Thursday, July 17, 2008

ANWAR IBRAHIM

Akhirnya Anwar ditahan siang tadi. Setelah dipermainkan oleh Anwar, polis telah menjalankan tugas mereka. Tahniah polis.

Pemuda mengalu alukan tindakan tersebut. Pemuda telah muak, loya, jemu, juak dengan gelagat, penipuan dan fitnah yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim sejak dibebaskan.

Pemuda akan menerima apa saja keputusan yang bakal dibuat, setelah selesai proses siasatan. Berilah kepercayaan penuh kepada pihak polis dan forensik.

Anwar sama seperti kita, tidak kebal dari undang2. Tidak perlu berdemostrasi, tidak perlu membuat andaian membuta tuli. Biar lah masing2 menjalankan tugas masing2, baik polis, peguam, yang menuduh dan yang dituduh, harap2 yang benar akhirnya akan menyusul.

Anwar dan penyokongnya akan mengatakan ini adalah konspirasi politik. Mereka akan mengaitkan dengan peristiwa 1998. Mereka akan menggunakan demostrasi jalanan. Mereka akan memburuk burukkan polis, hakim, pendakwaraya, pihak forensik dan lain2 yang terlibat. Jadi, bersiap sedialah sekali lagi menghadapi 1998!

Amerika akan masuk campur, begitu juga beberapa negara sekutu yang lain. Mereka akan mengecam Malaysia dan kerajaan. Pemimpin2 besar yang rapat dengan Anwar akan bersuara mengatakan kerajaan menganiaya dan sebagainya.

Pemuda yakin polis telah melakukan yang terbaik dan betul. Sama2lah kita sokong tindakan ini. Jangan biarkan negara kita dicucuk hidung oleh orang lain. Jangan biarkan campurtangan orang luar di dalam menyelesaikan masalah ini. Ini masalah kita, biar kita yang selesaikan dengan kaedah dan undang2 yang telah kita junjung selama ini. Tepuk dada, tanya selera..

25 comments:

Zarif said...

yg saya tak setuju pihak polis harus tunggu sehingga selepas pukul 2pm untuk menahan Anwar jika dia tidak menunjukkan diri di balai. Sekarang polis sudah buka peluang untuk pihak penyokong Anwar untuk membantah cara dia ditangkap, perkara 1998 diulangi, sebagainya. Saya memang harap kali ini polis ada bukti yang kukuh.

fade0 said...

Kerana tamak kuasa pemimpin UMNO yang bertentangan dengan kemahuan rakyat dan keresahan seorang pemimpin tentang penglibatanya dalam pembunuhan wanita mongolia, UMNO sanggup, mengucar kacirkan kemakmuran negara dengan mengapikan kemarahan rakyat.

Laknat lah pemimpin yang tamak, membunuh, menuduh liwat, menipu rakyat untuk mengekalkan kuasa.

Cukuplah UMNO merosak negara.

Kebenaran bersama orang yang benar.

Tayadih Maysia said...

Teruskan sandiwara 10 tahun yang lalu, sekurang-kurangnya dalam isu ini PM flip flop dan Tun Mahathir bersatu, Khairy dan Muhriz bersetuju...

Itulah Melayu, hidup di dunia ini tak ingat akhirat. Apabila terdesak ingat pula hukum Tuhan, apabila menfitnah, merasuah tak pula ingat hukum. Yalah, sebab hukum dosa itu tak nampak lagi. Kalau balasan itu datang dengan sekelip mata, mungkin tak ada makalah atau mulut yang menfitnah. Betul tak saudara? Bila tulis atau bercakap perkara fitnah, tiba2 gergaji besar datang potong tangan atau lidah kita. Semua orang takut nak buat fitnah.

Kesimpulannya, kalau beginilah pendirian Umno bersiap sedialah untuk pupus dalam pilihan raya akan datang. Rakyat sekarang bukan lagi rakyat dalam tahun 70-an atau 80-an...

Kalau DSAI yang dulu "bos" saudara diperlakukan sebegini rupa, tidak mustahil Najib menerima nasib yang sama jika beliau berubah haluan...

UMNO ini satu Kultuskah?


- rakyat hampir2 tak "cukup makan"

sujini said...

Pemuda UMNO,

Saya harap janganlah Musa Hassan
yang interrogate Anwar. Takut kali
ini apa pula yang lebam atau pun
ada tulang yang patah.

WAllah hu'alam.

anonymous said...

***** kepada polis kita. sangat 'cekap' buat kerja. TAHNIAH!!! kalau psl politik, memang power.

tapi, kalau pasal jenayah lain....

WAK SAPU said...

Transkrip penuh debat Anwar-Shabery boleh didapati kat http://waksapu.blogspot.com/

Jom komen

Barisan said...

UMNO akan tamat jua riwayatnya ... cuma masa dan ketika akan menentukannya ....

PRU13 mungkin akan menyaksikan lagi perubahan besar politik negara

Sedingin Salju said...

TOLERANSI YANG MELAMPAUI BATAS

Menteri Dalam Negeri Datuk Sri Syed Hamid Albar berkata tidak ada sesiapapun yang terkecuali dari undang undang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan juga Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah membuktikan ini dengan mereka sendiri pergi menemui Ketua
Pengarah BPR untuk disiasat berhubung dengan tuduhan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mereka reka tuduhan liwat keatasnya dalam peristiwa
mata hitam tahun I998.

Bagaimanapun nampaknya Menteri Dalam Negeri juga memilih milih dalam menjalankan undang undang,cakap tak serupa bikin,Anwar Ibrahim mendapat keistimewaan.Dia
tidak pergi memberikan laporan polis berhubung dengan tuduhan liwat keatasnya sekalipun dia telah dikenali oleh mangsa.

