Dalam akhbar Utusan Malaysia, Gazprom, pembekal gas asli terbesar di Eropah menjangkakan harga minyak mentah akan naik dua kali ganda sehingga AS$250 setong dalam tempoh setahun lagi. Kenaikan itu dijangka turut mengakibatkan peningkatan harga gas asli di pasaran.
Kenaikan harga minyak dan gas asli saling berkait di antara satu sama lain. Kenaikan harga gas asli akan menyebabkan harga minyak mentah terus meningkat.
Jangkaan kenaikan ini tidak memungkinkan harga minyak mentah akan jatuh di bawah paras AS$130 di masa akan datang. Kerajaan harus mencari mekanisma yang lebih meyakinkan di masa akan datang dan mencari jalan bagaimana bebanan kos kenaikan ini tidak berterusan dipindahkan kepada rakyat.
Apakah Kerajaan mampu menyerap kos kenaikan kalau harga minyak mentah ini benar-benar mencecah ke paras melebihi AS$200 setong? Apakah Kerajaan akan terus membuat pendekatan melepaskan bebanan kos kepada rakyat setiap kali berlakunya kenaikan harga?
Walau pun kenaikan harga minyak mentah di masa depan tidak dapat dielakkan, pemuda berpendapat rakyat sudah tidak mampu lagi untuk terus turut sama menanggung kos kenaikan tersebut jika pendapatan per-kapita rakyat masih ditakuk yang sama.
Kerajaan perlu memikirkan pendekatan bagaimana untuk menambah pendapatan rakyat selain dari pendekatan membendung kenaikan kos hiliran seperti kos makanan mentah, minyak masak, tepung, roti dan lain-lain barangan keperluan harian.
Percaturan membendung kos mungkin realistik sehingga ke satu had tertentu, tapi apabila kenaikan harga minyak mentah terus melepasi had kemampuan tersebut, dikhuatiri kesan domino kenaikan kos terhadap barangan keperluan harian akan melampaui garis kemampuan pengguna.
Negara kita telah berpengalaman sewaktu berhadapan dengan krisis mata wang. Tindakan kita menyerap kejatuhan nilai RM dengan membeli RM di pasaran terbuka tidak mampu untuk membendung kejatuhan berterusan RM. Ketidak mampuan ini adalah disebabkan kuasa beli di pihak kerajaan amat terhad berbanding dengan kemampuan yang ada pada penyangak matawang.
Setelah pendekatan membendung gagal mengekang kejatuhan nilai RM kerajaan memperkenalkan kaedah kawalan matawang. Walau pun pendekatan ini bertentangan dengan amalan kuasa pasaran tetapi kaedah rawatan ini amat berkesan dalam menyelamatkan negara dari menerima musibah.
Pemuda UMNO berpendapat pihak Kerajaan perlu menetapkan sasaran atau ‘cut of point’ had kos serapan yang boleh dipindahkan kepada pengguna. Had yang dimaksudkan adalah garis kemampuan kuasa beli pengguna yang berasaskan kepada pendapatan per-kapita rakyat.
Jika kos serapan yang perlu ditanggung oleh rakyat melebihi pendapatan per-kapita mereka atau melebihi ‘break-even point’, sudah pasti rakyat tidak dapat bertahan. Bagaimana untuk menjalani kehidupan kalau perbelanjaan sudah melebihi pendapatan.
Pilihan yang ada kalau kenaikan kos harian sudah tidak boleh dielakkan adalah mencari jalan bagaimana pendapatan rakyat boleh dipertingkatkan.
Kerajaan telah mengumumkan akan menyusun kembali semua projek luar bandar dan mengagihkan semula peruntukan RMK-9 bagi memastikan ia memanfaatkan penduduk desa yang turut menanggung kesan kenaikan harga minyak. Langkah penjimatan yang diumumkan sebanyak RM2 bilion sedikit sebanyak membantu proses ‘sustainability’ buat sementara waktu.
