Saturday, July 5, 2008

HOMOSEKS

1. Ini tuduhan liwat kali kedua yang melibatkan pekerja Anuar Ibrahim.
2. Penggiat Liwat / homoseks / lesbian atau pengamal seks sama jenis, bukan perkara baru dalam dunia ini, malah pernah satu umat (umat nabi Lut a.s. termasuk isterinya) dilenyapkan dari muka bumi ini oleh ALLAH swt.
3. Kumpulan ini ada diantara kita, bergaul dengan kita, hidup bersama dengan kita sama seperti orang kebiasaan.
4. Sama seperti kumpulan pengamal seks sama jenis seperti 'penkid', lesbian, pondan, homo atau apa jua nama yang diberi, mereka mempunyai kehidupan tersendiri di luar dari kelompok masyarakat 'biasa' yang lain.
5. Mereka mempunyai rangkaian rakan2 sejenis yang luas, dan ianya terbentuk semasa mereka di kolej2, di tempat kerja atau berkumpulan di kelab2 tertentu yang dikunjungi oleh kumpulan mereka.
6. Mereka mempunyai ketagihan yang sama penggiat seks yang lain atau seperti perokok atau pengguna dadah.
7. Mereka melakukan kegiatan mereka samada secara terbuka atau tersembunyi.
8. Mereka suka bercerita berkenaan pasangan masing2 di antara mereka dan menjadi kemegahan atau kebanggaan mereka sekiranya melakukan hubungan dengan orang2 tertentu yang mempunyai kuasa atau terkenal.
9. Mereka juga manusia biasa, kecuali tabiaat tadi. Ada yang berkahwin dan mempunyai anak dsb, namun masih mengamalkan kegiatan tersebut.
10. Antara selebriti yang terkenal dalam kumpulan ini ialah elton john, george michael, boy george dll lagi.
11. Jadi, apa yang telah berlaku dalam jangkamasa terdekat ini adalah agak tidak luarbiasa, kerana pelakon2nya adalah orang yang sama, dan memang telahpun terkenal di dalam kelompok 'mereka'.
12. Persoalan ialah bukan konspirasi, bukan siapa nak kenakan siapa, tetapi adalah 'BETUL atau TIDAK' pertuduhan yang telah dibuat?
Saya harap ANUAR IBRAHIM buatlah kenyataan 'YA atau TIDAK' di atas tuduhan tersebut, bukannya 'INI KONSPIRASI, INI ORANG NAK JATUHKAN SAYA' dsb!..Rakyat nak tahu, sebab yang 9 tahun lepas pun masih belum berjawab..
Tepuk dada, tanya selera..

18 comments:

Sedingin Salju said...

kalau dia tak salah, dia tak perlu cakap itu dan ini. Tunggu sampai siasatan selesai. Ini seolah-olah nampak macam dia dah salah.

Untuk makluman, mejoriti besar orang buta menyokong DSAI. Harap pemuda dapat berbuat sesuatu. Tolong jangan sisihkan golongan oku. Saya adalah seorang yang cacat penglihatan.

Tayadih Maysia said...

Saya rasa saudara juga patut tanyakan perkara yang sama dengan Timbalan Presiden UMNO. Suruh beliau bersumpah dengan nama Tuhan bahawa beliau tidak terlibat atau pernah mengenali "Aminah". semua orang boleh menafikan sesuatu, tetapi tidak semua orang berani bersumpah untuk menyatakan kebenaran. Semoga berjaya!!!

tok kemuning said...

Ini secara logiknya adalah sekadar untuk menghina minda rakyat. Percayalah rakyat masa kini tidak lagi seperti rakyat pada 10 tahun yang lepas. Ini adalah yang didengar daripada rakyat kebanyakan:

