Sunday, July 20, 2008

HARI TERAKHIR UNTUK PANDANGAN

Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada pengunjung weblog ini.
Seperti yang diterangkan pada hari pelancaran, tujuan dan objektif ialah untuk mendapat cadangan, pandangan dan apa jua komen dari pelayar web di dalam kami menilai semula perjuangan Pemuda UMNO.
Banyak komen2 tidak dapat disiarkan kerana terlalu sensitif terutama penggunaan bahasa yang amat keras dan memeritkan, bersifat perkauman dan menghasut dsbnya. Kami mohon maaf.
Walaupun begitu, banyak komen dan pandangan membangun yang juga telah kami terima. Tidak kurang juga persepsi negatif terhadap Pemuda yang boleh dipertikaikan, kami mengucapkan ribuan terima kasih.
Kami akan meneliti, membincang dan berbuat sesuatu demi kepentingan Pemuda UMNO. Segala yang telah diluahkan akan dikaji. Samada tindakan drastik akan dibuat atau sebaliknya, pucuk pimpinan Pemuda UMNO akan membuat keputusan.
Media puSaka Bangsa akan berehat seketika. Insyaallah, kami akan terus memberikan pandangan dan kenyataan tertentu dalam masa yang terdekat ini.
Salam perjuangan.
PENGERUSI

KUOTA BIASISWA

Pemuda menggesa kerajaan mengkaji semula kuota biasiswa 55/45 peratus yang diumumkan. Ianya tidak adil kepada orang Melayu dan Bumiputera.
Mengikut Jabatan Statistik, anggaran penduduk 2007, Melayu dan Bumiputera sudah menjangkau 60%.
Mengikut Perlembagaan Artikel 153, orang Melayu dan Bumiputera mempunyai hak terhadap kuota pendidikan, permit, lesen dsb.
Pemuda menganggap pemberian 55 peratus sahaja kepada orang Melayu dan Bumiputera adalah tidak wajar dan satu penghinaan.
Pemuda bersetuju, sekiranya meritokrasi diambil kira. Walaupun begitu, tidaklah secara total kerana umumnya, Melayu dan Bumiputera masih lagi tidak dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa2 lain.
Oleh itu, baik kita melihat secara objektif akan senario2 tertentu yang berlaku di dalam pengagihan tersebut. Pemuda bersetuju sekiranya tiada kuota kaum ditetapkan bagi dua kategori iaitu kemiskinan dan kecemerlangan.
Misalnya kerajaan menetapkan 10% + 10% adalah untuk dua kategori di atas tanpa mengambil kira kaum, dan mengikut taraf kemiskinan. (melepasi kelayakan minima untuk masuk U).
Bakinya ada 80% lagi, dimana ditetapkan mengikut kuota nisbah 60:40 mengikut kaum. Sekiranya tidak terpakai mana2 kuota tersebut bolehlah dibuka kepada dua kategori di atas.
Kerajaan tidak seharusnya menidakkan hak2 orang Melayu dan Bumiputera hanya dengan kerana mendapat tekanan dari pihak2 tertentu atau ingin menjadi popular. Mungkin popular di kalangan pembangkang, kaum minoriti dsbnya, tapi akan menjadi musuh kepada majoriti rakyat Melayu dan Bumiputera.
Sememangnya kita menuju ke arah meritokrasi 100%, tapi masanya masih belum tiba dan masih belum sesuai untuk dilaksanakan. Jangan hanya leka merasakan Kuala Lumpur itulah Malaysia. Masih banyak kawasan pendalaman yang juga Malaysia yang rakyat Melayu dan Bumiputeranya masih hidup kais pagi makan pagi.
Pemuda benar2 berharap agar pihak JPA dan Kerajaan mengkaji semula sistem kuota tersebut, dan buatlah keputusan yang menyebelahi majoriti rakyat. Tepuk dada, tanya selera..

Thursday, July 17, 2008

ANWAR IBRAHIM

Akhirnya Anwar ditahan siang tadi. Setelah dipermainkan oleh Anwar, polis telah menjalankan tugas mereka. Tahniah polis.

Pemuda mengalu alukan tindakan tersebut. Pemuda telah muak, loya, jemu, juak dengan gelagat, penipuan dan fitnah yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim sejak dibebaskan.

Pemuda akan menerima apa saja keputusan yang bakal dibuat, setelah selesai proses siasatan. Berilah kepercayaan penuh kepada pihak polis dan forensik.