Walau bagaimana pun, Pemuda UMNO berpandangan usaha yang dilakukan harus memberi kesan positif lebih menyeluruh meliputi semua kategori pendapatan, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana di luar bandar mahu pun di bandar.
Kita mencadangkan agar keseluruhan projek, perancangan dan peruntukan dalam RMK-9 dikaji semula termasuk pembangunan koridor. Projek pembangunan yang lambat menghasilkan pulangan patut ditangguhkan dan tumpuan harus diberikan terhadap projek dan perancangan yang memberikan pulangan jangka pendek dan sederhana. Perancangan semula harus benar-benar mengikut keutamaan, sekurang-kurangnya untuk suatu tempoh sehingga pulihnya inflasi global.
Lebihan dari peruntukan pembangunan yang ditangguhkan itu bolehlah dibuat perancangan untuk menjana peningkatan pendapatan rakyat. Kerajaan mungkin boleh mengkaji semula dan membuat perbandingan secara relatif jumlah subsidi RM13.7 bilion yang digunakan untuk mengekang kos bahan makanan mentah, minyak masak, beras, tepung dan roti. Mana yang lebih memberi impak positif. Adakah amaun RM13.7 bilion itu lebih baik diguna untuk menyerap kos keperluan harian atau digunakan untuk menjana pendapatan rakyat.
Sektor pekerjaan (swasta dan awam), sector perdagangan, pelaburan langsung (FDI), perkhidmatan, peruncitan dan usahawan kecil adalah sector utama yang menjana pendapatan sebahagian besar rakyat.
Lebihan peruntukan pembangunan yang ditangguhkan ini bolehlah diwujudkan pelbagai skim dan insentif tambahan kepada skim dan insentif sedia ada bagi sektor-sektor yang telah disebutkan. Pendekatan ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya untuk suatu tempoh tertentu.
Kita tidak mahu kesan domino kenaikan kos harian akibat dari kenaikan mendongak harga minyak mentah menjalar hingga menjejaskan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara.
Dengan kenaikan kos isi rumah ini, rakyat tiada pilihan, mereka terpaksa bersabar dan berkorban walau pun tanpa nasihat dari kerajaan supaya berbuat demikian. Dalam masa yang sama pihak kerajaan harus memikirkan tindakan luar kotak untuk menyelamatkan rakyat dan negara dari perbilangan ‘sudah terhantuk baru nak tengadah’. Kalau kita pernah melakukannya sewaktu krisis matawang kenapa tidak kali ini?
Tepuk dada, Tanya selera.........
Kamarulzaman Kamdias
42 comments:
Marahkan Nyamuk, Kelambu dibakarnya
Zaharuddin bin Abdullah said...
ehh ehhh apa ni?
Marah ke Pak Lah pun jangan lah marah ke saya.
kalau saya jadi pm tentu saya ada alternatif seperti:
1. Hapuskan semua cukai kenderaan.
2. Hapuskan roadtax
3. Beli semua syarikat konsesi tol supaya tiada tol!
4. Beri subsidi yang banyak kepada pengangkutan awam. Tambah bas rapidkl..lrt dan sebagainya..
5. Perbanyakkan lesen teksi dan bas individu.
6. Setiap stesen petrol diwajibkan ada pam ngv.
7. Kakitangan kerajaan diberikan pinjaman tanpa faedah untuk memasang sistem ngv.
8. Bantuan geran Research kepada Saintis untuk mencipta tenaga baru.
macam2 lagi boleh buat....
tapi ......
Tapi masalahnya saya nih pemimpin kampung ajer....
mana lah orang nak dengar..
pemuda umno tidak mendekati belia kerana mereka terlalu elit dari semua segi...
turun padang bergaul dan minta pendapat mereka inyallah anda tahu apa yang harus dilakukakan..
Salam semua...
Sebenarnya sehingga kehari ini aku masih tidak faham kenapa kah kenaikan harga minyak melibatkan juga kenaikan Kos?
