Sunday, June 29, 2008

Selingan 2

SADOMI

Sekali lagi 'pisang berbuah dua kali'. Saya beranggapan ianya akan berbuah untuk kali yang ketiga, keempat dan seterusnya, serta ada juga masa pisang berbuah orang tak tahu.

Pemuda memohon pihak berkuasa dan yang berkenaan agar melakukan siasatan terperinci terhadap lapuran polis yang telah dibuat. Pemuda mempunyai penuh keyakinan terhadap pasukan polis dan kewibawaan pihak hospital di dalam menyediakan lapuran kesihatan.

Pemuda berharap, orang yang membuat lapuran tersebut tidak di aniaya dan tidak di ugut oleh mana2 pihak serta diberi perlindungan sewajarnya oleh pihak polis.

MCA

Pemuda tabik MCA. Pemuda tabik Ong Ka Ting dan Chan Kong Choy. Pemuda berharap MCA akan terus kukuh dan menjadi rakan sejati UMNO di dalam BN, walau siapa pun yang bakal mengambil alih.

Pemimpin MCA telah mengambil kira kehendak akar umbi, kehendak ahli parti mereka. MCA tahu sekiranya peralihan ini tidak dibuat sekarang, masanya mungkin sudah terlambat. MCA mungkin sudah tidak relevan lagi pada PRU13.

Bravo MCA. Parti2 lain bila lagi?

Lapuran 'Kontrak Sosial' Majlis Peguam: Fakta dimanipulasi dan tafsiran sempit

Dari kiri: Lim Cheng Swee (Pengerusi Forum, Setiausaha Majlis Peguam), Dr. Mavis Puthucheary, Dr. Kua Kia Soong, Tommy Thomas dan Dr. Farish A. Noor

Penganalisa politik Dr. Farish A. Noor pagi ini menghina UMNO sebagai “Memomokan orang Melayu bahawa mereka diancam” agar parti nasionalis Melayu untuk terus mengamalkan politik “Memberi perlindungan kepada orang Melayu seolah olah orang Melayu ini binatang, yang sentiasa memerlukan perlindungan. Binatang ternakan (ayam, itik, kambing) perlu dilindung dan akhirnya akan disembelih”.

Kanan: Dr. Farish Noor

Beliau mengatakan demikian dalam pengulungan program Forum Kontrak Sosial anjuran Majlis Peguam di Auditorium Majlis Peguam, Lebuh Pasar, Kuala Lumpur. Beberapa ahli Pemuda UMNO yang hadir bangkit, meminta laluan cuba mencelah dan secara tegas menegur Dr. Farish yang dianggap keterlaluan dan ketelanjuran bahasa. Dr. Farish walaubagaimanapun tidak pula menarik balik atau meminta maaf.

Sebelum itu, beliau menegaskan bahawa kerakyatan warga Malaysia dan konsep sistem politik negara ini ditubuhkan adalah sebagai 'maya' (artificial). Maka ‘Kontrak Sosial’ yang diujudkan “Secara maya' adalah alasan untuk mengekalkan konsep ‘bukan nyata’ (vague) seperti kewarga negaraan untuk menentukan bahawa rakyat mempunyai sifat ‘kekitaan’ (sense of belonging)". Oleh itu, beliau menjelaskan bahawa ‘Kontrak Sosial’ boleh di’ubah semula’.

Dr. Farish yang kini Fellow Kanan Fakulti Sains Politik Rajaratnam Universiti Nanyang Singapura juga menolak bagaimana sistem politik Malaysia yang berdasarkan menjaga kepentingan dan menurut kaum yang beliau anggap sebagai ‘pemerintahan berpuak’ (sectarian rule).

Forum dimulakan dengan pembentangan kertas kerja oleh Dr. Mavis Puthucheary yang mengatakan sebenarnya UMNO tidak mendapat mandat rakyat seluruh negara untuk merundingkan ‘Kontrak Sosial’, yang beliau dakwa sebenarnya tidak ujud dan sengaja diada adakan. Konsep ‘Ketuanan Melayu’ yang pertama kali digunakan oleh Mantan Setiausaha Politik Perdana Menteri Ke II Dato’ Abdullah Ahmad (sekarang Tan Sri) di Singapura pada 1986 merupakan sesuatu yang sengaja diada adakan untuk menentukan kuasa Melayu pada UMNO terus relevan.

Beliau juga menegaskan bahawa konsep ‘Kongsi Kuasa’ yang diamalkan Kerajaan Perikatan, kemudian Barisan Nasional membatasi prinsip pemerintahan demokrasi. Oleh itu, ‘Kontrak Sosial’ sebenarnya tidak ujud.

