Monday, July 7, 2008

SEMINGGU YANG LUARBIASA

Minggu lepas adalah minggu yang agak LUARBIASA.
Minggu lepas menujukkan kekotoran politik ditahap tertinggi yang dihidangkan kepada rakyat jelata. Minggu lepas juga menimbulkan pelbagai persoalan tanpa jawapan.
Pemuda meminta rakyat supaya bertenang dan berdoa supaya kebenaran akan terserlah akhirnya. Semuanya adalah untuk kebaikan negara kita, agama dan bangsa kita.
Pemuda amat berharap rakyat dapat menilai perkara yang benar dan yang direka reka. Pemuda berharap dapat agar rakyat menoleh kembali kebelakang dan mengkaji sejarah2 dan peristiwa yang berlaku sebelum ini.
Ingatkah siapa yang membohongi rakyat kononnya kematian seorang kanak2 di Baling kerana kebuluran di sekitar 1974, sehingga menyebabkan tunjuk perasaan pelajar?
Ingatkah siapa yang membohongi konon tidak akan menandingi jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 1993, tetapi sebaliknya?
Ingatkah siapa yang sepatutnya mati kerana konon di racun ARSENIK pada 1999 semasa dalam tahanan?
Ingatkah siapa yang kononnya sakit belakang/pinggang dan hanya pakar luar negara sahaja yang mampu mengubatnya?
Ingatkah sejurus dibebas dan tiba di negara luar terus dapat berjalan dengan baiknya?
Ingatkah kadar faedah yang paling tinggi pada 1998, sehingga nak beli kereta kena penjamin dan kadar faedah maksimum 10%?
Ingatkah siapa yang diberi sambutan karpet merah di Amerika yang kebiasaannya diberi kepada hanya ketua2 negara?
Ingatkah siapa yang ingin meminjam dengan IMF pada 1998 untuk menangani masalah matawang?
Ingatkah siapa yang kata nyawanya terancam dan bersembunyi di kedutaan asing baru2 ini, dan esoknya menghadirkan diri di khalayak ramai berjumlah lebih 10,000 orang?
Ingatlah, perkara di atas adalah sebahagian dari fakta yang telahpun berlaku, dan tidak mungkin di buat buat. Jadi, tepuk dada, tanya selera..

13 comments:

Juraimi Zainal said...

Ingatkah kita siapa yang memerintah negara sehingga anak2 yang kejatuhan moral, suka berhibur, zina, bangsa yg penghidap dadah paling ramai.

Ingatkah kita apakah terjadi lapuran bila biji mata lebam kena belasah - ingat tumbuk sendiri?

Ingatkah kita kes video lingam - kenapa slow jer nak handle berbangding isu liwat?

Ingatkah kita kes altantuya - sama gak slow jer proses mahkamah (ingat dunia memandang kita)

Ingatkah kita perlantikan MB Perlis dan Terengganu, double standard nampak?

Ingatkah kita pemimpin yg membawa duit cash ke Australia?

Ingatkah kita bagaimana tahap pengangkutan awam di Malaysia?

Ingatkah kedhaifan rakyat miskin diSabah...

Ingatkah? Ingatkah?...eeee byk sgt lah...

fhm said...

Yer laa
aku pun ingat gak..
sebelum pihanraya janji minyak tak naik
tapi tak sampai 2 bulan, terus naik harga minyak
apekejadahnya tak ingat..

fade0 said...

Letih aku dengar cerita karut korang..... Pemuda dah takda issue lain nak bincang ka? balik2 issue anwar. Cerita 100juta kali pun rakyat m'sia tak percaya tuduhan kelentong Najib nak ubahkan pandangan dari kes rosmah, Alantunya dan C4.

Dah bukak buku murid2 dan cerita pasal macam mana nak rangsangkan ekonomi semula ka, atau macam mana nak patahkan serangan oil speculators ka.

Tayadih Maysia said...

Tambah lagi satu saudara,mungkin persoalan ini dilupakan secara tak sengaja.

SIAPA YANG MATANYA LEBAM KENA BELASAH KETUA POLIS NEGARA?

umnolover said...

Sayang Umno. Jangan biar Umno hilang di dunia.

Mohd Nadzri Kamsin said...

Seminggu yang luarbiasa, memang luar biasa.

Perhimpunan Sejuta Rakyat tapi tak sampai sejuta pun yang berkumpul. Kononnya untuk melepaskan geram yang terpendam rakyat kepada kerajaan. Malangnya geram penyokong sendiri telah dilepaskan kepada artis bawah tanah jemputan sendiri.

