Sunday, June 29, 2008

Lapuran 'Kontrak Sosial' Majlis Peguam: Fakta dimanipulasi dan tafsiran sempit

Dari kiri: Lim Cheng Swee (Pengerusi Forum, Setiausaha Majlis Peguam), Dr. Mavis Puthucheary, Dr. Kua Kia Soong, Tommy Thomas dan Dr. Farish A. Noor

Penganalisa politik Dr. Farish A. Noor pagi ini menghina UMNO sebagai “Memomokan orang Melayu bahawa mereka diancam” agar parti nasionalis Melayu untuk terus mengamalkan politik “Memberi perlindungan kepada orang Melayu seolah olah orang Melayu ini binatang, yang sentiasa memerlukan perlindungan. Binatang ternakan (ayam, itik, kambing) perlu dilindung dan akhirnya akan disembelih”.

Kanan: Dr. Farish Noor

Beliau mengatakan demikian dalam pengulungan program Forum Kontrak Sosial anjuran Majlis Peguam di Auditorium Majlis Peguam, Lebuh Pasar, Kuala Lumpur. Beberapa ahli Pemuda UMNO yang hadir bangkit, meminta laluan cuba mencelah dan secara tegas menegur Dr. Farish yang dianggap keterlaluan dan ketelanjuran bahasa. Dr. Farish walaubagaimanapun tidak pula menarik balik atau meminta maaf.

Sebelum itu, beliau menegaskan bahawa kerakyatan warga Malaysia dan konsep sistem politik negara ini ditubuhkan adalah sebagai 'maya' (artificial). Maka ‘Kontrak Sosial’ yang diujudkan “Secara maya' adalah alasan untuk mengekalkan konsep ‘bukan nyata’ (vague) seperti kewarga negaraan untuk menentukan bahawa rakyat mempunyai sifat ‘kekitaan’ (sense of belonging)". Oleh itu, beliau menjelaskan bahawa ‘Kontrak Sosial’ boleh di’ubah semula’.

Dr. Farish yang kini Fellow Kanan Fakulti Sains Politik Rajaratnam Universiti Nanyang Singapura juga menolak bagaimana sistem politik Malaysia yang berdasarkan menjaga kepentingan dan menurut kaum yang beliau anggap sebagai ‘pemerintahan berpuak’ (sectarian rule).

Forum dimulakan dengan pembentangan kertas kerja oleh Dr. Mavis Puthucheary yang mengatakan sebenarnya UMNO tidak mendapat mandat rakyat seluruh negara untuk merundingkan ‘Kontrak Sosial’, yang beliau dakwa sebenarnya tidak ujud dan sengaja diada adakan. Konsep ‘Ketuanan Melayu’ yang pertama kali digunakan oleh Mantan Setiausaha Politik Perdana Menteri Ke II Dato’ Abdullah Ahmad (sekarang Tan Sri) di Singapura pada 1986 merupakan sesuatu yang sengaja diada adakan untuk menentukan kuasa Melayu pada UMNO terus relevan.

Beliau juga menegaskan bahawa konsep ‘Kongsi Kuasa’ yang diamalkan Kerajaan Perikatan, kemudian Barisan Nasional membatasi prinsip pemerintahan demokrasi. Oleh itu, ‘Kontrak Sosial’ sebenarnya tidak ujud.

Mantan MP DAP bagi Petaling Jaya Dr. Kua Kia Soong pula menegaskan bahawa “Ketuanan Melayu” merupakan imaginasi ‘politikus yang mengambil kesempatan’ (political carpet baggers) dan pejuang Kemerdekaan sebenar merupakan golongan berhaluan kiri seperti Independent Malayan Party, Angkatan Pemuda Insaf dan pengganas seperti Parti Komunis Malaya. British bersetuju memberikan Kemerdekaan Malaya kepada UMNO kerana mereka bersifat lebih pro-British. Beliau mendakwa bahawa Parti Perikatan merupakan suatu yang diujudkan British untuk agenda Neo Colonialist.