Mantan MP DAP bagi Petaling Jaya Dr. Kua Kia Soong pula menegaskan bahawa “Ketuanan Melayu” merupakan imaginasi ‘politikus yang mengambil kesempatan’ (political carpet baggers) dan pejuang Kemerdekaan sebenar merupakan golongan berhaluan kiri seperti Independent Malayan Party, Angkatan Pemuda Insaf dan pengganas seperti Parti Komunis Malaya. British bersetuju memberikan Kemerdekaan Malaya kepada UMNO kerana mereka bersifat lebih pro-British. Beliau mendakwa bahawa Parti Perikatan merupakan suatu yang diujudkan British untuk agenda Neo Colonialist.

British, yang memulakan penyusunan semula masyarakat semasa darurat melalui sistem ‘kampung baru’ (new village) disifatkan Dr. Kua sebagai ‘Kem Tahanan’ (concentration camps) dan merupakan agenda untuk menentukan orang keturunan Cina sentiasa dalam keadaan ‘dikawal’.

Dr. Kua masih lagi mempertahankan bahawa UMNO merupakan golongan ‘samseng’ (hoodlums) dan peristiwa berdarah rusuhan kaum 13 Mei 1969 merupakan angkara ‘samseng’ (hoodlums) dalam UMNO. Peranan DAP menghina orang Melayu Kampung Baru pula tidak langsung disebut sebagai punca rusuhan itu. “Kuasa pada Melayu wajar dikurangkan dari masa ke semasa (Malay control should be reduced in time)” dan mengutarakan konsep “Malaysian, Malaysia”. Dr. Kua juga menyifatkan sistem yang diamalkan oleh pemerintahan yang diterajui UMNO sebagai ‘Fasis’ (Facist).

Pembangunan ekonomi orang Melayu selepas Merdeka pula disifatkan sebagai “Kelas Kapitalis Negara Melayu” (Malay State Capitalist Class), terutama selepas keujudkan MARA, Bank Bumiputra, Tabung Haji selepas Kongress Ekonomi Bumiputra I (1965) dan II (1966). Beliau juga membangkitkan mengenai ITM, program Asasi Sains UM dan Matrik USM.

Peguam terkenal Tommy Thomas, sebagai panelis ketiga tidak bersetuju dengan kedua panelis awal ini dan menjelaskan bahawa ‘Kontrak Sosial’ merupakan elemen penting ("Striking feature") dalam Perlembagaan Tanah Melayu dan mencadangakan bahawa sejarah dikaji dengan perjalanan dan tafsiran yang betul. Peranan Raja Melayu dalam proses Kemerdekaan juga perlu diambil kira.

Beliau menyanggah hujah bahawa UMNO dan perikatan bersama MCA dan MIC tidak mewakili aspirasi rakyat Malaya. Perikatan yang mendapat mandat 51 dari 52 kerusi dalam Pilihanraya Umum 1955 dan undi popular 80% merupakan manifestasi jelas bahawa kerjasama akrab tiga pihak ini membuahkan ‘Kontrak Sosial’ yang dipersetujui antara Tunku Abdul Rahman Putra, Dato’ Razak Hussein, Dato’ Dr. Ismail Abdul Rahman, Dato' Panglima Bukit Gantang Hj. Wahab dengan Tan Cheng Lock, Col. H.S. Lee dan V. T. Sambathan. Ianya merupakan sesuatu yang benar dan selesaian kepada kemelut isu isu tertentu setiap kaum, yang diterima British sebelum Kemerdekaan dicapai, termasuk soal kerakyatan kaum immigran. Proses untuk mengesahkan kerakyatan juga dipermudahkan.

“Hanya sebab ‘Kontrak Sosial’ tidak boleh didefinisikan hari ini, tidak bermakna ianya tidak ujud (Just because Social Contract is undefinable today, doesn’t mean it did not exist)” dan memberi tafsiran sebagai “Perundingan (tawar menawar) yang berjaya dicapai antara tiga kaum dibawah pemerhatian British (Bargain reached by the three communities under observation of the British)”.

“‘Roh Kontrak Sosial’ ujud yang (dimanifestasikan dalam bentuk beberapa artikel) dalam Perlembagaan Tanah Melayu merangkumi keperluan orang Melayu tidak diabaikan, tiada penindasan kaum, tiada pemecahan negara (partition) dan sebagai balasan, orang Melayu meminta Bukan Melayu memberikan taat setia tidak berbelah bagi kepada Negara”.

Thomas menjelaskan bahawa ‘Kontrak Sosial’ diperkukuhkan lagi dengan kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia dan ianya berlaku sedikit perubahan menjelang Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan pada 1971. Walaubagaimanapun, semenjak PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menerajui Kepimpinan, ancaman keatas ‘Kontrak Sosial’ makin ketara dan lebih banyak diperbincangkan.

Forum hari ini menyaksikan bahawa ada pihak pihak yang sengaja memutar belitkan fakta dan sejarah dan memberikan tafsiran sempit, menurut kepentingan politik dan aspirasi mereka, hanya kerana mereka menentang DEB dan mahukan konsep “Malaysian, Malaysia” menjadi teras utama program pembangunan ekonomi dan pengagihan kekayaan, sebagaimana yang mula mula diketengahkan PAP dan kemudian diteruskan DAP sehingga hari ini.