Adakah setiap 1 dollar kenaikan harga minyak menyebabkan kenaikan 1 dollar kos?
jika kenaikan harga minyak dari USD140 kepada USD250 iaitu kenaikan sebanyak USD110 setiap tong... adakah kos pengeluaran bagi petronas juga akan naik sebanyak USD110 setiap tong?
BUkankah kita sepatutnya mempunyai lebihan sebanyak 250 ribu tong untuk dieksport dengan keuntungan tambahan sebanyak USD110 seetiap tong?
Sungguh mengelirukan... ada sesiapa bijak pandai boleh tolong perjelaskan.
Harga minyak naik, harga barangan asas pun naik. That's OK, just let the Rakyat absorb the costs as usual. It's the easy way out for the government while the Rakyat are the ones scratching heads figuring how to survive.
Thank you, F**k Lah, thank you, thank you!!!!!!!!!!
Pertama sekali, selamat datang ke dunia syber.
Harga minyak sekarang adalah artificial. Setiap hari ada saja analyst yang buat forecast harga tak akan turun dan akan terus naik. Pada saya nampaknya industri minyak sudah tahu ynag minyak akan kering dalam masa 50 tahun lagi dan ini adalah "last kopek" atau "last call".
Walaupun saya tidak setuju dengan kenaikan harga minyak yang mendadak tapi sekurang-kurangnya penjimatan subsidi patut dibelanjakan pada tempat yang betul. Dulu penjimatan RM4.4billion sepatutnya dibelanjakan untuk improve sistem pengangkutan tapi saya tidak nampak apa-apa pun. Sekarang sudah ada RM13billion, mengalir lagi air liur. Tolonglah improve pengangkutan awam, buat benda yang rakyat boleh nampak.
Tak payah pergi jauh, tengok Singapore saja. Belajar dari sana dan guna RM13b tu untuk jadikan sistem pengangkutan awam kita efisen.
Bermula daripada isu berkaitan dengan gula, minyak masak, tepung gandum dan barang lain antaranya sehinggalah kepada minyak sekarang ini maka nampak terang dan jelas sekali Perdana Menteri gagal merancang, mengurus dan menangani hal yang berkaitan dengan ekonomi negara.
Cara yang nampaknya kucar kacir sekarang ini jelas apabila Rakyat sudah mula merasakan kesannya. Kesejahteraan Rakyat sudah pun tergugat.
Samada kita setuju atau tidak sudah tiba masanya negara kita dipimpin oleh pemimpin yang terpandai dikalangan kita. Adakah apa yang kita ada sekarang adalah terpandai, terbaik, gemilang dan terbilang dikalangan kita. Kini Rakyat pastinya sudah mula meraguinya. Apa gunanya kita lantik pemimpin dikalangan kita yang gagal dan jauh tidak bijak merancang dan mengurus ekonomi untuk kesejahteraan Rakyat. Mahukah kita melihat kekayaan negara dan Rakyat yang telah kita bina semenjak 51 tahun yang lalu dimusnahkan oleh pemimpin kita yang tidak cerdik dikalangan kita.
Krisis yang kita alami sekarang masih gagal ditangani oleh pemimpin kita. Kebanyakkan penyelesaian yang dibuat adalah bercorak kucar kacir. Perdana Menteri menghapuskan majoriti dari tanggungan subsidi minyak tetapi memperkenalkan perbelanjaan baru dengan memperkenalkan rebet terhadap kenderaan dan pengurangan cukai jalan.Polisi yang pada mata Rakyat adalah bercelaru. Polisi yang layak mendapat Gred D dalam ekonomi.
