Friday, June 6, 2008

Media Saka Bangsa Bermula

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera semua,

Media Saka Bangsa ialah blog untuk Sekretariat Perhubungan Media Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diujudkan agar pergerakan sayap kiri parti nasionalis Melayu tertua negara ini dapat berinteraksi dengan semua pihak, secara terbuka, konstruktif dan dalam suasana berunding, wacana ilmiah dan konsisten.

Ini adalah sebahagian dari plan untuk kami memahami suara hati, pendapat, hasrat, aspirasi dan idealism yang diharapkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, pewaris Kepimpinan Agama, Bangsa dan Tanahair.

Terima kasih kerana memberikan kami peluang untuk berinteraksi dan sama sama mewarnai dunia bloggosfera ini.

*Perkembangan dikemas kini

Kata kata aluan Pengerusi Sekretariat Perhubungan Media Pemuda UMNO, Dato' Sazmi Miah:


Dengan nama ALLAH ang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

1. Pemuda UMNO Malaysia mengakui, PRU12 baru baru ini telah mengajar dan menyedarkan ramai dari kalangan pemimpin muda UMNO yang sesuatu harus dibuat untuk menguatkan kembali sayap UMNO ini. Kami juga mengakui sesuatu perubahan perlu dibuat untuk pemuda UMNO diterima kembali oleh generasi muda sebagai wadah perjuangan mereka.

2. Penubuhan Sekretariat ini adalah salah satu pendekatan yang telah diambil oleh kepimpinan pemuda didalam mengharungi suasana yang mencabar kewibawaan dan kerelevenan parti keramat ini. Ianya bertujuan untuk mendapatkan reaksi dan berinteraksi secara lebih terbuka dengan pihak media, ngo dan lain lain yang berkenaan, agar Pemuda dapat merubah, jika perlu, halatuju perjuangan sayap ini demi kepentingan parti.

3. Sebagai langkah awal, sekretariat bercadang mengadakan perjumpaan dan berinteraksi dengan pihak media, samada alternatif atau mainstream yang dilabelkan oleh pihak tertentu, bagi mendapatkan reaksi, pandangan, kritikan serta pendapat sebenar, pihak media yang secara langsung menyampaikan suara rakyat.

4. Ini berdasarkan kepada penting dan relevennya peranan media, di dalam membentuk minda dan persepsi rakyat generasi muda terhadap kerajaan dan perjuangan parti.

5. Oleh itu saya bagi pihak sekretariat mengalu alukan kedatangan pihak media ke majlis ini, dan sama2 menyumbang idea, pandangan dan kritikan terhadap Pemuda UMNO, agar kami dapat mengembalikan kepercayaan generasi muda terhadap perjuangan kami.

6. Saya juga mengalu alukan komen, kritikan, pandangan yang membina melalui laman web ini dan akan dibuka selama 44 hari dari hari ini, untuk memberi peluang kepada pelayar web, bloggers, atau sesiapa sahaja yang berminat untuk berbuat demikian, terutama kepada mereka yang tidak dapat bersama di dalam majlis tersebut samada berada jauh atau pun kerana minyak telah naik.

Tepuk dada tanya selera.
Wassalam dan terima kasih.

SAZMI MIAH
Pengerusi




28 comments:

pcbahar said...

From alba
I would like to suggest that the Government put a levi on each vehicle that coming to Malaysia from neighbouring countries. For a car charge RM50, small bikes RM10, bikes (over 250cc) RM30, lorry RM60to RM150 according their weight..
By this means the fuel price can be reduced as before..
Awat orang-orang UMNO tak terfikir idea simple saya ni?
Plzzzz, do something UMNO guys..

terubuk jantan said...

salam pada pemuda umno yang semakin lembik(maaf tiada niat langsung ingin memburukan)harga minyak terlalu melambung 'desak' desak'desak desak tok lah kaji semula.PLS PEMUDA UMNO HARAPAN PEMUDA MALAYSIA PADA ANDA...

labi said...

salam........

sekalung tahniah diucapkan kepada pemuda UMNO kerana berjaya membuat satu platform dimana semua rakyat dan lapisan masyarakat dapat menyuarakan apa yang telah terbuku di hati dan dimana diharapkan apa yang ingin disuarakan dapat diambil kira dan dapat didengar oleh pucuk pimpinan.

selaku pengundi pada PRU12 pada baru-baru ini keputusan yang ditunjukkan amatlah mendukacitakan dimana UMNO mengalami kekalahan yang amat mendukacitakan... Ibarat telur dihujung tanduk... perpecahan dikalangan kita orang melayu ibarat "menang sorak kampung tergadai dan boleh ibarat cerita pak kaduk dan ayam sabungnya" ini kerana, bila keputusan PRU12 diumumkan kita telah kehilangan sokongan dikalangan pengundi melayu terutama golongan muda....

