Tuesday, June 17, 2008

Matematik UMNO..G7 atau G70 atau G700

Mesyuarat UMNO cawangan akan bermula pertengahan Julai ini. Hasilnya, perwakilan2 akan dipilih mewakili cawangan2 untuk menyertai mesyuarat2 Bahagian. Kuota Perwakilan ke mesyuarat Bahagian adalah mengikut jumlah keahlian, iaitu lebih kurang seorang bagi setiap 50 ahli, tidak termasuk Ketua Cawangan yang terpilih secara automatik.

Di mesyuarat Bahagian pula, selain dari G6 (Ketua, Timbalan, Naib, Ketua2 Pemuda, Wanita dan Puteri), akan dipilih pula 7 orang perwakilan (G7) yang dicalonkan di peringkat cawangan, untuk mewakili bahagian ke Persidangan Agung tahunan UMNO (tidak kira berapa ramai ahli UMNO bahagian tersebut). Kedua kumpulan ini di panggil G13 dan akan menjadi wakil kepada 191 bahagian UMNO seluruh Malaysia membahas, menyuarakan dan mengundi setiap tiba musim pemilihan seperti tahun ini. Jika dicongak secara pukul rata, 191 bahagian darab 13 orang perwakilan, menjadikan 2,483 perwakilan semuanya, tidak termasuk lebih kurang 50 ahli2 majlis tertinggi UMNO serta 30 perwakilan dari 3 sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

Jadi jumlah penuh perwakilan yang akan menentukan halatuju UMNO serta menentukan Presiden yang automatik menjadi Perdana Menteri ialah lebih kurang 2,560 orang. Secara kasar hanyalah 0.08 peratus dari lebih 3 juta ahli berdaftar UMNO!

Satu perkara yang menarik juga ialah, mengikut rekod perwakilan sejak 10 tahun yang diperolehi, lebih 60 peratus nama2 ahli G13 yang timbul pada setiap tahun pemilihan adalah terdiri dari orang2 yang sama! Kecuali nama2 Ketua2 Pemuda dan Puteri, mereka ini terdiri dari rangkaian yang sentiasa menjadi perwakilan pada tahun memilih.

Persoalan yang timbul adalah, adakah wajar hanya 0.08 peratus dari lebih 3 juta ahli menentukan pucuk pimpinan parti? Dan apakah dengan jumlah perwakilan yang sedikit itu akan membuka ruang yang luas bagi pihak yang berkepentingan (dalam atau luar negara) untuk membeli atau membayar perwakilan di dalam menentukan siapa bakal menjadi Perdana Menteri yang akan datang?

Amat murah sekali kepada mereka yang berkepentingan untuk membeli perwakilan yang terdiri dari 2,560 orang! Jika RM1,000 seorang baru RM 2,560,000. Kalau RM10,000 seorang? Baru RM25,600,000. Sekiranya RM100,000 seorang, RM256,000,000 adalah terlalu kecil bagi sesebuah institusi negara asing untuk menakluk sebuah negara yang merdeka!

Untuk jawatan2 Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri pula, jumlah perwakilan hanyalah lebih kurang 800 orang. Oleh kerana individu yang dipilih menjadi perwakilan tidak membawa mandat sebenar ahli dan sekadar mengundi di atas kepentingan peribadi, maka terbuka luaslah peluang kepada calon2 yang berkepentingan untuk menggunakan apa jua cara untuk memastikan kemenangan! Ini termasuklah penggunaan wang ringgit secara melampaui batas!

Kepada mereka yang mempunyai aspirasi politik, belajarlah matematik UMNO. Walaupun ahli di akar umbi sememangnya sudah tidak hendakkan kepada seseorang pemimpin, tapi yang menentukan adalah perwakilan2 tadi. Ini lah sistem yang ada dan digunakan selama ini.

Persoalan ini pernah ditimbulkan di dalam perhimpunan agung beberapa tahun lalu tetapi sehingga kini belum mempunyai penyelesaian. Tiada cadangan yang mantap dikemukakan sebaliknya pelbagai alasan telah diketengahkan. Pemuda berharap ianya akan dapat dikaji semula. Samaada menambah jumlah perwakilan daripada G7 kepada G70, G700 atau pengundian di peringkat cawangan atau berbentuk referandum, ianya memerlukan perhatian setiap ahli UMNO. Tiada penyelesaian yang mudah kepada perkara ini, akan tetapi kita semua sedar akan permasalahannya.

