Thursday, June 26, 2008

PETRONAS atau apa di sebaliknya?

Kebelakangan ini, pembangkang dan di sambut oleh beberapa kerat pihak kerajaan melaungkan pasal PETRONAS. Isunya, dedah segala galanya. Telanjangkan PETRONAS. Aneh bila kita fikirkan akan tujuan sebenar suara2 tersebut. Mungkin mengalihkan perhatian terhadap kenaikan minyak? Kerajaan yang menetapkan harga minyak dan bukan PETRONAS.

Lebih dari 40% pendapatan negara datangnya dari PETRONAS sejak berpuluh tahun lalu. Malaysia membangun hasil dari sumbangan tersebut. Sekiranya kita tiada PETRONAS, sudah tentu negara kita tidak akan berada seperti hari ini. Negara kita akan bangkrap, lama dulu.

Niat mereka jahat. Niat mereka untuk menggunakan isu PETRONAS untuk menyalahkan kerajaan. Supaya rakyat menuduh PETRONAS digunakan oleh kerajaan untuk tujuan rasuah dan kekayaan pihak tertentu sahaja.

Rakyat tidak semua akauntan, tidak semua berpendidikan tinggi, tidak semua tinggal di bandar2 besar dan tidak ramai memahami dunia perniagaan petroleum antarabangsa. PETRONAS adalah syarikat ke 250 di dalam dunia, yang terbesar. Majoriti rakyat tidak memahami industri minyak dunia pun. Oleh itu, kita jangan berharap yang rakyat akan sedar apa yang patut di dedahkan.

Akhirnya kerajaan akan menanggung persepsi yang ditimbulkan oleh isu ini. Kerajaan akan dianggap zalim menindas dan boros serta macam2 lagi. Akhirnya PETRONAS akan di rombak, akan kucar kacirlah pentadbirannya. Akan ada perubahan pucuk pimpinan PETRONAS, itu kah agendanya?

PETRONAS akan menjadi isu yang besar. PETRONAS akan menjadi isu utama di dalam pilihanraya2 kecil yang akan datang ini, terutama Sanglang dan tempat Anuar Ibrahim akan bertanding kelak.

Pemuda percaya ada agenda yang lebih besar di sebalik isu meminta keterbukaan PETRONAS. PETRONAS berada di sekitar no 250 dari 500 syarikat terbesar dunia. PETRONAS bersaing secara langsung dengan gergasi minyak lain seperti BP, SHELL, ESSO, TOTAL dsbnya. PETRONAS beroperasi di lebih 36 negara lain. PETRONAS adalah syarikat negara Islam. 70% simpanan minyak dunia berada di negara2 Islam. Siapa yang untung di dalam persaingan ini sekiranya PETRONAS bergolak?

Dengan harga minyak melambung tinggi tanpa henti, dan lemahnya PETRONAS, ia tidak mampu lagi bersaing di peringkat antarabangsa. Itulah yang dikehendaki oleh mereka. Pemuda berharap kerajaan lebih berwaspada di dalam menangani kehendak segelitir yang mahu PETRONAS ditelanjangkan. Ini bukan isu rakyat. Jangan dibuka pekong di dada. Tepuk dada, tanya selera..


16 comments:

noris helmi nordin said...

Memang benar rakyat bukan akuntan, dan tidak semua faham dunia perniagaan petroleum yang kompleks ini. Sahaja ingin berkongsi pandangan rakan-rakan berkenaan pemahaman isu subsidi.Kalau PEMUDA benar-benar ingin membantu rakyat faham asas-asasnya, buat kajian dan jelaskan asasnya satu persatu agar rakyat akhirnya faham kedudukan Petronas yang murni ini. Jangan jadi PEMUDA yang ingin memporak perandakan sistem jalinan kerjasama Petronas dan Kerajaan yang unik ini.KJ punya pasal, skrg attention tak pasal2 kat petronas.. what is he trying to do?