Adakah pengundi muda ingin menunjukkan protes mereka kepada sesiapa atau mereka hanya sekadar ingin mencuba atau beralih angin kepada pihak pembangkang yang mana diuar-uarkan sebagaimana manifesto pilihanraya mereka ingin menubuhkan sebuah negara yang berkebajikan atau mereka (pengudi-pengundi yang berada di kawasan bandar) telah muak dengan pelbagai masalah yang mereka hadapi dan mereka melepaskanya ditempat asal dimana hak mereka 5 tahun sekali boleh digunakan dan dimana suara atau tindakan mereka harapnya akan didengar

pada pendapat saya hilangnya sokongan muda atau undi golongan muda kepada UMNO pada PRU 12 baru-baru ini ada banyak faktor dan alasannya, antara yang sering kali kedengaran di parlimen rakyat kecil (kedai-kedai kopi) keadaan Ekonomi yang sukar, kadar penganguran di kalangan siswazah, barang selalu naik, hutang PTPTN dengan kadar bunga yang tinggi, peluang mendapatkan pinjaman yang amat sukar bagi memulakan perniagaan, suara rakyat tidak didengar, kebanyakan program ekonomi yang dirangka dari perindustrian kepada pertanian amatlah mendukacitakan kerana ianya bagaikan "sudah terang lagi bersuluh" hanya akan menguntungkan segelintir manusia atau anak menantu, tiada mekanisme yang diambil bagi mengawal atau memantau harga barang-barang keperluan dan 100% bersetuju dan mengatakan YA apabila kekalahan ini disalahkan kepada dua orang yang paling atas dan keluarganya tidaklah perlu diulas siapakah geranganya orang itu.

Jadi akibat dari mendapan ketidakpuasan hati ibarat kata "terbakar kampung nampak ASAP, terbakar hati sapa pun buat tak tau" ianya diterjemahkan didalam bentuk undi untuk berpesan atau warning bahawasanya gelombang pertama telah bermula jadi harapnya paham-paham lah kalau duduk diatas turunlah kebawah atau serahkanlah takhta kepada orang lain, yang mungkin boleh membetulkan keadaan yang sebagaimana TUN bagitahu berubahlah sebelum parah.

suka atau tidak kepada desakan ini ianya perlu diambil kira dimana kalau tak percaya turun pakai baju biasa dan dengarlah perdebatan di parlimen kecil dimana semua pihak asyik menyebut dua nama tidak tiga tidak empat atau lima hanya dua yang bersaudara.

Amatlah besar harapan semua rakyat jelata agar sebelum Disember turunlah dari Takhta.....

salam....

Buah Cempedak Diluar Pagar
Ambil Galah Tolong Jolokkan
Hamba Budak Rajin Belajar
Kalau Ada Salah Ambo Mitok Maaf

Demi Bangsa Agama & Negara
Moga UMNO sentiasa Luar Biasa dan Biso Sokmo

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam,

Walau pun agak terlewat, insiatif ini perlu diterima sebagai jambatan yang menghubungkan antara generasi muda dengan kepimpinan UMNO.

Walaubagaimana pun, inisiatif ini tidak akan kekal menjadi rujukan dan tempat memberikan idea atau pandangan jika tidak terdapat 2 way communication di antara surfers dengan pihak saudara.

Malah jika terdapat idea2, kritikan2 bernas dan pandangan2 surfers yang hanya terpampang di kotak2 komen tanpa implementasi atau tindakan yang nyata dan diharapkan, inisiatif ini terkubur juga satu hari nanti.

We want action & less talk.

Saya amat berharap agar pembentukan sekretariat di bawah saudara sudah masak dengan kehendak dan aspirasi surfers terutamanya generasi muda.

Akhir sekali,

Saya tidak faham kenapa 10hb Jun 2008 11.00 pagi di pilih untuk luncheon "Sembang Media".

Selasa adalah hari kerja dan 11.00 adalah masa kerja.