Tepuk dada, tanya selera....


28 comments:

abid said...

Saudara Pengarang,

kuasa menentukan kepimpinan dari peringkat cawangan, bahagian dan pusat hendaklah ditentukan oleh oleh setiap ahli yang berdaftar dan membayar yuran. mungkin ini satu proses yang panjang, namun ini dapat mengelakkan politik wang dan sebagainya.

setiap ahli umno akan merasai diri mereka penting dalam menentukan kepimpinan parti.

seringkali berlaku dimana, sebagai seorang ahli biasa merasakan diri mereka tidak penting dalam menentukan hala tuju parti.

perlembagaan parti harus diubah segera bagi memastikan UMNO terus relevan kepada bangsa Melayu dan tidak dieksploitasi oleh mereka yang berwang sahaja.

Mereka yang berpolitik yang menggunakan wang adalah virus yang boleh membunuh parti secara perlahan-lahan. Inilah yang menjadi punca kepada keputusan PRU12.

brain.suckerz said...

Kalolah RM1000, Rm10000... tu didermakan kepada org2 miskin, kuranglah beban rakyat miskin. Aku kasihan kat org2 miskin nih, mlm2 tgk tv 'Bersamamu' esok baru lah datang orang2 politik nak tolong, tapi kena adalah orang tangkap gambar masuk paper, masuk tv, kalo x tak mau nye diorang nih menolong. Hanya nak publisiti aje. Tapi hari2 becakap pasal perjuangan untuk bangsa melayu. hampeh, tu pun cakap2 mcm tu sebab nak raih undi. Hai kasihan UMNO, disebankan isi kandungan busuk, luaran pun nampak busuk....

Razlan said...

Salam Sahabat yang Menulis,

Dari perangkaan yang ditulis, nak rasa takut pun ada, rasa risau pun ada, dan ntah apa lagi perasaan saya.

Cuma saya sebagai orang UMNO melihat ianya adalah suatu yang keji dan menghina orang umno.

Artikel yang seperti ini sepatutnya tidak ditulis oleh mana-mana orang UMNO, lebih-lebih lagi daripada badan tertinggi UMNO, lebih malang sekali, maklumat seperti ini boleh dicapai oleh satu dunia!

UMNO telah wujud selama 62 tahun, dan selama inilah kita telah mengamalkan sistem yang sedemikian dan dibaik pulih berperingkat-peringkat.

Sekiranya matematik seperti inilah. nescaya Malaysia akan lebih cepat dijajah daripada Yahudi seperti mereka Merancang menjatuhkan kerajaan Turki.

Saya masih berharap dan berdoa agar matematik anda adalah salah, Orang UMNO masih mempunyai jati diri, tidak kira Pemimpin dan juga perwakilan.

Dato Nasir Johor, pernah berbicara, sekiranya ada pembesar yang suka menaja, maka mereka inilah merupakan pengkhianat bangsa.

Kami yang dibawah ini senantiasa mamantau siapakah sebenarnya Bakal-bakal ketua bahagian dan juga perwakilan yang akan mewakili kami untuk memilih.

wasalam ....

USAMABENLADEN said...

Saudaraku Saka sekalian...

Kalau dah hidup dengan duit banyak tu dengan mengamalkan rasuah dan beli undi...

Cuba tanya berapa harga yang dibayar untuk membeli undi masa pilihanraya...

Eloklah dibuat laporan polis kalau saudara-saudara saka sekiranya cintakan bangsa melayu...

Kalau tak berani eloklah bubarkan sahaja UMNO tu agar tidak diletakkan sesama golongan api neraka,,,ingin pesan sesama ISLAM itu..pun kalau masih ingatkan ajaran ISLAM..

NFH said...

AHLI BIASA boleh LUCUTKAN jawatan PRESIDEN.

Benar! Ahli biasa boleh lucutkan jawatan Pak Lah mengikut perlembagaan UMNO 9.12

Jadi, kalau rasa Pak Lah memang tak layak jadi presiden dan amat degil mendengar isihati akar umbi,maka bolehlah diadakan persidangan agung khas untuk mengundi meLUCUTkan jawatannya.

Perkara 9.12 ini mungkin orang ramai tak perasan. Tapi dalam keadaaan macam sekarang ni, semua peruntukan harus diambil kira.