1. Anvar mempunyai anak, isteri dan cucu.
2. Anvar sudah menjadi warga emas. jika kakitangan kerajaan sudah pencen.
3. Hanya liwat sahaja yang dituduh terhadap Anvar.
4. Tok guru memberikan sokongan moral kepada Anvar.
5. Bukan Anvar yang patut membuktikan.
6. Rakyat hanya tersenyum.
7. Ianya adalah berkenaan dengan seorang insan yang berumur 23tahun dengan seorang pemimpin yang sudah pencen.
8. Rakyat sudah muak dan mual dengan hidangan yang sama.
9. Senang menuduh daripada membuktikan.
10. Anvar sudah mengenakan saman malu ke mahkamah.
11. Pemimpin UMNO hanya menambah nambah akan hal ini seperti Ali Rustam, Najib, Shahrir, Syed Hamid dan Abdullah. Pemimpin yang lain pendek kata hanya diam sahaja.
12. Hanya kurang daripada 10% warga UMNO memperkatakan hal ini.
13. MCA, MIC & Gerakan tahu akan hal yang sebenarnya. Pemimpin mereka begitu pintar mengelak daripada memperkatakan issue Anvar ini.

Bak kata Nabil "Lu fikir ler sendiri".

Fernando said...

Who should be the next PM ?

Express your feeling at votingmalaysia.blogspot.com

zainal hisham said...

saya harap tuan/puan lupakan la hal sodomi/homoseks/ najib ke nuar ke.. whateverla.
saya merasa teramat bimbang dan sedih mengenangkan seolah olah saya yang telah diliwati oleh pak lah sendiri, tolonglah!

kalau la sakabangsa ada direct connection dengan pak lah, saya nak tanya sedikit dari blogger
http://kadirjasin.blogspot.com/ tentang statement beliau:

Tersorok dalam ruangan berita ekonomi New Straits Times pada 2 Julai adalah kenyataan Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz bertajuk: Zeti: Inflation likely to have hit 6-7pc in June (Zeti: Inflasi mungkin telah mencapai 6-7 peratus bulan Jun).

Zeti mengenal pasti kenaikan harga minyak, pemotongan subsidi dan faktor luar negara sebagai punca lonjakan inflasi dan prospek pertumbuhan ekonomi yang lebih lembap.

Kadar 6-7 peratus itu sudah pasti berupa kadar kenaikan bulanan tinggi pernah dicatatkan oleh Malaysia dalam sejarah. Sebagai perbandingan, kita ambil kadar inflasi bulan Mei sebanyak 3.8 peratus. Pada kadar itu pun, ia sudah berupa kadar kenaikan paling tinggi dalam masa 22 bulan.

Mungkin inilah juga peningkatan kadar inflasi yang paling tinggi dalam sejarah negara yang tercetus akibat dasar dua hala kerajaan iaitu mengurangkan subsidi dan menaikkan harga bahan bakar.

Soalnya apakah Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi telah benar-benar menghalusi dan memahami implikasi tindakannya memotong subsidi dan menaikkan harga bahan bakar terhadap ekonomi negara dan kebajikan rakyat jelata?

Apakah mereka yang dianggap pakar ekonomi dan kewangan dalam Pentadbiran Abdullah seperti Noor Mohamed Yackop, Mustapha Mohamad dan Senator (Tan Sri) Amirsham Abdul Aziz telah benar-benar mendalami implikasi tindakan radikal ini terhadap ekonomi dan politik negara?

Apakah Kabinet setuju sebulat suara bahawa tiada jalan lain menyelamatkan kewangan negara selain membebankan rakyat jelata dengan kenaikan besar – 41 peratus -- harga bahan bakar?

--> 22% tertinggi sekali? apa yang kerajaan lakukan? janganlah membazirkan wang saya (income tax) kearah menggunakan resources utk tujuan lain.

AAJ said...

Kalau tanya Selera Anwar Ibrahim, besar selera dia ni. Makan, pakai semua dah lengkap lah, nak jadi PM lah pulak tu selera dia dari dulu lagi. Dok tunggu 16 september katanya, dengan PAS sekali terbabit, umat islam tak sabar nak tunggu september untuk berpuasa dan bertarawih, dia sibuk nak jadi PM. Apa punya terpesong punya pemikiran.
Cekap bersembang dan mengalih pandangan orang, itulah kepakaran anwar dari dulu lagi.
Kita tidak tahu dia liwat atau tidak, tetapi kita tahu dia bukanlah sebaik mana untuk jadi PM. Pengikut dia yang hanya pandai menyokong dan bersimpati kepada dia.

abe MIE said...

salam...

