Wednesday, June 11, 2008

Saka..memang ada apa pada nama

"saka1: katanama = pusaka, peninggalan, warisan, tirkah, wasiat.
saka2: katanama = leluhur, keturunan, darah, anak, bangsa, keluarga, gengsi, kaum kerabat, bani, banu, benih, zuriat, muwalat, baka, suku-sakat, belahan, kulawangsa, darah, famili, kaum, kulasentana.
saka3: adjektif = tidak subur, usang, kersang, kersul, kering;(antonim) subur."
- Tesaurus, DBP

Dari awal lagi, perkataan SAKA yang digunakan oleh WEBLOG kami mendapat reaksi dari rakan rakan. Ianya dibangkitkan semasa 'sembang media' dan juga oleh pengunjung laman ini.

Terima kasih juga kpd sdr Akmal yang memberi maksud SAKA tersebut. (rujuk di bawah)

1)Saka = Pusaka
2)Saka = lelulur drpd sebelah emak, pangkat turun-temurun
3)Saka = tidak subur lagi (tanah)
4)Saka = tiang seri.
5)Saka = jenis tumbuhan yang hidup semusim


SAKA yang dimaksudkan oleh kami ialah PUSAKA, WARISAN atau PENINGGALAN. Ianya diambil bersempena dengan nama bendera UMNO iaitu SANG SAKA BANGSA.

Walaubagaimana pun, setelah diteliti kembali, dan oleh kerana perkataan SAKA bagi masyarakat Melayu kebiasaannya dikaitkan dengan unsur negatif, hantu, polong dsbnya, maka kami beranggapan memang 'ada apa pada nama'.

Justeru, pihak kami akan menukar perkataan SAKA kepada satu perkataan yang lebih sesuai di dalam konteks yang sama.

28 comments:

kambing_ajaib said...

Nama dah ada, justification pilih nama pun dah ada... maka silalah membuat posting blog yang sesuai, supaya dapat dikomen dan diberikan pandangan-terbuka-lagi-konstruktif, baru capai matlamat pembukaan blog. Sekarang ni nak bagi feedback public pun susah...topik mana nak letak... chedet.com org dah berusia pun boleh came up with a blog yang capai matlamat "blog"..takkan "pemuda" tak bleh buat

Bobby said...

Kenapa saya tidak akan menyertai UMNO ...

1. Umno masih mempunyai kesan jajahan. Nama parti yang memperjuangkan ketuanan melayu adalah dalam bahasa Inggeris.

2. Melayu masih mengharapkan pertolongan dari bangsa asing untuk memerintah tanah nya sendiri.
UMNO bersama MCA dan MIC , manakala PAS dan PKR bersama DAP.

Sudah lama Melayu telah berhutang kepada kebolehan kakinya yang tidak lumpuh untuk berdiri sendiri.

Selagi UMNO tidak keluar dari Barisan Nasional dan tidak menukar namanya kepada Bahasa Melayu, maka, selagi itu lah saya tidak akan menyertai UMNO.

Kenapa hak2 Melayu dicabul kebelakangan ini? Ini adalah kerana apabila kita memohon bantuan dari bangsa lain dan apabila mereka memberinya, tentulah mereka berasa bahawa mereka berhak memohon hak Ketuanan mereka.

Saya berharap , demi anak cucu kita masa depan... Berdirilah kita dengan kaki kita sendiri.

Cukuplah dahulu kala kerana pertolongan dari bangsa asing kita hilang 2 tanah pusaka. Namun kini sejarah bagaikan berulang.

Sekian Terima Kasih.

KUDA TROJAN said...

Macam best aje nama blog ini, saya harap ianya lebih mantap dalam menyalurkan variasi informasi dalam dunia cyber hari ini.

Salam dari
http://kuda-trojan.blogspot.com/

Zainal A. Kasim said...