Samada kita sedar atau sebaliknya ekonomi negara diuruskan dengan cara yang amat merbahayakan Rakyat jelata kini. Kesejahteraan Rakyat ibarat menunggu masa untuk meletup dan bakal menimbulkan masalah sosial yang baru, berlanjutan dan memudaratkan.
spatutnyer minyak naik kitalah antara ngr paling gembira.meh kita tgk n bwat sdikit perbandingan pengeluaran myk barrel per day dan harga myk mereka.ni perbandingan dgn negara bukan pengeluar utama myk iaitu indon ngan china..klo dibandingkan ngan opec npk awkward sgt.berdasarkan CIA factbook
china-3.631 Million bbl/day harga myk per liter=rm2.50
indon-1.136 million bbl/day harga myk per liter=rm2.07
malaysia-770,000 bbl/day harga myk per liter=rm2.70
mmg npk mesia plg rendah..tapi tgkla juga population@oil consumer mereka.
china-1,321,851,888 org
indon-234,693,997 org
malaysia-27,496,000 org
pastu adelah pula kata indon tak maju kerana mmberi subsidi..
nih saya nak jawab.dipetik dari www.indexmundi.com.
utk thn 2008 based on 2007
----- GDP GROWTH ----- PERCENT CHANGE
indonesia-6.10 % 10.91 %
vietnam- 8.50% 3.66%
malaysia-5.70% -3.39%
siapa lagi membangun??ingatlah wahai sahabat pembangunan bukan diukur dengan jumlah bangunan tinggi...
lagi satu,petronas bersetuju memberi subsidi rm6++billion sehingga 2022.mana hilangnya duit itu?saudara,orang tak kenal nombor pon tahu yg rm13billion didarabkan 14 masih kurang daripada 6++billion yang diberi oleh petronas.
sampai bila nak membabi buta?
klo kritik pon umno nak ke trima
umno itu terlampau machiavellian
Bila dah kaya mmg xnmpk ksusahn org miskin. cuba la korg p duk kampung stahun. try hidup tanpa kroni korang tu. try p motong. try p jala ikan. agak2 KJ bleh hidup tak?
org miskin mcm aku tak pikir kos teksi bas tu. dlm kepala hanya tau nak survive je. pikir harga nasi ikan. kalu dah minyak naik harga. semua akan mahal la. mana aku nak cari duit? projek mega korang tu hanya utk korang. utk kontraktor yg juga kroni korang.
cuba la bwk tobat. ingat skit dunia ni smentara. pemimpin lg teruk dihisab.
Mungkin diantara kita terleka dan berhujjah berkenaan subsidi Minyak yang kononnya diberikan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno kepada Rakyatnya,Namun ramai diantara kita mungkin terlupa bahawa kerajaan Malaysia juga menanggung pelbagai subsidi terutama subsidi air kepada rakyat Singapura. ada dikalangan pemimpin pembangkang juga gagal menyedarkan rakyat dalam isu ini.
Tidakkah kita hairan suatu ketika bila Kerajaan menghalang warga Thailand membeli minyak di sempadan Malaysia, Najib Tun Razak dengan jelas dalam sidang medianya memberikan keistimewaan kepada warga Singapura dimana di sempadan Singapura dikecualikan dari sekatan, kononya atas sebab ramai dari rakyat kita bekerja disana.namun ia hanya satu alasan. pemimpin Umno lebih rela menekan warga Thailand yang majoritinya Melayu Islam dan memberikan keistimewaan kepada majoriti Cina dari Singapura.
bila ada isu seludup tidak ada kawasan lain yang menjadi tumpuan untuk kerajaan bersandiwara, sudah tentu sempadan Thailand yang menjadi mangsa. walhal bukankah kita juga memerlukan bekalan beras berkualiti dari Thailand. Mengapa pula negara sekecil Singapura yang tidakpun memberi sebarang manafaat dan mempunyai hasil bumi sering menjadi anak emas Kerajaan Malaysia.Apakah warga Singapura tidak menyeludup? atau diberikan keistimewaan dan lesen oleh kerajaan Malaysia untuk menyeludup? apakah ratusan ribu kenderaan yang menyeberang tambak johor setiap minggu itu datang untuk melancong semata mata? apakah oleh kerana mereka berkereta mewah mereka tidak menyeludup Minyak dan bahan makan yang disubsidi ke Singapura? disini akan saya huraikan apa yang telah kerajaan Malaysia berikan subsidi kepada rakyat Singapura . mereka cukup menekan dan berkira dengan rakyat sendiri, tetapi membela rakyat Singapura.
