Pada kemuncak REFORMASI pada 1999, saya ada menyimpan wang kertas RM50 di dalam dompet saya bertujuan untuk menampar Ezam Md. Nor sekiranya saya terserempak dengan beliau. Ini adalah kerana sekiranya saya ditangkap, kompaun yang perlu saya bayar hanyalah RM50 sahaja. Rakan saya menyimpan sebanyak RM50 lagi untuk menampar sebelah pipi lagi.
Antara masa itu sehingga sekarang, Ezam pernah menghina UMNO seolah olah parti nasionalis ini amat bangsat martabatnya, tatkala negara berhempas pulas mengharungi cabaran krisis ekonomi yang begitu mencabar dengan matawang yang jatuh, indeks saham KLCI diparas bawah 300 mata dan ratusan syarikat muflis kerana situasi ini. Dalam masa yang sama, sistem perbankan dan pasaran modal perlu dipertahankan agar tidak runtuh dan meranapkan ekonomi, yang sedang menyaksikan berpuluh billion RM hutang berada dalam klassifikasi hutang lapuk.
Dimana Ezam ketika itu? Menjelajah dunia untuk memburukan Malaysia!
Tanyalah rata rata Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan bagaimana Ezam di'parachut'kan kedalam tengah tengah arus perdana politik Bahagian hanya kerana dia menantu Dato' Ghazi, Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Utara ketika itu yang sememangnya rapat dengan Anwar Ibrahim. Modus operandi Ezam mengekang kuasa dalam Bahagian dimana ahlinya terdiri dari golongan yang ditafsirkan sebagai urban marginally depressed, dikatakan memancing sokongan untuk mengekalkan kuasa melalui Perwakilan Cawangan dengan imbuhan jangka serdehana secara konsisten dan lumayan. Bukan asing lagi bahawa Ezam merupakan Pegawai Khas dan kemudian menjadi Setiausaha Politik Anwar Ibrahim pertengahan 1990an.
Bukankah Anwar Ibrahim diketahui umum sebagai bapa segala gejala rasuah-politik dalam UMNO, bermula dengan 'Team Wawasan' mengulingkan Timbalan Presiden En. Abdul Ghafar Baba, Naib Presiden Dato' Seri Sanusi Junid dan Dato' Abdullah Ahmad Badawi dengan senjata paling berkesan iaitu RM (dengan banyak!), pada pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 1993?
Apabila tersebar secara meluas berkenaan isu Ezam kembali ke dalam UMNO baru baru ini, mau tidak mau Pemuda UMNO dibabitkan bersama di dalam kancah menentukan kemasukan tersebut.
Dato Seri Hishamuddin Hussein (DSHH), secara langsung di tanya akan pendapat beliau berkenaan isu kemasukan semula Ezam. Beliau memberi jawapan bahawa 3 persoalan perlu dijawab terlebih dahulu sebelum membuat apa apa pendirian.
Pertama, apakah keuntungan kepada parti, kedua apakah Ezam ikhlas dan ketiga apakah peranan yang akan dimainkan?
Setelah majlis penyerahan borang UMNO diadakan bersama dengan presiden parti baru baru ini dan liputan meluas media perdana, DSHH ditanya berkenaan dengan isu tersebut.
Persoalan sekarang, bagaimana Pemuda UMNO akan berhadapan dengan mereka yang begitu setia mempertahankan Perjuangan selama sepuluh tahun ini dari penderhaka seperti Ezam kini orang yang berusaha keras menjahanamkan UMNO itu dibawa kembali kedalam parti dengan layanan permaidani merah?
Exco Pemuda UMNO
42 comments:
Dear Dato Sazmi,
Sudahkah 3 soalan DSHH dijawab atau Ezam masih mengarang jawapannya itu? Anyway Kudos to you for this brave revealation eventhough you know the implication that will hit u after this. Watch your back and be brave brother. Kalau benar ikhlas dlm perjuangan, kumpulan 3(mengikut kategori chedet.com)akan memberi sokongan kami.Once again, be on standby mode, i can see the bullet coming.
tu la dia,
kita pon dah nampak macham mana ezam boleh terbuka hatinya masok balek ke dalam UMNO.. org mesti tertanya-tanya kan keadaan nie?
ada muslihat ke nie?
Presiden parti terima dengan hati terbukak tanpa perlu memikirkan apa sebab dia masuk balek?
apa ko nak tunggu lagi?, pi ar tampor ezam tu. korang dah 'sekapal' sure kerap jumpa karang.
Tahniah Pemuda kerana mengambil iktibar dalam melayari dunia maya ... biar lewat asal tak mudharat.
Saya setuju benar dengan pandangan saudara tentang kaitan DSAI berkenaan gejala rasuah tapi ada lagi perkara yang lebih mudharat iaitu penipuan.
Cuba kaji sejarah dimana penjenayah yang paling ganas di USA bermaharajalela dalam semua jenayah tapi akhirnya ditangkap dalam kes penipuan cukai.
Pada pandangan saya, Kerajaan BN hari ini gagal kerana tidak berjaya dalam menentukan dan menyelesaikan masaalah yang sebenar dan ini mencetuskan berbagai bagai konflik dan kerana kurang arif dalam membuat keputusan yang betul mengakibatkan masalah yang lebih rumit, konflik yang lebih besar, keputusan yang terus menerus salah dan seterusnya menjuruskan “a vicious negative cycle of self destruction” saperti apa akan berlaku dalam BN dan kelak UMNO.
Sebelum kita cuba menyelesaikan masaalah , cuba kita selesaikan masalah di bawah. Saya juga mempunyai banyak lagi bahan bukti untuk menguatkan kes PENIPUAN di bawah.
