Pengerusi Sekretariat Perhubungan Media Pemuda UMNO Dato' Sazmi Miah pagi ini memperkenalkan secara rasmi weblog Media Saka Bangsa semasa majlis Luncheon "Sembang Media" di Bilik Johor/Kedah, Aras 2, PWTC, Kuala Lumpur.
Dalam majlis yang dianjurkan khas untuk para media, samada arus perdana maupun alternatif (termasuk bloggers), Sazmi menjelaskan hasrat sekretriat untuk mendapat dan mengumpulkan maklumbalas dan suarahati rakyat, melalui medium berteknologi tinggi terkini.
Dalam ucapan alu aluan, Sazmi selaku Exco Pemuda UMNO mengakui Pemuda UMNO sedar bahawa media memainkan peranan amat besar untuk mempengaruhi cara rakyat berfikir dan pendekatan baru ialah berinteraksi secara positif (positive engagement) dengan semua melalui media. Ini merupakan permulaan perubahan yang akan dilakukan secara berterusan. Pemuda UMNO menyedari semenjak Pilihanraya Umum ke XI 2004, golongan yang selalunya menyokong UMNO/BN seperti kakitangan awam, professional, generasi muda dan ahli akar umbi sendiri telah mengalihkan undi mereka kerana isu isu yang bertimpal timpal. Secara amnya, populariti UMNO menurun dan Pemuda UMNO sedar isu isu yang membelengu fenomena ini perlu ditangani segera.
Dato' Sazmi memberikan ucapan selepas weblog "Media Saka Bangsa" dipertontonkan kepada media sambil Kamalrulzaman memerhati
Dalam ucapan alu aluan, Sazmi selaku Exco Pemuda UMNO mengakui Pemuda UMNO sedar bahawa media memainkan peranan amat besar untuk mempengaruhi cara rakyat berfikir dan pendekatan baru ialah berinteraksi secara positif (positive engagement) dengan semua melalui media. Ini merupakan permulaan perubahan yang akan dilakukan secara berterusan. Pemuda UMNO menyedari semenjak Pilihanraya Umum ke XI 2004, golongan yang selalunya menyokong UMNO/BN seperti kakitangan awam, professional, generasi muda dan ahli akar umbi sendiri telah mengalihkan undi mereka kerana isu isu yang bertimpal timpal. Secara amnya, populariti UMNO menurun dan Pemuda UMNO sedar isu isu yang membelengu fenomena ini perlu ditangani segera.
Weblog Media Saka Bangsa ini akan membuka ruang untuk sebarang komen, pandangan, pendapat, kritik dan cadangan dari semua, terutama generasi muda secara terbuka sehingga 20 Julai 2008. Poll juga akan dianjurkan untuk mendapatkan maklumat dan senario yang lebih jelas agar maklumat ini akan dimajukan kepada Kepimpinan Pemuda UMNO. Makluman dan input dari Kepimpinan Pemuda UMNO juga akan dimuatkan dalam blog ini.
Input dan maklumbalas yang berjaya dikumpulkan dalam sessi interaksi terhad Luncheon Sembang Media ini akan dijadikan permulaan kepada interaksi yang berterusan, makin mendalam dan konsisten antara Pemuda UMNO dan warga media, samada dalam sessi serupa. Sekretariat Perhubungan Media Pemuda UMNO ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana sambutan warga media yang amat memberangsangkan.
Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Sekretariat Perhubungan Media Pemuda UMNO Kamarulzaman Kamdias, yang juga Exco Pemuda UMNO dan beberapa anggota sekretariat.
*Sila layari blog Jinggo fotopages untuk gambarfoto majlis
59 comments:
saka...ni kalau bahasa melayu harian dikaitkan dengan warisan kepada perkara-perkara mistik dan tahyul, mungkin dalam kamus dewan maksudnya lebih jelas...
jangan media saka bangsa jadi saka berhantu mcm keris panca sitara..memburu tuannya sampai tidur tak nyenyak makan tak lalu...
akhirnya minta maaf..memalukan umat melayu..
hisham u sucks..!
wa ni mat rempit... boleh jadi ahli..?
aku dulu pemuda UMNO, tapi sekarang 'keluaq' bersama TUN sbb kecewa dgn Pemimpin Pemuda UMNO yg lemah, Yes Tuan, & takut pada kelemahan PM yg di dokong oleh KJ.. pemuda dah tak berjuang utk org Melayu tapi tunduk pd bangsa lain...
asyik dok kaut harta utk kroni Pemuda..
Mana dia Pemuda UMNO yg berjuang ttg isu kenaikan minyak?.... Diam seribu bahasa....
Saya setuju dengan komen kelab pemuda jiwa luka.... especially "Hisham.. you sucks...!".
Era politik ala UMNO sudah lapuk dimakan masa. Kini tibanya kita tegakkan "Ketuanan RAKYAT MALAYSIA".
No one should be lord over others except GOD. So, Pemuda UMNO.... YOU ALL SUCKS!
apa yg pemuda telah lakukan untuk generasi pemuda malaysia amnya? saya lihat hanya segelintir sahaja yang mendapat kebaikan dari usaha pemuda. rakyat bawahan lain terus hidup dalam ketidaktentuan lagi2 selepas minyak naik!