Saya setuju dengan Kambing_ajaib. Blog sudah ada. Letaklah topic-topic yang membina dan menyentuh tentang isu-isu semasa. Contohnya tentang isu kenaikan harga minyak, kemasukan Ezam semula kedalam UMNO dan sebagainya.

Isu-isu semasa inilah yang menjadi topik perbincangan masyarakat. Dengan berhubung terus secara dekat dengan masyarakat barulah Pemuda UMNO boleh mendapat feedback yang betul.

Sekarang ini memang sudah kami para pembahas untuk memberikan feedback yang sesuai kerana tidak tahu nak letak kat mana.

Saya yakin Pemuda UMNO juga membaca blog-blog lain. Jadikan blog lain sebagai contoh bagi melahirkan blog yang berkesan.

http://c-bok.blogspot.com

k_rul said...

Bagus laa pemuda dh ada blog. Diharap dengan komen dan teguran dapat merubah pemuda ke jalan yg betul. Janganlah terima 'saka' yang diperturun dari yang tua-tua kat umno tu.
Lagi satu, memang lah tepat perkataan 'saka' tu ditukar ke perkataan yang lebih baik. Beb... org sekarang dh tak nak 'saka-saka' ni... org dh pg buang tau.
Masukkan dalam botol dan campak ke laut. Sebab tu laa Tun dh tua baru nk buang 'saka' tu. Bukan apa... susah nk mati nanti ooo....

Adzhar said...

Saya ingin membuka bicara dengan mengutarakan isu cermin kereta gelap(dengan izin).Tinted film yg terdapat dipasaran sekarang dengan tujuan mengurangkan kepanasan cahaya matahari.Sekiranya dibenarkan untuk pemakaian umum,cermin gelap dapat membantu pandangan,dengan tujuan megelak silau.Harap dapat komen dari kerajaan,Puspakom dan JPJ.

Barisan said...

semoga pemilik blog ini tiada bela SAKA ...

kunfayakun said...

testing...1,2,3

straycat's strut said...

....pihak kami akan menukar perkataan SAKA kepada satu perkataan yang lebih sesuai di dalam konteks yang sama.

-----

We heard a lot of that in the last five years, aren't we? You learnt fast from your PM, especially on the flip-flopping part and the knee-jerk reactions in handling issues. Maybe you should form another committee to find the right name. Another of PL's way in handling issues...

Is there a chance that you guys might learn how to make a well-thought decisions and then defend it intelligently? Ask Tun if you dont know how to do that.

Rakyat said...

Apa yang penting bukan nama semata-mata, apa yang lebih penting ialah apa pengisian dalam blog ini, Isu berlambak-lambak siapa nak jawab.

orang_biasa said...

Saka ini sesuatu unsur/benda/makhluk halus/hantu/jin yang diturunkan kepada keturunan darah, kebiasaannya secara terpaksa. Orang yang menerimanya boleh membuang saka, tetapi terpaksa menderita tulah atau pantangnya.

Pemuda UMNO Saka Bangsa-biar betul! Aku sanggup membuang saka ini walaupun menderita tulah (barangan naik) demi masa hadapan anak-anak Melayuku!

Terimakasih

Razlan said...

Terima dan buat pembaikkan. Saya respect sebab boleh terima dan buat pertukaran.

Lagi satu, tak payah la nak tambah gambar pasal luncheon ni ..

orang dah tahu.. move on...

apa topik yang nak dibincangkan?

jelidaily said...

