roti. Mana yang lebih memberi impak positif. Adakah amaun RM13.7 bilion itu lebih baik diguna untuk menyerap kos keperluan harian atau digunakan untuk menjana pendapatan rakyat.
Sektor pekerjaan (swasta dan awam), sector perdagangan, pelaburan langsung (FDI), perkhidmatan, peruncitan dan usahawan kecil adalah sector utama yang menjana pendapatan sebahagian besar rakyat.
Lebihan peruntukan pembangunan yang ditangguhkan ini bolehlah diwujudkan pelbagai skim dan insentif tambahan kepada skim dan insentif sedia ada bagi sektor-sektor yang telah disebutkan. Pendekatan ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya untuk suatu tempoh tertentu.
Kita tidak mahu kesan domino kenaikan kos harian akibat dari kenaikan mendongak harga minyak mentah menjalar hingga menjejaskan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara.
Dengan kenaikan kos isi rumah ini, rakyat tiada pilihan, mereka terpaksa bersabar dan berkorban walau pun tanpa nasihat dari kerajaan supaya berbuat demikian. Dalam masa yang sama pihak kerajaan harus memikirkan tindakan luar kotak untuk menyelamatkan rakyat dan negara dari perbilangan ‘sudah terhantuk baru nak tengadah’. Kalau kita pernah melakukannya sewaktu krisis matawang kenapa tidak kali ini?
Tepuk dada, Tanya selera.........
Kamarulzaman Kamdias
Wednesday, June 11, 2008
Laporan media mengenai Luncheon "Sembang Media"
Umno Youth blogs for political survival Beh Lih Yi Jun 10, 08 6:27pm
Umno Youth officially entered blogosphere today as part of its survival strategy, following the mauling that Barisan Nasional (BN) sustained in the March 8 general election.
The blog, called the Saka Bangsa (or heritage), was launched by the wing’s media liaison secretariat chief Sazmi Miah at the Putra World Trade Centre in Kuala Lumpur today.
Sazmi said this is a bid to rejuvenate and revamp Umno Youth “to ensure the relevance of the wing’s struggle”.
“We’re willing to change because it seems the younger generation today can’t relate to Umno Youth,” he told some 50 journalists and bloggers at the launch.
“We try to do what is right at the moment. We had the highest popularity votes (in the 2004 general election) but the people who supported us (BN) previously - civil servants, youths - have all gone against us within four years. There must be something wrong... so for us this is the right thing to do.”
Sazmi, who is also the Umno Youth exco member, was formerly parliamentary secretary of the natural resources and environment ministry. He was among casualties in the general election.
He urged the public to give their views on Umno Youth through the blog, saying he would collect and present the feedback for further action.
Umno Youth will post articles from the traditional or new media, react to current issues or rebut any allegation through the blog.
“We want friendly engagement, but please do not touch on religious and racial issues. (If it is) anything about Umno Youth, you are welcome (to write),” he said.
He said the last general election results prompted the wing to acknowledge the importance of the new media and blogs, as these are widely accessed by the younger generation.
Need to be media-savvy
Sazmi then held at a two-hour dialogue with journalists and bloggers present, inviting them to air their views on Umno Youth.
He asked about the Chinese Malaysian perception of the wing, especially the infamous keris-wielding controversy.
A few media representatives pointed out that Umno Youth leaders need to be more approachable and adopt a friendlier attitude to the media.
They were also urged to respond to issues highlighted in the new media and blogs and change the public perception of Umno Youth as a body that ‘rubber-stamps’ the stand of the parent body.
Citing an example, a journalist said Umno Youth leaders have not been seen as vocal on the recent hefty increase in fuel prices, apart from an immediate reaction by exco member Mukhriz Mahathir.
An editor noted that the public still feel that the apology by Umno Youth chief Hishammuddin Hussein over the keris incident as lacking in sincerity.
He also singled out the wing’s deputy chief Khairy Jamaluddin for criticism, saying the latter is widely seen as “arrogant” in the public eye because of his statements.
Sazmi said he would channel these views to the top leadership of the wing.
Since the general election, a number of leading BN politicians have turned bloggers, including Malacca Chief Minister Mohd Ali Rustam, Umno information chief Muhammad Muhammad Taib and former Selangor Menteri Besar Mohd Khir Toyo.
* Laporan Malaysiakini, 10 June 2008 1930hrs
