Tuesday, July 8, 2008

SELINGAN 3

Tun M VS J Chin
Pemuda menyanjung tinggi jasa dan khidmat Tun M kepada UMNO, Negara dan Bangsa Melayu. Beliau adalah contoh terbaik memimpin negara majmuk seperti Malaysia.
Pemuda menganggap apa yang di lakukan oleh J Chin adalah amat tidak wajar dan bertentangan dengan sifatnya sebagai seorang Hakim.
Pemuda mencadangkan Justice Chin berhenti dari membuat kenyataan dan menuduh macam2 terhadap TDM. Pemuda saran J Chin buat kerja sebagai Hakim, yang di lantik oleh Kerajaan.
Tuduhan campurtangan/ancaman Tun M dan di hantar ke 'Boot Camp' menunjukkan J Chin adalah seorang Hakim yang tidak berwibawa. Kenapa sekarang? Kenapa tidak 2003 atau 2004? setelah Tun M tidak lagi Perdana Menteri?
Ianya menujukkan sifat2 dendam dan tidak konsisten J Chin. Ianya ada udang sebalik batu.
Pemuda tidak rela, bekas pemimpin kami, orang yang terlalu banyak berjasa kepada orang Melayu dituduh dan dilempar pelbagai fitnah.
Sekiranya ada masalah di antara kami, orang Melayu, biarlah kami selesaikan sendiri. Kami tidak memerlukan orang lain cuba menyelesaikan atau memburukkan keadaan.
Jadi, kepada J Chin, sila DIAM! Buat kerja kamu, duit rakyat bayar gaji kamu bukan untuk tuduh orang, burukkan orang, fitnah orang!


Muak, Wekk, Mual, Loya..

Itulah perasaan sebenar pemuda terhadap perkembangan politik terkini.

Lapuran polis dan akuan bersumpah dah jadi macam goreng pisang! Tuduhan, penafian, tarik balik, sidang akhbar sana sini, dah jadi macam rojak. Perjuangan sebenar entah kemana. Barang makin naik, ekonomi negara terancam.

Kerana apa? Kerana KUASA! Sebenarnya adalah kerana kerakusan individu2 tertentu untuk mendapatkan KUASA, melebihkan KUASA, takut hilang KUASA dsbnya, tapi kerana KUASA!

Pemuda mahu kedepan. Pemuda sayang negara yang telah dibina selama ini akan berkecai kerana pemimpin yang terlalu gila KUASA!

Pemuda memohon rakan2 semua, biarlah si Luncai dengan labu2nya. Teruskan kita jaga negara kita. Ancaman luar lebih besar. Bersatu lah demi kepentingan negara tercinta.

19 comments:

nadzri said...

Apa program yang Pemuda buat untuk menerangkan tentang situasi global kenaikan harga minyak?

Apa pendapat Pemuda UMNO tentang cadangan debat Shabery vs Anwar ?

alangtrio said...

Assalamualaikum, saya macam nak gelak baca posting hari ini yang "cuba" membela TUN.
Bukannya apa, tak lebih macam hanya melepaskan batuk di tangga.

Saya masih ingat di perjumpaan dengan Tun di Crystal Crown dimana salah seorang pengunjung telah memberi amaran/peringatan
kepada UMNO supaya jangan berlaku biadap kepada TUN. Jadi apabila Media Saka membuat posting kononnya untuk membela Tun, saya tertanya kenapa? Kenapa sekarang. Pembelaan dibuat pada hari ini ke atas sesuatu yang telah
berlaku agak lama juga. Ramai orang yang telah lupa apa yang telah berlaku kerana asyik membicarakan
"the current flavours of the month" yakni Anwar Ibrahim dan Saiful.

Mungkin ada yang akan berkata, better late than never. Tapi persoalannya, kalau begitu,
kenapa hanya menyuarakan di blog sahaja . Yakinkah Media Saka yang posting ini akan sampai ke pengetahuan public? Agak agaknya Ian CHin menjadikan blog ini sebagai " a must read item " ?
WaAllahualam.