KETUANAN MELAYU - FORUM MAJLIS PEGUAM

Pemuda UMNO ingin membuat kenyataan di sini bahawa pihak Pemuda TIDAK 'memberi pengesahan' malah membantah forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam berkenaan Kontrak Sosial dan Ketuanan Melayu atau apa2 pun berkenaan hak dan keistimewaan orang Melayu.

Pemuda tidak rela hak dan keistimewaan Melayu di bincang atau disoal oleh bangsa lain kecuali bangsa Melayu sendiri, terutama secara terbuka.

Pemuda mempersoalkan kenapa forum ini dibenarkan oleh pihak berkuasa yang bersikap tidak sensitif kepada perasaan orang MELAYU.

Pemuda UMNO memberi amaran keras kepada mereka yang cuba mempersoal hak dan keistimewaan orang Melayu, bakal menerima kesan dan akibat dari perbuatan mereka.

Pemuda mencadangkan agar pihak Majlis Peguam membincangkan isu2 tertunggak berkenaan hal ehwal mereka daripada membincangkan hak dan keistimewaan orang Melayu.

Thursday, June 26, 2008

PETRONAS atau apa di sebaliknya?

Kebelakangan ini, pembangkang dan di sambut oleh beberapa kerat pihak kerajaan melaungkan pasal PETRONAS. Isunya, dedah segala galanya. Telanjangkan PETRONAS. Aneh bila kita fikirkan akan tujuan sebenar suara2 tersebut. Mungkin mengalihkan perhatian terhadap kenaikan minyak? Kerajaan yang menetapkan harga minyak dan bukan PETRONAS.

Lebih dari 40% pendapatan negara datangnya dari PETRONAS sejak berpuluh tahun lalu. Malaysia membangun hasil dari sumbangan tersebut. Sekiranya kita tiada PETRONAS, sudah tentu negara kita tidak akan berada seperti hari ini. Negara kita akan bangkrap, lama dulu.

Niat mereka jahat. Niat mereka untuk menggunakan isu PETRONAS untuk menyalahkan kerajaan. Supaya rakyat menuduh PETRONAS digunakan oleh kerajaan untuk tujuan rasuah dan kekayaan pihak tertentu sahaja.

Rakyat tidak semua akauntan, tidak semua berpendidikan tinggi, tidak semua tinggal di bandar2 besar dan tidak ramai memahami dunia perniagaan petroleum antarabangsa. PETRONAS adalah syarikat ke 250 di dalam dunia, yang terbesar. Majoriti rakyat tidak memahami industri minyak dunia pun. Oleh itu, kita jangan berharap yang rakyat akan sedar apa yang patut di dedahkan.

Akhirnya kerajaan akan menanggung persepsi yang ditimbulkan oleh isu ini. Kerajaan akan dianggap zalim menindas dan boros serta macam2 lagi. Akhirnya PETRONAS akan di rombak, akan kucar kacirlah pentadbirannya. Akan ada perubahan pucuk pimpinan PETRONAS, itu kah agendanya?

PETRONAS akan menjadi isu yang besar. PETRONAS akan menjadi isu utama di dalam pilihanraya2 kecil yang akan datang ini, terutama Sanglang dan tempat Anuar Ibrahim akan bertanding kelak.

Pemuda percaya ada agenda yang lebih besar di sebalik isu meminta keterbukaan PETRONAS. PETRONAS berada di sekitar no 250 dari 500 syarikat terbesar dunia. PETRONAS bersaing secara langsung dengan gergasi minyak lain seperti BP, SHELL, ESSO, TOTAL dsbnya. PETRONAS beroperasi di lebih 36 negara lain. PETRONAS adalah syarikat negara Islam. 70% simpanan minyak dunia berada di negara2 Islam. Siapa yang untung di dalam persaingan ini sekiranya PETRONAS bergolak?

Dengan harga minyak melambung tinggi tanpa henti, dan lemahnya PETRONAS, ia tidak mampu lagi bersaing di peringkat antarabangsa. Itulah yang dikehendaki oleh mereka. Pemuda berharap kerajaan lebih berwaspada di dalam menangani kehendak segelitir yang mahu PETRONAS ditelanjangkan. Ini bukan isu rakyat. Jangan dibuka pekong di dada. Tepuk dada, tanya selera..


Tuesday, June 24, 2008

HINDRAF, siapa yang PERKAUMAN?

Semasa saya mengemas barang2 dan surat baru2 ini, saya terjumpa satu kad yang di hantar oleh Sekretariat HINDRAF kepada saya pada akhir tahun lepas. Anda nilailah sendiri apa yang tertera di dalam kad tersebut. Ianya bukan bermaksud perkauman, atau pun ingin menyemarakkan isu tersebut, cuma ingin membuka minda anda..


muka 2 muka 3

Saya tulis apa yang di MUKA 3..