Seluruh dunia telah tahu tentang pengadu yang sanggup mendedahkan dirinya.Jika seorang gadis atau wanita melaporkan kepada polis mengenali orang yang merogolnya,maka
apakah polis akan membiarkan yang disyaki bebas atau menunggunya datang membuat laporan.Inikan sikap polis dalam menguruskan kes jenayah?

Hari Isnin dia mungkir janji dengan alasan saman tidak dihantar terus kepadanya dan kononnya keluarga dan kakitangannya di ugut polis.Hari Selasa tidak
juga dia datang walaupun telah dijanjikan oleh peguamnya dan peguamnya memberikan jaminan akan datang hari ini (Rabu) dan jika hari ini dia tak datang
juga polis akan tangkap.

Orang ramai yang sayangkan manusia ini janganlah buta mata terhadap toleransi polis yang telah malampaui batas dan cuba pula mengadakan tunjuk perasaan
bagi menghalang penangkapan ini.

Orang ramai harus sedar Menteri Dalam Negeri telah memberikan layanan istimewa kepada Anwar Ibrahim.Apakah istimewa manusia ini jika dibandingkan dengan
manusia lain.

Toleransi kerajaan dibawah dasar bebas,telus dan terbuka telah melampaui batas.Negara yang tegas dengan undang undang seperti Singapura tentunya mentertawakan
kita dan dapat melihat kelemahan dan ketidakcekapan kita.

Apakah kita bersikap demikian kerana nak cari populariti di kalangan pembangkang yang tidak pernah menilai kebaikan kerajaan dan apakah ini kerana hendak
mencari penghormatan dari negara Barat khususnya Amerika Syarikat terhadap demokrasi Malaysia?

Singapura tidak mempedulikan sesiapapun dalam menguruskan hal dalamannya.

Cara cara Polis Malaysia mengendalikan kes jenayah berbau politik ini mungkin dapat dibaca oleh Singapura sebagai kelemahan dan ketidakcekapan Malaysia
untuk menghadapi segala kemungkinan ancaman termasuk peperangan.

MAHARAJA BLOGGER.

16 Julai 2008

---------------------------------

KETUA POLIS NEGARA SAMAN ANWAR IBRAHIM RM5 JUTA.

Akhbar The Star Ahad melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah menghantar surat menuntut Datuk Sri Anwar Ibrahim memohon maaf dan menarik
balik tuduhan mendakwa beliau merika rika keterangan berhubung dengan peristiwa ‘ black eye ‘ dalam tahun 1998.

Tan Sri Musa telah mengambil tindakan yang sangat wajar dan yang sepatutnya dilakukan sejak awal lagi bagi memulihkan keyakinan orang ramai terhadap moral
kerajaan dan agensi agensi pentingnya khususnya polis dan jabatan kehakiman.

Orangramai telah melihat kerajaan seperti berada dalam keadaan ‘ helpless’ ,lemah dan tidak berkuku sejak sekian lama.Setiap kali Anwar Ibrahim mengambil
tindakan undang undang kepada kerajaan atau individu,dia dilihat seperti berada dipihak yang benar dan pihak lain dah tentu salah.

Anwar tahu orang percaya padanya.Maka itu berbagai tindakan diteruskan.Terbaru beliau mengambil tindakan terhadap Menteri Dalam Negeri kerana menuduhnya
menjadi alat kepda Amerika Syarikat.

Pengikut pengikutnya mempunyai persepsi salah terhadapi kerajaan dalam menjalankan undang undang tetapi apabila undang undang digunakan oleh Anwar,mereka
terus percaya kepada kredibilitinya.

Tan Sri Musa telah memberikan masa 48 jam untuk Anwar menarik balik tindakan yang menecamarkannya dan jika tidak Anwar akan menghadapi tuntutan malu RM5
juta.Pada masa anda membaca tulisan ini tempoh itu telah tamat.

Saya harap Tan Sri Musa tidak main tarik tali.Tindakan mesti diteruskan.Jangan biarkan polis terus diperlekkehkan.

Semuga langkah ini akan dituruti oleh Syed Hamid Albar dengan apa cara sekalipun.

MAHARAJA BLOGGER

13/7/2008

------------------------

RAHSIA PAK LAH TERBONGKAR DAHULU

Beberapa jam selepas Perdana Meneri Datuk Sri Abdullah Badawi mengumumkan untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri,Presiden Umno dan juga Pengerusi Barisan
Nasional kepada Datuk Najib Khamis, pemimpin de facto Pakatan Rakyat ,Anwar Ibrahim telah memberitahu suatu perhimpunan pengikut pengikutnya di Seremban
pada malamnya bahawa peralihan kuasa BN tidak akan sempat berlaku pada Jun 2010 oleh kerana Pakatan Rakyat akan mendahului pengambilan kuasa negara ini.


Sebelum itu hampir sama dengan masa pengumuman yang dibuat oleh Pak Lah itu,Ketua Pembangkang Wan Azizah Wan Ismail telah menemui Speaker Dewan Rakyat
Pandikar Amin Mulia menyerahkan usul undi tidak percaya kepada kepimpinan Abdullah Badawi untuk dibincangkan di sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Belumpun pengumuman itu dibuat,pada petang yang sama ,Tun Dr.Mahahir telah menulis dalam blognya chedet menyatkan tidak yakin bahawa Abdullah akan menyerahkan
kuasa kepada Najib pada masa yang dijanjikan.Mereka ini bertindak seperti sudah tahu lebih dahulu.

Soal yang timbul sekarang ialah kenapa secara tiba tiba Pakatan Rakyat hendak mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Pak Lah.Adakah kerana Pak Lah
telah memberikan kepercayaan kepada Datuk Najib yang sekjaligus mengecewakan harapan pembangkang yang tidak mahu melihatnya menjadi Perdana Menteri.?