1. Malaysia kan import minyak petrol and diesel untuk kegunaan tempatan.



2. Imported minyak is bought at the high global price.



3. Based on the high global price, we should sell petrol at RM3 something per litre.



4. But because the government wants the petrol stations to sell at a lower price, the government has to subsidise the petrol retailers such as Shell, Esso and Petronas Dagangan so that petrol is sold at lower price than market.. the subsidy is to compensate the petrol retailers because they bought the oil at high price. Siapa nak jual kalau rugi, and benda ni essential so tidak boleh tidak, kena jugak beli, so kena la tanggung the difference in the price so that rakyat will pay harga yg lebih murah..



5. Duit PETRONAS yg dibayar dlm bentuk cukai dan dividen kepada kerajaan, itu terpulang kpd kerajaan bagaimana nak memanfaatkannya. Yg Rakyat tak paham, kenapa kita import minyak sedangkan kita pengeluar minyak..



6. Walaupun kita ada minyak, our oil tak sesuai utk petrol (bila diproses).. it’s got better quality and is better for industries and as jet fuel.. so we sell more than use domestically. So we import oil to meet our domestic demand – and that’s why we’re exposed to the global mkt price. Not all oil produced in Malaysia is PETRONAS punya…tu pasal Shell pun ada share sbb dia production contractor, dia ambik certain percentage, some percentage PETRONAS Carigali S/B punya (because they too explore kat situ sama2) and the rest goes to the State/Govt. Jadi bila supply tak cukup, terpaksa import, we hv to pay market prices lah..



7. Rakyat pulak nak suruh semua jual kat malaysia – as it is pun, tak cukup sbb kalau Petronas jual semua kat malaysia pun, we cannot dictate what Shell/Esso do with their oil..so still kena import jugak..



8. Kalau Petronas tak untung byk, rakyat juga rugi sbb kurang dividen/cukai dibayar to kerajaan.. org ramai tak paham the mechanics of it all..



Hope this helps to make the understanding clear.

Conspiracy Theorist said...

Bros,

Ini agenda untuk mmbolehkan KJ & d Gangs mengambil alih tapok dri TS Nana Hassan.. dey have been trying to oust TS Nana since Tun M step down..in 2004 depa dah cuba tapi tak jadi disebabkan implikasi dari undang2 tidak akan memihak pada depa..so now dey tried again using d rise of fuel as excuse.. politik PLah & d Gang ni paling kotoq dlm sejarah dunia yg hanya mungkin dilakukan oleh omputeh..heheh..apo nak di kato..(",)

SAY NO TO NWO!!

People with virtue must speak out; People who speak are not all virtuous.
~ Confucius

There are three truths: my truth, your truth, and the truth.
~ Chinese proverb

Sedingin Salju said...

Kita berharap pihak kerajaan dapat memberikan penerangan yang cukup pada rakyat tentang Petronas supaya rakyat tidak ditipu oleh pembangkang yang berniat jahat.

Juraimi Zainal said...

Hello Bro,

Salah ker orang bertanya dimanakah wang petronas itu dibelanjakan, kan wang petronas itu wang rakyat.. Apakah breakdown/detail yg telah diagihkan? Orang bukan bodoh lagi sekarang...

Orang nak tau berapakah yg telah dibelanjakan utk membangun Putra Jaya, KLCC, F1, Dewan Philharmonik subsidi etc... ITU PUN TAKUT NAK JAWAP? Perkara2 yang membazir mmglah patut ditegur... PELIK BETUL LAH..

faheem said...

Kita perlu kena faham, dalam kebanyakan rakyat sekarang tidak menyalahkan Petronas, malah mengakui Petronas telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sekali.

Cuma perkara itu iaitu mengenai keuntungan Petronas yang diberikan kepada kerajaan yang menjadi persoalan. Saya masih ingat, di zaman Tun Dr Mahathir, isu sebegini jarang diperbesarkan. rungutannya kecil berbanding sekarang.

Yang menjadi persoalan adalah bagaimana duit itu digunakan Oleh pemimpin sekarang di mana kuasanya di tangan Pak Lah. Lemahnya pentadbiran Pak Lah maka ianya terhurai seperti keadaan sekarang.

Dalam hal ini, saya melihat Petronas menjalankan langkah yang baik dgn pelaburan luar neagra yg menguntungkan. Sepatutnya kejayaan dan keuntungan Petronas yang diberikan kepada kerajaan digunakan sebaik mungkin dan bukan pembaziran.