Ohh..sakabangsa. Kenapa pakai sub-domain blogspot? Pi la beli domain khusus kemudian implement dalam blogger google nih.
Dan satu lagi, kalau kami tegur boleh terima-pakai ka teguran kami tu untuk pembetulan Umno? Pi masuk blog saya kemudian bacalah "teguran" saya untuk pemimpinhj unmo.
baru sekarang nak dengar kata orang-orang Melayu.. Jahanam. UMNO fikir hanya mereka layak memerintah. Persetan dengan semua itu. Allah Taala dah sebut dalam Quran.. Dia yang mengangkat pemimpin dari kalangan Ahlul Bait - Bukan kamu UMNO...
...dan kalau dah rasa Umno dah open-minded nak terima teguran orang, apakata dimulakan dengan langkah dengan TIDAK MENAPIS KOMEN BLOG?
Menapis komen blog bererti anda hanya akan memilih komen yang "memuji" umno. Bukannya komen yang mengkritik umno.
Macam cerita hantu SAKA TV3 plak.... banayk nama lain lagi
ooo nk teguran ye
saya sebagai generasi muda menasihatkan agar sekalian barisan pemuda UMNO membuang semangat kabilah dan ketuanan melayu kerana inilah yang akan melemahkan barisan perjuangan anda.tinggalkan slogan-slogan umno yang terdahulu, dan perjuangkan kesamarataan hak untuk semua.
pemuda UMNO hanya untuk mereka yang dipanggil "mediocre" sahaja kini kerana penampilan dan pergerakan pemuda menolak pemuda dari golongan profesional. jangan salahkan yang cerdik2 kerana enggan terlibat dengan pemuda, kerana mereka menolak berdasarkan rasional mereka sendiri.
generasi masakini membesar disekitar anak2 berbilang bangsa, belajar bersama dan melihat susah payah bersama. apabila disebut2 lagi berkenaan ketuanan melayu maka yang cerdik2 merasa malu, kerana kami bersusah payah belajar dan memperoleh apa yang kami miliki hari ini.
andai kata pemuda ingin kembali mencerminkan pergerakan politik tanah air, saya kira eloklah jika pemuda bersama barisan pembangkang barang sepenggal dua kerana itu juga akan mengajar susah payah perjuangan.
akhir kata, tema anda sudah tidak laku lagi dikalangan pemuda cendekiawan kerana ahli2 anda terdiri dari kalangan yang koman dan masih terlalu lantang suara2 perkauman. jika beginilah keadaannya maka jangan haraplah suara pemuda hendak menambat hati pengundi2 muda sekalian. jauh sekali mengatur strategi yang berkesan kerana tenaga kerja terdiri dr golongan yang sederhana mentaliti dan intelektualitinya.
test
salam...
saya mengharapkan pemuda saka bangsa agar dapat membantu menurunkan harga minyak ke paras maksimum rm 1.50-1.90 seliter atau " turunkan" saja presiden anda dari takhta beliau sekarang....
takut gua saka2 ni..
Jangan sombong, ameno, bersifat perkauman, main isu perkauman, akhirnya siapa yang terbakar...lu orang juga terbakar...
Sila serah diri kepada polis untuk masuk ISA
saya pula berharap teguran2 dapat diterima oleh org2 umno sendiri walaupun ia pahit ditelan demi kebaikan negara. saya juga menyeru supaya umno berpatah balik ke hasrat yang asal,iaitu membela rakyat seperti yang dilihat pada sikap pemimpin pakatan rakyat. seterusnya, jgn la disekat2 kuasa pakatan rakyat untuk kesenangan rakyat sendiri seperti pemberian air percuma 20m padu di selangor...
saya tahu syabas ni ramai org2 umno yg memegang jwtn2 tertinggi.sehingga blh menaja meyuarat agung umno yg lepas..walaubagaimanapun, perjuangan untuk rakyat mesti juga diteruskan. sepatutnya anda memainkan peranan yang cukup positif dlm hal ini demi kepentingan rakyat itu sendiri...sekian...
salam..
abisla blog ni kena belasah...jd punch box la blog ni nampaknya
Asalamualaikum kepada semua yang membaca, terutama sekali kepada EXCO dan KETUA-KETUA PEMUDA NEGERI...
Kita sudah ketinggalan didalam hal blogers ini, sudah lama, baru kita mengambil tindakan untuk mewujudkannya.
Seingat saya, PEMUDA UMNO Malaysia ada melancarkan kempen Cyber WAR dan ianya sama seperti cita-cita didalam laman ini, ingin menjadi benteng kepada UMNO didalam alam cyber dan mendekatkan diri kepada masyarakat, tetapi hilang entah kemana.
Ingatlah wahai Pemuda Malaysia, kita sudah tidak boleh buat kerja separuh jalan, harapan saya yang tinggi agar sekerteriat ini dapat diwujudkan dengan lebih berkesan.
Peperangan kita adalah untuk menegakkan dan memperjuangan golongan muda yang hilang arah.
Kita perlu mencari formula bagaimana dan cara mana untuk kita menyematkan Semangat Kemelayuan kedalam hati dan sanubari Pemuda Malaysia.