Adakah kerana Pak Lah memberikan kepercayaan kepada Najib maka pembangkang tiba tiba menjadi tidak percaya kepada Pak Lah pada hal sebelum ini Pak Lah
tidak bagitu diusik oleh parti parti pembangkang.Adakah dengan kepastian Najib menjadi Perdana Menteri,maka Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri
yang menunggu untuk selama lamanya?

Adakah ini semua yang dimaksudkan oleh Wan Azizah perbicangan usul ini penting kerana perkembangan semasa mengakibatkan wujudnya krisis keyakinan terhadap
Perdana Menteri,Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebenarnya krisis keyakinan yang lebih besar dihadapi oleh parti parti anggota Pakatan Rakyat dan juga oleh rakyat yang mengundi parti pembangkang dalam
pilihhanraya lalu kerana pemimpin besar mereka dan bakal Perdana Menteri menghadapi tuduhan liwat.

PAS sedang bimbang semakin jauh ia terbawa dalam arus pembelaan isu ini semakin rosak imegnya kerana kepada rakyat,orang PAS pun telah turut serta dalam
perhimpunan Protes dengan tunjuk punggung baru baru ini.Masalah inilah yang mesti diselesaikan dengan cepat sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.


Tugas besar kerajaan sekarang bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah ekonomi rakyat dan negara tetapi juga untuk mempastikan orang sihat,bersih,tidak
perpenyakit ganjil dan bukan homosexual menjadi Perdana Menteri Malaysia.

PERJUANGAN BARU MAHATHIR BERMULA DI USIA 83...

Bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir telah diraikan oleh peminta peminat dan penyokong penyokong setianya termasuk anak anak muda.Anaknya Mukhriz dan
isterinya pula telah mengurniakan kepadanya seorang lagi cucu perempuan bersempena hari jadinya yang ke 83 khamis 10 Julai .

Diantara ucapan birthday yang saya anggap paling sesuai untuk dihayati oleh Tun Mahathir bersempena dengan usianya ialah dari seorang anak muda yang menyatakan:


Happy birthday Tun M! May God Bless U with goodhealth and longlife.Most young PPI of this generation growing up only knowing one Prime Minister...but the
times has changed and the changes have taken time at a very different global climate then when he was ruling.

Your contribution to this country cannot be denied.

But it is time you retire proper and let the present government runs, give them a fair chance.It is only beginning of second term and media freedom,the
increased scrutiny of all parties have made things complicated enough.

Ini saya kira suatu ucapan hari lahir dari seorang anak muda yang matang dan datang dari hatinya yang ikhlas dan fikiran yang waras tetapi Tun Dr.Mahathir
akan meanggap ucapan ini datang dari seorang yang tidak tahu tentang apa yang diketahuinya termasuk tentang kepentingan rakan rakan,anak anak dan lain
lain kepentingan diri yang tak sempat disempurnakan.

Bagaimanapun orang tak bercakap tentang ini semua,orang lebih suka menghalalkan ini semua kerana jasa Tun kepada negara dan bangsa telah dapat menutupi
segala kelemahan yang ada pada seseorang manusia.

Kalau Tun nak jadikan 83 tahun sebagai suatu permulaan perjuangan baru,Selamat berjuang Tun!.Perjuangan tidak akan pernah selesai kecuali kalau kita sanggup
menyerahkan sebahagiannya kepada ketentuan ketentuan Allah.

MAHARAJA BLOGGER
12 Julai 2008

---------------------------

TUN DR.MAHATHIR SUDAH KETERLALUAN

Bekas Perdana Menteri,Tun Dr.Mahathir nampaknya pesimistik terhadap pengumuman Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Badawi untuk mengundurkan diri pada pertengahan
tahun 2010.

Beliau mempuyai prasangka buruk bahawa Abdullah akan merangka usaha bagi memburukan Datuk Sri Najib supaya beliau tidak lagi ternampak layak untuk menjadi
Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya tidak akan dapat menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri.

Kata Tun dalam blognya chedet yang terbaru bila Najib terbukti tidak layak maka Abdullah akan mengambil seorang yang dianggap setia kepadanya sebagai pengganti
Najib dan pengganti ini pula tidak akan dapat ambilalih jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2010 kerana kurang pengalaman dan kemudiannya Datuk Sri Abdullah
akan bermurah hati untuk menawarkan diri bagi terus memimpin negara hingga pilihanraya ke 13.

Saya heran kenaapa Tun Mahathir sampai pada peringkat tidak lagi dapat melihat dari sudut yang positif yang meyakinkan.Umpamanya dengan pengumuman itu
dengan sendirinya memberikan kekuatan baru kepada Datuk Sri Najib.Pandangan orang ramai khususnya ahli ahli UMNO mulai hari ini kepada Datuk Najib adalah
berbeza dengan hari semalam bila keadaan Najib belum pasti masanya untuk mengambilalih.Najib sekarang adalah de facto Perdana Menteri.

Tanpa pengumuman pun semasa Tun menjadi Perdana Menteri,ahli ahli UMNO telah tidak lagi memberikan tumpuan kepada Tun sebaliknya mengalih sokongan kepada
Anwar yang mereka yakin akan menjadi Perdana Menteri terutama sekali oleh kerana Anwar berkipas bahawa beliaulah bakal Perdana Menteri.