Apakah saudara mahu mengurangkan penyertaan peserta-peserta dari media alternatif kerana saya percaya semuanya bekerja?

Media arus perdana tempatan tentu boleh datang kerana itu adalah tugas mereka.

Jika tujuan saudara ialah untuk mendapatkan publisiti singkat dan gambar pihak saudara terpampang pada 11hb Jun di suratkhabar2, saudara pasti berjaya.

Tetapi apakah itu yang di mahukan?

Don't worry cuma ramai pihak sudah tidak mengganggap suratkhabar perdana sebagai rujukan mereka terutamanya apa sahaja yang dikeluarkan oleh New Straits Time.

Win the surfers, bloggers and people's heart, itu yang paling mustahak dilakukan oleh Pemuda UMNO.

Publisiti singkat tidak patut dijadikan agenda.

Saya berharap agar pihak saudara dapat mempertimbangkan kembali dan mencari masa dan tarikh yang lebih sesuai agar inisiatif ini lebih bermakna dan mencapai objektifnya.

Perjumpaan di negeri-negeri juga perlu di adakan agar penyertaan lebih besar dan signifikan.

Come to us and we'll discuss. The bottom line is UMNO must be revived together.

Yang paling mustahak, info mesti selalu up to date, persisten, concise dan inisiatif ini tidak mati di pertengahan jalan.

Selamat Maju Jaya.

Minda Intelek Melayu
http://novandri.blogspot.com

mhdeli said...

apa nak dibanggakan dengan pemuda UMNO?...sepatutnya pemuda menjadi penegur kepada kerajaan BN. Tetapi dalam banyak isu pemuda tidur macam ketua BN yang suka tidur.

Azuri said...

bagus bilamana Pemuda UMNO baru nak mula berinteraksi dengan pengunjung blog. Tapi apa gunanya kalau segala komen-komen di 'pilih bulu' untuk dipaparkan di sini... Apa salahnya biarkan semua komen terus muncul..

komen-komen membina buat pemuda sahajakah yang layak? bagaimana dengan komen kritikkan..?

jgn bersifat pilih bulu..

blues untuk rakyat said...

SOALAN CEPU EMAS......

Sudah BersediaKAH PEMUDA SANG SAKA BANGSA Jadi PEMBANGKANG lepas ni ( tak lama lagi.....)

Alin Yussuff said...

Kenapa blog ini dibuka selama 44 hari sahaja?

herokepulauantanahmelayu said...

Ini buat blog ni nak dengar pendapat dan lepas tu membakul sampah kan nya ke. Atau betul-betul nak berubah.

Terpulanglah pada Pemuda UMNO sendri.

Jadilah Pemuda UMNO seperti asal. Yang membela rakyat khasnya orang Melayu. Jadilah UMNO tempat orang melayu mengadu nasib. Jangan sombong dan bongkak. Pilih lah ketua yang betul-betul boleh jadi ketua. Kita tidak mahu ketua yang hanya tahu jadi yes man. ikutttt ajeeee. Dah tahu tak betul tegur laah. Ikut zaman Tun. Anak-anak atau menantu tak payah pegang jawatan selagi Tun pegang jawatan Presiden.

Entahlah. Korang semua tahu UMNO menuju kehancuran. Jangan lah menipu diri sendir. Korang semua tahu. Ambil lah tindakan sekarang, jangan tunggu bulan Disember. Dah lambat. Kalau tak berubah sekarang, PRU 13 alamak jadi pembangkang lah. Hendak ke jadi begitu.

Salam sejahtera untuk korang semua. Lu pikirlah sendiri.

g-mie said...

selamat datang ke alam maya.
elok la tu sblm umno jadi mayat

kalau ikut keadaan semasa, populariti umno di tahap merah. kalau ada PRU skrg, pasti umno masuk kubur.

saya nak minak jawapan, kenapa pak2 menteri cakap putar2 alam. takder meeting ke depa dalam satu2 isu semasa. contoh;
najib kata; minyak tak naik tahun ni.
sahir kata; naik bulan ogos
dolah kata; naik tgh mlm nanti (24jam lepas sahir kata)

sahir kata; kalau potong elaun menteri tak sampai satu billion pun
dolah kata; potong 10% jimat 2 billion (24jam lepas sahir kata

belit2 sunguh...heran aku

kenapa rakyat perlu berkorban dengan kenaikan minyak. sbb rakyat telah pung terkorban. yg miskin dah tak bleh ubah dah cara hidup. pak2 menteri tu yg kena ubah sebenarnya.
10% = 2 billion setahun (5.5 juta sehari)
100% = 20 billion setahun (50.8 juta sehari)
bayangkan duit rakyat yg digunakan menteri2 yg mmg dah besar gaji nya.
kalau nak pi melancong tu pakai duit sendiri la, kenapa rakyat kena tanggung laks

ini yg aku kata rakyat telah terkorban dan giliran menteri berkorban pulak

wasalam

ismail said...