1. Kerajaan Malaysia Memberi Subsidi Air Pada Singapura
walaupun kita tahu kerajaan malaysia terikat dengan perjanjian bodoh dengan Singapura, namun kerajaan Malaysia melanggar perjanjian dengan rakyat sendiri, bagaimana Kerajaan Malaysia melanggar perjanjian royalti Minyak terhadap rakyat Terengganu tetapi begitu taat kepada Singapura walaupun harga air yang dijual sudah tidak logik di akal namun kerajaan malaysia terus melayan baik Singapura. sebutkan mana mana negara dalam dunia ini menjual air pada kadar 3sen seribu gelen? malah kerajaan Cina sendiri menjual air kepada wilayah Hongkong tanah jajahannya juga lebih 4 dollar seribu gelen.apakah kos menyeleggara dan kerja kerja membekalkan air pada singapura percuma? apakah kos penyelenggaraan tidak meningkat seperti mana kos menggerudi minyak bak kata Sharir Samad? berapa kos yang dikeluarkan Kerajaan Malaysia kepada Singapura? tidakkah itu subsidi!! itupun kerajaan Malaysia tetap melayan baik Singapura walaupun Negara tersebut terlalu kurang ajar kerana mereka 1sen pun tidak mahu harga tersebut dinaikkan. kenapa Kerajaan malaysia tidak dahulukan hal harga air ini berbanding tuntutan pulau batu putih ke Mahkamah Antarabangsa.
sekarang anda lihat fakta tersebut berkenaan perjanjian air antara Malaysia dan Singapura. kalau diikut pada kiraan 50sen harga yang patut dijual Malaysia kepada Singapura ini bermakna Malaysia memberikan subsidi air kepada SINGAPURA lebih 7 BILLION setahun. inipun dikira jauh lebih rendah dari cas air di Selangor.
lihat perjanjian tersebut .
PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962
Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu membekalkan air mentah kepada Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000) sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen.
Malaysia pula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen
Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities Board (PUB) milik Singapura
Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian Air 1962 pada tahun 2061
Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysia kepada kapal – kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.
PERJANJIAN AIR 1990
Perjanjian ini menyebabkan Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali sebagai EMPANGAN LINGGIU.
Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi tersebut
Perjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061.
2. Kerajaan Malaysia memberikan Subsidi Minyak kepada Singapura.
tahukah anda ratusan ribu kereta singapura menyeberang ke Johor setiap minggu, mengikut statistik penggunaan Minyak dikawasam sempadan dengan Thailand hanya sekitar 10 - 12juta sebulan. manakala jualan minyak disempadan johor ianya mencecah RM 45-50juta sebulan. apakah semua minyak tersebut digunakan warga Johor? kalau diandaikan hanya separuh nilai tersebut digunakan rakyat Singapura Malaysia memberikan hampir 600juta setahun Subsidi berbanding harga pasaran Singapura iaitu RM 5per/litter.itupun dikira murah kerana nilai dollar Singapura 3 kali ganda dari matawang kita.sebenarnya cara kerajaan Malaysia mengstrukturkan semula subsidi minyak inipun gagal menyekat dari rakyat singapura menikmati subsidi. lebih baik adakan sahaja kaunter minyak khas untuk warga asing, selesai masalah.