Mengetahui sifat Abdullah Badawi beliau akan membuktikan keikhlasannya dan kepercayaannya kepada Datuk Najib kerana sifat Najib jauh berbeza dari Anwar
dan tentunya beliau akan menunjulkan Najib dengan memberikan sokongan kepada peranannya sebagai seorang yang bakal menggantikannya dan tentunya Abdullah
akan membantu Najib dalam usaha untuk memperkukuhknan parti dan memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Tun sendiri tidak pernah menumumkan Anwar Ibrahim sebagai pengganti walaupun beliau telah menjadi Timbalan Perdana Menteri hingga beliau merasa perlu untuk
mencabar Tun kerana tidak mendapat kepastian malah penyokong penyokongnya telah yakin Tun mahu jadi Perdana Menteri seumur hidup.

Walaupjun saya menghormati beberapa pandangan Tun dalam chedet tetapi prasangka buruk Tun dalam soal pengunduran Abdullah Badawi yang telah dijanjikan
oleh beliau secara terbuka kepada ahli ahli UMNO ,rakyat dan negara ,saya rasa agak keterlaluan dan diluar pertimbangan yang sihat.Dalam hal ini Tun bukan
sahaja menghina Abdullah Badawi tetapi telah memandang rendah terhadap kebolehan kepimpinan dan kekuatan pengaruh Najib.

Sewajarnya setelah mendapat kepastian perletakan jawatan Abdullah Badawi yang jangka masanya boleh dikatakan wajar,Tun hendaklah meyakinkan ahli ahli UMNO
untuk membantu meredakan krisis keyakinan yang menggoncang UMNO sejak pilihanraya lalu Mac lalu dan memberikan sokongan kepada usaha pemulihan parti oleh
pucuk pimpinan parti secara bersepadu.

MAHARAJA BLOGGER.
11 Julai 2008

-----------------------------

DEBAT YANG MANA DEPAN YANG MANA BELAKANG

Wajarkah perdebatan antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Sabery Cheek dengan Penasihat Parti Keadilan Anwar Ibrahim mengenai isu kenaikan harga minyak
pada 15 Julai ini diteruskan ?

Ada pihak yang berpendapat wajar dibatalkan berikutan dengan tuduhan liwat yang dibuat keatas salah seorang pendebat.

Ketua UMNO Bahagian Cheras ,Datuk Wira Syed Ali Alhabshee memberikan kewajaran pembatalan debat itu kerana dibimbangkan Anwar akan menggunakannnya untuk
mengalih perhatian rakyat terhadap masalah yang dihadapinya.

Bagaimanapun jika dibatalkan , kerajaan akan berhadapan dengan masalah moral dan kredebiliti kerana debat itu ditawarkan oleh kerajaan sendiri dan bukannya
di minta oleh Anwar.

Bagi pihak Anwar pula dia telah pun menunjukan keberaniannya dan keupayaannya dengan menggambarkan bahawa bukan sahaja dia sanggup ‘ telan’ Shabrey malah
dia sanggup ‘makan’ Perdana Menteri Abdullah Badawi dan Timbalannya sekali Datuk Sri Najib.

Cakap besar ini dipercayai oleh ramai orang kerana dia telah membuktikan kesanggupannya meratah Barisan Nasional dalam pilihanraya lalu dan dia berada
pada semangat yang tinggi kerana Pakatan Pembangkang menumpang kekuatan kalibernya dan popularitinya.

Keadaan juga memihak kepadanya.Emosi dan semangat rakyat sekarang berada bersamanya dalam kemarahan kenaikan harga barang dan makanan akibat kenaikan harga
minyak. Rakyat lebih mudah termakan dengan cerita harga minyak boleh turun serta merta dan menolak rasional yang berasaskan fakta tentang harga minyak
perlu mahal.

Perasaan marah akan membutakan mata dan fikiran rakyat terhadap yang kotor dan akan mendengar pembohongan sebagai kebenaran.

Jika Perdana Mentri Abdullah Badawi berkeyakinan debat ini suatu peluang besar bagi memberi penerangan kepada jumlah penonton yang besar,saya kira ini
adalah suatu pandangan yang tidak mengambil perkiraan pengalaman pilihanraya lalu.

Debat terbuka in sama juga seperti kerajaan yang terbuka dan telus tetapi jentera komunikasi dan penerangannya di semua jabatan lemah untuk mengatasi keupayaan
pihak pembangkang memanipulasikan klip video debat ini dengan suntingan dan putarbelit bagi penyebaran yang cepat ke seluruh negara selepas berakhirnya
sesuatu debat.

Dalam banyak hal kerajaan tidak boleh melakukan apa yang mereka lakukan kerana terkawal oleh etika dan undang undang,tetapi mereka boleh menukarkan keadaan
yang merugikan kepada yang menguntungkan mereka.

Contoh kelemahan kerajaan dapat dilihat dengan jelas sebelum pilihanraya.Atas nama kebebasan dan ketelusan TV3 bagitu hebat sebelum pilihanraya mendedahkan
segala kelemahan dan kepincangan dalam pentadbiran dan perkhidmatan kerajaan.

Bagaimanapun berbanding dengan pendedahan yang menggemparkan dan memalukan,keupayaan kerajaan untuk mengatasi masalah masalah yang ditimbulkan adalah amat
lemah,perlahan dan tidak berkesan.

Masalah rakyat disesuatu daerah tersebar sepantas kilat diketahui di seluruh negara dan dipercayai ramai kerana berlaku juga di tempat masing masing tetapi
langkah kerajaan mengatasinya macam perjalanan penyu atau kura kura.

Kerajaan tidak berupaya untuk mengimbangi kesan tindakannya memberikan kebebasan pendedahan kelemahannya dengan sistem delivery yang meyakinkan.

Sejauh manakah jentera penerangan dan komunikasi kerajaan akan dapat bergerak dengan pantas untuk mengatasi pekara pekara titik bengek dalam perdebatan
isu minyak ini kelak?