Jannar,
Let's all take a step back and breathe... There is a very strong reason why the sentiments are such on the forum, or as u mentioned, among the old timers at MAS. You are new with the company I assume and thus it is normal for you to get swept up by the emotional furore and ideals you might have formed in your head prior to joining this airline.
I have been observing MAS ever since I could remember. I have also recalled the low and high points in the airline's history and sad to say, the low points tend to tip the scales. I might have only recently joined MW but I have been working in the aviation industry for a while now, having the privilege to observe the developments over the years and to see how much MAS has changed (or not).
The government has for far too long buffered MH from any real damage and thus the workers tend to be a little malas over time. Threats after threats of shut down and such never really came to fruition. MAS has time and time again cried foul leading to protectionistic measures being taken at KUL to protect the "flag carrier". How is one supposed to thrive under such environment? Spare the rod, spoil the the child.
Yes the cabin crew is multi-awarded. But what next?
The BTP has so far included pockets of profits from different parts of the airline. I mean... hooray, I applaud for turning these departments around. But in the grand scheme of things, there is a serious need to indoctrinate the mindsets of the grassroot levels in MAS. The "malas " mentality has to be thrown out of the door and it is really a case of shape up or ship out. Maybe I might not fully understand the psyche that drives MAS but I have worked very closely with MAS Kargo and if they are anything to go by, CHRIST I am surprised the airline is still standing.
There are many comparisons with SQ (inevitable) because they share the same history. If similar methods of SQ meritocracy was applied from the start, then maybe MAS wouldn't be in the s#1t hole she is in today. My heart goes out to MAS because I used to be a frequent flier with this airline and I have tme and time again met very hardworking cabin crew we have without fail, showed me that they appreciated my support, even more so that I am a Singaporean.
But I felt their hardwork went down the drain when I dealt with the business aspect of MAS. Tidak apa attitude still reigned supreme and the lack of urgency to get things done annoyed the hell out of me when I was dealing with the airline. This is an attitude that will take a lot to get out of because it is so deeply engrained into the mindset of MAS it is not even funny.
Stories abound when I was working for the airline about how the Malaysian Country Manager for SQ was hauled to KUL from Penang just to explain why was SQ marketing their flights to London in Malaysia. Why is there a need for tactics like these? Ever heard of competition?
Another case... Remember the good old days when SQ flew to KUC and BKI? There was a cap on the amount of Malaysians SQ could carry out of these two airports. WHY? Protectionism, that is why. They should abolish discrimination, race and quota and only hire those base on capability regardless of race,
If you know you are not strong on your own fort, you will definitely resort to measures like these to protect your turf and from the business community's point of view, it comes off as very silly and childish. It certainly doesn't bode well for the reputation of MAS as a whole.
So now, back to your input about the optimistic BTP. Yes we are happy that MAS has a plan. They always had a plan. But time and time again they failed to have the momentum to carry it through. Maybe this time it is different? Than again, maybe not. Not enough stamina? Too malas (again)? Who knows? But we remain CAUTIOUSLY OPTIMISTIC about the BTP. Many feel that the gains are very short term and I tend to agree.
IJ's tenure will end this Nov. While his reign at the airline had "profits" as the main objective, which he had achieved, one starts to wonder what was the cost? As far as IJ is concerned, he had alrerady achieved his goal. As for the next guard taking over, they have an uphill task of restoring a brand that has been eroded and tattered. A brand getting so diluted it also means starting from the scratch to garner your support from the business and corporate community that really pays top dollar to fly you whether PCL, JCL or YCL.
Now that MAS has admitted they cannot compete with the biggies (SQ, TG, EK) anymore, what does this mean for the corporate accounts? Would companies want to be associated with an airline that is leisure oriented? What would this mean for their reputation?
So how? I know you might feel we are raining on your parade. You might feel shitty about it for us shattering your notions. But this is the reality of business. To say that MAS should collapse and start from ground zero might be a little harsh, but it could be an idea worth entertaining because the airline has to be run by a private entity, not by a government body. It should be a business, not a white elephant that sucks the taxpayers dry. It should be a company that welcomes competition, not one that cries foul everytime when faced with a challenge like a spoilt brat.
They have tried flying the wings of gold, and also attempted to go beyond expectations. Now let's see what will malaysian hospitality do to save the airline from the doldrums.
Source: http://forum.flydamnit.com/index.php?topic=1424.msg36812
Baru nampak sikit taring harimau malaya! Keep it up!
Ezam tu orang yang kecewa.Orang yang kecewa biasa nya opportunist dan pendendam.Dia bukan malaikat.Selagi dia makan nasi jangan terpedaya.Jangan tertipu dengan kelembutan allah.Jangan bawa duri dalam daging menggantikan yang sudah keluar.Apa dia sorang saja yang boleh naikan umno.Apakah pemimpin umno yang ada sekarang bodoh sehingga memerlukan bantuan dari ezam.Sungguh memmalukan.
Eloklah Ezam masuk UMNO....
ape ni En. Sazmi. Kenapa nak kutuk2 Ezam pulak? Macam mana pulak dengan Zahid Hamidi,Roslan Kassim dan yg lain2 lagi.Bukan ke dulu mereka pon sama memperjuangkan reformasi? Tp zahid hamidi skang dan jadi menteri kat JPM pon. Kenapa tak dipersoalkan keihkhlasan diorang tu? Jawab jangan tak jawab.