Perkara ini tidak lagi boleh menggunakan Media, Pemuda UMNO mesti berkerja merapatkan diri secara bersemuka.
Saya cukup gembira apabila laman ini diwujudkan, tetapi tunggulah komen kami dan saya berharap agar ada Pemimpin kita yang membaca dan membalas sendiri, kalau setakat ambik repor dari PA-PA, kami disini akan lebih kecewa!
sekian ..
razlans.blogspot.com
Salam,
Maafla, apa isunya di sini. Yang saya nampak yang ada so far ialah pembaziran. Luncheon lah.. perasmian lah...mana isunya? Takkan selama ni u all tak pernah dengar keluhan rakyat?
Lagi satu, u all punya antara lain (link) tu tak ada pun link ke chedet.com? Apsal. Takut ke nak tau kebenaran?
Kalau u all nak tau, kat situlah semua keluhan hati rakyat marhain macam kami ni.
Hmmm..baguslahh..memang betullah tak kenang budi. Terus lupa jasa insan yang u all panggil ayahanda selama ini..
Macam ini ke kepimpinan cermerlang, gemilang apa temberang?
Maaflah..Dah tak tahan dengan kepura-puraan..
Lu pikirlah sendiri...
Antaramuka blog ini masih bole diperbaiki untuk menarik minat. Apapun diharap golongan muda bole memberi pandangan positif dan mampu menegur kesilapan pemimpin pemuda tidak mengira peringkat.
Harap blog Pemuda Umno dapat dimulakan dengan menyatakan pendirian terhadap isu-isu semasa dan berdiri belakang dollah bedawi atau tidak.
Kalau tak mau kritik kepimpinan UMNO dan memperjuangkan rakyat baik buat je portal macam warkah untuk PM tu, one way communication...
Blog ni mesti hangat menjelang pemilihan nanti huhuhu...
saka ibarat puaka.. puaka adalah tali barut hantu.. jadi kesimpulannya:
pemuda UMNO = saka = puaka = hantu = syaitan = penjenayah
Bagus la kalau dah ada Blog jangan pula macam Blog DS Ali Rustam tak dapat nak beri pandangan baik tak payah buka blog kalau tak dapat beri pandangan dan teguran....
saya berasa gembira kalau Pemuda UMNO betul-betul hendak mendengar suara Pemuda Malaysia.....
Tetapi Pemuda UMNO harus tanya diri sama ada betul-betul sedia (dari segi mental) untuk mendengar kritikan dan komen yang membina dari rakyat ?
kalau ya, saya berharap Pemuda UMNO dapat menerima cadangan atau pendirian Tun Dr. Mahathir yang telah dari parti sejak bulan sudah. Sekiranya pemimpin yang kita sanjungi itu telah acap kali membuat kesalahan dan tidak berkebolehan untuk memimpin negara yang tercinta sehingga menyebabkan ekonomi negara menjadi lemah dan masalah sosial seperti keselamatan dalam negeri kian hari kian terancam, kita tidak harus menyokong secara buta-tuli. Kita harus menilai samada seseorang pemimpin itu berbaloi untuk disokong ? kalau mereka cuma memainkan soal perkauman dengan mengatakan bahawa orang melayu jangan bergaduh kalau tidak orang cina akan ambil kesempatan untuk rampas kuasa ! saya seorang malaysia yang berbangsa cina ingin menegaskan di sini membahawa orang malaysia yang berbangsa cina tidak pernah memikirkan perkara ini. ini kerana orang malaysia berbangsa melayu adalah kaum majoriti di malaysia dan sememangnya orang malaysia berbangsa melayulah yang menjadi perdana menteri. tidak timbul sama sekali orang malaysia berbangsa cina akan rampas kuasa. kita cuma kritik perkara-perkara yang dilakukan oleh kerajaan BN yang melampau seperti rasuah dan kronisme yang tidak menguntungkan rakyat malaysia...seperti yang dipubliskan oleh 1 blog http://www.stevenkoay.blog.com yang mana artikel terbarunya menyentuh potongan 10% elaun menteri dan timbalan menteri yang diumumkan Pak Lah adalah satu tindakan simbolik yang mana ia cuma 2.86% daripada keuntungan Petronas pada 2007 yang mencecah RM70 billion.....Oleh itu, Pemuda UMNO harus berani bertindak demi keadilan dan kesejahteraan "Rakyat" Malaysia.
Syabas kerana melangkah ke arah yang sepatutnya. Tidak timbul soal tercepat atau terlambat. Yang penting ialah bagaimana langkah itu diteruskan...
Percubaan 1,2 dan 3 .. ada orang kee .. dah 1 jam hantar komen .. tak keluar pun ...
emmmm
Pemuda UMNO tak akan bangun dari kesedaran PRU12 yang lalu. Di peringkat negeri, bahagian, cawangan dan penyokong akar umbi masih berpemikiran ortodok (memnetang pembaharuan). Jika ada individu yang layak untuk bertanding jadi Ketua Pemuda Bahagian atau Cawangan maka kuburlah tempat individu itu maka malulah individu itu.