Contoh terbaik seperti kata Tun Dr Mahathir, sekiranya rel berkembar diteruskan seperti dlm rancangan dan yang diputuskan dulu, masalah pembaziran tak berlaku...

Tapi Pak Lah bijak terus mansuhkan dulu dan kini nilai untuk membuat rel itu semakin meningkat ekoran kenaikan harga semua barangan. Kos semakin meningkat dan kerugian disebabkan memansuhkannya juga terlalu besar. Tu la jadinya bila tak tahu buat keputusan. Wang Petronas yang diberikan HANGUS macam itu ajer

nadzri said...

Kita perlu ingat bahawa Petronas adalah entiti bisnes. Bukan badan kebajikan. Kita patut bersyukur dengan keuntungan Petronas setiap tahun yang semakin bertambah, perniagaan Petronas juga bertambah.

Sumbangan Petronas terlalu banyak. Ada orang berpendapat, disebabkan kita adalah pengeluar minyak, letak sesiapa sahaja termasuk budak belasan tahun Petronas akan tetap untung. Pendapat ini silap. Indsutri minyak bukan semudah yang disangka. Jika tidak diurus dengan baik dan bijak, syarikat boleh ketinggalan dan menjadi tidak kompetitif berbanding syarikat minyak lain.

Pertamina, syarikat minyak nasional Indonesia dahulunya adalah lebih ke hadapan berbanding Petronas yang baru mula merangkak sekitar sekitar dekad 70an. Tetapi sekarang, mereka pula yang banyak belajar dari Petronas.

Secawan Kopi said...

Ketuk Dahi, Rasa Sendiri

View my komen here:
http://1coffeecup.blogspot.com/

Nostradamus said...

Nostradamus Quatrains on Malaysie

In the year of the great games started by the greeks
Hosted by the nation of heavenly emperors of times before
In a land called Malaysie
Great turbulence and strife engulf

A land where a Genghis Khan’s Descendant was shred to bits
Blown by the winds to the heavenly clouds
Where the accused are finally crowned
Amid great trepidation and acrimony

Then arose among men of honor
A man of the faith of Mohammedans
Kings and Rulers let him reign
And a new nation was born

Great leaders bring forth divination and revelations
A land of many tribes divided was thus united
The color of men was blurred and lost
By great competition to give their best

Herein lies the destiny of men
Who showed the meaning of democracy and humanity
Religions and languages flourishes as times before
A land as peaceful as Shangri La

Malaysie, a stopping point of travelers must see
Back to the days of great Sultans and Rajas
Nations and men afar come to seek their wealth
Knowledge, trade and life flourishes as before




From: Patek1472.wordpress.com

jamaludin said...

Ini kerja KJ bahlul dan tamak le tu......orang2 UMNO patut dah tau dah.......

Team Pemuda UMNO said...

Kita perlu mendengar suara akar umbi. Tidak kisahlah samada di bandar ataupun di luar bandar. Berikan mereka penjelasan dan penelitian. Kalau tidak anda boleh fikir apa yang akan jadi ;-)

Maverick said...

Kepada SakaBangsa,

Saya berpendapat bahawa blog ini diujudkan bertujuan untuk membela bangsa. Saya setuju dengan SakaBangsa kerana berusaha untuk mengetengahkan isu-isu yang sedang membelengu negara pada masa ini. Saya ingin mencadangkan sekiranya SakaBangsa dapat mengetengahkan isu-isu dalaman parti supaya ahli yg datang ke blog ini dapat mengetahui serba sedikit apa yg berlaku dalam parti.