"Deepavali Message 2007

50 years of Merdeka and
50 years of Deepavali but
No Merdeka for Malaysian Indians

50 years of marginalisation and discrimination of Indians under the neo colonialist UMNO led Government and with no or very little support from opposition, NGO and media leaders. We have to stand up and fight for own legitimate rights through Ghandian style peaceful means. End Malay Privileges and Islamic extremism and abide by Federal Constitution which would in itself end racial polarisation and enhance nation unity. Stop beating around the bush!"

muka 4 muka 5
Saya tulis besar2 apa yang tertera di muka 4..

"SUMMARY OF 18 POINT DEMANDS TO Y.A.B. PRIME MINISTER BADAWI ON 12.7.2007 AT PUTRAJAYA FOR THE UMNO CONTROLLED MALAYSIAN GOVERNMENT TO:-

1. End 50 years of violations of the Malaysia Federal Constitution.
2. End racism, end Islamic extremism and end Malay privilages
3. Call for affirmative action plans for poor Malaysian Indians
4. All 523 Tamil Schools in Malaysia be made fully aided government schools and with the same facilities granted to national schools
5. Stop the indiscriminate, unconstitutional and unlawful demolishments of Hindu temples, crematoriums and burial sites in Malaysia
6. Affirmative action plans, grants, scholarship, loans, local and foreign university, skills training, science colleges and residential schools places etc for Indians and
7. Equal business opportunities, government contracts, licenses, blue chip guarateed return shares, lorry, taxi and bus permits, loans etc as extended to Malays muslims
8. All the afforesaid is to be handled directly by UMNO and to stop "playing politics" through "Mandore" (M.I.C. supervisor) system.
9. 20% of the Government top most level postings ie Secretary and Director Generals, Directors, Managers, District Officers; senior civil servants and the paralell for the Private Sector are reserved for Indians for the next 15 years
10. Make public and is transparent on all of the afforesaid affirmative action plans
11. All forms of racial and religious discrimination and marginalisation of the Indians / Hindus in both the public and private sectors are stopped with immediate effect
12. Stop the victimization and direct discrimination by the police and all other state authorities of the Indians
13. Form a Royal Commission of Inquiry into the Kg Medan Mini Genocide
14. A Royal Commission of Inquiry into the afforesaid constitutional violations also reports the appropriate recommendations for affirmative action plans for Indians
15. The United Nations Secretary General determines the compensation to be paid to Indians for the 50 years of violations of the Federal Constitution
16. Affordable homes and minimum monthly wage of RM1,000.00 to be made law
17. Laws for Independence of the Judiciary, Attorney General's Chambers, Civil Service, Police Force and Army and for the Opposition Parties, NGOs' and the media not to discriminate and sidestep especially pressing Indian issues
18. A minimum of 20 Opposition members of Dewan Rakyat are elected exclusively by the Indian Community."

muka 6 muka 7


muka depan
Tepuk dada, tanya selera..

Monday, June 23, 2008

SELINGAN

Ezam
Ada yang berpendapat, sekiranya Ezam betul betul nak diterima UMNO, beliau perlu melakukan beberapa perkara antaranya ialah:-

1. memohon maaf secara terbuka kepada semua ahli UMNO atas kesalahan beliau yang lampau. (ahli yang meninggal macam mana pulak ye..)

2. beliau perlu buat 'roadshow' keseluruh negara menjadi penceramah UMNO, menerangkan kepada orang UMNO dan rakyat akan keikhlasan beliau dan kenapa keluar PKR

3. beliau perlu secara terbuka menyatakan yang beliau masuk balik UMNO bukan hendakkan jawatan, malahan sekiranya ditawarkan pun akan ditolak. dan macam macam lagi cadangan dan saranan yang kami terima.

Anda macam mana?

Hak Istimewa Orang Melayu

Orang Melayu sememangnya pun dilindungi oleh Perlembagaan iaitu Perkara 153 dan hak2 mereka tidak akan terjejas kecuali jika perlembagaan tersebut dipinda.

Yang masalahnya, mereka yang menguruskan Perlembagaan tersebut yang tidak faham, takut, tidak peka, malu, bebal, tidak kisah dsbnya lagi, di dalam melaksanakan Perkara 153 tersebut. Dan yang lebih menyedihkan lagi, pengurus pengurus tersebut kebanyakannya terdiri dari orang Melayu sendiri.

Orang bukan Melayu memang berhak memperjuangkan hak2 mereka juga. Tapi buat lah dengan cara yang lebih teratur supaya tidak menaikkan kemarahan orang Melayu. Banyak cara boleh guna selain dari tunjuk perasaan, berarak tak tentu pasal dan minta yang bukan bukan macam la orang melayu semua ni dah kaya raya jadi jutawan!