British, yang memulakan penyusunan semula masyarakat semasa darurat melalui sistem ‘kampung baru’ (new village) disifatkan Dr. Kua sebagai ‘Kem Tahanan’ (concentration camps) dan merupakan agenda untuk menentukan orang keturunan Cina sentiasa dalam keadaan ‘dikawal’.

Dr. Kua masih lagi mempertahankan bahawa UMNO merupakan golongan ‘samseng’ (hoodlums) dan peristiwa berdarah rusuhan kaum 13 Mei 1969 merupakan angkara ‘samseng’ (hoodlums) dalam UMNO. Peranan DAP menghina orang Melayu Kampung Baru pula tidak langsung disebut sebagai punca rusuhan itu. “Kuasa pada Melayu wajar dikurangkan dari masa ke semasa (Malay control should be reduced in time)” dan mengutarakan konsep “Malaysian, Malaysia”. Dr. Kua juga menyifatkan sistem yang diamalkan oleh pemerintahan yang diterajui UMNO sebagai ‘Fasis’ (Facist).

Pembangunan ekonomi orang Melayu selepas Merdeka pula disifatkan sebagai “Kelas Kapitalis Negara Melayu” (Malay State Capitalist Class), terutama selepas keujudkan MARA, Bank Bumiputra, Tabung Haji selepas Kongress Ekonomi Bumiputra I (1965) dan II (1966). Beliau juga membangkitkan mengenai ITM, program Asasi Sains UM dan Matrik USM.

Peguam terkenal Tommy Thomas, sebagai panelis ketiga tidak bersetuju dengan kedua panelis awal ini dan menjelaskan bahawa ‘Kontrak Sosial’ merupakan elemen penting ("Striking feature") dalam Perlembagaan Tanah Melayu dan mencadangakan bahawa sejarah dikaji dengan perjalanan dan tafsiran yang betul. Peranan Raja Melayu dalam proses Kemerdekaan juga perlu diambil kira.

Beliau menyanggah hujah bahawa UMNO dan perikatan bersama MCA dan MIC tidak mewakili aspirasi rakyat Malaya. Perikatan yang mendapat mandat 51 dari 52 kerusi dalam Pilihanraya Umum 1955 dan undi popular 80% merupakan manifestasi jelas bahawa kerjasama akrab tiga pihak ini membuahkan ‘Kontrak Sosial’ yang dipersetujui antara Tunku Abdul Rahman Putra, Dato’ Razak Hussein, Dato’ Dr. Ismail Abdul Rahman, Dato' Panglima Bukit Gantang Hj. Wahab dengan Tan Cheng Lock, Col. H.S. Lee dan V. T. Sambathan. Ianya merupakan sesuatu yang benar dan selesaian kepada kemelut isu isu tertentu setiap kaum, yang diterima British sebelum Kemerdekaan dicapai, termasuk soal kerakyatan kaum immigran. Proses untuk mengesahkan kerakyatan juga dipermudahkan.

“Hanya sebab ‘Kontrak Sosial’ tidak boleh didefinisikan hari ini, tidak bermakna ianya tidak ujud (Just because Social Contract is undefinable today, doesn’t mean it did not exist)” dan memberi tafsiran sebagai “Perundingan (tawar menawar) yang berjaya dicapai antara tiga kaum dibawah pemerhatian British (Bargain reached by the three communities under observation of the British)”.

“‘Roh Kontrak Sosial’ ujud yang (dimanifestasikan dalam bentuk beberapa artikel) dalam Perlembagaan Tanah Melayu merangkumi keperluan orang Melayu tidak diabaikan, tiada penindasan kaum, tiada pemecahan negara (partition) dan sebagai balasan, orang Melayu meminta Bukan Melayu memberikan taat setia tidak berbelah bagi kepada Negara”.

Thomas menjelaskan bahawa ‘Kontrak Sosial’ diperkukuhkan lagi dengan kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia dan ianya berlaku sedikit perubahan menjelang Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan pada 1971. Walaubagaimanapun, semenjak PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menerajui Kepimpinan, ancaman keatas ‘Kontrak Sosial’ makin ketara dan lebih banyak diperbincangkan.