Salam Pemuda UMNO. Sebenarnya rakyat dah muak dengan gelagat Pemuda & UMNO . Iklas ni. Hanya yg tiggal ada dua tiga orang yg keras. Yg lain semua LEMBIK & YES MAN JE.
kalau bagi cadangan pun, buat buang masa aje. Hampa bukan ambil peduli.Mungkin nak tunjok buat keje,nak perkasakan Pemuda. Hampeh betul. Hampa buat lah macam tu, lambat laun.. It's yr own funeral.Dok lena macam BOSS hampa.

encikpundak said...

aku golongan muda. tak rase pun dorang ni pembela pemuda. pembela KJ kot... ntah

Darick said...

will pemuda really 1 2 listen 2 suara rakyat or just setting up d blog bcos u 1 2 not bcos u need 2? u u guys just 1 2 listen but not interested in d action. i thk this blog will gonna 'siok sendiri aje'
kakakkaaa..... pemuda,
it's ur to decide: sedia gempur or sedia kubur?

kapsulherba said...

dalam keadaan sakit hati, marah, tensen, dan hari-hari duk mencarutkan kerajaan akibat rasa macam jadi hamba kerajaan di bumi sendiri.. baru saya tahu bahawa rakyat malaysia cuma ada 2 pilihan sahaja..

1. Ubah cara hidup

atau

2. Ubah kerajaan

fikir-fikirkan lah

oyster said...

Assalam.......

Kepada semua Pemuda UMNO..Alip Mim Nun Wau...Alip tendang wau..rakyat yang yg kena tendang akhirnya.

Kamu semua minyak dpt claim, kerajaan bayar, kami minyak kena bayar sendiri.

Suatu ketika dahulu, masa zaman mahathir, aku hidup senang korang tau!. Petang- petang boleh main bola sepak. Sekarang petang nak kena kerja lebih "overtime".

Tujuan korang kat atas tu untuk kasi aku hidup senang. gaji korang besar, gaji aku kecik!.

Aku boleh maafkan korang semua ni kalau kamu semua minta maaf secara terbuka kat Dr. Mahathir.

Oysterman.

Bobby said...

Kenapa saya tidak akan menyertai UMNO ...

1. Umno masih mempunyai kesan jajahan. Nama parti yang memperjuangkan ketuanan melayu adalah dalam bahasa Inggeris.

2. Melayu masih mengharapkan pertolongan dari bangsa asing untuk memerintah tanah nya sendiri.
UMNO bersama MCA dan MIC , manakala PAS dan PKR bersama DAP.

Sudah lama Melayu telah berhutang kepada kebolehan kakinya yang tidak lumpuh untuk berdiri sendiri.

Selagi UMNO tidak keluar dari Barisan Nasional dan tidak menukar namanya kepada Bahasa Melayu, maka, selagi itu lah saya tidak akan menyertai UMNO.

Kenapa hak2 Melayu dicabul kebelakangan ini? Ini adalah kerana apabila kita memohon bantuan dari bangsa lain dan apabila mereka memberinya, tentulah mereka berasa bahawa mereka berhak memohon hak Ketuanan mereka.

Saya berharap , demi anak cucu kita masa depan... Berdirilah kita dengan kaki kita sendiri.

Cukuplah dahulu kala kerana pertolongan dari bangsa asing kita hilang 2 tanah pusaka. Namun kini sejarah bagaikan berulang.

Sekian Terima Kasih.

too short said...

Udep saree, matee sahid

lahpin said...

Saudara2 perlu kembalikan semangat zaman Dato' Harun Idris atau zaman Jaafar Alba, Zaman lembik2 ni dah tak sesuai dalam dunia tanpa sempadan ni sbb rakyat perlukan hangpa lebih garang untuk bersama rakyat menangani pelbagai masalah ekonomi dan sosial yang kian hari kian gobrok. Selamat Berjuang untuk rakyat dan bukan semata2 untuk perut,kerusi dan poket!Minta maaf kalau terkasar bahasa dan bersalah bicara.