Salam Dato.
tahniah di atas kewujudan sakabangsa.harap dapat di kekalkan kerana ia dapat menjadi saluran secara terus akar umbi dgn pergerakan pemuda umno.saya setuju dgn artikel yg dto tulis tentang ezam.susah payah kita pertahankan umno di zaman reformasi senang2 pula pimimpin atas kita nak menerima beliau.terutama pemimpin yang yes men.mcm dato kata di pj tempoh hari ramai lagi singa di dalam pergerakan pemuda,apa kata dato minta dorg buat artikel n siarkan dlm sakabangsa.kami ingin juga mendengar suara mereka.hanya dato,dato mukhriz n bro kk je yg beranio ke dpn.mcm bro kk dah pun ada blog sendiri.satu usaha yg bagus.tp dimana azizul,harison,ikhsan dan mereka yg lain.beranilah untuk suarakan kebenaran.lg satu ketua penerangan pemuda dim je.
salam suaraperubahan
Dato',
Luahan Dato'merupakan perkara yang sama bermain ditiap2 bibir kebanyakan ahli UMNO! Jadi Dato' tidak berkeseorangan dalam isu ini. Rata2 rakyat mengangkat kening apabila Presiden Umno sendiri menerima kemasukan Ezam. Saya di fahamkan Pak Lah telah mendahului keputusan JK Pengurusan UMNO yang di pengrusi olih YAB DS Najib. Persoalannya, adakah perkara ini dibincang terlebih dahulu dimana2 peringkat MT UMNO?
Pak Lah berkelakuan seperti orang yang lemas, cuba berpaut kepada apa jua yang bergerak dihadapannya. Saya amat percaya dalam keadaan Pak Lah mengalami kemeruduman pengaruh dikalangan bukan sahaja UMNO bahkan orang melayu amnya, ada orang UMNO yang cuba mengambil kesempatan menesihati Pak Lah untuk menerima Ezam,bagi membantunya untuk memenuhi agenda peribadi.
'Food for thought' untuk Pemuda Umno, kemasukan Ezam mempunyai banyak implikasi kepada keutuhan Umno. Jika 'dipaksa'menyertai PPUmno, ia akan membawa kepada perpecahan kepada pergerakan tersebut. Keduanya, berkemungkinan besar ini merupakan usaha taktikal untuk memudahkan kemasukan DSAI kedalam Umno dalam keadaan UMNO terumbang -ambing degan kemelut keyakinan terhadap pucuk pimpinan.Adakah 'perselisihan' Ezam dengan PKR sebagi sebuah drama sahaja untuk meyakinkan orang spt Pak Lah?Bagi saya kemasukan Ezam akan menggamit risiko yang tinggi kepada UMNO.
Olih itu berhati2 dan saya amat bersetuju dengan rintihan Dato'!!!
Sememangnya saya amat bersetuju dengan pandangan ini.
http://suaragenerasimuda.blogspot.com
penderhaka akan selamanya akan menderhaka dan akan tetap menderhaka, dan penderhaka sepatutnya tidak ditatang kembalinya umpama pejuang...layanan khas kemasukannya semula amat mendukacitakan kami penentang reformist2 bangsat selepas Nuar dipecat...menerima sipenderhaka bermakna kepimpinan Umno sekarang tidak menghargai sokongan padu kami semasa zaman krisis - paklah u step down and pass to najib now!!!
pandangan yang bernas dan berani!
Bravo, berani kerana benar. Satu persoalan yang sangat menarik untuk direnungi bersama; bagaimana Pemuda UMNO akan berhadapan dengan mereka yang begitu setia mempertahankan perjuangan berbanding dengan ezam yang di bawa kembali dengan layanan permaidani merah? Saya masih menunggu untuk melihat Ezam mendedahkan 5 kotak yang kononya penuh dengan dokumen yang boleh mendedahkan korupsi pemimpin2 umno. Kalau benar dia ikhlas.
Dato' Sazmi,
Betul juga kata amientech, orang lama Anwar dalam kerajaan Dato' Zahid Hamidi, kenapa dia tak bantu dengan mengulas kesilapannya masa lalu agar jangan jadi ikutan Pemuda? Panggil dia contribute.
Kalau boleh ex-PKR yang pernah merosakkan negara dan parti ni yang nak masuk balik, perlu dilihat oleh semua ahli parti UMNO yang setia dalam keadaan'begging on their knees' meminta maaf kepada semua ahli seikhlas-ikhlasnya atas kesilapan lampau.Sebelum membuat ulasan reform dan sebagainya. Itu yang penting. Begitu juga ahli-ahli Pemuda yang dah buat silap, mohon maaf kepada institusi secara terbuka, barulah lega rasa di dada.
Sesi menta maaf yang kedua ialah sewaktu perhimpunan agung nanti panggil ex-UMNO dari PKR dan lain-lain parti siasah yang dah lulus kemasukan semula mereka dan adakan sesi angkat sumpah dan akujanji serta memohon maaf dalam dewan demi perti tercinta kalau mereka ikhlas.Bukan untuk memalukan mereka, sekadar menjadi ingatan kepada kita semua, bahawa segala peluang untuk kembali ke pangkal jalan itu terbuka dan wujud sekiranya wadah perjuangan bangsa yang asal hendak dikembalikan.
Saudaraku Sazmi...
Sejak bila saudara memiliki keberanian seumpama ini??? bukankah selama ini saudara adalah diibaratkan anjing yang setia kepada tuannya??
Adakah kerana UMNO hampir karam keberanian engkau telah melenyapkan rasa taat engkau kepada pucuk pimpinan???
Janganlah berhasad dengki, kau berpolitik..orang juga berpolitik... tak perlulah berpendirian demikian hanya untuk menunjukkan keberanian...
Terimalah Ezam seperti adanya dan berlumba-lumba membodek, mengampu dan memuji seribu macam pujian demi kontrak, projek dan juga laba yang akan diberikan????