Najib tetapi jadi PM... kalau tak orang lain macam Rais Yatim yang tidak kurang hebat diganding dengan Syed Hamid Albar yang merupakan mr clean UMNO.

Anwar melalak kat luar aje lah...Kini Anwar putar belik sejak dia kawan dengan keling. Macam-macam cerita direka. Sejak PR memerintah, India yang mendapat keuntungan- kuil ditambah, bangsanya pemalas dan berlagak, tidak mahu berusaha, kaki samseng (macam ahli MPAJ yang letak jawatan tadi)...

lagipun Anwar kini banyak melakukan fitnah dan rakyat naik angin dibuatnya. Manakala pemerintahan PR hanya kerajaan atas angin. Nak buat demonstrasi sahaj tahu.

(catatan- Anwar sudah ada anak hasil homeseks? tak caya, kenapa?)

pkrpasdap.blogspot.com

Desperado said...

Salam saka..huh nick menyeramkan!

Suruh dia buat sumpahla...tnegok sapa kena panah kilat lepas kuar dari masjid...

www.pilihananda08.blogspot.com

Team Pemuda UMNO said...

'Ya Allah, Ampunkanlah segala dosa2 kami yang terang dan sembunyi serta apa2 yang engkau lebih mengetahui daripada kami'. Bukan Anwar je, kalau saya pun, tak akan mengaku punya. Saya akan reka lagi 'skrip' drama yang hebat2. Biar orang semua kata saya tak bersalah. Walaupun saya buat. Sendiri mau ingat ;-)

http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Team Pemuda UMNO said...

sori tersilap send byk.. komputer hand

Tajrid Zahalan said...

Sesungguhnya Allah melaknakti hubungan sejenis. Allah menjadikan manusia itu berpasangan iaitu lelaki berpasangan bersama wanita dan bukan berpasangan sesama jenis.

Sungguh pun demikian, memang tidak dinafikan dunia hari ini tanpa segan silu telah melahirkan gologan sejenis ini dan ianya kian bertambah dari masa ke semasa.

Adalah menjadi tanggungjawab kita mendidik anak-anak kita agar tidak tergolongan dalam golongan tersebut. Tanggungjawab ini ramai di antara kita abaikan dan ini mengundang masalah.

Saya yakin, hal ini terjadi adalah kerana ibu bapa tidak memberi perhatian yg penuh terhadap anak-anak mereka. Faktor anak menjadi homo melibatkan banyak hal, ada yang menyatakan ianya naluri semulajadi, ada pula yang berkata terpengaruh oleh teman-teman dan sebagainya. Bagi saya perkara ini terjadi adalah disebabkan tidak ada didikan agama yang cukup dan perhatian terhadap anak itu kurang.

Buat lah kajian 1000 kali pun inilah jawapan yang anda akan perolehi. Jadi nak salahkan siapa jika ibu bapa tidak mendidik anak dengan betul?.

Masalah anwar ibrahim ini pula ingin saya sentuh sedikit. Kita adalah seorang yang berbangsa islam, bila kita hendak membuat sesuatu kenyataan biarlah kita tidak menyinggung hati dan perasaan orang kerana islam tidak mengajar kita melakukan sedemikian dan mengaibkan orang. Ambil contoh yang telah dilakukan oleh Mufti Perlis, beliau seorang yang berpegang pada islam. Maka nasihat beliau harus lah dituruti dan kita tidak boleh menuduh seseorang tanpa bukti. Jadi untuk kita tidak mendapat dosa, maka saya sarankan, jangan lah kita berpihak kepada sesiapa, sama ada anwar ataupun saiful kerana kita tidak tahu yang mana benar. Maka cadangan saya adalah kedua-dua pihak haruslah 'mubahalah' seperti yang disarankan oleh Mufti Perlis.

Satu lagi ingin saya berpesan, jangan lah kita bermusuh pada gologan sejenis ini, ini adalah salah di sisi agama. Kita sepatutnya mendekati golongan ini dan bawa mereka-mereka ini tadi keluar dari gejala yang tidak sihat. Ajarlah mereka untuk kembali bertaubat dan melaksanakan ajaran islam. Tidak perlu lah kita berkata sesuatu yang kurang sedap di dengar kerana ianya boleh mendapat dosa.