Anwar sama seperti kita, tidak kebal dari undang2. Tidak perlu berdemostrasi, tidak perlu membuat andaian membuta tuli. Biar lah masing2 menjalankan tugas masing2, baik polis, peguam, yang menuduh dan yang dituduh, harap2 yang benar akhirnya akan menyusul.

Anwar dan penyokongnya akan mengatakan ini adalah konspirasi politik. Mereka akan mengaitkan dengan peristiwa 1998. Mereka akan menggunakan demostrasi jalanan. Mereka akan memburuk burukkan polis, hakim, pendakwaraya, pihak forensik dan lain2 yang terlibat. Jadi, bersiap sedialah sekali lagi menghadapi 1998!

Amerika akan masuk campur, begitu juga beberapa negara sekutu yang lain. Mereka akan mengecam Malaysia dan kerajaan. Pemimpin2 besar yang rapat dengan Anwar akan bersuara mengatakan kerajaan menganiaya dan sebagainya.

Pemuda yakin polis telah melakukan yang terbaik dan betul. Sama2lah kita sokong tindakan ini. Jangan biarkan negara kita dicucuk hidung oleh orang lain. Jangan biarkan campurtangan orang luar di dalam menyelesaikan masalah ini. Ini masalah kita, biar kita yang selesaikan dengan kaedah dan undang2 yang telah kita junjung selama ini. Tepuk dada, tanya selera..

Wednesday, July 16, 2008

PERTANDINGAN MKT

Pemuda memandang baik peralihan kuasa yang diumumkan.
Pemuda berharap peralihan kuasa tersebut akan berjalan dengan lancar dan memenuhi hasrat ahli2 UMNO.
Namun pemuda ingin menegaskan bahawa ianya tidak akan menjejas demokrasi di dalam UMNO.
Oleh kerana itu, pemuda berpendirian jawatan2 di dalam MKT boleh ditandingi oleh sesiapa pun sekiranya mendapat cukup mandat dari akar umbi.
Ini termasuklah jawatan Presiden, Timbalan, Naib dan lain2 jawatan. Ianya akan menjadikan UMNO lebih matang, lebih berkredibiliti dan memenuhi hasrat yang telah disuarakan oleh kebanyakan ahli.
Pemuda berpandangan ianya tidak akan menjejaskan pelan peralihan kuasa yang diumumkan kerana ianya tiada kaitan di antara satu sama lain. Yang penting, demokrasi tersebut dimakmurkan dan hasrat ahli tidak diabaikan.
Walau apa pun hasil pemilihan MKT nanti, Pemuda yakin UMNO akan terus relevan dan terus mendapat mandat dari orang Melayu. Ini adalah kerana UMNO sememangnya ingin berubah dan akan terus memenuhi citarasa generasi akan datang. Tepuk dada, tanya selera..

SELINGAN 4

Debat Minyak - Pendapat anda?

Pemuda puji keberanian Menteri Penerangan berdepan dengan ikon pembangkang yang juga bercita cita menjadi Perdana Menteri Malaysia, yang juga menghadapi tuduhan liwat buat kali yang kedua.

Walaupun debat minyak agak tersasar keluar dari tajuk dan tiada hujjah2 yang belum pernah kita dengar, namun ianya tetap menghiburkan. Ianya lebih berkisar kepada isu politik, sindir menyindir dan ungkit mengungkit.

Pemuda mempunyai pendapat sendiri, tapi anda bagaimana?

Harga Barang Naik

Saya berkesempatan bertemu dengan akar umbi 2 hari lepas di kampung. Rata2 merungut akan kenaikan harga barang. Setong gas naik sampai RM1, garam naik 20 sen, simen naik hingga RM18, tambang bas sekolah naik 50 sen satu kepala dan pelbagai lagi kenaikan harga barang.

Yang disalahkan dan alasan yang diberi oleh peruncit dan peniaga ialah kerana kos penghantaran oleh pihak pemborong, yang dikaitkan dengan harga minyak.

Pemuda berharap, pihak yang berkenaan termasuk menteri dan pegawai terbabit supaya turun padang dan berilah penyelesaian yang realistik kepada masalah rakyat tersebut.