3. Kerajaan Malaysia Memberikan Subsidi Makanan Pada Singapura.
Kerajaan Malaysia beria ia menyekat warga thailand membawa keluar minyak masak, tetapi pernahkah Kerajaan Malaysia merampas barangan dari warga Singapura yang mengeluarkan Minyak,Beras,barangan dapur dan Ikan dari sempadan Johor? jawapannya tidak kerana Malaysia tidak berhak mengusik sedikitpun rakyat Singapura. sedangkan kerajaan menekan warga Thailand yang majoritinya adalah sama bangsa dan agama dengan kita.sedangkan kita memerlukan juga beras dari Thailand.kadang kadang sedih melihat bagaimana gula dan minyak 2-3kilopun dirampas. mungkin kerana mereka tidak memakai kereta mewah seperti warga Singapura.inipun dianggarkan jualan disempadan Johor adalah sekitar 100juta.dalam keadaan pendapatan mereka 3 kali ganda dari Malaysia mereka juga diberikan hak Kerajaan Malaysia untuk menikmati subsidi makanan.
4. Kerajaan Malaysia beri Subsidi pasir, Tanah dan Pulau kepada Singapura.
Seperti mana pendedahan Tun Dr Mahathir yang terbaru, kerajaan Malaysia dibawah paklah telah menjual pasir kepada Singapura, semuanya bagi menampung pembesaran kawasan baru untuk warga singapura hidup selesa walaupun perairan dan kawasan penangkapan ikan rakyat malaysia terjejas. tidak cukup dengan pasir Kerajaan Malaysia juga mengsubsidikan tanah rizab melayu dan wilayah yang menjadi kedaulatannya kepada singapura melalui WPI atas nama pelaburan, dan tunggulah saatnya nanti nasib tanah di WPI akan senasib isu air dan pulau batu putih. semuanya adalah subsidi dengan ehsan kerajaan Malaysia. malah pulau batu putih dan Negara Singapura itupun sebenarnya adalah Subsidi yang diberikan pemimpin Umno terdahulu kepada cina berfahaman komunis iaitu Lee Kuan yew. malah sehingga kini kerajaan Malaysia masih menyambut baik kedatangan pemimpin ini sehinggakan Malaysia sanggup mengeluarkan kos membeli buah Durian yang bernilai RM 24,000 hanya kerana menyenangkan hati pemimpin Singapura. melalui menantunya beberapa kepentingan negara kini juga disubsidikan untuk syarikat pelaburan Singapura iaitu Temasek.
Jadi dalam kita menilai sikap kerajaan pada Singapura, berbanding rakyat sendiri , anda kini boleh melihat dengan jelas. mereka menekan rakyat dan menjadikan rakyat Singapura sebagai anak emas mereka. kenapa tidak mereka ungkit sahaja Subsidi air yang telah mereka berikan berpuluh tahun kepada rakyat Singapura.inilah wajah sebenar pemimpin yang menggadaikan kedaulatan Negara. inilah pemimpin UMNO.
PETROL PRICE INCREASE AND NATURAL GAS VEHICLE
A taxi driver friend gave me an education I will not forget. It was just after the hike in petrol prices by 40%. He said that he does not know why people do not fit their vehicle with tanks to use Natural Gas Vehicle. (NGV). He said that he has been using it for 13 years without any complaint. If anything, the engine is always clean. Tractors Malaysia is now fitting Proton cars with the tank for only RM 2300.00 and non-proton cars have to pay Rm 3200.00 only. He can travel to Singapore and back on NGV taxi for only RM 28.00.
Until then I only thought that taxis are the only ones using NGV. I only saw taxis in the queues to buy NGV. I really felt like an ignorant kampong boy.
If there is such a cheaper and cleaner energy alternative for motor vehicles, what has the government done to promote its use and save on the billions spent on subsidies? The price hikes and withdrawal of subsidises would have been painless if there had been an effort to get the people to switch to the alternative source of energy. Even now it is not too late to go an aggressive campaign to get more, if not all vehicles NGV use enabled. Here are some suggestions for the government by a kampong boy, namely me:
1. Advise the Rakyat to first of all convert all their vehicles to be able to use NGV.
2 The government should subsidise half the cost of the conversion.
3. All new Malaysian cars will be fitted with NGV tanks from the factory. Government will pay half the cost of the tanks and fittings. There is no harm subsidising imported cars to do the same.