Setiap manusia itu pasti melakukan kesilapan dan kesilapan itu kita harus perbetulkan, orang sekeliling kita boleh membantu kita. Jangan pula bila kita ditegur, kita terus meradang. Jadi berpeganglah pada ajaran islam agar kita tidak tersesat di dunia dan di akhirat.

Assalamualaikum dan salam hormat

nadzri said...

Elok sahaja kita ikut syor Mufti Perlis sepuaya kedua-duanya bermuhabalah. Oleh kerana ini melibatkan isu nasional (rakyat sudah mula berpecah-belah), elok muhabalah ini dibuat secara live oleh media. Mufti-mufti boleh dipanggil untuk menjadi saksi di sana.

Kedua-dua Anwar dan Saiful kena melafazkan bahawa, "Laknat Tuhan akan menimpa atas diriku jika aku berbohong". Selepas 3 bulan, kita tengok apa yang akan terjadi kepada salah seorang daripada mereka. Tuhan akan tunjukkan kebenaran.

Akmal Hisham Abdul Rahim said...

Hebat sungguh apabila melihat tentera-tentera UMNO menyerang Anwar Ibrahim mengenai isu liwat.

Segala ayat Quran, Hadis, kata-kata mutiara semua boleh keluar...atas sebab isu 'LIWAT'.

Tetapi alangkah indahnya jika semua tentera-tentera UMNO ini bertindak sedemikian rupa untuk isu rasuah, kroni, salah guna kuasa, politik wang, pemimpin yang berbelanja lebih-lebih dan seterusnya.

Saya lebih suka jika tentera-tentera UMNO ini perjuangkan isu bahasa Melayu dan hak-hak umat Melayu...berbanding bangkitkan isu "LIWAT".

Pelik...pelik...apabila pemimpin UMNO menolak terus Bahasa Melayu...mana pergi semua pemimpin UMNO pada waktu itu? Isu biasiswa dan sebagainya. Semua orang tahu betapa zahirnya politik wang dikalangan UMNO. Sehingga wujud sentimen bahawa "masuk UMNO untuk dapat duit".

Siapa yang luluskan sekolah Cina lagi? Siapa yang luluskan universiti perkauman di Perak baru-baru ini untuk Samy Vellu?

C'mon la pemuda....vokal la pada isu yang patut.

fade0 said...

bro .. lu bodoh ka apa?

Anwar dah berapa juta kali cakap dia tak bersalah. Sejak dari 1998, dalam 3 bahasa lagi. Cuma bahasa dunggu untuk orang macam kau ajer tak pakai lagi.

Bukan main expert lagi kau huraikan pasal homoseks. Umno memang pandai bab2 homoseks. Sebab tu lah bila nak buat cerita, asyik kes homeks ajer yg dia pakai. Takder bende lain. Najib cerita pasal Alantunya kat Razak pun cerita main 'belakang' .... apparraa bahlul.

Yoptanjung said...

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.

Dato’ Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.

Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.

“Kaedahnya dalam kes ini, ialah ‘orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti’ dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, “itu cadangan dari orang yang terlebih pandai.”

Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.

Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.

“Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’,” tegasnya.

Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li’an.

“Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li’an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak,” tegasnya ketika dihubungi.

Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara.

“Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan,” tegas beliau.

Mohd Rashidi Hassan
Sun | Jul 06, 08 | 7:15:16 pm MYT

Bodoh punya UMNO

papabz said...

tuduhan liwat tidak relevan,,,,,laporan polis yg dbuat oleh saiful mesti lah didedahkan kpd awam,,,jgn ada perubahan dan pindaan2 spt blaku pd DSAI 1998,,,DSAi ada bukti dan alibi pd tarikh yg di nyatakan 2008...
datuk najib yg main bontot dgn altantuya melalui akuan bersumpah Bala harus lah di siasat,,dan jgn pejam mata

kulatlapok said...

untuk PEMUDA UMNO MALAYSIA

Aku ada terbaca satu post dari blogger yang dikenali sebagai 'ODEEN' dan tertarik dengan kenyataannya. Apa lagi aku pun ciplaklah kat blog aku ni untuk makluman semua blogger. (Terima kasih ODEEN, aku postkan hang punya ni tanpa pengetahuan hang, apapun ianya telah di publishkan, so kira advantagelah kat hang..)