Dah muakkah engkau dengan duit itu?? Tak perlulah kamu menampar kaum yang sejenis dengan hormatlah dia kerana KAMU SEMUA DALAM SPESISIS DAN BAKA YANG SAMA PENCACAI DAN PENGAMPU KUASA????
Bagus lah org yg kecewa macam EZAM tue masuk semula kedalam parti DULU, KINI SELAMANYA HINGGA MAMPUS nie. Nak cerita bab rasuah pun, cuba kau sebutkan mana pemimpin2 UMNO yg ikhlas dengan perjuangan, semuanya berjuang untuk penuhkan temolok ajer.
kepada saudara admin sakabangsa dan blogger sekalian
mari kita ulas semula agenda asal penubuhan blog ini
sedar bahawa media memainkan peranan amat besar untuk mempengaruhi cara rakyat berfikir dan pendekatan baru ialah berinteraksi secara positif (positive engagement) dengan semua melalui media.
saudara sazmi
pertamanya saya ingin menyatakan bahawa pendirian saya adalah non-partisan dan hanya bercakap sbg warganegara sivil malaysia.saya sedar akan risiko utk mengkritik kerna saya masih lagi terikat dgn AUKU.
renungkanlah semula matlamat asal blog ini.KJ dan AAB pernah berkata anwar tidak relevan.apakah mengutuk individu yang dianggap tidak relevan merupakan suatu bentuk positive engagement?jikalau benar bahawa pernah menggunakan RM(dengan banyak) pada tahun 1993 mengapa tidak ditangkap shj anwar bawah CBT?jika iya pun,tuan tunjukkanlah bukti kepada tuduhan tuan terhadap anwar.sebagai ahli umno yg dilaungkan sebagai PEMBELA AGAMA,saya rasa adalah tidak berakhlak dan tidak ketimuran untuk MEMFITNAH semberono dan ingatlah fitnah itu lagi besar dosanya daripada membunuh.juga disarankan kepada tuan penulis janganlah membangkitkan kembali tuduhan yang pernah dilemparkan kepada anwar seperti penyalahgunaan kuasa , gay dsb.ini kerana tindakan tersebut boleh membuatkan diri tuan didakwa atas kesalahan menghina keputusan mahkamah(contempt of court).
saudara
bagi saya UMNO haruslah berhenti daripada kegiatan menghina orang lain,berhati busuk serta mengapi2kan isu perkauman.berubahlah mengikut keadaan semasa.berhentilah menunding jari.hentikanlah menggunakan propaganda melalui media milik BN kerana rakyat kini sudah boleh membedakan yang haq dan yang batil.sudahlah dengan masalah parti dan fokuskan kepada masalah rakyat.terimalah komen seadanya dan hapuskanlah sikap ultra-macchiavellian anda.
jikalau blog ini tidak boleh menerima komen seperti ini dan terus menerus mencaci pembangkang,maka saya sarankan tutup sahajalah blog ini.hal ini kerna blog ini sudah lari drpd agenda asal dan hanya melambatkan server pemprosesan www.blogger.com.jikalau umno tak berubah maka saya cadangkanlah umno ini ditukar kepada UMNHCO(United Malay National Heritage and Culture organization).
sekian.
Salam,
Yes, we read your latest blog article with much apprehension. Thanks for this piece of 'no holds barred' information.
For the uninitiated, a lot of envelopes containing money were slipped underneath the hotel room doors of the Umno reps during the 1993 Umno AGM. All as the token of thanks for getting him to be the deputy president of Umno.
But what is more important Datuk, is the last paragraph of the article. WHAT CAN WE DO ABOUT EZAM? The Exco members of Pemuda has a big role in this. Of course we do sympathise and agree with your opinion regarding Ezam but the ordinary Pemuda Umno members can't do anything much at this point of time as Pak Lah had vigourously pursued Ezam's initiation into the party.
So yes, what can Pemuda Umno do? Will your boss, KJ block your views in any upcoming meetings when this issue arises? Or will you in the end, like any other exco members are brainwashed/bribed into accepting this dangerous FELON as Umno party member back again? Will Pak Lah hear your grouses and succumb to the MAJORITY wish of the Pemuda Umno members? Or will he again, bulldoze us into obscurity? As such, Pak Lah is oblivious to the feelings of Umno members anyway.
Whatever it is, Umno is sinking with too many 'duri dalam daging' as its member (Zaid Ibrahim comes to mind). And now, we have to embrace more of them in the form of Ezam and Shuhaimi Ibrahim etc?
At this juncture, I may not be able to suggest anything more except that the Umno exco members have to persevere and be bold in its stand to do what is right. It is time to stand up and be counted!
A lot of people are disappointed with Najib's stand in not trying to rock the boat (not to fight to replace Pak Lah). His argument says that he do not want to destroy the party if he tries to run against tradition. Two questions - is tradition that important? And is he that insecure and not confident in himself that if he run against Pak Lah he could not strengthen the party? I'd say, the party WILL be stronger without Pak Lah. Why is he so pessimistic in his beliefs that by ousting Pak Lah, Umno will crumble? Is Pak Lah alone the life and blood of Umno? If that is so, then Umno is truly doomed. Remember, the Presidency of Umno is more important than the Umno President himself. There is a difference between the two. I am sure if all Umno members are fully behind Najib (or anybody else) now, Najib will surely have better luck in strengthening Umno after Pak Lah been ousted. Too bad Najib had a skewed way in seeing the logic. A bad tradition should be discarded if it is destroying a party or culture. Was his interview answers being prepared by Pak Lah's advisors? :p
Anyway, good luck to Umno! The original fight and objectives of Umno will forever be eroded by Umno' own undoing.