4. All petrol stations in the country will be enabled to dispense LPG not just a few Petronas stations which currently causes unnecessary queues at LPG dispensing stations.
5. Petrol consumption in this country will go down.
6. The saved petrol can be sold in the world markets at the current exorbitant prices and increase our foreign exchange earnings.
7. With the earnings Petronas can buy all the highways and let the vehicle owing rakyat use the road for RM 10.00 per vehicle per year.
8. It can finance all the infrastructure projects in the country.
9. Most of all you will not have an incensed public waiting to throw you out in the next election.
10. My rushed searches on the net did not come up with any information if diesel powered vehicles, lorries and buses, can also go for this alternative. It is worthwhile to make a quick study as it will help bring down the cost transportation and consequently bring down the cost of living.
11 Read a report by Rasvinjeet S Bedi in the Sunday Star today. One user, upon conversion, cut down the cost of her monthly petrol bill from Rm 400.00 to only Rm 50.00. Just imagine what the savings can do to pay for the escalating costs of food. The cost of installation can eb recovered in less than a year!
12 To a government which has promised to do everything possible to alleviate the suffering of people, it is sin not to consider these suggestions for quick implementation.
13 Fit all government vehicles with this cost savings device immediately.
14 Train up all the armed forces vehicle maintenance mechanics to help with the installations.
Next week I am going to convert my 24 year old faithful Mercedes 230 from a petrol guzzler to a gas guzzler. Other kampong boys are advised to follow suit and save on petrol.
If you want to know more, search the net. There are other alternatives which are available for as low USD 49.00.
Krishna M Singh
23 Jalan Nuri Indah 6,
Taman Bukit Nuri Indah
70300 Seremban
Tel 012-6013431
Brother Kamaruzaman Kamdias,
Mejoriti rakyat Malaysia adalah golongan Pekerja. Mereka ramai yang makan gaji.
Subsidi banyak yang diberikan adalah untuk mengawal harga daripada naik, tetapi mengawalan ini tidak menunjukkan kawalan yang boleh dikawal.
Harga makanan tetap akan naik walaupun pihak kerajaan memberikan subsidi.
Dan ini banyak memberikan golongan Peniaga Durian Runtuh, mendapat subsidi daripada kerajaan dan tetap menaikkan harga, Mereka yang kaya, akan tetap kaya.
Kami, rakyat yang makan gaji, tidak akan dapat merasainya sekiranya gaji kami tidak naik, elaun minyak kami tidak naik.
Kami sebagai rakyat makan gaji akan ditekan dengan Minyak dan juga Makanan dan keperluan harian yang lain.
Adakah Kerajaan pikir perkara ini sehingga sampai ketahap kami?
Semua memikirkan tentang Subsidi yang diberikan agar perkara ini boleh dibendung diperingat Pengeluar, tetapi adakah kita boleh pastikan ianya dikembalikan balik kepada rakyat yang makan gaji?
Kami dibawah ini tetap akan merasa kenaikkan semua barangan kerana isu minyak.
Jadi kami mendapat hadian dari kerajaan dalam konteks yang lebih daripada golongan peniaga.
Kenaikkan harga-harga dari peniaga dan kenaikkan harga dari kerajaan(minyak).
Kami memerlukan jaminan dan pemikiran yang lebih bijak bagi golongan KAMI YANG MAKAN GAJI.
Tepuk Dada Tanya Selera ...
Brother Kamarulzaman Kamdias, lepas ni nak belanja kedai mamak pun dah main ratus-ratus tau ....
KAMI YANG MAKAN GAJI ..
razlans.blogspot.com
Pastikan NGV dijual disetiap ceruk rantau. Malaysia adalah antara negara yang mempunyai simpanan NGV terbesar dunia, tetapi kereta yang menggunakan NGV tidak sampai 5%, tapi Korea yang tidak punya risab NGV tapi kereta di sana hampir 40% menggunakan NGV.