NIK1162 said...

saya ingin menarik pandangan dan perhatian daripada Pemuda agar memperjuangkan nasib kami guru-guru yang mendapat kenaikan pangkat ke DGA32 (hakiki)atau lebih dikenali sebagai Penolong Kanan disekolah sekolah rendah seluruh Malaysia,pada hakikatnya walaupun kami mendapat kenaikan pangkat namun kami sebenarnya "mendapat" lebih banyak kerugian daripada kedudukan kami dalam DGA32 secara 'timebased' dengan kemudahan mendapat kebenaran untuk mengajar PPSMI dengan mendapat imbuhan sebanyak 10%,kami yang mendapat kenaikan pangkat juga pada kebiasaannya akan ditempatkan dikawasan2 yang imbuhan bagi COLA adalah RM100, berbanding RM200 sebelumnya...
Gred DGA32 hakiki hanya mendapat elaun RM60 ringgit berbanding dengan tugas kami yang lebih mencabar dalam segi pentadbiran...tiada siapa yang memperjuangkan nasib kami sebagaimana diperjuangkan oleh sesetengah pihak kepada guru besar dan apa yang telah diperolehi oleh guru yang meyambung pelajaran yang diumumkan baru-baru ini.
Bayangkanlah:
Guru DGA32 Time based:
Contoh;
Gaji Pokok RM3005
Elaun ITP RM180
Elaun EKA RM 160
Elaun BISP (10%) RM300
cola (Bandar) RM200
JUMLAH PENDAPATAN rm3845
Guru DGA 32 Hakiki (P.Kanan)
Contoh;
Gaji Pokok RM3005
EKA RM160
ITP RM180
Elaun Tanggungjawab! RM60
Cola RM200
JUMLAH PENDAPATAN RM3605!
(Gaji Pentadbir lebih kecil drp guru penolong!)
Apakah ini dapat memperkasakan lagi warga pendidik?....tolonglah kami...semoga PEMUDA dapat melakukan sesuatu!

myrayza said...

Bosan...

g-mie said...

tolong berjuang fasal tuntutan biasiswa dan kouta pengajian tinggi.
nampak jelas semakin terhakis hak melayu.

tolong buat BISING skit kat media tu ttg tentangan kita terhadap tuntutan ini.

jangan jadi PENAKUT, PENGECUT, LEMBEK
kalau tak, mmg patut tak cium keris...elok cium sudip

kapsulherba said...

salam sejahtera

sat tadi teman baru dengar dalam berita pak lah said.. kerajaan amat peka dengan penderitaan rakyat.. so harga minyak akan kekal sampai akhir tahun ni.. after disember.. tak comporm lagi.. maybe harga ganja lebih murah dari petrol.

sekarang ni rakyat dah tak nak dengar apa yang pak lah celotehkan.. sebab kami rakyat dah tak percaya kepada UMNO dan sayap sayap nya itu. sesen pun tak percaya doh.. teman ni terus terang kata menyesal ngundi kome PRU lalu.. teman mohon maaf pada semua rakyat malaysia.. teman dah sedar sekarang.. siapa pejuang nasib rakyat.. dan siapa pula penjahanam nasib rakyat..

meiyen said...

I think you should separate your blog into two sections. One for English and the other for Malay readers. Easier for people who do not have a thorough comprehension of Malay. Readers get bored very quickly and if it's too much of hassle going through comments they do not understand fully, I assure you, they will not be come back.

But it's a good start. Just remember to keep it honest and fair. Good luck!

Adnanlr said...

Salam Tuan blog,

Terus kepada poin yg ingin disampaikan.

1) Kenapa cuma 44 hari?. Blog adalah usaha yg berterusan. Jangan jadikan ini usaha yg bersifat jangka pendek. Jika jujur, teruskan blog ini.

2) Apakah tujuan blog ini? Ianya tidak jelas.

3) Pemuda UMNO saya perhatikan tidak lagi mempunyai perancangan dan peranan jangka panjang yg boleh diterima oleh demografik penduduk yg disasarkan. Banyak dari prinsip yg dilaungkan berbunyi slogan slogan yg tidak banyak bermakna. Pemimpin Pemuda lebih banyak berusaha membuat percaturan untuk mendapat kerusi yg lebih tinggi. Ini amat lah ketara.