Kerajaan hanya memikirkan tentang faedah debat tetapi parti pembangkang telah pun menyiapkan rangkakerja manipulasi selepas debat yang akan dapat digerakan
dengan cepat bagi mengatasi kesan kesan negatif dari perdebatan itu kelak.

Kerajaan hanya berfikir selapis tetapi pembangkang telah berfkir dua lapis.Kerajaan tidak mempunyai kekuatan untuk membuat jangkaan apa yang akan berlaku
selepas debat dan apa yang harus dilakukan.

Selain dari itu haruslah dipertimbangkan, Shabery menawarkan perdebatan itu kepada Anwar ketika beliau masih berada dipuncak kegemilangannya dan ketika
rakyat bagitu yakin bahawa beliau bersih dan akan menubuhkan kerajaan pada September ini tetapi berikutan dengan lapuran tuduhan liwat terhadapnya keadaan
telah berbeza samasekali.

Jika perdebatan ini terjadi juga maka Shabery haruslah bersedia untuk menghadapi hujah hujah di pihak lawannya yang akan mengambil kesempatan dengan secara
bijak bagi membela diri dari prasangka melakukan liwat.

Wajarkah dan bijakkah kerajaan memberikan pentas kepadanya untuk memulihkan moral dan krediblitinya ketika rakyat berada dalam keraguan?

Rakyat memahami jika Shabery mengundurkan diri dari perdebatan ini atau pembatalannya dibuat oleh kerana masalah yang lebih besar yang perlu diselsaikan
dahulu ialah masalah liwat dan bukan isu minyak yang telah pun dijelaskan oleh kerajaan setiap hari dan setiap masa.

Rakyat terutama penyokong penyokong pembangkang berada dalam kebimbangan yang lebih besar dalam soal liwat dari soal isu minyak.Kenapa harus diingat ingatkan
tentang isu minyak untuk memadamkan isu liwat?

Kerajaan jangan membuat silap lagi dalam menentukan priority.Kesilapan telah dibuat dalam menaikan gaji kakitangan kerajaan jauh sebelum pilihanraya.Jika
kenaikan itu dibuat menjelang pilihanraya maka tentunya BN menang besar dan pegawai kerajaan tidak minta bonus pula dalam masa pilihanraya.Kerajaan lupa
rakyat mudah lupa.

Ini adalah kerana kerajaan tidak mengenal priority,yang mana nak didahulukan dan yang nak dibelakangkan tetapi pembangkang terutamanya ketua mereka Anwar
Ibrahim tahu yang mana nak didepankan dan mana yang nak di belakangkan.

MAHARAJA BLOGGER

10 Julai 2008

------------------------

THE STAR WIRA MALAYSIAN MALAYSIA

Tiba tiba akhbar The Star menjeritkan kepala berita pada keluaran Ahad lalu Simply Fed Up. Yang menyuarakan pendapat awam,bloggers bukan Melayu dan segelintir
Melayu mahukan supaya pemimpin pemimpin negara dan politik memberhentikan ‘ politiking’ dan menumpukan kepada masalah rakyat.

Pada pandangan saya sesetengah personaliti yang menyuarakan ini ialah mereka yang diketahui sebagai suara suara yang selama ini lebih banyak menimbulkan
keloh kesah rakyat,anti DEB,anti Melayu dan anti Kontrak Sosial.Diantaranya ialah Presiden Transparency International Tan Sri Ramon Navaratnam,President
MTUC Syed Shahir yang pro pembangkang dan Setiausaha Agung National Evangelical Christian Fellowship Malaysia Rev Wong Kim Kong.

The Star menonjolkan tunjuk perasaan bloggers menentang politiking dengan melancarkan ‘mogok 48 jam’ untuk berhenti menulis kerana fed-up dengan tuduh
menuduh mengenai liwat dan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Najib dan Penasihat PKR Dato Sri Anwar
Ibrahim.

Sebenarnya merekalah selama ini di barisan depan yang menyiarkan berita dan tulisan yang disifatkan oleh Perdana Menteri sebagai fitnah dan pembohongan
yang sensitif dari segi peribadi, agama dan perkauman. Saya samasekali tidak merangkumkan bloggers seperti Dr.Mahathir,Kadir Jasin dan beberapa orang lagi
dalam kategori ini.

Pembaca tetap The Star tentu terkejut apabila tiba tiba akhbar ini menjuarai usaha ‘perdamaian politik ‘ sedangkan selama ini dialah dengan bijak,berani
dan lantang memainkan isu-isu politik yang sensitif termasuk memberikan promosi dan laporan yang meluas forum perbincangan ketuanan Melayu baru baru ini..


Malah Ketua Pengarangnya
Datuk Wong Chun Wai
merasa tidak cukup bebas dengan akhbarnya sendiri,telah mengadakan blognya sendiri yang lebih banyak menyiarkan pandangan yang bersifat anti Melayu,anti
UMNO dan anti kerajaan.

Antara blog yang boleh dianggap sesuai dengan apa yang disifatkan oleh Perdana Menteri sebagai ‘Penderhaka’ dan ‘Pengkhianat ‘ ialah blog penasihat DAP
Lim Kit Siang.Paling terkini dia mendakwa bahawa keyakinan orang awam terhadap polis dan sistem keadilan telah hilang berikutan dengan penafian yang dibuat
oleh P.Balasubramaniam penyiasat persendirian terhadap akuan bersumpahnya yang pertama dan diikuti dengan kehilangannya bersama keluarga.

Lim Kit Siang telah memberikan persepsi bahawa kerajaan telah terlibat.Sebaliknya jika dia berbuat demikian di Singapura dia pasti tidak lagi akan menyedut
udara bebas.Tetapi Lim Kit Siang tahu Pak Lah tak pa,Pak Lah hanya ‘gempak ‘ sahaja dari masa ke semasa dan setiap cabarannnya tidak akan menghadapi tindakan
dan dengan itu akan hanya menambahkan kekecewaan rakyat terhadap Pak Lah dan akan lebih menguntungkan politiknya.