Contoh terbaik apabila saya sendiri mengumumkan pendirian untuk menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Cawangan..maka berlakulah mesyuarata sulit di antara Ketua Pemuda sekarang yang layak bertugas sebagai pembantu stor, tidak pernah berkasi walau untuk satu agenda pun sepanjang beliau memegang jawatan, langsung tidak menahu apa itu THINK-TANK dan lebih malu langsung tidak tahu apa itu konsep EKONOMI, konsep SOSIAL, konsep PENDIDIKAN. Sungguh JUMUD Ketua Pemuda yang diagung-agungkan oleh ahli-ahli Pemuda di cawangan saya. Hingga setiap malam kedengaran kata maki, cacian dilempar terhadap saya kerana bernai untuk bertanding menentang Ketua kesayangan mereka yang sudah nyata lemah dalam membangunkan nasib-nasib ahli-ahli. Saya menawarkan diri demi kepentingan agama, bangsa, dan negara. Negara kita kurang cerdik pandai Melayu Islam yang sudi mengembleng tenaga dana akal fikiran untuk menjayakan misi pembangunan insan (Melayu Islam). Tetapi inilah yang berlaku bukan sekadar ditempat saya malah di lain-lain cawangan di mana ahli professional dianggap kacang hantu dalam parti (jgn sekali bermimpi untuk memegang jawatan), ahli cendekiawan jangan sekali cuba-cuba memimpin UMNO kerana UMNO hanya layak dipimpin oleh manusia-manusia yang mementingkan diri walaupun ada yang tidak pernah mendapat laba sepanjang berkhidmat tetapi masih sanggup untuk bertahan demi suatu hari mana tahu KABEL mengena maka UNTUNG LAH LABA dari mana-mana projek ALI BABA.RM 1000 pun bagi golongan ini cukup besar bagi mereka untuk seumur hidup dan itulah sebenarnya harga mereka .
Pemuda UMNO tak akan bangun dari kesedaran PRU12 yang lalu. Di peringkat negeri, bahagian, cawangan dan penyokong akar umbi masih berpemikiran ortodok (memnetang pembaharuan). Jika ada individu yang layak untuk bertanding jadi Ketua Pemuda Bahagian atau Cawangan maka kuburlah tempat individu itu maka malulah individu itu.
Contoh terbaik apabila saya sendiri mengumumkan pendirian untuk menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Cawangan..maka berlakulah mesyuarata sulit di antara Ketua Pemuda sekarang yang layak bertugas sebagai pembantu stor, tidak pernah berkasi walau untuk satu agenda pun sepanjang beliau memegang jawatan, langsung tidak menahu apa itu THINK-TANK dan lebih malu langsung tidak tahu apa itu konsep EKONOMI, konsep SOSIAL, konsep PENDIDIKAN. Sungguh JUMUD Ketua Pemuda yang diagung-agungkan oleh ahli-ahli Pemuda di cawangan saya. Hingga setiap malam kedengaran kata maki, cacian dilempar terhadap saya kerana bernai untuk bertanding menentang Ketua kesayangan mereka yang sudah nyata lemah dalam membangunkan nasib-nasib ahli-ahli. Saya menawarkan diri demi kepentingan agama, bangsa, dan negara. Negara kita kurang cerdik pandai Melayu Islam yang sudi mengembleng tenaga dana akal fikiran untuk menjayakan misi pembangunan insan (Melayu Islam). Tetapi inilah yang berlaku bukan sekadar ditempat saya malah di lain-lain cawangan di mana ahli professional dianggap kacang hantu dalam parti (jgn sekali bermimpi untuk memegang jawatan), ahli cendekiawan jangan sekali cuba-cuba memimpin UMNO kerana UMNO hanya layak dipimpin oleh manusia-manusia yang mementingkan diri walaupun ada yang tidak pernah mendapat laba sepanjang berkhidmat tetapi masih sanggup untuk bertahan demi suatu hari mana tahu KABEL mengena maka UNTUNG LAH LABA dari mana-mana projek ALI BABA.RM 1000 pun bagi golongan ini cukup besar bagi mereka untuk seumur hidup dan itulah sebenarnya harga mereka .
PEMUDA UMNO HARUS KEMBALI KEPADA PERJUANGAN ASAL DEKATILAH ORANG MUDA,SELAMATKANLAH ANAK-ANAK MUDA KITA,JENGOKLAH RAKYAT YANG SUSAH,TANAMKAN SIFAT SAYANG PADA AGAMA,BANGSA DAN NEGARA PADA GENERASI MUDA,PERMUDAHKAN URUSAN MENYERTAI PARTI(YANG DARI PARTI LAWAN TAPISLAH HABIS-HABISAN),KEMBALIKAN HAK BERSUARA DALAM UMNO,BUANG BUDAYA LAMA KEMBALIKAN PERJUAGAN ASAL,ANDA SEMUA HARU 'ALERT' MASALAH RAKYAT JANGAN SOMBONG DAN BONGKAK,JAGA MORAL ANDA,SETIAP MATA MEMANDANG ANDA,KEMBALI SEBAGI KUMPULAN PENDESAK UTAMA.INSYAALLAH KAMI BERSAMU..HIDUP PEMUDA UMNO.
tahniah!
ada sesiapa yang nak bertaruh? hayat blog ini?
a) 1 hari
b) 1 minggu
c) 1 bulan
d) 1 tahun
atau boleh gajikan sesiapa untuk kerja-kerja peng'update'an.