Kami (read sebagai tidak semestinya ahli UMNO) yang sayang kepada TUN
sebenarnya amat amat meluat (MUAK, WEKK, MUAL LOYA) apabila bangsat bangsat yang mempersoalkan perjuangan dan Khidmat yang telah diberikan oleh Tun kepada Negara dan bangsa.
Apabila ian chin membuat fitnah kepada Tun, apabila Karpal Singh menghina Tun, apabila Zulkiffli Noordin mempersoalkan elaun yang diberikan kepada Tun sebagai Penasihat, apabila "those half baked ministers" dalam " a half past six government' menegur Tun,
dan apabila semua ini berlaku dan tiada suara pembelaan dari dalam UMBO sendiri, kami tertanya tanya. Di manakah letaknya suara suara Pemuda Umno.

Alangkah malangnya bila mereka yang membela Tun hanyalah orang seperti Sanusi Junid. Dan bertambah malang lagi bila yang membuat lapuran polis mengenai Ian Chin (baca sebagai membela Tun) ialah Matthias Chang. Matthias Chang? Kalaulah saya menpunyai kuasa mengundi, akan saya lantik Matthias Chang sebagai Ketua Pemuda UMNO. Amacam, any takers?

Untuk pengetahuan Media Saka, bagi kami, (mungkin kumpulan minoriti) setakat Abdullah Badawi meletakkan jawatan belum tentu lagi menmgembalikan keyakinan kepada UMNO. Yakinlah bahawa selagi Tun dihina dan dicemuh, selagi itulah undi kami yang sedikit ini tidak akan kami halalkan untuk mengundi BN. Bukannya kami tak sayang UMNO, tapi pedih rasanya hati kami melihat setiap kali Tun diperlekehkan
WaAllahualam dan Wassalam

D.Remy said...

Saya setuju. Nilai SD di negara kita ini telah dipersendakan dan dipermain-mainkan oleh sesetengah pihak. Mereka ini tidak kira tentang reputasi atau integriti negara.
Dan mereka laukakn semua ini demi mendapatkan kuasa.

noor faiza said...

Salam Pemuda,

Tahniah! Tahniah!. Inilah baru yang dinamakan Pemuda UMNO. Berani kerana benar. Rakyat Malaysia bosan dengan Ian Chin. Tapi rakyat Malaysia lagi fed-up dengan Abdullah Badawi.

Kita mesti tolak Abdullah Badawi pada PAU12 ini. Bersatu kita teguh!

Terima Kasih

Maverick said...

Kepada SakaBangsa,

Syabas kerana mempertahankan pemimpin terdahulu kita... Tun Mahathir. Saya bersyukur kerana Media SakaBangsa telah tampil mempertahankan Tun Mahathir di mana sekarang ini ramai yg mahu melihat Tun jatuh tersungkur. Walaupun agak lewat, tapi seperti pepatah inggeris "better late then never". Sebelum ini saya juga pernah bertanyakan soalan yg sama dalam komen saya di CheDet.com seperti yg saya tuliskan dibawah:


"Dalam laporan daripada berita sebelum ini ada mengatakan bahawa hakim Ian Chin merupakan seorang yg tegas, berani dan cekap dalam menjalankan tugasnya mahupun dalam kehidupannya. Ini menimbulkan persoalan kepada saya kerana sekiranya beliau adalah seorang yg seperti diwar-warkan, mengapakah beliau menunggu sehingga 20 tahun untuk mengeluarkan kenyataan ini? Sekiranya alasannya adalah untuk menjaga kepentingan beliau dalam badan kehakiman, adakah kenyataan ini boleh digunapakai dan tidakkah kenyataan beliau ini meragukan? What was his intention by doing this? Sekiranya beliau mengatakan bahawa pada masa Tun menjadi PM dahulu, badan kehakiman negara telah "dijaga" oleh Tun dan sesiapa yg hendak melawan arus akan mendapat akibatnya, mengapakah pula Hakim Ian Chin boleh dikatakan hakim yg berani dan tegas sedangkan pada era Tun beliau tidak dapat melakukannya? Seperkara lagi, kenapakah tidak membongkar hal ini selepas sahaja DSAAB memegang tampuk pemerintahan negara dan mendedahkan pada tahun 2004 lagi? Adakah wujud konspirasi dalam hal ini?" - Maverick said on CheDet.com on 2 July 2008.