masalahnya umno ni pada orang yang berada dalam umno itu,kalau pemimpin bukan main kaya,payah nak didekati,sombong,rasuah,politik anak beranak,kaya anak beranak dan sebagainya,bila dah kalah barulah mula mendekati rakyat,pejuang rakyat,pembela rakyat,tengok contoh dr khir toyo..sekarang barula nak berjuang dulu bukan main sombong.lepas tu timbalan pembakang selangor dato satim siman tu kalau pergi kat serdang semua kroni dia bolot,kalau orang tak baik dengan dia jangan harap,habook pun tak dapat,kawan saya pernah berniaga kat kawasan serdang tu,sewa kedai panas(kedai yang diperolehi hasil hubungan baik dengan dato satim)telah datang dan menghalau kawan saya tu,dan pengikut dato satim bawa sekali pengikut-pengikut pekida yang bertubuh sasa datang halau dan hampir-hampir mengapa-apakan isteri kawan saya itu,itula kezaliman yang dilakukan oleh pengikut-pengikut bn(satim diman),kawan saya dimalukan sebegitu rupa,surat report polis pun ada..tapi...apakan daya,beliau rakyat yang tidak ada siapa yang boleh mempertahankan beliau,lainla pengikut bn...akan dijamin oleh ketua..harap pemimpin atasan perhatikan masalah ini,nama pengikut dato satim itu jaafar

wan tetel said...

Sakkaaratulll mauttttt

Orang Tenom said...

Bangunlah wahai Pemuda UMNO Bangunlah bersama dengan rakyat bawahan..Hidup kami semakin tertekan dengan peningkatan harga minyak dan juga barang-barang keperluan asas. Janganlah pandai berkata-kata "harungilah masalah ini bersama-sama", tetapi elaun dipotong hanya 10 peratus saja. Potonglah sehingga 50 peratus. Keperitan rakyat bawahan lebih teruk lagi berbanding pembesar-pembesar anda.

The Trader said...

Maksud atau apa makna SAKA tu dah tak penting ..tu bukan isu yang membangunkan umat Melayu Islam..Masalah pokok ialah adakah UMNO masih bertunjangkan ISLAM yang syumul dalam hati perjuangan?

TIPU BESAR kalau you (Sazmi) mengaku yang UMNO masih bertungjangkan ISLAM yg SYUMUL. Masalah UMNO bukan pada parti itu tapi pada pendokong parti itu. UMNO dah jadi pusat perhentian pencari nafkah zahir melalui jalan mudah dan pusat persinggahan manusia yg tamak pangkat dan kuasa.

BLOG bukan penyelesaian segala kekusutan KUDIS BUTA dalam hati ahli UMNO tapi tetapan hati dalam ISLAM adalah jalan terbaik.

orang said...

Saya amat sedih, pada suatu ketika dulu negara korea, singapura, india, china dan sebagainya adalah sama atau kurang taraf berbanding dengan negara kita. Kini, apakah yang sedang berlaku kepada negara kita? GDP kami amatlah sakit mata dilihat. Infrastructur pula tidak mencukupi, kalau adapun tidak ada 'maintenance'. Banyak projek-projek besar yang membazirkan wang rakyat sahaja seperti project angkawasan. MRT/LRT pula dibina di kawasan yang tidak strategi, sesetengah MRT/LRT kena jalan beberapa kilometer baru boleh sampai di kompleks-kompleks pasaraya besar. Sistem pengangkutan amatlah lemah di negara kita.

Pada tahun 60-an, rakyat berbilang bangsa dapat hidup secara harmoni and memang menganggap diri mereka sebagai adik-beradik. Tetapi kini, hubungan kaum nampaknya OK tetap sebenarnya tidaklah sampai mana. Apakah silapnya dasar kerajaan ini? Ataupun inilah konspirasi negara yang memang mahu rakyat tidak erat supaya dapat mengekalkan kuasa secara "divide and rule"?

Negara kita pengeksport minyak petroleum tetapi kenapa haraga minyak mahal sangat? Janganlah banding harga minyak dengan negara-negara lain, mereka bukanlah pengeksport minyak! Kenapa tidak banding harga minyak dengan venezuala, brunei, nigeria dang sebagainya? Mereka pengeksport minyak tetap harga minyak mereka sangatlah rendah. RM0.15 0 RM0.50 sata litre sahaja! GDP kami amat rendah, jangan bandingkan harga minyak mahal seperti singapura, USA dan sebagainya kerana GDP mereka amatlah tinggi. Rakyat mereka masih boleh hidup dengan senang walhal rakyat Malaysia akan menderita kalau minyak harga tidak diturunkan kerana semua barang akan naik harga akibat daripada kos pengangkutan lorri meningkat.