Salam.
Maksud 'saka' jika kita lihat dalam Kamus Dewan Bahasa membawa lima maksud:
1)Saka = Pusaka
2)Saka = lelulur drpd sebelah emak, pangkat turun-temurun
3)Saka = tidak subur lagi (tanah)
4)Saka = tiang seri.
5)Saka = jenis tumbuhan yang hidup semusim.
Jadi 'saka' yang mana Pemuda UMNO guna? Mengapa Pemuda UMNO menggunakan maksud 'saka' ? Mungkin Pemuda boleh memberi penjelasan.
Pemuda UMNO sekarang sudah lupa apa itu perjuangan yang sebenar. Perjuangan membela nasib agama dan bangsa diketepikan begitu sahaja.
Lebih mementingkan perjuangan 'ekonomi perut sendiri dan keluarga'.
Lihat saja kepada kepimpinan Pemuda UMNO yang rata-ratanya kaya-raya macam h#nt# raya.
Hishammudin walaupun menjadi Menteri Pelajaran, memperlekeh bahasa Melayu. Mengagungkan bahasa Inggeris!
Mengapa Hishamudin tidak meneruskan Dasar Budaya Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan?
Baru-baru ini, Hishamudin membenarkan banyak sekolah jenis cina malah india berkembang! Ini bertentangan dengan dasar pendidikan Malaysia yang menyatakan bahawa selepas ini tidak ada sekolah jenis kebangsaan. Yang tinggal hanya sekolah kebangsaan.
Cuba lihat golongan muda masa kini..berapa ramai yang betul-betul menyertai Pemuda UMNO? Dan dikalangan yang menyertai Pemuda UMNO, berapa yang betul-betul faham aspirasi perjuangan? Sikit saja...sikit saja...
Kepada Pemuda UMNO...terutama yang ada pangkat dato ke Tan sri ke apa sajala...pandang cermin.
Baru-baru ini saya ada berborak dengan seorang pegawai yang bekerja dengan Hishamudin. Pegawai ini penyokong kuat Pemuda UMNO. Beliau melahirkan kekecewaan terhadap Hishamudin kerana dia bukan pejuang UMNO, tetapi pejuang BN (cina terutama).
Apapun selamat maju jaya kepada Pemuda UMNO.
Satu lagi....sebagai bangsa Melayu, perbuatan Hishamudian meminta maaf atas perbuatan dia menghunus keris adalah keterlaluan!...cukup memalukan umat Melayu sebagai umat bermaruah.
Walaupun Hishamudin ada niat politik ke apa ke...tetapi memohon minta maaf apabila didesak oleh parti komponen yang lain...hishamudin, awak menempah tiket keluar!
Dalam masa yang sama, penasihat-penasihat Hishamudin yang suruh minta maaf pasal Keris tu, saya cadangkan masuk belajar balik. belaja betul-betul. Dan paling utama, LETAK JAWATAN!
Keris ini merupakan simbol kekuatan umat Melayu. Jika anda minta maaf, maka kejantanan anda sudah hilang!
Kemudian isu bahasa Melayu dalam sains dan matematik. Pendek saja komen saya......berdampinglah dengan ahli akademik dan tokoh-tokoh Melayu.
Seperti Prof. Emeritus Abdullah Hasan, Prof. Emeritus Abu Bakar, Tan Sri Ainudin Wahid, Dr. Awang Sariyan, Prof. Dr. Redzuan Othman, Prof. Aziz Bari, Dato Baha Zain, DAto Zainal Abidin Wahid...dan banyak lagi....tidak lupa Dato Hassan Ahmad.
Saya berharap agar Pemuda UMNO ni, dekatkan diri kepada ahli akademik.
korang pemuda UMNO ni la pelahap duit nombo satu Malaysia
Pemuda UMNO, apakah pendirian tentang "Ketuanan Melayu" dan "Ketuanan Rakyat".
Sila.
Rakyat menunggu pendapat. Jangan pikir terlalu lamu.
Rakyat menunggu.
Konon nak konsep cermin-cermin diri, constructive criticsm, bermuhasabah.....pirahhhh
Si mangkuk Pak Lah yang tak lulus statistics tu semua puja bagai tuhan....
Kalau betul-betul nak bermuhasabah diri, tolong sound si mangkuk tu buat personal blog mcm Dr. M dan jawab kritikan point to point....ke dia tak kompeten pasal tak pernah membaca dan berwawasan...
Saya pon nak test dulu sebelum boh UMNO ni yg dah nazak, tunggu massa nak piiiii. Sat lagi saya mai tulis dlm ni nuuuu Pemuda.
haha~suddenly there are a bunch of 'unemployed woman'(or man?),'idots',and 'monkey' as described by umno leaders pre-election want to become bloggers~~
haha~~with the launching of this site, does it meant that umno was composed by just unemployed, idots and monkey? hahaha~~~i think umno perfectly suited the description
~~
apa pun tahniah laaaa kerana pemuda umno terbuka untuk melancarkan blog sendiri walaupun bakal menjadi blog belasahan cuba terima dengan terbuka segala kritikan.
kepada kekawan semua yang mana nak belasah tu belasah laaa tetapi disamping tu cuba memberi kritikan yang membina.
baguiih ada kemajuan. ni nak tanya pemuda tak bela kaa nasib rakyat miskin dan sederhana yg kena tipu ni atau nak membodek.