Salam Sejahtera Kepada Semua Blogger..Di sini saya nak kongsi Sesuatu yang pelik Tentang Saiful.
1) Berumur 23 tahun, berbadan tinggi dan agak tegap, jika dibandingkan Anwar yang berumur 65 tahun yang sudah berumur sudah semesti senang saja si Saiful tu tendang alat sulit dia bila Anwar nak liwat dia. Lagipun kalau Anwar jika dilihat dari usianya bukannya kuat sangat. Ini bermakna saiful rela diliwat.

2) Kalau si Saiful ni nak betul-betul bukti supaya Anwar tidak boleh menafikan tuduhan dia boleh menggunakan telefon bimbitnya untuk merakanm video perbuatan liwat tersebut atau menyuruh orang lain untuk merakamnya. Mungkin kali pertama tidak berjaya masih adalah peluang kali kedua. Kenapa saya kata begitu kerana Saiful mendakwa di liwat beberapa kali oleh Anwar. Jadi senang saje Saiful ni nak kenakan Anwar. Tapi Saiful tak lakukan sedemikian. Nampak sangatlah Saiful ni ada niat tertentu.

3) Bila kita lihat Saiful dalam TV dia nampak gembira dan tersenyum-senyum lagi ketika beliau bersama peguamnya. Si Saiful ni seolah-olah tidak tertekan langsung dengan peristiwa yang menimpa dirinya dan tidak berasa bersalah melakukan perbuatan liwat dia ni. Kalau dia nak kata dia dipaksa oleh Anwar ianya boleh dipertikaikan kerana nampak gayanya berliau begitu gembira dan seolah-olah tidak dipaksa. Jika seseorang yang dipaksa sudah tentu beliau akan berasa tertekan, sedih dan malu berdepan dengan orang lain.

Seseorang yang dirogol pastinya berasa malu dan tertekan berdepan dengan orang lain. Saiful seperti sudah biasa melakukan perbuatan tersebut tanpa rasa malu. Jadi sifat Saiful ini sangat diragui. Bukan saya saja kata begitu malah orang kampung saya bila dia orang tengok TV mereka hairan dengan sifat Saiful. Si Saiful ni amat meragukan.

4) Sebelum melaporkan dakwaan liwat kepada polis, Saiful telah bertemu dengan Dato’ Seri Najib dan menceritakan hal liwat berkenaan kepadanya. Pelik kenapa perlu berjumpa Najib kenapa tak terus pergi buat laporan dibalai polis atau sekurangnya penasihat undang-undang atau agama ke? Kenapa tak jumpa Paklah terus ke, kanapa mesti Najib? Pelik-pelik si Saiful ni…

5) Satu lagi kenapa baru sekarang Saiful baru nak melapor kepada polis yang dia diliau oleh Anwar walaupun beliau mendakwa beberapa kali diliwat oleh Anwar. Kenapa? Si Saiful ni takut ke nak melapor pada polis atau beliau memang nak tunggu masa macam sekarang ni dengan niat untuk menjatuhkan Anwar. Atau apakah si Saiful ni tidak mempercayai polis dapat menjamin keselamatannya sebelum ini, sehinggalah Anwar membongkar rahsia penyelewengan orang kenamaan yang berkaitan dengan badan kehakiman dan kepolisan barulah Saiful berasa selamat untuk melaporkan hal itu kepada polis.

Jelaslah si Saiful ini amat meragukan dan tak boleh dipercayai. Jika ada orang mempercayai orang seperti ini, tak tahulah mungkin mereka ini orang yang bersifat seperti Saiful. Adakah orang seperti Saiful ini kita boleh percayai kenyataannya atau perlukah kita bantu dan beri sokongan moral?... Wallahualam.. Selagi tiada bukti kukuh orang pasti tidak percaya tentang tuduhan liwat ini. Kalau setakat mengaku kena liwat dengan muka yang tersenyum tanpa rasa bersalah, semua orang boleh buat.

ps*soal YA ATAU TIDAK TAK PERLU...!!