Saya ingin bentangkan soalan-soalan kepada kerajaan: Kenapa akaun petronas tidak ada transparensi dan cuma boleh dilihat oleh PM saja? Kenapa kerajaan bersetuju dengan PLUS mereka berhak untuk meningkatkan harga toll dari semasa ke semasa? Ini adalah tidak adil sekali. Kenapa banyak GLC negara kita lemah sangat dan selalu membazirkan wang rakyat jelita?


Isu AP, Isu bus rapid KL, Proton, MAS, khazanah, mana ada GLC yang boleh kita banggakan?

Ramai orang Melayu dan bukan melayu kampung dan masih hidup susah payah. Kenapa kerajaan cuma membiarkan segelintir yang ada hubungan dengan kerajaan mendapat "bantuan"?

Ramat orang bukan melayu mendapat keputusan cermerlang tetapi kenapa mereka tidak diberi JPA atau biasiswa kerajaan walhal negara-negara seperti Singapura bagi biasiswa kepada mereka? Siapa yang rugi akhirnya? Negara kita memberi pendidikan kepada mereka sampai tingkatan 5 atau 6 (12 tahun pendidikan) tetap Singapura cuma bagi mereka 3 - 4 tahun dan lepas itu, mereka kena sign kontrak dan berkhidmat untuk Singapura. Siapa yang untung dalam kes ini?

Kalau negara kita mahu maju and dihormati di mata dunia. Maka, kerajaan mesti menghapuskan semua dasar-dasar yang tidak saksama dan melayan semua rakyat berbilang bangsar dengan adil dan saksama. Kalau tidak, UMNO/BN akan dicaci dan keputusan dalam pilihanraya akan datang adalah amat membimbangkan.

Hapuskan dasar ketuanan melayu dan NEP, layan semua rakyat dengan saksama, bantu rakyat berbilang bangsa yang patut dibantu. Hapuskan budaya rasuah. Gubalkan system keselamatan (polis), pengangkutan yang baik. Pilihkan menteri-menteri yang berhemah tinggi dan berkaliber. Negara kita akan menjadi negara kuat di dunia sekiranya semuanya tersebut di atas dapat dipraktikkan.

sekian.

Ahmades said...

"Comment moderation has been enabled. All comments must be approved by the blog author."

Apa nih? Bukankah saya telah tekankan didalam komen saya terdahulu yang benda ini tidak perlu untuk membuktikan yang PEMUDA mahu menerima kritikan? Kenapa ada lagi?

mafiaKL said...

Sebenarnya NAMA memainkan peranan yang amat besar kepada seseorang individu, pertubuhan, bangunan atau apa sahaja, kerana pertamanya orang boleh mengenalinya.

Walau bagaimanapun, melainkan nama-nama manusia yang boleh merupakan satu doa kepadanya bila namanya disebut, nama pertubuhan atau malah BLOG rasanya tidak lebih kepada untuk menjada GAH sahaja.

Jadi saya rasa tak perlulah diperbincangkan tentang nama blog ini. Apa yang lebih penting ialah pengisiannya, bagaimana ianya digunakan, dan bagaimana ia dapat mencapai matlamat pembuatannya.

Sekian

UMNO Cawangan Desa Jaya said...

Assalaamu'alaikum

Dalam 1001 macam isu yang amat ditagih penjelasannya, isu penggunaan nama 'saka' pula yang menjadi pilihan untuk diperjelaskan terlebih dahulu.