Jadi, kepada pengurus2 Perlembagaan 153 tersebut, termasuk lah pegawai pegawai kerajaan, badan berkanun, GLC dan agensi2 yang lain termasuk pihak kerajaan sendiri, Pemuda berharap jangan la malu dan segan untuk melaksanakan Perlembagaan Perkara 153, ianya tidak salah dan tidak melanggar undang undang pun!

Kehakiman

Pemuda tidak faham apa isu kehakiman yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak. Setahu pemuda apabila kita ke akar umbi, tidak ada pun isu ini ditimbulkan oleh rakyat, sejak dulu hingga sekarang.

Yang dok menyalak sana sini saban hari ialah Karpal Singh, Ambiga dan konco konco mereka termasuklah ada di antaranya orang besar kerajaan kita.

Yang dibuat ialah kerja mengorek peristiwa yang lepas. Semua menyanyi dan menari ikut Karpal dan Ambiga. Semua ke arah memburukkan kerajaan yang lepas, yang UMNO jugak pun.

Ini bukan isu rakyat sebenar. Ini bukan isu cakap di kedai kopi. Ini isu yang dibuat buat oleh Karpal dan Ambiga, di taja oleh pembangkang.

Akhirnya memalukan diri sendiri. Daripada asyik korek sana korek sini, maaf sana maaf sini, kasi wang sana kasi wang sini, elok di lihat kes2 tertunggak yang melimpah ruah yang perlu diselesaikan. Baru la rakyat senang. Baru la nampak ada perubahan.

Pemuda ingin menasihati orang yang suka korek cari kesalahan orang lain ni lambat laun tidak akan mempunyai kuasa. Dan jangan lupa akan ada pulak pengorek pengorek lain yang akan pulang paku buah keras bila tiba masa. Jadi baiklah melangkah kehadapan. Toleh belakang untuk lihat ambil jadi teladan, bukan mencari kesalahan orang. Kadang2 yang dibuat dulu adalah berdasarkan keadaan masa itu. Jadi kalau lihat masa ini memang akan ada yang tak kena, ada yang tak berapa betul. Tak payah la berpatah balik 10, 20, atau 50 tahun untuk maju kedepan.

Thursday, June 19, 2008

SAPP, BN dan PRU13

PRU12 telah merubah lanskap politik negara dan membentuk halatuju BN untuk PRU13. Samada di tahap yang sama, lebih baik atau sebaliknya, atau pun parti komponen manakah yang kekal dalam BN? Mampukah BN bertahan dan mampukah UMNO menjadi tonggak kepada BN? Sama2 lah kita berdoa.

Dengan keluarnya dari parti pemimpin2 besar parti2 komponen , terkini SAPP memberi katadua, kita perlu memandang serius akan kemampuan UMNO untuk terus menjadi tonggak kepada BN.

Peristiwa di atas menunjukkan kredibiliti UMNO dan kepimpinanya sebagai tonggak kepada BN di pertikai, kemampuan UMNO diragui dan tidak diyakini. Ini kerana UMNO berada di dalam keadaan yang lemah. Apabila UMNO lemah, BN longlai. Parti2 komponen mula menunjukkan sifat2 memberontak, mengugut dsbnya seperti tindakan yang dibuat oleh SAPP hari ini. Perbuatan ini menyentap kita. Ia datang dari luar UMNO. Ia datang dari punca yang telah kita agak, tapi tidak akui.

Kiranya melihat dari sudut parti komponen itu sendiri, kebanyakannya adalah parti perjuangan kaum atau wilayah. Walaupun ada yang perlembagaannya tidak mengikut kaum, namun hakikatnya masih dikuasai oleh kaum2 tertentu di wilayah2 tertentu. Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak kaum masing2, mereka akan mengutamakan perjuangan kaum/wilayah mereka.

Maka, apabila mereka berada di dalam sesebuah ikatan yang diketuai oleh sesebuah parti besar seperti UMNO, mereka akan melihat samaada kepentingan mereka terjamin atau sebaliknya dan samaada hak2 mereka diberi perhatian sewajarnya. Mereka melihat untung rugi.
Parti2 komponen akan menilai semula halatuju kerana sedar rakyat telah menolak mereka. Mereka perlu mengadakan perubahan termasuklah mengkaji semula di dalam ikatan yang mana yang mereka mendapat lebih keuntungan.

Ini berlaku apabila kerajaan campuran yang ada berada di dalam keadaan yang lemah seperti sekarang, apabila hanya 38 kerusi parlimen sahaja yang memisahkan. Ianya tidak akan berlaku di dalam keadaan kerajaan yang kuat.