Budaya kurang ajar dan liar patut dikekang.

http://nadzrikamsin.blogspot.com/

Hang-Jebat said...

Hamba berpendapat, hentikan segala artikel dan laporan di semua media utama dan alternatif berkenaan DS Anwar. Tanpa publisiti, sesiapapun tidak akan mengenal beliau. Mungkin itu cara yang difikirkan terbaik buat DS Najib untuk tidak membuat apa apa tuntutan mahkamah ke atas DS Anwar. Jika media terlalu melebihkan berita mengenai DS Anwar, seolah-olah beliau HERO sebenar Negara Malaysia. Media puSAKA Bangsa juga patut menyiarkan lebih banyak persoalan tentang UMNO dan MELAYU. Banyak yang perlu diperjuangkan untuk UMNO dan MELAYU. Jangan ikut rentak tarian DS Anwar. Biarkan beliau menari di jalanan. Pemuda UMNO ada misi dan visi yang tersendiri. Teruskan berjuang untuk Alif, Ba, Ta. Martabatkan semula perjuangan UMNO dan Bangsa MELAYU.
www.hang-jebat.blogspot.com

penjual rumpai laut said...

"Kami mengalu alukan sebarang pendapat, pandangan, cadangan, kritis dan maklumat mengenai Pemuda UMNO secara terbuka, terutama yang bersifat konstruktif kepada perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair."

kenapa pemuda sendiri yg memberi pandangan tak konstruktif?

hampir separuh dari pandangan pemuda tidak mencermin maksud sebenar blog ini....

pemuda kena ingat, rakyat tgh berapi dgn keadaan sekarang. masih nk bermain dgn api? silakan....

sujini said...

Pemuda UMNO,

Saya masih ingat lagi peristiwa tunjuk
perasaan penuntut-penuntut Universiti
pada tahun 1974.

Pada ketika itu salah seorang kawan
saya dan termasuk juga seorang
pensyarah adalah diantara yang
ramai yang telah ditangkap oleh polis
dan dimasukkan ke dalam lokap kerana
terlibat dalam tunjuk perasaan ini.
Malangnya bagi kawan saya ini dia hanya
seorang innocent bystander. Syukurlah
kawan saya ini dapat meneruskan kembali
pelajarannya selepas dikeluarkan dari
penjara.

Saya masih ingat lagi nama student
leader yang menjadi penggerak
kepada tunjuk perasaan tersebut.

Beberapa dekad berlalu manusia yang
sama ini dilepaskan dari penjara
(dipenjarakan kerana kesalahan yang
lain) dan menerima rawatan di Germany.

Selepas ini beliau pun mulakan
aktiviti-aktivitinya sehingga mengacau
ketenteraman awam.
Sepatutnya beliau ini diberi hukuman
penjara seumur hidup. Barulah tepat.

Kadang kala saya terfikir beliau ini
adalah Dajal.
Na'uzubilahimindhalik.

abdullah said...

Betul...
Anuar ni la sebenarnya "duri dalam daging"...

kembali la wahai umat Melayu, bersatulah...
Jangan biarkan Melayu hanya tinggal nama sahaja...
Jangan nanti anak cucu kita berkata suatu hari nanti..
"Apala atuk kita dulu buat sampai kita kena duk kat tgh lautan ni, dulu Malaysia tanah air kita, sekarang kita dah tak de semua tu...
May be, atuk kita dulu lapar "kuasa n duit" kot..."

Sama-sama la kita renungkan...
Sayangkan agama dan bangsa wahai sahabat-sahabatku semua...
Utamakan agama n bangsa dahulu..

Tai said...

Saudara Hang Jebat, tak boleh pulak kalau tak siar berita orang tua DSAI tu. ha, dia lagilah nak tunjuk herolah Hang jebat. Kalau tak siar, makin syioklah dia pengaruhi rakyat. Dia ni, licik hang jebat oi. jadi mau tak mau, kena siar jugak. kemudian, Umno pulak, kena jawab dan tangkis.

Cuba hang tengok beberapa reply kat sini, tu penyokong DSAI lah tu. Depa nilah yang kita semua kena bagi sedar.

Saya sokonglah. Ish ish, awatlah pak lah pi lepas orang tua ni kan? Buat leceh.

Anonymous said...

orang melayu ibarat pokok..
perlu disiram setiap hari
perlu dibaja setiap masa

kalau tak disiram dan dibaja
ia akan layu dan akan mati

melayu sama melayu bersengketa..
orang india dan cina ketawa berjenaka

Mohd Farid Bin Mohd Taufik said...

www.pmukmkl0708.blogspot.com