Thank you.
ya aku pon rasa mcm nak lempang si ezam..tapi itu dulu..kalau kemasukan ezam boleh mengukuhkan umno apa salahnya..jangan lah sonbong sangat..ego tak bertempat.
kita tgk kejayaan pakatan rakyat..mereka berjaya pon sebabb mereka terima saja sapa2 yang nak join mereka..termasuklah bekas timbalan mb selangor misalnya..jadi kita terima saje ezam, tapi kita buatlah pemantauan..
bravo Dato' Sazmi. komentar yg keras dan berani!
Saya rasa telahan saya ada kesannya. Ezam bukanlah penting sangat. Tapi yang menyebabkannya dirasakan penting ialah beliau telah menyebabkan persepsi yang berpanjangan dan melahirkan spekulasi yang baru.
Memang byk persoalan timbul baik positif mahupun negatif dgn isu Ezam ini.
Pemuda UMNO perlu melahirkan dan menggalakkan bukan kerana terpaksa supaya turut sama bergiat aktif dalam arus media elektronik spt blog ini. Saya rasa masih ramai yang terkebelakang dlm soal ini. Mungkin takut diintai dan diserang oleh insan-insan online.
Pemuda UMNO harus bangun dan jgnlah terus dibuai dgn mimpi indah. Org kata ada segelintirnya masih boleh `berlagak' meskipun dlm keadaan UMNO mutakhir ini.Pemuda harus berani untuk mentransformasikan diri dan pemikiran. Jika tidak boleh jadi suratkhabar lama.
http://warisantamar.blogspot.com
MENITI ARUS TRANSFORMASI, MENGANGKASA PEMIKIRAN MEMPERKASA PEMUDA
Baik buruknya siang dan malam timbul dari penilaian kita. Kalau kita sudah menilai bahwa yang siang itu baik dan yang malam buruk, maka kita akan terseret ke dalam lingkaran baik dan buruk, senang dan susah. Sebaliknya, kalau kita menghadapi siang dan malam, atau segala sesuatu yang terjadi di dunia ini tanpa penilaian, maka tidak akan timbul pula baik buruk itu. Dan bukan tidak mungkin bahwa kita akan menemukan keindahan dalam kegelapan dan kesunyian malam itu!
Pagi hari yang amat cerah dan indah itu selalu mendatangkan keriangan pada semua mahluk, kecuali manusia! Manusia terlalu diperbudak oleh perasaan yang timbul karena terlalu menonjolkan keangkuhannya. Manusia terlalu mudah mengeluh, juga terlampau mudah mabuk. Di waktu menghadapi peristiwa yang tidak menyenangkan, manusia mengeluh seolah-olah dialah orang yang paling sengsara di dunia ini, dan di waktu menikmati peristiwa yang menyenangkan, manusia menjadi mabuk dan lupa diri!
Ibarat secangkir kopi, campuran antara yang hitam dan yang putih. Ada pahitnya, ada manisnya. Ada ”kopi”-nya, ada ”gula”-nya. Bergitulahlah pemimpin UMNO di tengah persamaan mereka, ada orang yang dengan serius bersedia membereskan masa lalunya dan membenam masa depannya. Namun sebaliknya, ada pula yang justru mengeraskan hati, menyembunyikan semua aibnya, membela diri, berlagak suci.
Sedar lah diri wahai Sazmi Miah,
Pada saat Anda merasakan nikmatnya madu kekuasaan, jangan Anda lupa, madu yang Anda hirup itu, adalah keringat, darah, dan air mata rakyat!
Tolong Anda ingat baik-baik! Pada setiap tanaman, selalu ada potensi untuk hidup dan tumbuh. Namun sekaligus dengan itu, hadir pula potensi-potensi yang mematikan.
"angin perubahan telah mulai bertiup."
Anda Sazmi Miah...........dan UMNO
masih kurang yakin? Telah lupakah Anda bahwa belum sampai mencecah ke limapuluh satu tahun UMNO dikuasai oleh orang Melayu, Sebuah parti yang waktu itu diyakini sebagai yang hanya mesti diterima, dan tak mungkin diubah ternyata tidak, kini roboh satu persatu bagai deretan kartu domino.
Kami akan menzahirkan peperangan moral yang terus-menerus terjadi. UMNO adalah lambang kejatuhan yang pasti dari setiap "ANAK MELAYU" yang ada di BUMI MALAYSIA. Insyaalllah
Wasalam..........
Jatuhnya UMNO adalah disebabkan orang UMNO sendiri...
1) Tidak berusaha bersungguh-sungguh...(parti pembangkang lebih mantap dan pandai menipu)
2) Ramai yang dikalangan ahli talam dua muka...
3) Tidak ramai yang benar-benar ikhlas menjadi pemimpin...(tapi wang menjadi keutamaan)
4) Umno sendiri berpuak-puak...(mengecewakan)
DI dalam tempoh yang perlu diberikan perhatian.5 tahun tak lama...Jangan perkara buruk berulang kali KEDUA.