Untuk membuang 'saka' tersebut, bermakna pihak Sekretariat perlu melakukan penukaran alamat URL.

Untuk mempromosikan pula alamat URL yang baru, adakah pihak Sekretariat akan menganjurkan 'luncheon' (dengan izin) sekali lagi?

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

http://umnodj.blogspot.com

USAMABENLADEN said...

Saudaraku sekalian..

Benarkah saudara-saudara memperjuangkan pusaka bangsa!!! Kalau benar cuba kembalikan kegemilangan Bahasa Melayu dari segi martabat sains dan teknologi dalam bidang Sains dan Matematik...
Kembalikan maruah bahasa ibunda agar tidak hilang bangsa disebabkan hilangkan bahasa.. cuba lihat bahasa jawa atau cina peranakan melaka!! bukankan mereka telah hilang bangsa disebabkan hilangkan bahasa... Kalau tidak berjaya atau dayus nak memperjuangkan BAHASA MELAYU.. tak perlulah mengaku bahawa kalian adalah pejuang saka tetapi pecacai bangsa... BUKTIKAN!!!

Sipapan-Kekunci said...

"Justeru, pihak kami akan menukar perkataan SAKA kepada satu perkataan yang lebih sesuai di dalam konteks yang sama."

Tak payah tukar pun takpe, tambah jer huruf "i" kat hujung. Baru betul!

Dulu bawak mat rempit main payung terjun, pastu jadikan diorang samseng pilihanraya. Skang nak bawak sape plak main payung terjun? ape kate bawak dollah bedawi, najib, shahrir samad, khairy jamaludin, khir toyo dan lain-lainnya kasi terjun kat hutan amazon. Aman Malaysia...

mie said...

xperlua lah nama dijadikan sebagai suatu yang tidak baik, teruskan sahaja perjuangan yang ada.

jika nama dijadikan topik untuk dibincangkan,xusahlah. orang inginkan penjelasan.

lepas ni tukar lagi url. sampai bila2 pon xsudah..

teruskan dengan penjelasan isu yang sekarang menjadi tanda tanya semua pihak. isu2 yang semasa.

terima kasih.

Yoptanjung said...

Kata Pemuda Umno, SAKA yang dimaksudkan oleh kami ialah PUSAKA, WARISAN atau PENINGGALAN. Ianya diambil bersempena dengan nama bendera UMNO iaitu SANG SAKA BANGSA.

Walaubagaimana pun, setelah diteliti kembali, dan oleh kerana perkataan SAKA bagi masyarakat Melayu kebiasaannya dikaitkan dengan unsur negatif, hantu, polong dsbnya.

Ha ha ha UMNO ni sememangnya "Hantu",antaranya Hantu Tuyul, Hantu Lagsuir dan yg paling hebat Hantu Altantuya. Kata orang Bajau "kalau ko mau belajar buat hantu tuyul sinang bah.. ko pigi tu saaaana dekat tu Kg Petagas, ada pokok ara basar butul, dari jauh sudah buli nampak macam orang sama dua tangan basar".Sana bawah dia, ada tu pondok satu orang tua, nama tu orang tua tu Daeng Abdullah, timpang timpang sikit dia tu tapi ada sot sot sikit jadi jangan ko kena tangkap sama dia, kalo tidak susah ko ging.

Daeng Abdullah bilang, sinang mau buat tuyul tapi susah mau kasi lari. Dia bilang kalau ko tau ada perempuan mati yang ada anak yang belum lahir yang kena kubur ko pi kurik dia punya kuburan 1 hari lepas dia kana kubur pukul 3 pagi dia bilang, mesti balik sebelum matahari naik.

Lepas tu kau ambil anak tu dari parut dia, kau balut tu kain kapas, rendam sama dia darah ayam atau karabau satu malam, lepas tu kau kasi asap sama dia sampai dia kering, ko mesti guna tu kayu bakau dia bilang pasal asap dia kuat sikit.