Orang ramai tentunya tertanya tanya kenapa sikap akhbar The Star tiba tiba berubah?Kenapa The Star harus memainkan peranan pendamai sekarang dan hendak
berhenti dari meniup api?

Sebab utamanya ialah berikutan dengan laporan liwat terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim ,keadaan politik tidak lagi memihak kepada Pakatan Pembangkang malah
akan mengancam pembangkang.

The Star tahu dalam jangka masa tidak lama lagi akan bagitu banyak laporan negatif yang tidak boleh ditutup yang akan merugikan Pakatan Pembangkang. Star
tidak suka untuk membesarkan semua ini.The Star tidak bagitu senang jika Datuk Sri Najib berada pada kedudukan moral politik yang tinggi.

Maka The Star telah mengkondisikan pemikiran pembacanya lebih dahulu supaya tidak terkejut jika dia tidak membesar besarkan lagi pekara yang patut besar
sekiranya menyentoh kepentingan pembangkang.

The Star cukup licin dalam strateji perjuangan politiknya menyokong DAP sekalipun akhbarnya dipunyai oleh MCA dan dia juga seperti chauvinis Cina yang
lain nampak bahawa kejayaan Malaysian Malaysia hanya bergantung kepada pimpinan Melayu yang sanggup menjuarainya.Pemimpin Melayu itu tidak lain dari Anwar
Ibrahim.

Maka itu sejak dari sebelum pilihanraya hingga selepas pilihanraya dengan berselindung disebalik journalisma seimbang dan adil The Star memberikan keutamaan
kepada Anwar Ibrahim,PKR,DAP,NGO dan personaliti yang anti Melayu.anti UMNO dan anti kerajaan.

The Star tahu bila harus berundur dan bila harus menyerang dalam perjuangan ini tetapi manusia sebijak manapun kadang kadang tidak menyedari bahawa gelagatnya
diketahui orang kerana tuntutan naluri mendorongkan perbuatan perbuatan tanpa sedar yang menelanjangkan jiwa dan sikap sesaorang yang sebenar.

The Star menjadi begitu berani kerana berkeyakinan kuat bahawa di bawah dasar ketelusan,keterbukaan dan demokrasi baru Malaysia,tidak akan ada lagi ‘Operasi
Lalang ‘ dan dengan kekalahan teruk BN, The Star tidak perlu takut lagi kepada kuasa Melayu sebaliknya usaha sejajar dengan dasar baru MCA mesti diteruskan
untuk menjatuhkan UMNO dari kedudukan dominan dalam Barisan Nasional.

KADIR JASIN TIDAK IKUT MOGOK.

Seorang wartawan jutawan dan bekas Ketua Pengarang NST,
Datuk Kadir Jasin
tidak ikut serta dalam mogok 48 jam bloggers kerana jika dia juga ikut serta maka dia akan melakukan apa yang didakwanya sebagai ‘memenuhi kehendak orang
yang anti blog ‘.

Sebenarnya tidak semua orang anti semua blog tetapi mereka memilih blog untuk dilawati.

Datuk Kadir mempunyai persespsi seolah olah semua orang anti bloggers kerana dalam hati kecilnya dia tetap mencemburui media cetak khususnya akhbar akhbar
perdana.

Perasaan rendah diri menyebabkan seseorang beranggapan semua orang memandang serong padanya.Jika Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zahid Hamidi meminta
orang Jakarta jangan percaya kepada pemblog di Malaysia,tentunya tidak dimaksudkan oleh beliau semua blog atau bloggers.Tetap Kadir marah dengan Zahid
dalam blognya.

Sesungguhnya betapa prejudis pun Datuk Kadir Jasin pada media cetak,tetapi adalah diketahui bahawa beliau tetap mengikuti semuanya dan mendapat kepuasan
dari membacanya setiap hari.

Pada umumnya orang tetap percaya kepada media cetak yang tidak boleh berbohong dan terkawal dengan undang undang.Media cetak tetap dipercayai,berkredebiliti,
berpengaruh dan berkesan.Beliau sendiri tetap merasakan lebih hebat jika tulisannya disiar oleh media cetak terutama akhbar akhbar yang tinggi pasarannya.


Perasaan ini dirasakannya oleh kerana beliau sendiri menghayati kepuasan dari kewartawanan akhbar, dari melihat jualannya di pasaran,dibeli,dipegang dan
dibaca orang.

Bagaimanapun oleh keegoan dan kerana hendak meyakinkan diri sendiri terhadap kebesaran yang beliau sendiri tidak percaya maka tanpa sedar beliau sampai
pada peringkat mempercayai apa sahaja yang disiarkan oleh laman web.

Umpamanya mengenai kehadiran orang ramai di perhimpunan membantah kenaikan harga minyak anjuran Protes di Stadium Kelana Jaya minggu lalu.Beliau percaya
kepada jumlah angka 30,000 orang yang dilaporkan oleh Malaysiakini dari angka laporan akhbar akhbar iaitu sebesar 20,000 orang.Beliau pun tidak ambil kira
mungkin dari 20,000 itu ada 10,000 tentera dan polis.

Demikianlah perubahan cara berfikir seorang wartawan akhbar yang menjelma menjadi blogger kerana nak merasakan dirinya lebih besar kepada pandangan pembaca
yang tidak dapat dilihatnya sendiri.

MAHARAJA BLOGGER
9 Julai,2008

--- end ---

Sedingin Salju said...

ya benar. Dan sekarang ini, pemuda harus bersiap sedia untuk memberikan penerangan yang secukupnya kepada rakyat apa sebenarnya yang telah berlaku.