Perbuatan oleh akhbar dan media massa serta tokok tambah oleh pihak pembangkang, yang membesarkan isu perkauman memburukkan keadaan. Pemimpin2 melayu dan UMNO digambarkan sebagai 'racist' . Ianya memburukkan lagi persepsi ahli serta parti komponen lain terhadap UMNO. Akhirnya ia memberi gambaran yang UMNO itu sudah tidak adil dan hanya mementingkan hak orang melayu sahaja. Dengan kejayaan dalang2 tadi memutarbelitkan isu perkauman, maka parti2 komponen merasa resah dan menilai kehadiran mereka dalam BN masih releven.

Sebab itulah Pakatan Rakyat (PR) nampak menarik. Ini kerana tonggak kepada PR adalah parti PKR. Parti yang tidak dilihat perkauman dan mempunyai komponen bilang bangsa yang agak sama rata (mungkin lebih ramai bangsa India sekarang ini), serta tiada sepatah pun di dalam perlembagaan mereka perkataan MELAYU!

Lebih menarik kerana, walaupun pimpinan tinggi PKR dari kalangan orang melayu dan ingin memperjuangkan hak2 orang melayu secara lebih aktif, tentunya ada tentangan dari dalam parti itu dari kalangan bukan melayu dan sudah tentu hak orang melayu tidak dapat dibincang secara terbuka kerana akan di anggap sebagai isu perkauman.

Dengan sebab itu lah dan yakinlah, sekiranya UMNO tidak melakukan perubahan yang boleh diterima rakyat secara drastik pada pemilihan nanti, maka pada PRU13, BN akan hanya diwakili oleh UMNO!

Tepuk dada, tanya selera..

Tuesday, June 17, 2008

Matematik UMNO..G7 atau G70 atau G700

Mesyuarat UMNO cawangan akan bermula pertengahan Julai ini. Hasilnya, perwakilan2 akan dipilih mewakili cawangan2 untuk menyertai mesyuarat2 Bahagian. Kuota Perwakilan ke mesyuarat Bahagian adalah mengikut jumlah keahlian, iaitu lebih kurang seorang bagi setiap 50 ahli, tidak termasuk Ketua Cawangan yang terpilih secara automatik.

Di mesyuarat Bahagian pula, selain dari G6 (Ketua, Timbalan, Naib, Ketua2 Pemuda, Wanita dan Puteri), akan dipilih pula 7 orang perwakilan (G7) yang dicalonkan di peringkat cawangan, untuk mewakili bahagian ke Persidangan Agung tahunan UMNO (tidak kira berapa ramai ahli UMNO bahagian tersebut). Kedua kumpulan ini di panggil G13 dan akan menjadi wakil kepada 191 bahagian UMNO seluruh Malaysia membahas, menyuarakan dan mengundi setiap tiba musim pemilihan seperti tahun ini. Jika dicongak secara pukul rata, 191 bahagian darab 13 orang perwakilan, menjadikan 2,483 perwakilan semuanya, tidak termasuk lebih kurang 50 ahli2 majlis tertinggi UMNO serta 30 perwakilan dari 3 sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

Jadi jumlah penuh perwakilan yang akan menentukan halatuju UMNO serta menentukan Presiden yang automatik menjadi Perdana Menteri ialah lebih kurang 2,560 orang. Secara kasar hanyalah 0.08 peratus dari lebih 3 juta ahli berdaftar UMNO!

Satu perkara yang menarik juga ialah, mengikut rekod perwakilan sejak 10 tahun yang diperolehi, lebih 60 peratus nama2 ahli G13 yang timbul pada setiap tahun pemilihan adalah terdiri dari orang2 yang sama! Kecuali nama2 Ketua2 Pemuda dan Puteri, mereka ini terdiri dari rangkaian yang sentiasa menjadi perwakilan pada tahun memilih.

Persoalan yang timbul adalah, adakah wajar hanya 0.08 peratus dari lebih 3 juta ahli menentukan pucuk pimpinan parti? Dan apakah dengan jumlah perwakilan yang sedikit itu akan membuka ruang yang luas bagi pihak yang berkepentingan (dalam atau luar negara) untuk membeli atau membayar perwakilan di dalam menentukan siapa bakal menjadi Perdana Menteri yang akan datang?

Amat murah sekali kepada mereka yang berkepentingan untuk membeli perwakilan yang terdiri dari 2,560 orang! Jika RM1,000 seorang baru RM 2,560,000. Kalau RM10,000 seorang? Baru RM25,600,000. Sekiranya RM100,000 seorang, RM256,000,000 adalah terlalu kecil bagi sesebuah institusi negara asing untuk menakluk sebuah negara yang merdeka!

Untuk jawatan2 Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri pula, jumlah perwakilan hanyalah lebih kurang 800 orang. Oleh kerana individu yang dipilih menjadi perwakilan tidak membawa mandat sebenar ahli dan sekadar mengundi di atas kepentingan peribadi, maka terbuka luaslah peluang kepada calon2 yang berkepentingan untuk menggunakan apa jua cara untuk memastikan kemenangan! Ini termasuklah penggunaan wang ringgit secara melampaui batas!