I am not going to support UMNOPutras as they r just the shame of BN.
In which country we are staying? The country controlled by KJ and gang, period!!!!!!!!!
Particularly Khairy is the shame of Oxford and Malaysian.
Hishamuddin also no qualification at all as education Minister, only knows the way to sway KERIS.
Ya la lone, depa ingat ketuanan melayu tu wujud hanya apabila mengundi calon BN serta menjadi ahli UMNO sahaja.
Sebenarnya ketuanan Melayu tu tak terhakis seperti didakwa oleh pemimpin2 UMNO, tetapi kerana mengelabah disebabkan kekalahan pada PRU12 ari tu, baik MT sampai le ahli biasa Umno jadi tak tentu arah, bimbang kehilangan kuasa. Dia orang ni dah terbisa dengan gila kuasa, tak gitu PEMUDA.
Salam,
saya berani jamin yang blog ini tak akan bertahan lama. Lihatlah sendiri, betapa rakyat kini semakin bencikan kerajaan pimpinan si 'dia'. Anyway, tahniah kerana sudah mula berjinak2 dgn blog. (sebelum PRU12 takde pulak kan? hehehhe)
salam,
45% daripada rakyat Malaysia terdiri daripada belia, yang rata-rata berpendapatan RM 600-900 sebulan. Mereka adalah golongan yang terbesar dan akan bertambah, mereka juga yang akan menggantikan kepimpinan yang ada kini.
Akan tetapi adakah kepimpinan hari ini ada memikirkan nasib-nasib golongan ini? Isu pengangguran masih lagi meningkat, kedatangan warga asing juga sama, semakin bertambah hari demi hari.
Kepimpinan hari ini harus telus dalam menyelesaikan masalah yang timbul, jangan hanya bertindak acuh tidak acuh.
Assalamualaikum,
Pertamanya, Pemuda UMNO perlu memikirkan bagaimana untuk merapatkan jurang diantara professional-professional Melayu dan pemimpin-pemimpin akar umbi.
Saya sendiri adalah seorang professional Melayu lepasan luar negara. Pengajian saya ditaja sepenuhnya oleh sebuah GLC. Semasa di sana, saya ada menganggotai Kelab UMNO. Namun begitu, saya begitu tak berkenan dengan politik Umno.
Terdapat ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang datang melawat Kelab-Kelab UMNO di sana. Setiap kali mereka ke sana, saya dapat lihat betapa mewahnya kehidupan mereka.
Bayangkan, seorang pemimpin tinggi UMNO dengan sewenang-wenangnya memberikan wang sebanyak 200 pound sterling kepada setiap seorang pemimpin-pemimpin pelajar yang hadir bertemunya. Pada perkiraan saya, pemimpin tersebut secara keseluruhannya telah membelanjakan RM 20000 dengan sekelip mata.
Bukan hasrat saya untuk mempertikaikan asal-usul wang tersebut. Saya cuma berpendapat, sebagai pemimpin berjawatan tinggi, beliau tidak patut mengamalkan politik wang sebegitu. Mungkin bagi beliau wang RM20000 adalah jumlah yang sedikit. Tetapi, beliau harus sedar bahawa ramai penduduk Malaysia yang mempunyai pendapatan tahunan yang jauh lebih kurang dari jumlah wang yang telah dibelanjakannya.
Cara pemimpin ini 'membeli' sokongan daripada pemimpin-pemimpin pelajar yang datang berjumpanya boleh disifatkan sebagai angkuh dan tidak prihatin. UMNO penuh dengan pemimpin-pemimpin sebegini, dan atas sebab inilah ramai golongan professional menjauhi diri daripada UMNO.
Golongan professional Melayu mahukan perjuangan yang lebih 'ethical', dan oleh sebab itulah mereka memilih platform-platform yang lebih telus seperti PKR bagi menyuarakan hasrat politik mereka.
Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin memberi dua cadangan untuk blog ini.
Pertama, saya mencadangkan agar blog ini menyediakan link kepada semua laman web dan blog politik di Malaysia, tidak kira dari parti pemerintah mahupun pembangkang.
Salah satu ciri politik matang adalah bersedia untuk mendengar pendapat dari semua pihak, tidak kira kawan atau lawan. Hanya selepas mendengar pendapat-pendapat lawan, barulah anda membalas dengan hujah-hujah anda sendiri. Langkah ini membolehkan pembaca-pembaca blog ini mendapatkan 'balanced view'. Hal ini adalah penting untuk memastikan integriti blog ini. Di samping itu, langkah itu membolehkan orang ramai melihat keterbukaan Pemuda UMNO dalam membalas hujah-hujah yang diberikan oleh lawan.
Kedua, saya mencadangkan agar blog ini memberikan peluang kepada penulis-penulis yang boleh memberikan pandangan yang berbeza-beza, walaupun pandangan mereka tidak sama dengan pandangan 'mainstream' UMNO. Blog yang hanya menulis tentang kebaikan kerajaan tidak akan mendapat sambutan. Penulis-penulis di sini haruslah diberikan 'independence' dan 'individuality', kerana penulisan mereka adalah bukan pandangan parti, tetapi pandangan mereka sendiri.