Saturday, July 12, 2008

PERALIHAN KUASA 2

Alhamdulillah, pelan peralihan kuasa telah diumumkan.
Ada yang setuju, ada yang tidak, ada yang terpinga pinga dan tidak kurang yang menerima dengan pahit, namun ditelan jua.
Yang penting, janji untuk peralihan kuasa telah di buat, dan sebelum PRU13. Pasal jangkamasa, saya anggap kurang penting buat masa ini. Yang penting janji. Yang penting kita terus melangkah ke depan.
Saya menganggap satu kompromi telah dicapai. Tidak menyebelahi mana2 pihak, samada yang mahukan PM meletak jawatan segera, dan yang mahu terus menerus sokong PM meneruskan tugas beliau.
Samaada ianya akan berjalan seperti yang dirancang adalah ketentuan ALLAH swt. Kita hanya merancang. Samaada ianya ada tersirat, kita sama2 lihat nanti.
Samaada ianya akan di terima oleh akar umbi UMNO, kita tunggu dan lihat pada perhimpunan agung kelak.
Samaada peralihan kuasa ini boleh di tetapkan oleh presiden atau tidak, kita lihat lah persidangan UMNO nanti. Saya fikir orang UMNO tidaklah sebodoh yang dianggap oleh pihak2 tertentu. Saya fikir 50 tahun menjana kemerdekaan dan mengurus negara majmuk seperti Malaysia ini memerlukan orang2 yang bijaksana, dan mereka yang telah memimpin negara setakat ini adalah diketuai oleh orang2 UMNO. Jadi, cerdik lah juga orang2 UMNO ni.
Walaupun begitu, matematik UMNO tetap akan menjadi penentu. Siapa saja yang faham dan mampu menggunakan matematik tersebutlah yang akan berkuasa akhirnya. Tepuk dada, tanya selera..

Tuesday, July 8, 2008

SELINGAN 3

Tun M VS J Chin
Pemuda menyanjung tinggi jasa dan khidmat Tun M kepada UMNO, Negara dan Bangsa Melayu. Beliau adalah contoh terbaik memimpin negara majmuk seperti Malaysia.
Pemuda menganggap apa yang di lakukan oleh J Chin adalah amat tidak wajar dan bertentangan dengan sifatnya sebagai seorang Hakim.
Pemuda mencadangkan Justice Chin berhenti dari membuat kenyataan dan menuduh macam2 terhadap TDM. Pemuda saran J Chin buat kerja sebagai Hakim, yang di lantik oleh Kerajaan.
Tuduhan campurtangan/ancaman Tun M dan di hantar ke 'Boot Camp' menunjukkan J Chin adalah seorang Hakim yang tidak berwibawa. Kenapa sekarang? Kenapa tidak 2003 atau 2004? setelah Tun M tidak lagi Perdana Menteri?
Ianya menujukkan sifat2 dendam dan tidak konsisten J Chin. Ianya ada udang sebalik batu.
Pemuda tidak rela, bekas pemimpin kami, orang yang terlalu banyak berjasa kepada orang Melayu dituduh dan dilempar pelbagai fitnah.
Sekiranya ada masalah di antara kami, orang Melayu, biarlah kami selesaikan sendiri. Kami tidak memerlukan orang lain cuba menyelesaikan atau memburukkan keadaan.
Jadi, kepada J Chin, sila DIAM! Buat kerja kamu, duit rakyat bayar gaji kamu bukan untuk tuduh orang, burukkan orang, fitnah orang!


Muak, Wekk, Mual, Loya..

Itulah perasaan sebenar pemuda terhadap perkembangan politik terkini.

Lapuran polis dan akuan bersumpah dah jadi macam goreng pisang! Tuduhan, penafian, tarik balik, sidang akhbar sana sini, dah jadi macam rojak. Perjuangan sebenar entah kemana. Barang makin naik, ekonomi negara terancam.

Kerana apa? Kerana KUASA! Sebenarnya adalah kerana kerakusan individu2 tertentu untuk mendapatkan KUASA, melebihkan KUASA, takut hilang KUASA dsbnya, tapi kerana KUASA!

Pemuda mahu kedepan. Pemuda sayang negara yang telah dibina selama ini akan berkecai kerana pemimpin yang terlalu gila KUASA!

Pemuda memohon rakan2 semua, biarlah si Luncai dengan labu2nya. Teruskan kita jaga negara kita. Ancaman luar lebih besar. Bersatu lah demi kepentingan negara tercinta.