Kepada mereka yang mempunyai aspirasi politik, belajarlah matematik UMNO. Walaupun ahli di akar umbi sememangnya sudah tidak hendakkan kepada seseorang pemimpin, tapi yang menentukan adalah perwakilan2 tadi. Ini lah sistem yang ada dan digunakan selama ini.

Persoalan ini pernah ditimbulkan di dalam perhimpunan agung beberapa tahun lalu tetapi sehingga kini belum mempunyai penyelesaian. Tiada cadangan yang mantap dikemukakan sebaliknya pelbagai alasan telah diketengahkan. Pemuda berharap ianya akan dapat dikaji semula. Samaada menambah jumlah perwakilan daripada G7 kepada G70, G700 atau pengundian di peringkat cawangan atau berbentuk referandum, ianya memerlukan perhatian setiap ahli UMNO. Tiada penyelesaian yang mudah kepada perkara ini, akan tetapi kita semua sedar akan permasalahannya.

Tepuk dada, tanya selera....


Sunday, June 15, 2008

Peralihan Kuasa

Semalam YAB Presiden UMNO sekali lagi menyatakan bahawa pelan peralihan kuasa antara beliau dan Timbalan Presiden telah pun dipersetujui di antara mereka. Pemuda UMNO mengalu alu kan pengumuman tersebut.

Ianya juga mengundang pelbagai persoalan dari pemimpin dan ahli UMNO serta tidak kurang dari rakyat biasa. Ini adalah kerana pada masa ini, semua orang sudah pandai berpolitik, tak kira ahli parti atau tidak. Sebab itu lah kita lihat ramai pengunjung laman weblog ini pun terdiri dari yang bukan ahli mana mana parti.

Apa yang dijelaskan oleh presiden UMNO sedikit sebanyak melegakan keresahan ahli serta kepimpinan UMNO. Namun tidak semua terjawab. Persoalan baru timbul iaitu bila?

Ia bakal meneruskan perdebatan, keresahan dan persoalan serta tandatanya.

Bagi Pemuda UMNO, peralihan kuasa ini lambat laun akan berlaku. Samaada sebelum Julai, pada Disember ini atau pada tahun tahun akan datang, ianya tetap akan berlaku.

Walau apa pun yang bakal berlaku, Pemuda UMNO tetap mengutamakan perpaduan di dalam parti dan bagaimana untuk membawa Pemuda UMNO terus kehadapan. Sememangnya seperti yang saya katakan sebelum ini, iaitu di dalam Pemuda UMNO pun mempunyai perbezaan pendapat, namun ianya tidak semestinya memecah belahkan kami sehingga lupa akan perjuangan dan halatuju Pemuda UMNO.

Adalah tidak adil sekiranya Pemuda UMNO mengambil satu ketetapan tertentu apabila terdapat perbezaan di antara kami. Oleh sebab itu lah sekretariat ini dan beberapa sekretariat lain ditubuhkan. Iaitu untuk mencari maklumat lanjut berkenaan sesuatu isu supaya kami boleh membuat keputusan yang bijaksana dan diterima pakai oleh semua.

Kami amat bersetuju kepada pelan peralihan kuasa tersebut. Tetapi kami juga bersetuju ia perlu dibuat di dalam keadaan yang tenang dan tenteram. Sememangnya ada suara suara di dalam Pemuda UMNO yang mendesak supaya ianya berlaku sekarang serta mengikut jangkamasa tertentu, dan ada juga yang tidak bersetuju, yang penting ianya sudah diperkata dan sudah didengar.

Bagi Pemuda UMNO, hanya tuan hak dan lebih 3 juta ahli UMNO sajalah yang boleh membuat keputusan. Rakyat boleh mengkritik, boleh mencadang, boleh mendesak, akan tetapi akhirnya ahli ahli UMNO lah yang akan menilai dan menentukan perkara tersebut. Pemuda UMNO tidak mempunyai kuasa lebih dari hanya menyuarakan apa yang telah dibuat.

Mesyuarat cawangan dan bahagian UMNO akan bermula tidak lama lagi. Ini adalah peluang dan ruang untuk ahli ahli UMNO berbuat sesuatu demi kepentingan parti. Kita tidak boleh melarang atau menyekat suara mereka. Ini lah keindahan UMNO. Kita harus percaya dan yakin, akhirnya, ahli ahli diperingkat akar umbi yang akan menentukan hala tuju parti ini.

Tepuk dada tanya selera..

Saturday, June 14, 2008

Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Dewasa ini, berlaku keadaan dimana segelintir rakyat Malaysia termasuk segelintir orang Melayu sendiri, membelakangkan sejarah dan mula mempersoalkan asas asas penubuhan yang dipersetujui lebih 50 tahun dahulu. Yang dimaksudkan ialah 'kontrak sosial' yang sama sama dipersetujui antara pemimpin pemimpin Melayu, sebagai pribumi dan majoriti penduduk tanahair dan orang keturunan Cina dan India, sebagai etnik pendatang (immigrants), yang dibanjiri masuk oleh penjajah British untuk keperluan aktiviti mereka, semasa mereka mula bertapak.