Proses Pemulihan Parti

Pada saya, proses pemulihan ini kena dilaksanakan dari luar dan dalaman parti. Kita kenalah melihat dalam segala aspek dan melihat dengan teliti serta memcari cara penyelesaian yang tepat mengikut permasalahan yang dihadapi ketika ini. Dalam mencari permasalahan ini, kita juga kenalah telus. Sekiranya sesuatu perkara yg silap itu telah dikenalpasti, kita kenalah berhadapan dengan masalah itu dengan apa cara sekalipun. Sebagai contoh, pada pengamatan saya di akar umbi mengatakan bahawa kepimpinan DSAAB sekarang ini menampakkan kelemahan UMNO dan berkemungkinan akan menjatuhkan UMNO. Kita kena menerima fakta ini dan meneliti perkara secara mikro dan membuat keputusan bagaimana mahu menyelesaikan perkara ini. Kalau dilihat, saya yg berkelulusan rendah ini mungkin hanya dapat memberikan 1 atau dua cara sahaja. Cara pertama, sekiranya perkara ini setelah diteliti sememangnya benar, caranya adalah meminta DSAAB untuk berundur dan menggantikan dengan seorang yg lebih berkaliber untuk menjalankan tugas ini. Cara yg lain pula, DSAAB sendiri mengatakan bahawa beliau mahu memulihkan keadaan negara yg tengah berkecamuk sekarang ini dan meminta agar diberikan masa dan peluang untuk melaksanakannya. Baiklah... kita boleh beri masa dan peluang itu dengan cara beliau kenalah melihat aspek2 masalah itu dengan lebih luas dan jangan malu untuk mengambil pendapat orang ramai dalam mencari jalan penyelesaian. Kita contohi Tun Dr. Mahathir semasa menjadi PM dahulu. Semasa kemelesetan matawang dunia pada tahun 1996-1998 dahulu, Tun telah mengambil beberapa orang untuk membantunya mencari jalan keluar daripada masalah tersebut dan salah satu daripadanya ialah Daim. Kenapa beliau berbuat demikian, itu luar pengetahuan saya. Namun, saya melihat keadaan itu dalam situasi yg mudah. Tun mehu agar perkara itu diselesaikan secepat yg mungkin dan bak kata pepatah omputeh "two head is better then one".. Kita tahu bahawa Tun merupakan seorang yg bijak dan tahu menjalankan tugas beliau. Tapi dalam berhadapan dengan krisis matawang, beliau meminta orang yg lebih arif agar membantunya dalam hal tersebut. DSAAB juga boleh mencari orany yg bijak dan pandai agar membantunya menentukan mekanisma yg sesuai bagi menangkis segala masalah yg dihadapi sekarang dan jangan hanya mengharap orang yg sedia ada sahaja kerana mungkin ada lagi yg lebih arif tentang hal ini di luar sana.

Ancaman Kepada Negara dan Parti

Dalam hal ini juga kita kena membuka minda dan melihat dengan lebih jelas, teliti dan terang serta sentiasa berwaspada pada bila2 masa. Ancaman pada zaman ini, seperti semua orang tahu, boleh datang dalam pelbagai bentuk samada fizikal, mental ataupun sembunyi. Bentuk fizikal merupakan cara yg terakhir sekali digunakan iaitu dengan kekerasan. Tetapi cara mental dan sembunyi ini amat mudah dilakukan. Perang mental ini boleh dilakukan dengan cara paling mudah dan menggunakan sumber yg sedia ada sperti media massa, internet, televisyen, dll. Perang mental ini adalah untuk mengubah haluan pemikiran seseorang itu secara halus. Mngubah dari segi perilaku, budaya, pemikiran dan macam-macam lagi. Sekiranya berjaya, amat mudah bagi anasir2 luar mahupun dalam ini menakluki tempat kita tanpa kita sedari. Cara sembunyi ini seumpama cara batu api atau melaga-lagakan masyarakat. Kalau dilihat kebelakangan ini, pertelingkahan antara kaum semakin menjadi2 dan kalau tidak di tangani akan membawa kepada perpecahan. Api tidak akan hidup kalau tiada percikan. Dalam pemuda bukankah ada peperangan saraf. Serupa juga dengan hal ini tetapi skalanya melibatkan seluruh negara dan semua lapisan masyarakat. Mustahil perkara ini akan berlaku tanpa ada agen2 yg menjalankan tugas agar negara kita menjadi lemah darisegi kekuatan dalam pakatan masyarakat. Jangan dilihat hanya orang dalaman sahaja boleh melakukan perkara ini, harus diingat bahawa Malaysia telah merdeka selama 50 tahun dan selama itu juga Malaysia telah dikaji struktur pertahanan, ekonomi, pentadbiran, masyarakat dan sentimen kita oleh pihak luar dalam mencari stretegi untuk melemahkan sesuatu negara. Saya bukan mahu menunding jari, tapi saya merasakan bahawa perkara seperti ini harus dilihat dan dipertimbangkan untuk mempersiapkan diri sekiranya perkara ini berkemungkinan berlaku.