Jadi, boleh tak media saka bangsa mengusahakan persidangan ini untuk berlaku?

Terima kasih

Juraimi Zainal said...

Salam,

Sblm ni saya ada melayangkan pasal isu "duit melayang" ni dibeberapa blog... Begitulah hebatnya permainan duit di peringkat Cawangan dan Bahagian... Sebenarnya saya dah lali benda ni...

Lihatlah negara M'sia yang terhasil sekarang... Kamu tgklah pemimpin2 kamu bersandiwara...

Allah akan membalas perbuatan kamu masing2 yg laknat...
**************
Oh melayu,
Aku x tau korang semua kayu,
Suka sgt dengan tok nenek dahulu,
Buat apa saja ikut melulu,
Tuhan suruh guna otak dahulu,
Bukan tengok keris terus rasa syahdu,
Tuhan suruh guna otak dahulu
Pemimpin bodoh jangan ambik buat penghulu,
Yang merana kita dan anak cucu ,
Sekarang yang tinggal hanyalah BULU…

Mohd Nurul Amin said...

Malu gile ah ako jadi melayu. Bersyukur sebab Islam je. kalau bleh tukar bangsa da lama aku tukar. dari atas smpai bawah. kiri ke kanan sumer haprak. Malu2

Mohd Nadzri Kamsin said...

Sistem yang ada sekarang tidak jauh beza daripada Electoral College, sistem yang dipakai untuk memilih Presiden Amerika Syarikat. Kelemahan pada sistem sekarang ialah, orang yang mungkin tidak mendapat separuh daripada majoriti orang ramai masih dapat memenangi pilihanraya kerana perwakilan memihak kepadanya.

Kapak Batu said...

berubahlah kamu semua dan tak payah bersendiwara lagi, bantulah rakyat yg susah ni , jangan asyik nak bodek pemimpin je...

Unknown said...

Saye ni benar2 kecewa dgn Pak Lah. Benar2 kecewa yg amat sangat. Dulu di kampung saya yakni Bumbung Lima, Kepala Batas beliau ada memperkatakan tentang nasib org2 Melayu PP yg terpinggir terutamanya di sebelah pulau. Beliau akan melakukan perubahan bila jadi PM. Tetapi semuanya janji kosong. Mana dia Al-Ghazali. Yang ada cuma Rahim Razali dan M.Rajoli.
Saya menyanjungi sgt bekas PM yg cerdik pandai mentadbir negara. Dlm ekonomi meleset beliau telah berjaya mengatasinya. Tetapi di zaman Pak Lah rakyat sangat2 kecewa. Rakyat menderita. Jika ini tidak di kawal mungkin byk kejadian2 seperti merompak, menyamun serta berbunuhan berlaku. Ini adalah kerana kesempitan hidup. Org yg patut dipertanggungjawapkan ialah UMNO. Sebab kerajaan ialah UMNO. UMNO pimpinan PakLah. Rakyat sengsara sebab UMNO. Masuk UMNO boleh kaya. Projek sana sini. Tanah milik kita di ambil orang. Pulau milik kita di ambil orang. Lama2 negara pun boleh tergadai. Pikirlah orang UMNO. Semuanye pandai2 belaka. Pandai cakap.

putra_9676 said...

pemimpin masih lagi ingin merebut jawatan, dan tak pernah nak prihatin masalah rakyat kerana kenaikkan harga minyak. apa lagi kerajaan ingin kami lakukan, berjimat, perbelanjaan secara berhemat, mengikat perut, semua telah kami lakukan. kami rakyat malaysia amat kecewa sekali dengan kerajaan. dan kami merasa kan amat tertindas dan menyesal mengundi BN pada pilihan raya lepas. tetapi peralihan kuasa perlu dilakukan segera kerana pemimpin sekarang tidak telus dan menyeksakan rakyat.

My thoughts said...

dear sir,

great power shall come with great responsibilities...That's what I always believe in.Hidup UMNO!

http:\\mrmthoughts.blogspot.com

Aspirasi said...

Walaupun ia pahit untuk ditelan.. ianya masih hakikat yang perlu diakui...

Nampaknya macam terlalu murah untuk dibeli bagi sebuah parti yang telah berjuang dan membangunkan bangsa dan negara.

Apa sangatlah pada RM 2,560,000, RM25,600,000 dan RM256,000,000 adalah terlalu kecil bagi sesebuah institusi negara asing untuk menakluk sebuah negara yang merdeka!