Kita amat hairan kenapa Hakim Ian Chin mahu melibatkan dirinya dalam politik sedangkan beliau hendaklah adil dalam melaksanakan tugas beliau sebagai hakim dan sepatutnya tidak memihak pada mana bahagian supaya menjaga kreadibilitinya sebagai hakim. Walaupun Hakim Ian Chin pernah terlibat dalam arena politik suatu masa dahulu tapi ianya tidak sesuai dengan profesyennya sekarang. Kita berharap agar para hakim negara ini dapat melaksanakan tugas mereka dengan telus dan amanah demi untuk menjaga imej perundangan dan kehakiman kita supaya tidak diperkecilkan oleh pihak luar.

Saya berharap agar "serangan" terhadap Tun Mahathir ini dapat dihentikan dan kita dapat mencari jalan untuk menyatu-padukan pemimpin-pemimpin kita ini supaya kita dapat bersatu-padu dalam melaksanakan perjuangan kita ini.

Kalau terpaksa untuk saya berjuang, biarlah perjuangan saya ini untuk AGAMA, BANGSA dan NEGARA serta berlandaskan kepada ajaran ALLAH. Amin.

sujini said...

Pemuda UMNO,

Jangan cakap tak serupa bikin.

Wassalam.

Tayadih Maysia said...

APa pula tindakan Pemuda apabila PM sekarang bersama anak-beranaknya "menghina" Tun? Memanglah penghinaan yang dibuat bukan secara terang-terangan, tetapi tindak tanduk dan keputusan yang dibuat jelas menghina Tun. Di mana kejantanan Pemuda dalam hal ini? Tepuk Dada Tanya Selera!!!

Hang-Jebat said...

Hamba tertanya-tanya, berapa lama blog MEDIA puSAKA BANGSA ini akan bertahan. Kewujudan blog ini seakan agenda individu untuk mencari sokongan. Maklumlah, pemilihan UMNO semakin dekat. Hamba tertanya-tanya juga, kenapa tiada link blog ini di Web Pemuda UMNO? Juga kenapa tiada di blog Rembau.net? Dan lagi hamba tertanya-tanya, kenapa baru sekarang menunjukkan hero untuk mempertahankan Tun M. Apabila Tun dihina sebegitu rupa oleh kebanyak pemimpin UMNO dan BN, di mana Pemuda UMNO? Hamba ada cadangan, jika Pemuda UMNO ikhlas,
1. Hantarkan rombongan terutama pemimpin tertinggi Pemuda UMNO untuk memujuk Tun M kembali kepada UMNO.
2. Tuntut tarikh muktamat peralihan kuasa antara DS Abdullah dan DS Najib.
3. Melantik Tun M sebagai Penasihat Seumur Hidup UMNO bersama.
4. Tubuhkan Sayap baru UMNO khas buat veteran UMNO seperti juga Wanita, Pemuda dan Puteri. Dan sayap baru ini ada hak seperti sayap yang lain.
5. Mempertahankan Alif, Ba, Ta. Adakan perhimpunan terbuka untuk Alif, Ba, Ta. Ini akan menimbulkan kesedaran kepada Bangsa Melayu dan menutup mulut golongan yang cuba mempersoalkannya. Ingat jika kita kuat, sesiapapun tidak berani berkata, tetapi jika kita lemah, gila kuasa, rasuah, mereka semakin berani dan cuba menundukkan kita.
Semoga perjuangan Alif, Ba, Ta akan diteruskan dengan jayanya. Telah hamba katakan, tidak perlu kita berkelahi sesama melayu yang akhirnya Alif, Ba, Ta tidak dapat dipertahankan. Di luar sana, ada ramai pemuda Melayu yang berani ke depan demi Alif, ba, Ta.
www.hang-jebat.blogspot.com

Razlan said...

Pendidikan : JPA Rampas Hak Melayu !

Oleh Mohd Razlan

Apabila kita tidak kuat inilah yang terjadi, keputusan JPA untuk menarik peratusan Bumiputera dan diberikan kepada bangsa lain dilihat sebagai tidak adil kepada Bangsa Bumiputra.

Kita tidak mempertikaikan apa yang diperolehi kepada bangsa lain, tetapi kenapa setiap kali kita perlu bertolak ansur kepada mereka dan Melayu selalu berada di pihak yang kalah.

Sebelum ini, MRSM yang telah membuka 10% kepada bukan bumiputera kerana sebab-sebab saingan yang langsung tidak releven kerana MRSM setiap tahun mendapat keputusan 100%.