"Kalau menanam padi lalang terpaksa dibuang"
Dato' Sazmi,
Tampak agar keras dan kasar bunyinya komen saudara terhadap kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO. Semacam nampak Dato' dan barangkali kawan - kawan lain dalam Pemuda cukup agak tidak selesa dengan perkembangan tersebut. Adakah wujud sedikit sebanyak rasa kebimbangan kedudukan akan dicabar? Kalau benar segala cerita yang mengisahkan Ezam berhasrat dan bercita - cita untuk bertanding kerusi nombor satu Pemuda, apasalahnya. Go a head!Bukan hasrat saya ingin nyatakan sokongan saya kepada Ezam, mahupun menimbulkan bibit - bibit kebencian kepada calon - calon lain yang mempunyai hasrat yang sama dengan Ezam. Mungkin Mukhriz, atau Khir Toyo, atau juga proksi baru Hisham. KJ sudah pasti tidak akan masuk gelanggang pada kali ini. Proksinya barangkali mungkin. Siapa dia? Adakah Ezam sebagaimana yang banyak diperkatakan? Itu terpulanglah kepada tafsiran masing - masing. Namun apa yang lebih penting, kalau benar Pemuda ingin terus relevan dengan kehendak dan cita rasa anak - anak muda hari ini, perubahan kepimpinan harus berlaku. Pertembungan digelanggang secara terbuka seharusnya menjadi titik pemulanya! Baru kita tahu siapa yang benar - benar berkemampuan untuk memimpin atau sekadar berupaya memimpin kerana adanya 'Godfather'!.
Justeru, Dato' seharusnya lebih bersifat terbuka dan berhikmah dalam apa jua perkara, sekiranya ingin menjadi seorang pemimpin yang hebat. Percayalah, seorang pemimpin yang hebat berdiri atas kekuatan dirinya sendiri, bukannya atas kelemahan dan kesilapan orang lain. Wassalam
Media Pusaka Bangsa really sounds better. Tahniah, saya suka nama ini. Bunyinya lebih positif dan ada isi yang bermaksud.
Salam,
PERTAMA, apakah pandangan Dato' ini, pandangan peribadi atau pun pandangan bersama Exco Pemuda UMNO Malaysia?
Jika ianya pandangan peribadi, Dato' telah menyalahgunakan blog ini yang sepatutnya milik Pemuda UMNO Malaysia, bukannya milik peribadi.
Jika ianya pandangan peribadi, lebih baik Dato' membuka blog sendiri.
Dengan cara itu, surfers tidak keliru sama ada artikel Dato' melambangkan pandangan sendiri atau collective decision.
TOLONG UMUMKAN SAMADA BLOG INI BLOG PERIBADI ATAU MILIK PEMUDA UMNO MALAYSIA.
KEDUA, sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia, apakah Dato' telah bersua muka dengan Ezam dan mengatakan apa yang Dato' tulis ini 'right to Ezam's face'?
Atau pun, berani dari jauh-jauh sahaja?
Saya pasti surfers lebih berminat untuk mengetahui apa yang Dato' telah lakukan.
KETIGA, apakah Dato' sudah berbincang dengan Exco-exco lain mengenai isu ini dan apakah keputusannya dan gerak kerja seterusnya?
Dato',
TIADA gunanya jika diceritakan kemarahan dan komen seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia cara begini jika sebenarnya Dato' belum lagi menggunakan salur-salur komunikasi dan interaksi di dalam UMNO itu sendiri. Dato' ada jawatan tinggi di dalam UMNO.
Lainlah kami ini, orang biasa yang tidak berpangkat tinggi atau pun tiada pangkat langsung. Kami tiada tempat untuk bersuara kecuali siber ini.
Ceritakanlah apa yang Dato' telah lakukan dan segala pencapaian Dato' di dalam menyalurkan isu ini.
Itu yang lebih penting.
Dato',
Tahap profesionalisme di dalam penulisan mesti sentiasa di jaga terutamanya jika kita berpangkat di dalam Pemuda UMNO.
Jika tidak di jaga, u will be NO different than any Tom or Jerry on the street.
Selamat Maju Jaya.
Hello Sazmi,
Ezam masuk balik UMNO dikaitkan jemput Toyo Hantu masuk rumah.
UMNO dah hilang akal dan tiada pemimpin muda yang berwibawa lagi di parti sampai jemput anak kurang ajar Ezam sebagai:"DURI DALAM DAGING UMNO" balik parti dengan permaidani merah dan Pak Lah terpaksa kotorkan tangan dengan shake hand sama trojan kuda hantu ini.
Pemuda UMNO sudah pupus pemimpim pemimpin kah sampai Kerimuddin pun malu dan sedia ambil balik Ezam yang derhaka terhadap UMNO dulu lagi. Malang betul, UMNO sudah tidak dengar aduan aduan rakyat jelata Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, dll mengenai naik harga barang barang dan pasal UMNO lemah dan sombong .
UMNO sudah hilang identiti Melayu mereka sebagai pembela Melayu dan semua rakyat Malaysia. UMNO lama dulu bagus dihormati rakyat tapi kini dengar UMNO , tolong lari cepat cepat pasal ada hantu dan duri duri dalam parti.
Sazmi pandai tulis dan cakap besar saja....berani kah kau tampar muka Ezam dengan Pak Lah protect trojan kuda ini. Tak guna cakap besar besar, bila Ezam mari, Sazmi ambil tangan hantu kasi cium sampai kaki pulak bila Ezam jadi CHIEF PEMUDA UMNO pulak. Malu lah semua kuncu kuncu UMNO lain seperti Si-Toyo dan Si-Mukhir & Co.
Kata pepatah Hang Tuah: -
"Biar mati anak, Jangan mati adat"
maksudnya simple
" Biar mati Ezam, Jangan mati UMNO".
Pemuda pemuda UMNO masih mau selamat hantu duri dalam daging anak derhaka terhadap UMNO dulu. Malang betul and patutlah anak anak Melayu moden tak nak masuk UMNO lagi sebab takut banyak hantu-hantu dan duri duri dalam daging UMNO.
Pendek kata, Pak TUN M sudah bilang masa depan UMNO dah tak relevan kini and semakin gelap masa depan parti. Patutlah TUN M pun keluar parti sebab takut Jin Jin Hantu dan Duri Besar dalam UMNO kini.
Ezam balik UMNO.....Apaaa naamaa....