Perpaduan masyarakat

Hal ini hendaklah dilakukan berterusan dan harus dipertahankan setiap masa dan mencari jalan untuk mempertahankannya. Perpaduan kaum terutamanya Pribumi adalah penting kerana perpaduan merupakan tunggak sesebuah negara untuk menjadi lebih kukuh dan menutup cara anasir2 luar dan dalam untuk menghancurkan negara ini. Pemupukan semangat kenegaraan hendaklah diterapkan disetiap peringkat masyarakat tidak mengira umur, bangsa dan agama seseorang itu. Dalam hal ini juga sekali gus dapat mempertahan kedaulatan Raja2 negara ini dan memperkuatkan kedudukan Tuanku.

Sekiranya cadangan saya ini dapat membantu SakaBangsa dalam memperjuangkan AGAMA, BANGSA dan NEGARA... saya amat berbesar ati dan akan membantu dengan sedaya saya dalam memperjuangkan AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

abe MIE said...

salam...

kalau ikut akal pendek orang kita, semua duit petronas kita kena habiskan setiap tahun dan belanjakan kepada minyak. kita tidak fikir pasal anak kita dan cucu kita.

semakin hari kita diuji, kita dah lupa diri. kita menjadi seorang yang mudah sakit. kita mahu dibelai dan sayangi macam budak kecil. petronas perlu menurut mereka ini kalau tidak PM akan kena ganti.

Kalau dulu petronas adalah petronas, kini petronas macam harta pusaka mak bapak kita semua. pasalnya harga minyak melabung. semua orang mengalami kesusahan. tapi jangan libatkan petronas. mereka berniaga dan untung disalurkan kepada kita bukannya KITA TERUS MAHUKAN MODAL UNTUNG. LEPAS INI PETRONAS LINGKUP atau dijual kepada orang asing.

pkrpasdap.blogspot.com

Akar umbi UMNO Damansara Utama said...

Salam

TERKINI:

1. Laporan polis dibuat oleh ahli PKR yang mendakwa disodomi DSAI.

2. Anwar kata ini semua konspirasi

3. Rakyat nak percaya siapa?

4. Dalam keadaan rakyat anti-Pak Lah, siapakah akan untung dengan dakwaan ini? Sudah tentu bukan UMNO.

Kalau Sekali Mungkin Konspirasi
http://umnodu.blogspot.com

kiraziku said...

kito ore kapung toksir dah ko umno...sebak kuat make pitih rakyat.....kalu sengoti nak belo melayu....kenapo gas di daratkan di thailand buke kelate...dato sazmi .....belolah ore kelate buke kerana politik kepartian membabi buta.....

DiNO-JPB said...

Aku tak faham dan tak mau faham keadaan sekarang...rasa macam tekanan hidup dah mula aku rasai...Apa akan jadi dimasa akan datang aku pun rasa takut...la ne beli barang keperluan RM400...dah tak nampak apa...Barang makin naik kerajaan tak buat apa..bila ditanya dia kata kita akan pantau...patau kejadah apa? sampai la ne tak buat apa...Tambang bas sekolah dah naik RM10-RM15. Hari itu kerajaan kata kalau ada pengusaha bas naik tambang suruh buat report..Aku tengok orang la ne dah malas nak report bukan apa report pun kan dia orang nak ambil tindakkan. Bila tanya pengusaha bas kenapa naik tambang? mereka kata minyak naik .kata balik kat dia kan kerajaaan bagi subsidi minyak? Hampa tau apa yang meraka jawap..."kata ada subsidi tahun lepas clim pun tak dapat hingga hari ini...ini lah dasar yang kita rasa BAGUS OLEH PAK LAH ia itu dasar langit terbuka yang bermaksud " HAMPA BUAT LAH SESUKA HATI APA YANG HAMPA NAK BUAT" aku nak tidoq dulu........

mdzza said...

Isu ini diketuai oleh Anwar dan dimeriahkan lagi oleh Khairy Jamaludin ( orang yang paling pandai dalam Pemuda )!!!