Sekarang ini, apakah sebabnya JPA menaikkan peratusan biasiswa kepada bangsa lain? Apakah yang berlaku disebalik pentakbiran Kerajaan sekarang? Adakah pada Penggal PRU ini Melayu akan terhakis lebih banyak lagi hak-hak di Tanah Melayu?

Pemuda MCA Dr Wee menggunakan ayat-ayat yang cantik-cantik apabila mengulas perkara ini, sebelum ini, apabila kita ingin memperkenalkan Sekolah Wawasan, adakah mereka menyokong kita, bangsa mereka tidak akan menyokong APA SAHAJA tindakan dan rancangan yang akan mengugat pendidikan bangsa mereka. Kita masih lagi relax dan santai apabila KEISTIMEWAAN PENDIDIKAN BANGSA MELAYU di robek-robek !!!

Adalah dua-tiga Exco Pemuda memberikan amaran dan sekadar cakap di suratkhabar selepas itu ianya tetap akan berjalan dan Melayu RUGI lagi.

Risau dan amat risau melihat perubahan yang drastik dan perubahan ini setiap hari menghakis keistimewaan orang-orang Melayu di tanah Melayu.

Saya masih lagi menungu ARAHAN dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia untuk berkumpul dan membantah apa sahaja tindakan yang MENGUGAT HAK KEISTIMEWAAN MELAYU DAN JUGA KEDAULATAN TANAH MELAYU !

Kenyatan KJ "nisbah pemberian biasiswa kerajaan untuk pelajar-pelajar bumiputera dan bukan bumiputera adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan Seri Paduka mempunyai budi bicara untuk menentukan nisbahnya" ADAKAH DIGUNAPAKAI SEKARANG ! DAN APAKAH TINDAKAN SELEPAS MEREKA TAHU IANYA HAK YANG DI-PERTUAN AGONG ??????

masa untuk bertindak !!! ...

razlans.blogspot.com

Tajrid Zahalan said...

Tun Dr. Mahathir vs J. Chin

Bagus PEMUDA, anda telah menyokong dan mempertahankan Bapa Pemodenan Malaysia yang sememangnya menaikkan martabat orang Melayu. Jangan kita lupa akan jasa-jasa Tun Dr. Mahathir yang membangunkan Negara dan orang Melayu ke mata Dunia.

Muak, Wekk, Mual, Loya...

Sememangnya KUASA yang telah merosakkan hati dan perasaan manusia. Apakah kata-kata PEMUDA ini hanya sekadar di laman blog sahaja?. Mengapa anda PEMUDA tidak bangkit menentang?. Menyokong pada yang ikhlas, yang benar-benar perjuangkan hak rakyat terutama hak orang Melayu.

Jika PEMUDA sayangkan Negara seperti yang diluahkan di laman blog ini, maka pastikan PEMUDA menyingkirkan Pemimpin yang berkepentingan peribadi dalam pemilihan UMNO kali ini. Jika tidak anda PEMUDA 2x5, 5x2 dan talam dua muka serta cakap tak serupa bikin.

Salam hormat

abe MIE said...

salam...

Anwar dulu, bekas ABIM tapi Anwar kini dah jadi DAPBIM (DAP+bELAKANG +MAIN)...

dulu nak bela Islam..sekarang?? Melayu dah lah kena bantu dengan tongkap tapi tengok apa sekrang dah jadi? Kena hempuk dengan tengkap adalah. Dalam ekonomi, politik dan nak jadi singapore dan sosial pula dah tak menentu dengan keadaan rusuhan macam indo, pakistan... siapa nak datang melabur?

Kalau Anwar tak ada, lagi baik. Aman Malaysia, kita dapat hidup dengan sejahtera dan kita bebas cari kerja dengan gaji yang mahal... kini kita terpaksa berebut periuk nasi kerana pelabur dah jual mahal...

ABE MIE HAIRAN KENAPA ANWAR TAK MAHU JADI ORANG USA ATAU PENDUDUK TETAP BRITISH?

pkrpasdap.blogspot.com

sepuloh_satu said...

Saya setuju dengan sentimen yang diajukan oleh alangtrio.

Sekiranya tulisan ini mewakili Pemuda UMNO Malaysia, saya kira adalah sesuatu yang baik.