Melayu mudah lupa....!! Ezam dah jadi angel baik pun boleh jadi next PM lah....tiada GOOD PM lagi dalam UMNO.
"DEMI ALLAH KAMI PERCAYA"
Anak Bumi Melayu Sejati kahwin Anak Bumi Cina/India -
Bangsa Malaysia kini
Apabila Perdana Menteri membawa masuk Ezam apa yang terdaya Hashimah lakukan adalah dengan mengumpul 3 soalan. Tapi hingga sekarang setakat soalan sahajalah yang terkumpul tak pun disoal maka tentunya tiada jawabannya.
Kemasukkan Ezam adalah untuk mengimbangi kuasa Perdana Menteri. Ada Ezam dapatlah digunakan untuk menyalak kepada Najib & Hashimah. Perdana Menteri sudah nampak apa yang Hashimah & Najib cuba lakukan untuk menekan kekuasaan Perdana Menteri.
Sepatutnya Ezam sudah boleh dilupakan oleh UMNO. Sudah 10 tahun berlalu UMNO boleh hidup tanpa Ezam apa sebabnya UMNO tidak dapat hidup untuk 10 tahun akan datang tanpa Ezam. Kemasukkan Ezam kedalam UMNO tidak baik untuk moral kepada ahli UMNO.
Yang pastinya Ezam boleh melakukan perkara yang sama dimasa akan datang. Jika sebelum ini tiada jaminan untuk Ezam kepada UMNO apatah lagi untuk masa masa akan datang. Adalah sukar untuk UMNO terus berubah dan kekal relevent sekiranya masih kerap menoleh kebelakang sangat dan suka mengutip perkara terbuang seperti Ezam.
Yang lepas biarlah berlalu. Terus mara kehadapan dengan agenda segar untuk kepentingan ahli dan Rakyat. Apabila Ezam tidak diterima kedalam warga UMNO maka banyak lagi jalan lain Ezam boleh menyumbang kepada agama, bangsa dan negara sekiranya beliau betul betul ikhlas.
Tidak diterimanya Ezam kedalam UMNO adalah "price to pay" terhadap tindakan sebelum ini kepada UMNO. Tetapi untuk Ezam tidaklah merupakan "end of the day" untuk Ezam. Untuk Ezam sebenarnya masih banyak lagi jalan lain untuk menyumbangkan tenaga dan buah fikiran sekiranya ikhlas tetapi bukan melalui UMNO lagi.
Saya ingin mengucapkan tahniah di atas penubuhan blog ini. Tak sangka pula, orang-orang yang sibuk melabelkan para bloggers sebelum PRU12 sebagai "orang yang tak ada kerja", "pengacau" dan sebagainya kini terpaksa menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia tidak mahu disogokkan dengan berita yang tidak tepat atau sekadar menggembirakan pemimpin.Semua ok,tak ada yang tak ok,bukan gitu saudara?
Tentang ketidakpuasan hati saudara berkenaan kemasukan Ezam,saya rasa sebagai ahli UMNO yang setia dengan pucuk pimpinan, kalau depa dah suka, angguk sajalah kepala. Bukan tak biasa pun..
Bukan begitu saudara?
dato'
apa dah jadi dengan UMNO kelate'
diam aje. dah kena langgar todak ke diaorang...pasal minyak naik, lagi bertambah diam...
pkrpasdap.blogspot.com
Assalaimualaikum Pemuda,
Kemasukan Ezam dalam UMNO
Pada pendapat saya,kemasukan Ezam dalam UMNO merupakan usaha pihak-pihak tertentu untuk menjadikan UMNO semakin tidak Popular dan membuatkan ahli akar umbi bertambah meluat dan menyampah dengan pimpinan umno sekarang.
Umum mengetahui sokongan sekarang kepada UMNO telah banyak berkurangan disebabkan beberapa faktor yang semua orang tahu tetapi pemimpin sekarang buat-buat tak tahu.Pada pendapat saya faktor terbesar ialah KJ,Bukti rakyat telah hilang sokongan kepada UMNO dan BN ialah pada PRU 12 yang lalu,,,
Ezam pula merupakan manusia yang pada pendapat saya dibenci oleh kebanyakan ahli UMNO....kerana terlalu banyak dosanya pada UMNO...tiba-tiba PM dengan senyuman terima borang permohonan ezam kedalam umno....bagi saya borang permohonan ezam hanya perlu diserahkan pada peringkat cawangan sahaja...
Pada pendapat saya,Ezam bukan betul-betul mahu masuk dan memulihkan UMNO tetapi hanya mahu menambahkan perasaan benci dan menyampah ahli umno pada UMNO sekarang....jadi dengan kata lain jika semasa PRU12 yang lalu peratus orang yang menyampah dengan UMNO sebanyak 40% akan bertambah lagi 30% menjadikan 70% rakyat dan ahli UMNO akan menyampah dan membenci UMNO...dengan ini UMNO telah hilang sokongan dengan banyak dan tak mustahil pada PRU13 nanti UMNO akan kalah teruk dan pastinya anuar ibrahim akan menjadi PM....saya rasa itulah agendanya,,,ini semua pendapat saya kalau pemuda mahu memikirkannya....Sokongan saya sekarang pada UMNO hanya 50% dan sekiranya kemasukan Ezam diterima sokongan saya berkurangan pada 30% itupun pasal kenangkan jasa TUN M pada negara,agama,bangsa dan parti....
Salam Datuk,
Sekadar bertanya, selepas MT UMNO
"Retreat";
1. Keahlian Ezam dah lulus ka belum?
2. Your boss dah tanya 3 soalan kepada
Boss dia ( mengenai Ezam) ?