Forum hari ini menyaksikan bahawa ada pihak pihak yang sengaja memutar belitkan fakta dan sejarah dan memberikan tafsiran sempit, menurut kepentingan politik dan aspirasi mereka, hanya kerana mereka menentang DEB dan mahukan konsep “Malaysian, Malaysia” menjadi teras utama program pembangunan ekonomi dan pengagihan kekayaan, sebagaimana yang mula mula diketengahkan PAP dan kemudian diteruskan DAP sehingga hari ini.

11 comments:

Teddy said...

this is very depressing dato.. how can BAR council sponsor such prog to discuss politics?? should BAR be impartial in every issues.. seems like BAR is more interested in politiking rather than the profession of lawyers.. how sad!

JoeSatriani said...

Ni lagi satu kes. Bar Council nak cerita pasal social contract. Social Contract tengkorak diorang. Bacalah buku sejarah dengan betul. Buatlah rujukan dengan betul. Yang diorang ni sibuk pasal social contract ni mengapa? Selama ni bangsa lain, hidup susah dan merana ke kat Malaysia ni? Ada ke hari-hari orang Cina kena bunuh, ada ke Orang India dan lain-lain kena rogol dan bunuh. Mak oooi yang bar council tu punya cara, macam lah kita orang melayu tak bagi dia peluang langsung dalam Malaysia. Yang mamat dr. melayu dari Singapura tu punya pendapat memang patulah, dia duk Singapura, dah biasa diperintah oleh orang cina, lantak kan dia. Aku tak nak nanti ada orang Cina ke india ke satu hari nanti jadi Perdana Menteri Malaysia, kalau pembaca lain nak, lantak lah,... aku tak hendak....

Yang orang Malaysia sorang tu, apa? Malaysian Malaysia, kalau dah tak puas hati sangat dengan Malaysia, mintak tukar kerakyatan , balik pergi duk negeri China tu, kalau tak mintak jadi Rakyat Singapura ke, Hong Kong ke , Australia ke Kanada ke, ada ke diorang nak menyalak kat sana nanti.

Tapi adatlah, orang kalau dah jenis tak reti nak mengenang budi. Hak Tanah Melayu adalah untuk orang Melayu. Bangsa-bangsa lain dijemput untuk hidup aman damai disini, tetapi ingat asal-usul anda. Jangan jadi Yahudi. Dah bagi sikit minta semua. Ini bukan Palestine dan kami bukan bangsa Arab. Kami orang Melayu yang penuh kelembutan dan tatasusilaan, tapi jangan ganggu hidup kami.

Selama kita amalkan sosial kontrak kita, cuba tanya diri kita sendiri, Siapa Orang Paling Kaya kat Malaysia? "CINA". Kalau lah bangsa Melayu sibuk ngan sosial kontrak ni, korang pikir, boleh ke "CINA" ni tadi boleh jadi orang paling kaya kat Malaysia.

Hidup Melayu.....

Tolonglah, jangan sampai aku dan sahabat-sahabat aku mula memaki dan mencarut. Apa sebenar diorang hendak?

My thoughts said...

YBhg Dato'

Frankly speaking they are so naive about our history.As far I concern,they tried to heat up the light.They should understand watch their mouth before they talk about social contract.For me,Dr Farish Noor himself probably suffering inferiority complex.Looking back his acedemic track record,he could be a western educated scholar who just know to read the history of Malays which was written by the colonist scholar in the past.Secondly,talking about the BAR council,for me they should apologize to us.They tried to express themself as a superior orginization.Furthermore,the orginization itself is influenced by non-Malay leader.How naive are them.Please we are living in millenium era wheras ,MALAYsian are looking forward to ensure vision 2020 is achievable which just 8 years ahead.When I was a young boy,I remember the TUN DR M always remind us to work hard and live in peace and harmony.

In Allah we trust,to nation we serve.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

artikel penuh:
http://themalaypress.blogspot.com/2008/06/salasilah-bendahara-vs-salasilah.html

8.Root Islam
Tidak dinafikan, dibahagian Utara Semenanjung TANAH JAWI ini adalah 'root' kepada peradaban Islam. Di sana tempat lahirnya ramai ulama dan tempat berkumpulnya ahli-ahli agama dan cendekiawan Islam, contohnya di Patani, Kelantan, Acheh dan Kedah sendiri.