Walaubagaimana pun, Saya (kami) mencabar Pemuda UMNO Malaysia supaya tidak dibataskan pembelaan Tun Dr. M di blog ini sahaja. Tunjukan kejantanan Pemuda dan kotakan pembelaan ini secara vokal dimedia massa, supaya rakyat Malaysia dan Melayu khasnya mengetahui 'stand' pemuda. Kerana apa guna jika mahu digelar pejuang, tetapi takut walaupun untuk bersuara.

Sekiranya Pemuda tidak sanggup berbuat demikian, memang lah Pemuda hanya 'pandai bisik dan tak boleh bikin'. Takut dengan Pak Lah & Menantunya.

Nasihat saya kepada Pemuda / Penulis, sekiranya betul-betul mahu menjadi pembela Agama, Bangsa dan Negara, : jangan jadi sepuloh-satu, cakap sepuloh, satu pun tak tentu betul.

sepuloh_satu said...

Satu lagi saya ingin menambah.

Ini mengenai hal Sabery Chik yang nak sangat berdebat dengan si Anwar Ibrahim tu.

Mengapa diberi peluang kepada pembelot bangsa seperti Anwar ni muncul di media massa untuk memanjangkan agendanya? Mengapa? Nak turunkan harga minyak? Lantik saya menjadi perdana menteri untuk sehari pun saya boleh turunkan minima 10 sen. Apa susah sangat? Janji harga minyak turun.

Sekali dilihat, saya kira apa la bodoh sangat pembelot UMNO yang dilantik sebagai Menteri Penerangan ini? Tetapi, mungkin juga Sabery Chik sedang mengatur perancangan untuk mengetengahkan Anwar Ibrahim ini untuk agenda tertentu?

Selaku ahli UMNO, saya tidak sangup untuk diperkotak katik kan oleh Sabery Chik yang saya tak yakin membela aspirasi orang-orang UMNO.

sujini said...

Pemuda UMNO,

Jangan cakap tak serupa bikin.

Wassalam

jamaludin said...

BACHOK: It is not right for Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to hand over the top post to Datuk Seri Najib Tun Razak because it should be left to Umno members to decide who their next leader should be, Umno veteran member Tengku Razaleigh Hamzah said.

He said the post of the party president did not belong anyone.

He said party members should be the ones deciding the next president of the party.

“It is improper for Abdullah to hand over any post as it is an elected post,” he said after meeting Umno branch members here Thursday.

Go all the way Ku Li to attack this power crazy guy......

karepu said...

Tidak meyakinkan langsung. Kenapa hanya J Chin saja dihentam dan bukannya orang lain yang telah menjatuhkan sumbangan TDM selama ini? Sejak bila masalah negara menjadi masalah masyarakat melayu sahaja? Kelemahan PM adalah masalah negara lainlah kalau yang lemah itu hanya Presiden umno sahaja. Itupun kalau Presiden umno lemah itu adalah masalah ahli umno bukannya masalah masyarakat melayu.

Agakanya penulis blog ini tidak tahu untuk membezakan antara masalah masyarakat, masalah parti dan masalah negara.

Kalau ikhlas nak pertahankan TDM, keluarkan press statement secara terbuka dan jangan nak sekadar kutuk J Chin sahaja tapi tengoklah-tengok kan sekali budak hingusan dari rembau yang tunjuk lagak.

Jangan lupa makcik rafidah dan taiko Nazri.

Berani kerana benar dan jangan datang rumah saya dlm pilihanraya ke13 nanti kalau terus menerus nak hina TDM.

Maverick said...