Harus diingat, DSAI ini pandai berkata-kata. orang yang tak percaya pun akan jadi percaya. harap saudara Ezam juga dapat membantu.

nadzri said...

Elok biar polis jalankan siasatan. Diharap siasatan dijalankan dengan telus tanpa ada campurtangan politik.

Nostradamus said...

Malaysians are Doomed? Rakyat Malaysia Pupus?

Jeyklls and Hydes in Malaysia. Are you? (Ask your children.)

Jeyklls dan Hydes di Malaysia. Adakah anda? (Tanyalah anak-anak anda).

Posted at http://Patek1472.wordpress.com.

Old River said...

Inilah bangsaku, bangsa melayu, bangsa yang cukup pandai.
Cukup maksum, cukup pandai menunding jari dan menuduh mengikut nafsu syaitan.
Bangsa yang datang dengan peribahasa 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'.
Apabila terjadi sesuatu yang tidak mengikut keinginannya, maka habis semua orang lain di maki seranah.
Habis di buruk sangka semuanya, lantas mengikut kata hati, ingin menjadi tuhan untuk menjatuhkan hukum.
Asalkan hajat dihati sampai, habis diungkit sejarah silam untuk memburukkan orang lain.
Memilih ayat-ayat al-Quran tertentu untuk menegakkan kebenaran dimatanya, memilih sunnah tertentuuntuk mempertahankan hujah.
Sedangkan Al-Quran dan sunnah itu syumul sifatnya, yang legkap untuk semua ruanglingkupnya adalah untuk semua kehidupan dunia dan akhirat.
Yang orang lain sahaja nampak salahnya, yang kita perjuangkan betul sahaja.
UMNO sahaja salahnya, Pakatan Rakyat sahaja betulnya.
UMNO sahaja betulnya, Pakatan Rakyat sahaja salahnya.
Semuanya mahukan kuasa, kalau boleh nak buat semua benda dalam dunia ini, kalau kau tak mampu nak buat, biar aku buat. Sedangkan kerja aku sendiri pun tak terbuat.
Wahai umat Melayu, Muhasabahlah diri, apa pun pegangan politik mu umat melayu, UMNO, PAS, keADILan sudahlah bersengketa sesama, kita semakin hanyut dibawa arus politik, terlalu leka kita dengan semua perebutan kuasa dunia.

Carilah pemimpin yang tulen, bukan yang kuat tido, bukan yang pandai bercakap sahaja. Pemimpin yang mampu memajukan Agama, bangsa dan negara, bukan pemimpin yang berjuang untuk membalas dendam, bukan pemimpin yang berorentasikan keluarga. Pemimpin yang faham dan sedar tentang tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang akan dihisab di hari akhirat kelak. Bukan pemimpin yang mengajar pengikutnya menyumpah seranah orang lain, bukan pemimpin yang mengajar pengikutnya bersangka buruk pada orang.
UMNO ke, keADILan ke sama saje, akarnya sama saja, maka tingkahlakunya sama juga. Hari ini Adil menunding jari pada UMNO, bila Adil pegang kuasa, UMNO pula yang menunding jari. Yang tetap bahagia adalah syaitan, kerana manusia menurut ajarannya, dihujung cerita dua-dua rugi, syaitan yang tepuk tangan gembira kerana memusuhkan dua saudara Islam.

Juraimi Zainal said...

Tepuk mulut Polis, jangan ikut selera UMNO...

Hangpa jangan nak berlagak hero...
Polis telah memalukan Polis sendiri..

Rakyat majoriti boleh menilai...

kulatlapok said...

salam PEMUDA UMNO MALAYSIA,

SI SAIFUL BUAT ADUAN POLIS, ANWAR YANG KENA TAHAN....RAJA PETRA BUAT ADUAN POLIS..AWAL-AWAL LAGI DAH KATA RAJA PETRA BUAT FITNAH.. TETAPI ROSMAH DAN NAJIB TIDAK PULA DITAHAN..???? DOUBLE, DOUBLE,DOUBLE, STANDARD,,

kepada SEDINGIN SALJU...

Maaflah nak kata..PEMUDA UMNO KO SURUH BERI PENERANGAN SECUKUPP???
PRU 12 TEMPOH HARI PEMUDA NI..APA KERJANYA..??? LANGSUNG TAK MENYENGAT...SEMUA MENGHABISKAN BOREHHH JEEE...

Sedingin Salju said...

Cuba kita fikir ya, mengapa DSAI terlalu kemeruk nak jadi PM sehingga dah tak sabar nak tunggu PRU13? Ini mesti ada muslihat.

abe MIE said...

Apa yang abe MIE hendak beritahu ialah seorang sahabat katakan bernama 'A' memberitahu yang Anwar nie memang suka MELIWAT SEJAK DI UNIVERSITI MALAYA lagi. Tapi pada masa itu siapa yang hendak percaya? Abe MIE bertanyakan kepada si A, kenapa dia boleh kata sedemikian sedangkan dahulu jenayah liwat, rakyat Malaysia masih tidak tahu apa-apa!!!


Hanya Allah saja yang tahu kebenaran. Pening dengan Anwar sekarang. Sokongan Keling yang pintar dan ingin menjadi YB nanti menyebabkan masalah ini menjadi sebenar-benar masalah dikala tiada pelaburan ke Malaysia dan perbehentian kerja berleluasa.

pkrpasdap.blogspot.com

The Son of Asia said...

What's your thinking on the latest sodomy charges against Dato Seri Anwar Ibrahim ?

Express yourself @ votingmalaysia.blogspot.com

Tayadih Maysia said...

APA KATA TUN TENTANG DSAI TENTANG KES 1998. TENGOK DAN TELITI VIDEO INI: http://www.youtube.com/watch?v=COm3D6FDmwY

BILA DAH TENGOK BARU BOLEH KOMEN.