2) Pemuda UMN tidak mempunyai daya tahan untuk mendengar kritikan. Banyak kritikan di istilahkan mudah mudah sebagai tidak membina dan di tolak mentah mentah.

4) Tapuk pentadbuiran Pemuda UMNO masih bermodelkan hiararki. Ini satu struktrur pentadbiran yg usang dan tidak tangkas.

5) Pemuda UMNO tadak berani mencarta jalan sendiri. Banyak jalan jalan yg di ambil adalak serpihan jalan UMNO itu sendiri. Jalan jalan yg bersifat holistik dan menjurus kepada kebaikan rakyat tidak diperjuangkan sepenuh hati.

6) Pucuk pimpinan Pemuda UMNO masih terperangkap dengan kaitan keluarga , kaitan percaturan politik dan kaitan denagn personaliti.

7) Pucuk pimpinan banyak memainkan rhetorik untuk menyampaikan mesej. Usaha dan daya membantu rakyat diu akar umbi adalah lebih bermakna untuk rakyat kebanyakkan.

Secara peribadi, saya tidak lihat Pemuda UMNO mempunyai wadah yg boleh membantu rakyat sekiranya tampuk sekarang dikekalkan.

Satu revolusi perjuangan baru perlu di ambil dan di terapkan.

Berani atau tidak. Itu persoalan nya.

roy64 said...

Salam. Saya bukan ahli UMNO tapi menyokong BN sejak mula saya layak mengundi. Pada PRU 12, saya tetap undi BN walaupun tidak selesa dgn kepimpinan BN yg saya anggap paling lemah dlm sejarah. Untuk survival UMNO, pemuda perlulah pro aktif dan jujur. Zaman bodek pemimpin dah berlalu. Pak Lah memang seorg yang "terbuka" tetapi tidak bijak,agresif dan tegas. Kenaikan harga minyak memang tidak dpt dibendung tetapi cara kerajaan menanganinya amatlah tidak pro dan menyakitkan hati. Menteri hal pengguna pula begitu angkuh dan tidak mesra rakyat. Buatlah post mortem dgn segera sebelum terlambat. Dan jgnlah terus mengutuk Tun M yg pernah berbakti kepada negara. Beliau bukan malaikat tetapi byk jasa beliau kepada rakyat. Bayangkanlah saya dulunya penyokong BN sendiri pun sakit hati, bagaimana pemuda hendak pancing golongan muda menyertai UMNO? Good Luck to all of you.

Bobby said...

Ini adalah komen tindak balas kepada sebuah komen dari Meiyen. Ini adalah sebabnya kenapa UMNO harus keluar dari BN dan berdiri dengan kaki sendiri. Ini adalah sebabnya kenapa Melayu kian lama kian terhakis dari Muka Bumi ini.
Bangsa asing yang kononnya ingin merasai perasaan menjadi malaysian tidak mempunyai hormat yang ikhlas kepada bahasa ku , Bahasa Melayu.
Kalau tak faham Bahasa Melayu , maka kepulauan tanahku tidak halal bagi mu jejaki.

UMNO ... sudah lah ... berhenti hidup dengan sejarah mu. Masa untuk berubah. KELUAR DARI BN ... MELAYUKAN NAMA PERSATUAN... BERDIRI SENDIRI TANPA PERTOLONGAN BANGSA ASING !

Lihatlah ngan mata sendiri keinginan mereka membuat kita lupa pada asal usul kita. Bukan saya anti-bahasa inggeris, blog saya dalam bahasa inggeris, tetapi kawasan di mana Melayu adalah pemiliknya , maka jangan lah kamu berani nak cadangkan supaya berbahasa dalam bangsa asing.

I'm sure you do not understand what i'm saying meiyen... So unfortunately you're gonna have to find someone who knows my language and translate it to you. If this continues in the future , i guarantee you , the non-malays will suffer in terms of privelleges being a Malaysian. People like u are the ones that puts off my Malaysian vision that has been embedded in my concious mind for i have been in multi-racial institution my whole life.
Meiyen you gotta change for the future generation to live more happily and harmonious. Start respecting the land you're stepping on.

meiyen said...
I think you should separate your blog into two sections. One for English and the other for Malay readers. Easier for people who do not have a thorough comprehension of Malay. Readers get bored very quickly and if it's too much of hassle going through comments they do not understand fully, I assure you, they will not be come back.

But it's a good start. Just remember to keep it honest and fair. Good luck!

June 12, 2008 8:54 AM

apanamatu@gmail.com said...