Menurut sumber, oleh sebab kuatnya pengaruh Islam diwilayah2 itu, maka TAR tidak mahu mengambil risiko memasukkan Selatan Thai ke dalam Malaya kerana takut2 akan kalah dalam PRU1 1955. Seperti yang kita ketahui hari ini parti politik pimpinannya pula lebih ke arah Selatan iaitu kubu kuat British.


Dan British pula adalah penegak fahaman Secular Humanism! Jika kalah TAR bermakna tiada harapan Merdeka. Sebenarnya Inggeris lebih suka Malaya Merdeka dalam acuan undang2 British.


Brunei Merdeka dari British 1984 tapi bukan merdeka Pak Kadok! Bagi penulis, Brunei adalah model kecil Ketuanan Islam secara mutlak disebuah negara merdeka. Tiada kongsi2 kuasa.

ps: Dengar cerita ada pula perbahasan kontrak sosial oleh puak2 tak sedar diri. Inilah contoh ciri2 perangai penganut 'secular humanism' yang penulis katakan diatas. Semuanya dilakukan atas dasar Human Rights! Apa lagi puak-puak mengong itu hendak persoalkan dan bahaskan? Bagi penulis sejarah realiti mempunyai asas kuat menyangkal isu kontrak sosial ciptaan Inggeris dengan syarat kita memahaminya!

baca sejarah realiti di link diatas.

Razlan said...

Salam Tuan,

Kalau Perkara ini sudah dimasukkan ke dakalm Silibus Mata Pelajaran pada 4 tahun dulu (check usul dibawa oleh Bahagian Seputeh 2006), tidaklah ianya dijadikan isu lagi ..

Tidaklah timbul Binatang Peliharaan orang kafir ni bercakap bukan-bukan.

kulatlapok said...

salam sakabangsa,

aku sebenarnya memang naik loya sesetengah pemimpin2 umno ni terutama kat bahagian. lom apa2 dah macam YB.semua lagaknya, Tapi kalu bab nilak ni yang aku minyak ada naik, darahpun ada jugak naik. BAB2 HAL EHWAL ORANG MELAYU JANGAN CUBA DIPERSOALKAN.?? PERLU SEDAR KAUM ASAL YANG MENGHUNI BUMI BERTUAH INI...

noris helmi nordin said...

Dato',
Dalam apa keadaan sekali pun, isu ini telah diutarakan ke khalayak ramai. Saranan saya dalam mesyuarat diperingkat cawangan satu Malaysia nanti, Pemuda harus mengorak langkah menerbitkan perkara-perkara dalam perlembagaan yang jelas menjurus menunjukkan kedudukan bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan untuk dimiliki oleh ahli sebagai khazanah dan benteng orang Melayu. Setiap orang Melayu harus mempunyai semangat bersama melindungi perkara-perkara ini seperti perkara 3, 32, 40, 43, 46, 152, 153, 159 dan lain-lain. Bagi free pun tak pa satu buku Perlembagaan ni kat semua rakyat. Sebagai rakyat Malaysia itulah pegangan dan rujukan kita.

Apa yang merisaukan generasi yang lahir pada 80'an kini sudah hilang ke'melayuan'nya. Semangat kekitaan itu kini jelas kehilangan dengan pengaruh-pengaruh luar yang cukup hebat ketika ini.

Anonymous said...

INILAH BUAH TANGAN KETELUSAN DARI PAK LAH YANG KONONNYA TERBUKA DAN BEBAS. RASAKANLAH KEPERITAN YANG MENDATANG SELEPAS INI WAHAI KAUMKU.

http://pemudalipis.blogspot.com/

A Voice said...

The glaring aspect in this discussion is that the panelist chose to view social contract from their preferred angle rather a comprehensive consideratiosn of all historical, social, political, economic and security events.

All of them takes took the assumption that their version of justice as the ultruism but left out the fact that colonialism is a structured discrimination against the natives.