Kepada SakaBangsa,

Kalau mahu UMNO terus relevan dalam perjuangan negara, kita kena mengambil suara akar umbi dan meneliti bagaimana cara untuk menguatkan keahlian UMNO di peringkat ini. Kebanyakannya kalau ditanya, akan mengatakan mereka akan menyokong DSAAB. Namun kalau ditanya adakah itu merupakan kehendak mereka, saya merasakan mereka akan menjawab tidak. Ini kerana mereka akan menyokong kerana mereka sayangkan UMNO dan sanggup mengenepikan hasrat hati mereka asalkan parti ini selamat dam mempunyai ketua. Jauh dilubuk hati mereka ini mengatakan mahu agar DSAAB diganti dengan seorang yg lebih berkemampuan. Adakah pernah Pergerakan Pemuda membuat pungutan suara dikalangan ahli akar umbi adakah mereka masih mahu dengan DSAAB? Saya rasa tidak. Kalau dibuatpun, hanya meminta laporan daripada Ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian. Laporan mereka ini boleh dikatakan 30% tepat dimana 30% ini dibuat hanya mengambil kira pandangan AJK, ahli2 terdekat atau lebih tepat kawan2 dan ada juga hanya atas kertas. Kenapa tidak minta NGO membantu membuat pungutan suara ini sekiranya Pergerakan Pemuda tidak mahu atau takut untuk buat ini semua?

Pandangan Tun Mahathir bahawa peralihan kuasa bukanlah terletak ditangan Presiden, Tim. Presiden mahupun MT TETAPI terletak ditangan ahli2 akar umbi... dan saya sokong pandangan itu. Sekiranya dilihat daripada pengumuman peralihan kuasa itu sememangnya ada baiknya. Namun jika dilihat dari sudut lain, tindakan itu boleh dianggap sebagai cara diktator dimana suara ramai tidak diguna pakai. Kita bukannya negara komunis. Cara ini juga boleh dikatakan menidakkan demokrasi. Mungkin inilah yg dikatakan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem "3 Abdul" arahannya sebagai "Demokrasi Terpimpin" dimana hanya seorang sahaja yg berkuasa menentukan segala keputusan.

Dalam kemelut itu, saya suka mendengar komen Dato Sri Najib mengatakan bahawa persahabatannya dengan DSAAB akan kekal baik walaupun DSAAB telah turun dari jawatannya dan beliau akan memandang tinggi semua bekas pemimpin terdahulu. Kenapa DSAAB tidak mempunyai pandangan seperti itu? Dengan itu saya berbangga dengan kenyataan berani DSNTR dengan secara halus menyindir DSAAB. Itu barulah boleh dikatakan bekas Ketua Pemuda UMNO yg berani.

Kalau mahu menyelamatkan DSAAB, bersedialah untuk berani menampilkan diri untuk menegur dan menasihati beliau agar tidak melakukan kesilapan lagi. Kalau boleh menasihati dan meminta DSAAB turun adalah yg terbaik. INGAT... YANG BERCAKAP INI ADALAH RAKYAT NEGARA INI, AHLI UMNO DAN PENGUNDI YG MENENTUKAN SIAPA YANG PATUT BERKUASA MENERAJUI NEGARA INI. KAMI TIDAK BERCAKAP UNTUK DIRI SENDIRI... KAMI BERCAKAP UNTUK MENJAGA DAN MEMELIHARA NEGARA INI DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

accer said...

Setuju sangat dengan comment maverick.
"KAMI TIDAK BERCAKAP UNTUK DIRI SENDIRI... KAMI BERCAKAP UNTUK MENJAGA DAN MEMELIHARA NEGARA INI DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA."

Dan kami juga tahu menilai apabila diperbodohkan oleh DSAAB dalam perancangan beliau.

Saudara,

Tulisan saudara di laman web ini terlalu banyak "play safe". Pada mulanya saya gembira krn percaya pemuda UMNO ingin mengorak langkah tapi setelah membaca kesemua posting anda, ternyata laman web adalah bayangan perangai Pemuda UMNO yang sebenarnya. Play safe. Malu le brader, takde prinsipal.

Yang nyata, orang yang kuat mengutuk TDM adalah orang UMNO sendiri dibawah kepimpinan DSAAB!

Akhir kata, we are not stupid but we are angry and upset!

araz said...

jika betul pemuda memandang tinggi dan menghormati TUN, sila tunjukan kepada rakyat, melalui media massa lain, supaya rakyat lebih memahami keadaan pemuda sekarang, jgn jadi mcm stgh2 pemimpin kita, bila dah boleh duduk diatas, org lama dipijak, ditindas, tak menghormati langsung bekas perdana menteri kita.
apa yg org melayu nak tgk ialah, menghormati org tua, paklah patut belajar benda niii dari awai2 permerintahan nya lagi, jika tidak tak mungkin bn tewas dgn teruk skali. jika pemuda bersama tun, nescaya kebanyakan org melayu juga bersama pemuda.