Monday, July 7, 2008

SEMINGGU YANG LUARBIASA

Minggu lepas adalah minggu yang agak LUARBIASA.
Minggu lepas menujukkan kekotoran politik ditahap tertinggi yang dihidangkan kepada rakyat jelata. Minggu lepas juga menimbulkan pelbagai persoalan tanpa jawapan.
Pemuda meminta rakyat supaya bertenang dan berdoa supaya kebenaran akan terserlah akhirnya. Semuanya adalah untuk kebaikan negara kita, agama dan bangsa kita.
Pemuda amat berharap rakyat dapat menilai perkara yang benar dan yang direka reka. Pemuda berharap dapat agar rakyat menoleh kembali kebelakang dan mengkaji sejarah2 dan peristiwa yang berlaku sebelum ini.
Ingatkah siapa yang membohongi rakyat kononnya kematian seorang kanak2 di Baling kerana kebuluran di sekitar 1974, sehingga menyebabkan tunjuk perasaan pelajar?
Ingatkah siapa yang membohongi konon tidak akan menandingi jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 1993, tetapi sebaliknya?
Ingatkah siapa yang sepatutnya mati kerana konon di racun ARSENIK pada 1999 semasa dalam tahanan?
Ingatkah siapa yang kononnya sakit belakang/pinggang dan hanya pakar luar negara sahaja yang mampu mengubatnya?
Ingatkah sejurus dibebas dan tiba di negara luar terus dapat berjalan dengan baiknya?
Ingatkah kadar faedah yang paling tinggi pada 1998, sehingga nak beli kereta kena penjamin dan kadar faedah maksimum 10%?
Ingatkah siapa yang diberi sambutan karpet merah di Amerika yang kebiasaannya diberi kepada hanya ketua2 negara?
Ingatkah siapa yang ingin meminjam dengan IMF pada 1998 untuk menangani masalah matawang?
Ingatkah siapa yang kata nyawanya terancam dan bersembunyi di kedutaan asing baru2 ini, dan esoknya menghadirkan diri di khalayak ramai berjumlah lebih 10,000 orang?
Ingatlah, perkara di atas adalah sebahagian dari fakta yang telahpun berlaku, dan tidak mungkin di buat buat. Jadi, tepuk dada, tanya selera..

Saturday, July 5, 2008

HOMOSEKS

1. Ini tuduhan liwat kali kedua yang melibatkan pekerja Anuar Ibrahim.
2. Penggiat Liwat / homoseks / lesbian atau pengamal seks sama jenis, bukan perkara baru dalam dunia ini, malah pernah satu umat (umat nabi Lut a.s. termasuk isterinya) dilenyapkan dari muka bumi ini oleh ALLAH swt.
3. Kumpulan ini ada diantara kita, bergaul dengan kita, hidup bersama dengan kita sama seperti orang kebiasaan.
4. Sama seperti kumpulan pengamal seks sama jenis seperti 'penkid', lesbian, pondan, homo atau apa jua nama yang diberi, mereka mempunyai kehidupan tersendiri di luar dari kelompok masyarakat 'biasa' yang lain.
5. Mereka mempunyai rangkaian rakan2 sejenis yang luas, dan ianya terbentuk semasa mereka di kolej2, di tempat kerja atau berkumpulan di kelab2 tertentu yang dikunjungi oleh kumpulan mereka.
6. Mereka mempunyai ketagihan yang sama penggiat seks yang lain atau seperti perokok atau pengguna dadah.
7. Mereka melakukan kegiatan mereka samada secara terbuka atau tersembunyi.
8. Mereka suka bercerita berkenaan pasangan masing2 di antara mereka dan menjadi kemegahan atau kebanggaan mereka sekiranya melakukan hubungan dengan orang2 tertentu yang mempunyai kuasa atau terkenal.
9. Mereka juga manusia biasa, kecuali tabiaat tadi. Ada yang berkahwin dan mempunyai anak dsb, namun masih mengamalkan kegiatan tersebut.
10. Antara selebriti yang terkenal dalam kumpulan ini ialah elton john, george michael, boy george dll lagi.
11. Jadi, apa yang telah berlaku dalam jangkamasa terdekat ini adalah agak tidak luarbiasa, kerana pelakon2nya adalah orang yang sama, dan memang telahpun terkenal di dalam kelompok 'mereka'.
12. Persoalan ialah bukan konspirasi, bukan siapa nak kenakan siapa, tetapi adalah 'BETUL atau TIDAK' pertuduhan yang telah dibuat?
Saya harap ANUAR IBRAHIM buatlah kenyataan 'YA atau TIDAK' di atas tuduhan tersebut, bukannya 'INI KONSPIRASI, INI ORANG NAK JATUHKAN SAYA' dsb!..Rakyat nak tahu, sebab yang 9 tahun lepas pun masih belum berjawab..
Tepuk dada, tanya selera..