'Kontrak sosial' yang dipersetujui ialah orang Melayu menerima penduduk tetap Tanah Melayu etnik Cina dan India (termasuk yang tidak dilahirkan ditanah air ini) sebagai warga Tanah Melayu, yang diberikan hak samarata seperti mengundi, bekerja, mendapat kemudahan perkhidmatan seperti kesihatan, keselamatan dan sebagainya, memiliki harta dan perniagaan. Sebagai timbal balas, mereka yang diiktiraf sebagai warga Tanah Melayu ini menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, Islam agama Persekutuan Tanah Melayu, taat setia kepada Raja dan hak hak istimewa orang Melayu, contohnya Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.

(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136

(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—

(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau
(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau
(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak. (9A) Dalam Perkara ini ungkapan "anak negeri" berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A. (10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.


Setelah persetujuan dan kesefahaman ini yang diusahakan oleh Kepimpinan UMNO ketika itu diperolehi oleh semua pihak, maka negara maju dibangunkan dalam keadaan aman, stabil dan harmoni. Sifat positif kenegaraan ini merupakan elemen terpenting yang membolehkan negara mencapai keadaan dan tahap sekarang, walaupun tempoh itu negara diancam dengan keganasan komunis, 'Konfrontasi' dengan Indonesia, tekanan kuasa kuasa besar tatkala kancah IndoChina memuncak, beberapa kali krisis ekonomi dan konflik dalaman politik.

Selama 50 tahun ini, negara berjaya memperolehi pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang mampan dan berubah dari pengantungan perusahan utama dan asas tani kepada perindustrian dan negara perdagangan global ke XVII terpenting. Kejayaan konsisten dan mampu dirancang ini semua menjadi asas dan dorongan agar negara mengorak langkah sebagai status negara maju, dalam dasar "Wawasan 2020" yang dilancarkan pada 1991. Kemakmuran tercapai kerana negara berada dalam keadaan aman, harmoni, stabil dan ini menjadi keadaan kondusif untuk aktiviti ekonomi dan sosial.

Kini, ada yang mempersoalkan kewajaran persetujuan dan 'kontrak
sosial' ini dan mahukan kajian semula, yang dijangkakan akan berakhir sebagai penggubalan peruntukan asal Perlembagaan sewaktu negara ini ditubuhkan.

Tidak kurang juga, yang secara terbuka dan lantang mempersoalkan, malah melakukan provokasi mengenai hal dan hak istimewa orang Melayu. Keadaan berlaku apabila orang Melayu membincangkan mengenai hal dan hak mereka, ianya ditunding dengan nada 'perkauman' dan menggambarkan seolah olah negara mengamalkan dasar menindas dan diskriminasi apabila isu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) ditimbulkan.

Sebaliknya, apabila golongan Bukan Melayu ini mempersoalkan mengenai hal dan hak mereka, ianya tidak pula mereka anggap sebagai 'perkauman' dan apa dan cara mereka perbincangkan itu adalah "berpatutan dan mengamalkan hak demokrasi mereka". Ini makin menjadi rumit apabila media antarabangsa juga menyokong haluan dan usaha kumpulan minoriti ini, termasuk dengan nada dan acuan liberalism dan universal yang mereka agungkan, mempersoalkan bagaimana orang Bukan Islam dinafikan hak mereka mengamalkan kepercayaan mereka.

Persoalan sekarang, mengapa ada rakyat Malaysia sengaja memilih untuk sengaja tidak berlaku adil dengan perspektif kunun kunun bahawa sejarah itu "gagal" apabila bercakap mengenai isu sosio-ekonomi, sejarah dan kaitan hubungan harmoni dan kesefahaman antara kaum, yang sebenarnya menjadi asas negara ini berkembang maju sehingga tahap ini?

Perkembangan tidak produktif ini sebenarnya membawa orang Melayu beberapa tapak kebelakang. Pendidikan merupakan teras utama program membasmi kemiskinan dibawah DEB dan selama 37 tahun. Ia berjaya membawa begitu ramai orang Melayu yang asalnya dari luar bandar menjalani kehidupan yang lebih baik, selesa dan progressif.

Malangnya, tekanan demi tekanan dibuat dan baru baru ini Kerajaan membuat keputusan bahawa 45% dari biasiswa dan dana pengajian tinggi Jabatan Perkhidmatan Awam akan diperuntukan kepada Bukan Melayu (asalnya 30%), walaupun sebenarnya mereka ialah kurang dari 35% penduduk negara ini.

Perlukah lagi apa yang selama ini hak bagi orang Melayu perlahan lahan ditarik?