Sebagai orang UMNO perlu jujur pada parti, bangsa dan agama. Mereka perlu balik kepada perjuangan parti mereka.

Ini yang membezakan antara UMNO dan PAS. Kini tiada ahli UMNO yang betul-betul ikhlas berjuang sekiranya tidak mendapat sesuatu pada diri mereka khasnya di kalangan pemimpin mereka samada cawangan mahupun bahagian. Namun ini bukan bermakna tiada ahli UMNO yang ikhlas berjuang untuk parti, bangsa dan negara.

UMNO dilihat semakin jauh dengan masyarakat dan rakyat. Apatah lagi dengan masjid dan surau. Sebab itu rakyat pun semakin jauh daripada UMNO.

Kita mesti akui bahawa politik wang dengan kata lain rasuah masih berlaku dalam politik UMNO. Ini adalah hakikat. Kerana manusia yang mahukan kuasa, duit hanya dilabur hanya sedikit sahaja. Nanti boleh dapat banayak lagi.

Oleh itu yang hanya boleh memperbetulkan ialah ahli UMNO sendiri.

Sistem kouta perwakilan ini perli ditambah peratusannya. 8% dari 3 juta ahli UMNO terlalu sedikit. Perlu ditambah kepada 30 hingga 40 %. Kalau dapat 100% lagi baik.

Fikir-fikirkanlah.. sebelum UMNO hilang ditelan bumi..

bronaga said...

Mengapakah kamu semua pemimpin umno terlalu ego untuk berbaik-baik dgn. Tun? Mengapa tidak diadakah mesyuarah antara kamu dgn. Tun? Mengapa mesti mengeluarkan perkataan yang hina terhadap beliau oleh pemimpin2 umno? Mengapa keputusan2 yang dibuat oleh kerajaan banyak yang mengelirukan rakyat? Tidakkah sebagai pemimpin kamu wajib selesakan hidup rakyat? Tiada niat menyusahkan rakyat? Mudah betul cakap Paklah...ckp. Memang mudah! Saya tidak akan mengundi utk bn jika Paklah tidak mahu menyerahkan kuasa kepada Datuk Najib dgn. Kadar segera.! Berkemungkinan besar juga utk. Keluar dari Umno jika beliau terus berdegil! Jangan salahkan kami ahli umno akar Umbi jika Bn tewas teruk pada PRU13 Nanti! Percayalah Umno tetap dihati kami tapi tidak kpd. Presiden Flip flop! Kepada kamu semua yang dok kat atas tu! Tanyalah diri kamu semua benarkah anda semua memperjuangkan agama bangsa dan tanahair dan apakah langkah2 yang telah kamu ambil kearah itu? Jawapan saya utk. Anda zero! Walahualam

Maverick said...

Salam,

Apa pun yg berlaku dalam pemilihan UMNO nanti tidaklah begitu menarik perhatian saya. Apa yg ingin kita tahu sekarang ialah, adakah Pergerakan Pemuda UMNO berani menyuarakan dan menegur pemimpin atasan sekiranya kita tahu apa yg dilakukan itu silap dan perlu diperbaiki? Setakat ini yg saya dapat lihat hanya Dato Mukhriz sahaja yg berani tampil dan mengambil risiko ini utk berhadapan dgn AAB. Selepas itu ada beberapa ahli exco pula menyokong tindakan beliau. Mana pergi yg berpuluh lagi pemimpin ataupin yg mempunyai jawatan dalam parti? Takkan nak membodek sepanjang masa dan sanggup membutakan mata dan memekakkan telinga tanpa membuat sesuatu sedangkan kita semua tahu AAB banyak melakukan kesilapan.

Kalau daripada Pergerakan Pemuda lagi sudah memulakan gerakan bodek membodek dan perangai "Yes Boss" ini, tidak hairan gejala ini aka berlarutan sampai bila2 kerana Pergerakan Pemuda merupakan tempat berlatih utk menggantikan pemimpin2 di masa akan datang. Tapi kalau beginilah rupa "latihan" yg diterima, baik tutup jer UMNO ni. Kenapa pulak saya katakan begini? KJ dengan senang menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pada tahun yg lalu dan mendapat laluan mudah. Come on man... this man just had made a fortune because of YOU GUYS.... Stop being a "Yes Man" and start doing what is right.