Lepas kering, pertama kali ko guna tu tuyul, mesti taruh 1 titik darah ko sendiri, tapi lepas tu setiap bulan ko mesti tambah lagi, bulan pertama 1 titik, bulan 2 kasi 2x dia 2 titik, bulan tiga 2x lagi jadi 4 titik darah, bulan ampat 2x jadi 8 titik darah.

Kalau ko berhenti mula lah dia hisap darah ko hari hari tu, jadi indak buli berhenti.

Kini Hantu bikinan Daeng Abdullah itu, cuba menakut-nakutkan orang Melayu bahawa mereka akan hilang Dasar Ekonomi Baru. Ini pun cerita hantu jugak.

Cerita hantu ini telah menjadi tidak seram lagi. Menakut-nakutkan orang Melayu bahawa mereka akan hilang hak keistimewaan samalah seperti George Bush sedang cuba menakut-nakutkan rakyat dunia tentang ‘keganasan Islam’. Orang Melayu tidak akan ambil pot. Rakyat dunia tidak akan ambil pot.

Untuk sementara waktu ada susuk Melayu akan termakan racun bergula dari akhbar-akhbar lekeh lagi melekehkan. Ini samalah seperti ada sebahagian rakyat dunia yang termakan propaganda Bush tentang cerita seram ‘ kejahatan Islam’.

Sebenarnya di belakang agenda menakut-nakutkan Melayu, kata Hishamudin Rais, ini ialah para cukong, para contract junkies, para Ali dan Baba, para Mat Subcon, para lanun dan penyamun, para perasuah dan pengguna C4, para komisen agen, para broker projek – mereka inilah yang sedang dalam ketakutan kerana rakyat telah memilih PR.

Sambung cerita hantu, Untuk kita mengetahui samada Hantu Hantu UMNO ni berada berdekatan ialah dengan mendengar hilai ketawanya, bunyi seperti kuda tetapi nyaring. sekiranya bunyi hilai ketawanya kuat didengar, maknanya Hantu Hantu tu dah menang Pilihanraya, tetapi sekiranya bunyinya kedengaran sayup-sayup dikejauhan, bermakna Hantu Hantu itu berada jauh dari kita, manakan tidak, malu akan kekalahan PRU tempoh hari.
Sekian almaklum.

Rakus seorang bujang said...

pelik aku dengan pemuda UMNO skg, banyak isu yang berbangkit dan menyusahkan orang melayu tak mahu diperkatakan malahan bermegah mempertahankan pemimpin yang jelas lemah sangat otaknya....


minyak dah naik baru beria2 nak buat skim bermacam2 kononnya nak bantu rakyat..konon nak nampak prihatin di potong elaun keraian...apakahbenda semua ini...rakyat merana kerana kenaikan yg melampau akibat kegagalan pengurusan ekonomi yg baik oleh pemimpin tinggi UMNO bernama poki lah ....eh silap pak lah dajjal

d.ruse said...

apakata kalau anta guna MEDIA PUSAKA MELAYU? Bangsa terlalu umum, dan saka berbaur negatif. MELAYU patut di ketengahkan dan dibanggakan. Seperti Jepun, Perancis, India, Cina dan Yahudi. Masing2 bangga dgn bangsa sendiri.

Sos Tomato said...

"Saka Bangsa"...nama yang bagus sebenarnya. ada ciri2 tarikan yang kuat. terbaca je perkataan ni mesti orang nak tau apa pulak isi blog ni. kalau nak dengar kata orang, sampai bila pun tak habis, sampai bila pun ade je yang tak betul, sampai bila pun kita akan melatah. Harap kekalkan nama blog ni, melangkah...jangan mengundur. apa yang kita buat sudah betul

NieZearm said...

UMNO memperjuangkan ape?
a) Semua melayu
b) melayu islam
c) melayu UMNO
d) ahli UMNO

:-)