Saya berharap agar cadangan saya ini diterima-pakai untuk kebaikan semua pembaca.
Wassalam.
Malang, kerana kehadiran blog ini pada ketika kemuncaknya rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang ditunjangi UMNO. Lebih malang seandainya luahan rakyat biasa tidak dipedulikan dan dibakulsampahkan. Sangat-sangat malang apabila bertindak kononnya dengan acuan global tetapi sebenarnya mengundur ke dunia jurassic!
Mampu ker orang-orang besar dalam UMNO mendengar rintihan rakyat yang tidak berduit dan sudah tidak bertanah ini? Mampu ker orang-orang besar dari sayap-sayap UMNO mendengar cerita rakyat marhaein yang sudah cukup tertekan dengan perbelanjaan orang besar tetapi dibayar oleh rakyat marhaein? Atau adakah orang-orang besar UMNO akan terus memekup telinga dan berpura-pura seperti mereka masih disayangi dan disanjungi?
Atau sanggup ker PEMUDA UMNO belajar daripada pemuda-pemuda yang rata-rata menjadi ahli blog atau melayari blog di segenap pelusuk Internet ini? Atau sekadar sanggup mendengar cerita-cerita gembira seperti yang diamalkan oleh Presidennya? Atau sanggup ker orang-orang besar dalam PEMUDA UMNO ini merajinkan diri untuk membaca bukan sekadar mendengar semata-mata?
salam.....
Tertarik, Menarik, dan Teruja
membaca komen-komen yang dilemparkan di dalam blog ini...
Ada yang mengata, ada yang mengkritik, ada yang melepaskan marah sebab minyak naik, ada yang saje jer nak test dan ada juga yang membina. Seharusnya gunakanlah peluang yang ada ini untuk menegur dan memberi pandangan atau kritikan yang membina. Orang tua-tua kata Marah-marah cayang bukan benci.
Diharapnya akan ada banyak kritikan yang boleh diterjerjemahkan supaya boleh dibetulkan oleh mereka-mereka yang boleh membetulkan keadaan dan mereka yang ada diatas hendaklah mengetahui apa masalah rakyat jelata janganlah buat rakyat jelata seperti kura-kura atau labi-labi yang mana diketahui boleh mengalahkan si arnab yang pantas berlari. Janganlah dibiarkan rakyat membuat tindakan "Marahkan Nyamuk, UMNO dibakar"...
Mungkin dengan kenaikan minyak yang rasanya agak melampau amatlah tidak boleh diterima rakyat jelata, jadi cubalah mencari satu jalan kalau nak mahalkan minyak pun kerna seperti yang diketahui seluruh dunia mengalaminya. Tapi seperti yang diketahui semenjak zaman Tuanku Abdul Rahman lagi bila minyak naik akan naiklah semua barang kecuali susu getah selepas di toreh ianya akan turun.
usahlah ditulis didada akhbar arus perdana kemana perginya 13.7 Billion yang kononnya dapat di jimatkan dengan kenaikan minyak kerana semua rakyat jelata sudah merasa bahana kenaikan barang-barang makan dimana mendapat 4 Billion dari jumlah yang dijimatkan yang diberi tahu tetapi naik jugak.
Nampaknya kerajaan sudah "cakap tadak supa jadi lar kawan" macam kenaikan harga minyak menteri habaq bulan 8 tpi Pak Lah selambe jer naikkan dan diumumkan tak sampai 8 jam dah naik, 8 jugak tpi 8jam bukan bulan 8. Jadi Jem lah seluruh jalan sampai yang taknak isi minyak pun marah sebab terperangkap sama. Macam mana rakyat tak marah janji nak habaq awai-awai or 2 tiga hari sebelum. Rakyat jelata merasa amat tertipu di dalam hal ini seperti cerita "Tipah Tertipu"
Zaman Tun minyak naik jugak tapi takdelah macam Zaman la ni naik bagai nak rak seharusnya tanya lar pendapat orang lama dah kita ni asyik tido jer kejenye tanya lar dia. Mungkin dia ada jalan tapi tak mahu, dikutuknya ada.
Atau mungkin jalan lagi mudah dah kita tak berdaya or memang tak dak idea kita bagi jer orang terer naik takhta dan kita duk rumah tak buang masa dan jimat duit rakyat jelata...
Akhir kata untuk dia
turunlah takhta sebelum Disember
moga rakyat jelata takkan merana...
salam untuk semua..
Kalau Pemuda serius, piket ramai-ramai mintak pak lah letak jawatan. senang dan habis cerita. Hisyamudin...kj semua pengkhianat bangsa sendiri. Malu dan kesian arwah Tun Hussein Onn ada anak macam Hisyamuddin!
aik bukak baru pulak... mana pergi http://yes2umno.blogspot.com tu...
dah satu lunyai bukak baru laks... sonang baitu
You wanna know the truth? Can you handle the truth? - Jack Nicholson.
----
I am a malay but the truth is I am too ashamed to be associated with you.