3. Jika sudah, jawapan kpd
ketiga-tiga soalan itu boleh
diterima?
4. Kenapa semua pakai baju kemeja
putih,dah bersih kah rohani dan
jasmani?
Wassalam.
!!Welcome Ezam !!, Good Bye apa nama tu..??
Harapan Baru Untuk MELAYu!
"Nak makan tgk perut"
Jangan jadi cam AMK dah la, biar se"intergriti DPPas"
Bro Sazmi,
Apakah pandangan EXCO? Keputusan menerima atau tidak. Kalau setakat nyatakan pendapat, than biar Presiden buat keputusan. Dimanakah Suara Pemuda?
Kalau Pemuda UMNO ada pendirian dan bersifat matang, buatlah keputusan sendiri.
Tidak payah tanya niat seseorang kerana ALLAH sahaja yang tahu niat sesorang!
Kita boleh nyatakan pendirian kita, sekiranya keputusan YA, maka PM boleh terima, sekiranya keputusan kita TIDAK, maka PM pun ada laa kene pikir panjang sikit.
Ini diam je, rumos dah keluar lama, dan apabila PM terima, baru dok sibuk buat statement.
emmmmmm
Dear Dato' Sazmi,
It is quite disheartening when the news of Ezam rejoining UMNO appear in the media and be given heroic welcome by UMNO President. Is this the way UMNO treat the traitor.
I'm not saying he doesnt deserve second chance but the treatment he gets from UMNO President is really humiliate the hardcore Pemuda who remains loyal until today.
saya menyokong dengan pandangan Datuk. sepatutnya orang macam Ezam tak layak duduk malaysia.. lebih layak duduk di Israel bersama Anwar Al-Jubori... Jangan lupa tumpuan kita memberi sokongan padu kepada Datuk Mukhriz Mahathir. Tkasih.
Aidil
Ketua Pemuda UMNO Caw Tmn RB, Melaka.
article writing....OUT!!!
ntah ape2 ntah....
what u write represent u....
and this article doesn't do any good to u...
salam Dato'saya setuju dgn apa yang dituliskan tapi apalah kuasa yg Dato ada,melalak,menjerit,berdemo,utk menyatakan ketidaksetujuan dan akhirnya Dato pun bersetuju atas nama perkuatkan parti.Jauh sekali ugut nak keluar parti.Dato org mcmni kita kena tentang habis-habisan dari pada memasuki balik ke parti.Masih banyak lagi pelapis yang lebih hebat didalam parti yang selama ini sentiasa diperkecilkan oleh pengampu-pengampu parti.
Salam Dato!
Jangan banyak cakap tapi tiada tindakan
Apa pemuda dah buat???
Baik diperingkat cawangan, bahagian, pusat , mana PEMUDA????????
Bukankah Dato salah seorang anggota Pemuda tertinggi yang diberikan amanah untuk mengepalai segala kemungkaran ini????
Jangan cakap sahaja Dato!! Jika berani buatlah gerakan, buat road show!!
jangan jadi pemuda yang tak ada buah!!!!!
Takut hilang nikmat ke????
SAYA CABAR DATUK TURUN PADANG
Salam Dato,
Orang macam Ezam ni, haram seinci pun dia menjejakkan kaki ke dalam UMNO. Orang tak sedar diri macam Pak Lah sahaja yang nak bawa dia masuk.
Ada sesiapa yang boleh beritahu sya apa hebatnya Eam dibandingkan dengan ketua pemuda cawangan????
Apa perlu kita jaga hati seorang untuk menyakitkan hati beribu-ribu orang.
Hei Pak Lah tak ada akai ka???????
Setelah membaca each and every komen yang telah dipostkan untuk artikel Ezam ni, baru saya sedar kenapa UMNO ni semakin merosot dan kalah teruk. Saya rasa tiap pengkomen artikel ini memang tidak ada perasaan maaf memaafkan sehingga sanggup tutup hati sama sekali untuk si Ezam ini. Sikap tidak mahu memaafkan ini sangat dibenci dalam agama Islam dan menunjukkan sebanyak mana pengkomen-pengkomen artikel Ezam ni telah menyimpang dari jalan yang lurus. Nasihat saya kepada kamu semua : kembalilah kepada jalan yang benar dan belajar memaafkan kesalahan orang sebab seseorang itu boleh bertaubat. Ya, saya sedar dan faham rasa sakit hati kerana perjuangan kamu semua dan mungkin PL telah berlebihan memberi Ezam "red carpet" welcome, tetapi Ezam kata dia masuk balik UMNO sebab nampak 2 perubahan ketara dibawa oleh Pak Lah - melawan korupsi dan mengingkatkan ketulusan pemimpinan. Saya rasa pengkomen-pengkomen untuk artikel ini yg menentang Ezam masuk kembali sungguh sombong dan tidak dapat menunjukkan sikap maaf memaafkan maka apa akan terjadi kepada mereka jikalau Tuhan menunjukkan sikap yang sama kepada mereka pada hari pembalasan kelak? Biarlah Ezam masuk dengan hati yang memaafkan tetapi pada masa yang sama hadkan kuasa Ezam kepada menjadi ahli biasa sahaja tanpa apa-apa kuasa dan berilah beliau pemantauan yang rapi supaya tidak menimbulkan kacau bilau. Dan jikalau dia ingin cuba membuat sesuatu yang baik untuk agama dan bangsa atas tiket UMNO, berikanlah dia peluang. Dengan bersikap beginilah, kamu semua pengkomen-pengkomen dapat menunjukkan sikap yang lebih baik dan memberi saya keyakinan yang lebih tinggi bahawa UMNO dengan bahagian PEMUDAnya ini layak memimpin negara.
Post a Comment