Yoptanjung said...

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Ayat diatas seolah mengaitkan sifasik adalah dari kalangan kamu si SAKA.

Menurut imam hanafi yang dimaksud dengan fasik ada 2 macam:

1. orang yang mengerjakan dosa dengan terang-terangan,seperti mabuk di jalanan atau pergi ke tempat pelacuran atau pergi ke tempat perjudian dengan terang-terangan, dsb.

2. orang yang mengerjakan dosa dengan sembunyi-sembunyi,
tetapi diberitahukannya dengan bangga kepada beberapa orang
teman-temannya, bahwa ia berbuat yang demikian, seperti sebagian orang yang meninggalkan shalat dan puasa, lalu diceritakannya kelakuannya itu kepada teman-temannya bahwa ia tidak shalat dan tidak puasa, serta suka mengiyakan fitnah, dsb.

Dan manakala dalam kitab "al-Mathla' 'ala abwabil muqni", karangan Syamsuddin Ba'ly, "fasik" didefinisikan : orang yang banyak berbuat maksiat, meninggalkan perintah Allah, keluar dari jalan benar dan agama. Fasik juga didefinisikan orang yang melakukan dosa besar atau sering melakukan dosa kecil.

Kesimpulanya Golongan SAKA ini mempunyai sifat berbahaya yang boleh memudaratkan manusia dalam kehidupannya ialah sifat lupa diri. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa sifat lupa diri ialah pokok kepada segala amalan kejahatan. Dengan lain perkataan, amalan kejahatan yang dilakukan setiap insan acap kali bertitik tolak daripada sifat lupa diri kerana kemegahan terdahulu.

Sedingin Salju said...

kepada kulatlapok, maaflah saya bukan melayu. Tentu tak percaya kan? Saya chinese. Tapi saya tau sejarah malaysia.k

ilham_sufi said...

punca pergolakan politik malaysia n org mlayu skg adlh dsebabkan oleh umno.sbuah parti pdukung sekularisme yg mmisahkan politik n agama.

sikap angkuh,bongkak n tdk pcya pd pbalasan Allah pnca pmimpin parti ini terus mnekan n mnindas rkyat.mtlamat mbntu org mlayu tlh lma dkuburkan bsama2 pmimpin2 dahulu.

umno skrg hnya utk mreka yg gilakan kuasa,mmentingkn pangkat n mngaut kkayaan.malah tdk sgan n silu mpermainkn agama hngga dtertawakan olh
kaum lain.

elok saja dibubarkan pemuda umno malaysia kn ianya tdk mbntu mguatkan parti malah mjahanamkan trus parti.jelas visi n hrpn pmuda umno hnya utk mgumpulkn kkayaan n bkepentingan peribadi.


-aku dlu sygkan umno,tp skrg aku lbh rela mnajiskan umno smpai bila2

Tayadih Maysia said...

Islamica Magazine has published an open letter signed by over 40 leading Muslim religious scholars, leaders and activists from around the world urging the Malaysian government to protect the civil liberties of the former Deputy Prime Minister, Anwar Ibrahim.

1. Read the open letter at
http://www.islamicamagazine.com/

2. After reading, endorse it by adding your name to the list of signees

Anwar Ibrahim Dot Com (AIDC) said...

Tiga soalan untuk bakal PM

http://www.youtube.com/watch?v=QNvA4tHtqO4

sumber:
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

kamal... said...

Buat DSAI bravo..bakal penerima anugerah pemutar skru atau pemutar belit..saya sudah penat baca pasal awak..dulu saya cukup sanjung awak puja awak puji DSAI..tapi semua hancur lebur pasal perkara yg penuh sangsi..saya memang tak suka kerajaan tp makin lebih tak suka dng DSAI TP bukan dng pas atau dap! saya sedih bila DSAI MULA BERDALIH..sekali dua tak pe masih blh terima tapi dah tahap mcm ni rakyat pun bosan sudah...pertama: DSAI lari p kedutaan turki? masa laporan d buat..apa sal tak p rumah mentri besar selangor je? napa tak buat laporan polis nyawa terancam..kedua: napa
kenyataan dato murad bekas bank negara DSAI tak saman setalah tarik tali akuan bersumpah? ketiga: paling buat kecewa dan timbul kan sangsi teramat seperti komen hard-T d atas,just go lah buat sumpah laknat kat masjid negara dah ulama cadangkan mufti pun sama apa lg PAS sendiri cadangkan..napa dalih2..keempat: napa DSAI nak buaNG duit keliling negara buat ceramah..dah PAK lah bg pilihan tu ahhh buat DNA dng bersaksikan doktor sendiri pakar sendiri siap lagi dng live d tv mcm cadangan yg d nyatakan dlm agenda daily...kelima:perkataan sapa rogol sapa jadi hal seolah2 mcm hal tu wujud lah pula..napa tak terus saja nafikan..dan paling kureng senag d dengar masa wartawan agenda daily bertnya solan dng DSAI tetang rakaman cctv kat condo why DSAI terus marah dng wartawan tu? apa2 pun good luck DSAI..

USAMABENLADEN said...

Saudara saka bangsa!!!!

Hari ini kamu berkuasa dengan menggunakan kuasa diatas dunia demi mempertahankan kuasa ...

Tapi harus diingat akan ada hari pembalasan dimana dikunci semua mulut manusia yang akan berkata-kata ialah anggota badan dan akan untuk menjadi saksi dihadapan RABBULJALIL.. Justeru .,, pesanan ikhlas kejahatan bukanlah pakaian untu menunjukkkan kehebatan tetapi adalah JALAN KESESATAN DIBAWAH PENGARUH SYAITAN....