Sunday, July 20, 2008

KUOTA BIASISWA

Pemuda menggesa kerajaan mengkaji semula kuota biasiswa 55/45 peratus yang diumumkan. Ianya tidak adil kepada orang Melayu dan Bumiputera.
Mengikut Jabatan Statistik, anggaran penduduk 2007, Melayu dan Bumiputera sudah menjangkau 60%.
Mengikut Perlembagaan Artikel 153, orang Melayu dan Bumiputera mempunyai hak terhadap kuota pendidikan, permit, lesen dsb.
Pemuda menganggap pemberian 55 peratus sahaja kepada orang Melayu dan Bumiputera adalah tidak wajar dan satu penghinaan.
Pemuda bersetuju, sekiranya meritokrasi diambil kira. Walaupun begitu, tidaklah secara total kerana umumnya, Melayu dan Bumiputera masih lagi tidak dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa2 lain.
Oleh itu, baik kita melihat secara objektif akan senario2 tertentu yang berlaku di dalam pengagihan tersebut. Pemuda bersetuju sekiranya tiada kuota kaum ditetapkan bagi dua kategori iaitu kemiskinan dan kecemerlangan.
Misalnya kerajaan menetapkan 10% + 10% adalah untuk dua kategori di atas tanpa mengambil kira kaum, dan mengikut taraf kemiskinan. (melepasi kelayakan minima untuk masuk U).
Bakinya ada 80% lagi, dimana ditetapkan mengikut kuota nisbah 60:40 mengikut kaum. Sekiranya tidak terpakai mana2 kuota tersebut bolehlah dibuka kepada dua kategori di atas.
Kerajaan tidak seharusnya menidakkan hak2 orang Melayu dan Bumiputera hanya dengan kerana mendapat tekanan dari pihak2 tertentu atau ingin menjadi popular. Mungkin popular di kalangan pembangkang, kaum minoriti dsbnya, tapi akan menjadi musuh kepada majoriti rakyat Melayu dan Bumiputera.
Sememangnya kita menuju ke arah meritokrasi 100%, tapi masanya masih belum tiba dan masih belum sesuai untuk dilaksanakan. Jangan hanya leka merasakan Kuala Lumpur itulah Malaysia. Masih banyak kawasan pendalaman yang juga Malaysia yang rakyat Melayu dan Bumiputeranya masih hidup kais pagi makan pagi.
Pemuda benar2 berharap agar pihak JPA dan Kerajaan mengkaji semula sistem kuota tersebut, dan buatlah keputusan yang menyebelahi majoriti rakyat. Tepuk dada, tanya selera..

3 comments:

Sedingin Salju said...

Saya bersetuju. Janganlah kerana nak jaga hati bukan bumiputera, hak-hak bumiputera dikorbankan dan digadaikan. Kerajaan harus ingat, bumiputera dan bumiputera Sabah dan Sarawak masih lagi jauh ketinggalan. jadi, bantulah mereka dulu. kenapa mereka yang ketinggalan harus dipinggirkan?

Ingat, saya bercakap sebagai seorang yang bukan bumiputera. Bantulah mereka yang lemah dan ketinggalan terlebih dahulu. Kita tahu, orang melayu dan india amat ketinggalan. Bantulah mereka terlebih dahulu. Tidak dinafikan orang bukan bumiputera juga ketinggalan, tapi mereka tidak teruk sangat.

tok kemuning said...

Inilah akibatnya apabila pemimpin kita sendiri tidak mengetahui dan memahami dengan sebenarnya hak hak orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Adalah penting UMNO merangka supaya setiap pemimpin UMNO yang dilantik disemua peringkat bermula dari cawangan, bahagian, negeri dan negara dimestikan mengikuti kursus khas akan "Hak orang Melayu dalam perlembagaan persekutuan". Hanya dengan betul betul memahami Perlembagaan Persekutuan maka pemimpin kita akan bukan sahaja mempertahankan hak orang Melayu malah sanggup berjuang untuk mempertahankannya.

Tetapi dengan tidak benar benar memahami hak kita orang melayu lihat sahaja apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pemimpin kita telah menghina Perlembagaan Persekutuan.

Kesedaran dan kefahaman yang tinggi tentang hak orang melayu adalah penting diterapkan kepada Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik dari kalangan warga UMNO.

Kegagalan UMNO merangka kursus khas ini daripada dilaksanakan akan turut melemahkan barisan kepimpinan UMNO dari peringkat cawangan, bahagian, negeri dan negara. Setelah semua pemimpin pemimpin yang memegang jawatan menghadiri dan lulus kursus hak orang melayu dalam Perlembagaan ini maka selepas itu bolehlah pula mewajibkan semua yang menganggotai UMNO menghadiri kursus sebegini. Kemudian barulah mereka layak sebagai ahli UMNO yang sebenarnya.

Nal said...

Assalamualaikum,

Saya bersetuju dengan Tok Kemuning mengenai penambahan kefahaman dan pengetahuan yang jelas kepada khususnya pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat melalui kursus khas ini.

Pembinaan jatidiri Melayu kepada pendokong UMNO diperingkat cawangan lagi perlu diberikan. Mereka perlu ditanam dan dilatih MENGUTAMAKAN PERJUANGAN MENJAGA HAK ORANG MELAYU. Mereka tidak akan berkesan sebagai pembawa siaran UMNO jika mereka sendiri tidak tahu hak orang Melayu yang perlu dipertahankan, malah mereka langsung mengabaikan perjuangan itu, hanya menjadi pengia sahaja atau hanya sekadar membawa bendera dan menampal poster semasa pilihanraya sahaja.

Atau, mereka hanya boleh berhujah mengatakan itu hak kita, ini hak kita dikalangan mereka sahaja, tetapi apabila menghadapi tohmahan dan tujahan dari pembangkang mereka akan terdiam kerana mereka tidak mempunyai fakta untuk dipertahankan.

Wajar, amat wajar mereka dibekalkan informasi yang cukup dan mantapkan jiwa mereka tentang hak ini supaya mereka tidak terpengaruh dan mengiyakan apa yang orang lain kata.