All the emphasis is on economic and not true social justice from the perspective of the native. Theer was no consideration that ateh main consieration of DEB was national unity and not purely economics. There was a clear absence of nation building in their arguments, believing that economic justice without social and educational program for racial unity.

Dr Kua takes the Social Science Class Approach in which there is an upper class conspiracy oppurtunist out to dominate wealth.

Such theory is seeking for a classless society which in real life has proven to not have any success. Examples are in abundance to show that no successful model exist.

Instead of viewing the development programs as good faith effort to develop Malays, he took a conpirational view that it misappropriation of resources only to Malays, partcularly Malay elite.

Mavis take of Malaysia history is selective and throughout her presentation she is just spewing her personal conclusion without convincingly substantiating it. She left out a lot historial, social and economic events.

Her point of irritation was the term ketuanan Melayu, a badly concocted and historically misinterpreted term of Ketuanan Melayu. SHe continues to play on the sentiment that Ketuanan Melayu about domination by Malay political elite on the non Malay.

Farish was riding on Economistic view of Ungku Aziz that there was no social contract and what we have are affirmative action. He presumptously feel that Malays are not in a losing position and they have no worries. Thats quite naive a stand.

In addition, he call to disregard a gentlemen agreement in which he shd not honour since he is not a party to.

Tommy Thomas, though acknowledge the existence of Social Contract, was of the view that it is high time it be reviewed.

The challenge for us now is to understand the philosphical framework of their views and dissect their claims and definition.

Their view on social contract does not lead to nation building, and bordering on anarchy.

Such views has its root to their immigratnt days of total defiant and disrespect to local culture, history, and authority. Its underlying intention is economic opprtunism and domination.

Our mistakes are the misuse of the term social contract, wrong interpretation of the term malay dominance and wrong use of the word Malay Dominance by Abdullah Kok Lanas. It has racial and injustice connotations.

A much prefered term is that by Prof Malik Munip for Continuaty of the Malay Natural Sovereign Right. Social Contract gives the implication that it is a gentlemen agreement which is subject to renegotiation. The terms are already imbedded in the Constitution, thus our emphasis and term is the Constitution.

As much as it is improper to seek a renegotiation of their citizenship, it is ties binding on them to not seek renegotiation of the "Malay" articles in the Constitution.

Unknown said...

Aku sokong Zaharudin.....maka teruskanlah sokongan bawa rebah anda kepada Pak Lah.Ingat, jika bumi Melayu dan hak ketuanan ini tergadai, Pemuda adalah antara puak yang akan memikul tanggungjawab besar ini. Menentang Pak lah bukan bermaksud benci, tetapi pandanglah nasib Melayu dan Islam yang semakin terhakis, terhimpit dan ditertawakan oleh kaum lain dan org2 kafir.

Kerosakan telah berlaku dgn begitu teruk di bawah Pak Lah. Beliau tidak boleh lagi berdolak dalik mengatakan ini semua adalh masalah zaman Tun. Jika ada masalah pun masalah itu perlu diselesaikan bukan membarahkannya lagi.

Tidak ada gunanya anda menerbit artikel, jurnal atau segala macam ilmiah jika pemimpin sendiri terlalu lemah dalam membuat keputusan, berhelah dan berbohong secara nyata ( adakah pemuda akan menafikan ini...contoh semasa pengumuman harga minyak )dan banyak keputusan boleh berubah dalam masa seminggu...

UMNO masih releven...yang tak releven ialah Pak Lah dan anak menaantunya Khairy serta Kamaludin. Cakap terus terang, grassroot memang dah muak dengan mereka bertiga....cuma barisan MT2 yang bersungguh2 mempertahankan mereka....ini parti Pak Lah ke UMNO.?

Pemuda juga mungkin tak menyedari atau buat2 tak sedar, umum sekarang dah terkeliru ( oleh tindakan dari pemimpin UMNO sendiri atau provokasi pembangkang )....keliru SIAPA Pak Lah dan APA itu UMNO....nak dibiarkan Luncai terjun lagi ????

d.ruse said...

interesting to note that Dr Farish refuses to accept the Social Contract because it was made 'when I was not there'.
Maybe he should tell his parents he refuses to recognise their marriage since 'I was not there'.