Salam..

Kepada All bloger,
Inikah hasil KBSR dan KBSM. korang semua hanya suka meminta-minta dan kutuk kerajaan BN je. Pastu berdoa untuk diri korang .

Tukar kerajaan, Andakah minyak kan turun? Kalau takat harga semasa PRU-12, makan pisang la yg undi B.A

Kalau kerajaan tak bagi pinjam buku teks, tak jadi bloger la korang.

kapsulherba said...

Kepada All bloger,

"Inikah hasil KBSR dan KBSM. korang semua hanya suka meminta-minta dan kutuk kerajaan BN je. Pastu berdoa untuk diri korang."

Terima kasih kepada tuan apanamtu..

Apakah tuan seorang yang membayar cukai.. ya betul.. tuan tidak membayar cukai kerana gaji tuan tidak sampai pun RM 2000.00 sebulan (agaknya), atau pun terlebih bayar cukai gaji tuan over RM2k.

Tuan, walaupun gaji saya ditahap yang boleh menerima zakat, tetapi saya tetap membayar cukai kepada kerajaan, makan kat kedai mamak, tax kena bayar, makan kat KFC, tax kena bayar, beli peralatan office, harga barang dah termasuk tax. tax bayar juga, dan boleh dikatakan setiap barang ada tax.. cuma tuan sedar tak sedar ajek. maknanya di sini mana part yang tak kena tax.

Tuan,

Kerajaan kaya dengan cukai sana, cukai sini, ini semuanya duit rakyat tuan. adalah tanggungjawab kerajaan untuk membantu kembali rakyat yang dalam sedar tak sedar kena bayar cukai ni. Dan menjadi tanggungjawab kerajaan juga untuk menaikkan taraf pendidikan rakyat terutama orang melayu yang boleh dikatakan yang majoriti miskin. so pinjaman buku teks kaa.. skim makanan percuma kaa.. itu adalah tanggungjawab kerajaan untuk menaikkan taraf pendidikan rakyat, kalo tak buat juga jangan jadi kerajaan.

Tuan,

Sesiapa pun manusia di bumi ini akan memilih seseorang pemimpin atau kerajaan yang mampu untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat. rakyat malaysia tak minta lebih pun, cuma rakyat nak kehidupan di mana nak pi kerja mudah, anak bini cukup makan, bole kasi duit pada ibu bapa dikampung, dan buat simpanan sikit sikit.. itu sahaja. kalo nak hidup mewah terpulang kepada individu. hakikatnya kini, susu anak pun kena catu, yang ada kereta transfer jadi motor, yang dah sedia naik motor, kena potong makan tgh hari, yang sedia ada tak mampu nak makan tgh hari, minum air mata aje.. berapa lama rakyat bole tahan.

ekonomi makin menguncup, aliran duit dalam negara menjadi perlahan akibat inflasi, perfomance syarikat jatuh, harga barang tak menentu, dan yang menjadi mangsa.. rakyat.. ekonomi tak berkembang.. rakyat tiada kuasa beli. hasilnya.. banyaklah barang yang duk dalam store tiada pembeli. siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini.. adakah rakyat bertanggungjawab sebab tak pi membeli belah.. haallloooo.. duit cukup cukup nak buat duit minyak nak pi kerja aje..

Tuan,

Sebelum ini, negara kita pun pernah diserang dengan penyangak matawang.. kita mampu bertahan kerana pada masa tu pimpinan kerajaan bijak.. tidak menaikkan harga barang dengan sewenang wenangnya.. aliran duit dalam negara perlu bergerak.. betul.. that time defisit negara meningkat.. tetapi.. adakah negara kita huru hara.. tuan tetap dapat makan nasi dengan selesa.. anak anak tetap dapat minum susu.. tuan tetap dapat pi kerja dengan tenang. itu bezanya pemimpin dahulu dan sekarang.

So.. bila pemimpin yang ada tidak dapat membaca signal yang diberikan rakyat.. apa lagi yang rakyat harapkan pada kepimpinan sekarang yang penuh dengan skandal.. anak menantu lah.. mongolia lah.. kehakiman lah.. and so on and so on.. pemimpin pun dah boleh cakap tipu.. menipu rakyat dengan alasan alasan yang tidak boleh diterima akal..

Tidak salah kalo menukar kerajaan apabila kerajaan yang sedia ada sudah tidak mampu untuk membela rakyat..