Kebanyakkan akan mengatakan mesti ada perangai membodek untuk terus menyenangkan hati Ketua. Baik.... bagaimana pula halnya dengan ahli dan rakyat? Bukankah tujuan Parti itu ditubuhkan adalah untuk memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara? Kalau semuanya utk Ketua sahaja, Baik sokong dri sndri dlm parti sndri ja.. Kalau barisan pelapis pun sudah rosak kepimpinannya, maka bila naik jadi pemimpin pun aka semakin teruk daripada yg asalnya.

Kalau kata2 saya ini terlalu keras, buat la tindakan dalam MT utk buang saya daripada ahli. Kerana sekarang begitu cara pemimpin UMNO melaksanakan kerja2 mereka. Tiada seorang pn yg betul2 JANTAN....

azman said...

jadilah pemimpin yg bermaruah,kebangaan rakyat dan amanah.

Putra IJ80 said...

Saya tidak dapat lupa,hebat nya Datuk ketika membentangkan kes pembalakan di Kelantan.

Datuk dengan gaya,menunjukan segala bukti,fakta yg. begitu terperinci,maka pada hematnya tidak ada jalan lagi bagi Kerajan Negeri,melepaskan diri.

Tapi pelik hari ini,buka blog. kena maki.

myaltec said...

BANGSA LAIN DI M'SIA DAH BERSAING EKONOMI DGN MAT SALEH DAH.TAPI MELAYU MASIH BERGADUH SESAMA SENDIRI...KALAU AKU BOLEH TUKAR BANGSA, DAH LAMA AKU TUKAR JADI TOK ARAB.

Rajinus said...

harap Pak Lah dapat baca weblog ni supaya tersedar apa yang diperkatakan oleh rakyat jelata

Teddy said...

saya rasa pemuda UMNO tak perlu berdolak dalih menulis pelbagai alasan yang tidak munasabah... kehendak rakyat sudah jelas..

i) Khairy Jamaluddin adalah liabiliti paling besar UMNO

ii) Rakyat tidak percaya kepada kepimpinan Abdullah

selesaikan 2 perkara di atas, maka selesailah masalah yang menimpa UMNO. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah.... saya pikir pada PRU lepas dah terhantuk dah.. rupanya saya silap.. atau pemuda pakai helmet?

Teddy said...

saya rasa pemuda UMNO tak perlu berdolak dalih menulis pelbagai alasan yang tidak munasabah... kehendak rakyat sudah jelas..

i) Khairy Jamaluddin adalah liabiliti paling besar UMNO

ii) Rakyat tidak percaya kepada kepimpinan Abdullah

selesaikan 2 perkara di atas, maka selesailah masalah yang menimpa UMNO. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah.... saya pikir pada PRU lepas dah terhantuk dah.. rupanya saya silap.. atau pemuda pakai helmet?

manggis said...

itulah hakikat sebenar UMNO

Ahli UMNO ada harganya.Mungkin Pemuda boleh perincikan lagi harga tersebut.

Nilai seorang ahli umno bergantung kepada kedudukan dan kekuatan. Semakin tinggi kedudukan dan kekuatannya maka semakin tinggilah harganya.

Disedari atau tidak, inilah alat yang akan memusnahkan UMNO, ini bukan soal pak lah atau lainnya, ia adalah soal WANG!!!

Cuba semak semula apakah punca semua kemelut dalam UMNO hari ini, it's all about MONEY.

Apa stand dan tindakan pemuda dalam hal ini, jangan hanya pandai berkata tetapi sendiri bergelumang dengan dosa politik wang, maka tidak salahlah jika ALLAH menurunkan bala kepada kita semua.

PEMUDA Tolong respon kepada perkara berikut

Negara sedang dilanda krisis ekonomi, rakyat dibebani dengan kenaikan harga minyak, pemimpin diminta berjimat cermat.

TETAPI cuba anda huraikan peristiwa berikut

MAKLUMAN

Tarikh : 21/6/08 semua ketua cawangan umno seluruh Johor diarahkan JASA untuk berkumpul di KL. sebelah malamnya ada konsert di PWTC yang akan dihadiri oleh Pak Lah dan para ketua cawangan umno.

penginapan disediakan di hotel lima bintang (eg Legend)

Tarikh : 22/6/08 taklimat akan disampaikan oleh Pak Lah kepada semua ketua cawangan umno seluruh johor.

kos dianggarkan RM10juta

Apa komen pemuda semua?????