Why would I want to be associated with a leader who failed his statistic, kowtow to singapore, made his SIL his master and ahh.. too long.
Why would I want to be associated with Mat Rempits?
Why would I want to turn to you when every one is bashing the malays and all your "ketua" did was apologized? Might as well make Azalina to be your "ketua."
Sorry. I am with TUN all the way until you guys grow some brain and some balls.
tahniah atas kehadiran satu lagi blog politik UMNO , bukan senang untuk menentang puak-puak pembangkang yang begitu nakal mulut mereka.
Hidup UMNO
terlebih dahulu saya ingin ucapakan tahniah kerana PUMUDA UM NO berjaya mewujudkan BLOG ini.... saya sebenar tak setuju sengan mereka yang mengatakan yang blog ni tak tahan lama, malah saya berdoa semoga ia akan bertahan lebih lama, Malah saya syukur kepada Ilahi yang maha berkuasa, kerana kalau tidak diwujudkan Blog ini maka saya selamanya tak akan mengetahui bahawasanya PEMUDA UM NO ni sebenarnya dari golongan tak CERDIK.... mati-mati aku ingat sebelum ini dari golongan profesional... iskh iskh iskh patut lerrrr perangai semacam jeeee SUBHANAALLAH.....memang tak cerdik kau buat BLOG ni untuk apa? Patut lerrr harta negara habis tergadai siapa yang sokong puak tak cerdik ni jadi pemimpin...., Bukan aku cakap, Cuba tengok komen2 sebelum...
Pak Lah kena berundur.
Itu syaratnya kalau nak menag PRU13
Exco PEMUDA semuanya BANGANG... semua lebih FOKUS pada RMRMRMRM... betoi dak? perkara pertama bermain di minda "Apa projek yang akan aku dapat bila Join UMNO?"... inilah sikap pemimipin PEMUDA UMNO di Bahagian hinggalah ke PUSAT...
Aku sendiri sebagai PEMUDA UMNO dah muak dengan sikap hampa semua...
Pada pendapat saya mengunakan kata nama SAKA untuk blog pemuda umno tidak sesuai sebab:
a.Suatu hari nanti rakyat akan mencemuh pemuda umno dengan menggunakan kata nama ini sebagai tidak subur lagi atau tidak relevan lagi.Ini di namakan keris makan tuan.
b.Kita kena ingat kata nama yang kita gunakan itu telah menjadi satu doa.Takut doa itu terkena pada maksud tidak subur lagi,tidak boleh dignakan lagi,tidak boleh pakai lagi atau tidak relevan lagi.
saya cadangkan katanama untuk blog pemuda umno ditukar kepada "PEJUANG BANGSA" mudah difaham dan diertikan oleh semua bangsa dan ertinya juga sehaluan dengan apa yang kita lakukan sekarang yaitu berJUANG untuk agama bangsa dan negara.Jadi pemuda umno adalah PEJUANG BANGSA.
sakabangsa oi
kalau tarak orang nk update emel kat aku content meh aku updatekan... tapi bayar aaa...
aku dah tak tahan dah dgn keadaan ekonomi skang ni wei... semua nak naik kan... so boleh gak cari2 duit lebih...
pm / aku nnti cerita harga.. bolehh aku buat subsidi minyak peribadi dan keluarga
aiseh.....
mana respon dri pemuda UMNO...setakat baca je komen2 org baik x yah buka blog..
komen dan balas la balik bro...baru nama jantan...
testing
Teruk juga komen-komen ..nak kata apa lagi..komen-komen adalah cermin apa yang dah anda buat selama ini..
saya tak myokong mana-mana cuma AMANAH adalah syarat utama Khalifah iaitu pentadbir mukabumi
betulkan diri dan orang yg terdekat barulah boleh memerintah..
Good Luck !!
This is what I called a waste of resources - launching of a blog ???? It defeats the whole purpose of you ppl going online. You UMNO ppl will never grow up!!
Ppl are beginning to suffer from the spiralling costs of everyday living and yet you hold a luncheon for jounalists. You ppl are a mix of jokers and clowns roll into one. The biggest fool is the PM though.
Come on, I dare you to approve my comment if transparency is what you ppl want.
(update 120608: Yang meletakkan batu asas bagi pembinaan rumah api Hosbourg Light House di Pulau Batu Puteh 24 May 1850 juga adalah dari golongan Freemason! Oleh itu adakah ini bermakna penulis surat perlepasan (PeMangKuk SUK Johor) yang menjadi bukti utama ICJ dan penyebab kekalahan 'Gail Patani and the team' baru2 ini - adalah juga seorang Mason? Ini perlu siasatan lanjut. Lagi bukti Freemason bertapak di nusantara semenjak pada tahun 1786 )
sejarah sebenar 'ketuanan' yang semua orang 'malaysia' patut tahu: - http://themalaypress.blogspot.com/
jangan teperangkap dengan retorik politik
Kita mesti kekalkan Pah lah!! kerana ia adalah "simbol" UMNO takkan runtuh dari dalam!
Pak Lah telah memberi simbol semangat "Lagi Tekan Lagi Lawan"!!
Hidup Pak Lah!
U are DEMOKRASI FATHER!!
Post a Comment