PEMBAZIRAN???
SALAH GUNA KUASA???
PROPAGANDA?????
POLITIK WANG?????
CAKAP TAK SERUPA BIKIN????
ATAU APA SAHAJA?????

manggis said...

pada saya KJ is the biggest culprit

apa yang pemuda boleh buat????

Sdr Rosdin Mahmud ketua pemuda UMNO bahagian labis dikhabarkan jadi balaci KJ di Johor. Apa langkah pemuda umno johor?????

ezani said...

[sakabangsa said : Persoalan ini pernah ditimbulkan di dalam perhimpunan agung beberapa tahun lalu tetapi sehingga kini belum mempunyai penyelesaian.]
---
Saya rasa inilah sebabnya, UMNO tidak mahu menolong diri sendiri walaupun luka sudah sampai ke tahap parah binasa. Juga tidak ada sistem review di dalam UMNO untuk menentukan sistem pemilihan calon adalah efisyen dan adil.

Maka jika UMNO tidak mahu melakukan apa-apa tentang "matematik UMNO" ini - yakni yang mengistimewakan hanya segelintir kecil (0.08%) individu ahli UMNO - tiada apa dapat dilakukan kecuali menanti saat tenggelamnya UMNO seperti cerita wayang 'The Titanic'. Pada saya, sistem ini dapat diperbaiki dengan menukarkan dengan serta merta kepada pengundian menggunakan secara referandum.

mCrossings said...

Kalau bagi sejuta seorang pun tak mustahil.

Baru 2 bilion

Bukan AAB susah nak korek 2bilion.

Wang ehsan terengganu dulu mana ?

Rasuah semua perwakilan, dapat kekalkan jawatan presiden, ada banyak billion lagi bole cari. takde hal

noris helmi nordin said...

Terus terang saya cakap, Malaysia ini bukan milik keluarga tertentu, senang cakap keluarga Pak Lah lah. Semua hendak dibolot selagi boleh. Sampai ada dengar KJ nak beli kilang beras di Kubang Pasu sebelum beras naik hari tu, tapi tak jadi, takut nampak sangat.

Ni apa nak jadi ni, sekiranya rata-rata dah tahu rakyat tak hendak mereka ini, kini kuasa mutlak yang terakhir ialah ahli UMNO itu sendiri. Sekiranya mahukan perubahan suara akar umbi di peringkat Cawangan ialah suara sebenar ahli UMNO. Di Bahagian belum tentu lagi, kerana ada yang ingin menjaga kepentingan peribadi dan lain-lain. Sekiranya PEMUDA berani, usul utama yang perlu di mulakan di peringkat cawangan untuk pemilihan kali ini ialah 'USUL MEMINTA PAK LAH UNDUR SECARA TERHORMAT' dan 'USUL MENOLAK PEMIMPIN YANG MEMPENGARUHI KEPIMPINAN NEGARA DEMI KEPENTINGAN PERIBADI'. Inilah platform terakhir yang dapat meyakinkan keyakinan rakyat. Sekiranya kita gagal melihat ini peluang terbaik untuk bangun sebagai WIRA PEMUDA, maka hanyutlah UMNO sebagai pejuang bangsa. Fikir-fikirkanlah rakan-rakan cawangan yang ikhlas satu Malaysia.

UMNO PARTI PENJARA said...

Kita cakap kita undi dia. Kita pangkah orang lain. Bukan dia tengok pun. Anggap je duit tu rezeki kita. Bukan susah pun. Saya yakin Perwakilan boleh buat. Kalau anda semua sayangkan negara, sayangkan parti, fikirkan apa yang saya cakap. Yang sebenarnya memang wujud jurang yang amat luas antara ‘keikhlasan’ dan ‘habuan’ ;-)

TakdeOrangPeduli said...

ermm ape la nak pening2 pasal beli membeli ni... orang bagi.. ko amek.. tapi jangan jadi tuli ikut cakap orang.. kalau nak undi ke nak ape ke.. undi la ikut akal fikiran sendiri.. wat pe nak ikut si pemberi tu.. dia bagi duit .. ko amek.. pastu ko tolak dia jauh2.. biar dia serik.. duit abes.. siap kalah.. hahahaha

ingat pesan aku nih.. kalau ada orang nak beli.. amek jerr.. pastu kasi benam sama dia..