NGV boleh membantu banyak industri, dan kerajaan tidak wajar menaikkan harga NGV. Petronas boleh mengekspot minyak mentahnya dan mendapat pulangan lumayan dan rakyat pula mendapat bahanapi murah daripada NGV.
Tahniah kepada Pemuda UMNO atas inisiatif mewujudkan blog ini. Harapan saya ianya akan menjadi medan perbincangan yang akan memberikan kebaikan kepada proses pemerkasaan semula UMNO dan BN. Moga bertemu lagi. Wassalam
abe MIE lihat sekarang.... dunia dah nak kiamat...atau memang dah kiamat...
orang melayu khususnya dah tidak kisah siapa jadi PM dan MB.
orang melayu tidak kisah lagi apa agama dan bangsa pemimpin kita. Kalau orang melayu jadi kristian mereka dah tidak kisah macam di selangor.
kalau india hindu dan kristian jadi PM, orang melayu tidak kisah....kenapa? asalkan harga minyak turun ....kalau orang melayu ramai murtad jadi macam kat indonesia...orang tak kisah... sebab masing-masing pentingkan perut nasi (bukan periuk nasi)
kalau tak percaya lihatlah PAS...apa dah jadi...jadi parti aslam pondan....PAS-PAP dah...
KENAPA ISLAM (MALAYSIA) SUDAH KEPERINGKAT SEBIJAK DAN SECENDIAKAWAN SEDEMIKIAN?
pkrpasdap.blogspot.com
Salam,
Kenaikan harga minyak amat membebankan masyarakat. Bukan kerana minyak. Kita ada alternatif untuk naik bas atau keretapi kalau sudah sesak sangat.
Tetapi kesan rantaian kepada kenaikan harga minyak tersebut. Akibat kenaikan harga minyak harga barangan dan perkhidmatan turut naik. Sampaikan bayaran letak kereta (DBKL) pun naik (pada masa yang sungguh tidak kena).
Namun apakah usaha untuk mengatasi masalah ini masih belum jelas. Memotong elaun keraian yang seciout itu bukan jalan penyelesaian tetapi cubaan mempopularkan diri. Itu sebabnya bila Pak Lah potong 10%, MB Selangor (PKR) nak potong lebih. Nanti bila PKR dan BN berlawan-lawan potong elaun, datang pulak calun bebas (Ibrahim Ali) serah balik semua elaun keraian dia. Siapa yang menang?
Itu bukanlah jalan penyelesaian jangka panjang yang dikehendaki oleh rakyat. Apakah langkah penguatkuasaan peraturan sedia ada yang boleh membendung masalah kenaikan harga itu yang lebih penting. Penguakuasa kena ada di pasar-pasar melihat dan mengambil tindakan ke atas kenaikan harga.
Menteri kena jaga hal ehwal dalam kementerian dia sendiri. Sunguh tidak kena apabila Menteri KPDN-HEP beri pandangan tentang masalah tak ada bas dari rumah dia ke ERL sedangkan itu tanggungjawab Menteri Pengangkutan. Jagalah hal ehwal Kementerian sendiri.
Pokoknya sampai bila kita hendak main sipi-sipi sahaja. Tindakan yang dibuat masih dalam kotak kecil di dalam kotak yang besar. Bila nak berfikir di luar kotak?
http://c-bok.blogspot.com
lagi bagus minyak di malaysia dikeringkan oleh Allah daripada semua keuntungan hasilnya disalahgunakan oleh penguasa. Apa dia ingat semua hasil tu Bapak dengan Mak dia punya? Jual minyak ikut harga luar negara atuk dia ajar ke? Beza harga luar dengan dalam negara digelar subsidi siapa yang ajar? Pasal apa tak jual kereta jepun ikut harga di Jepun dan jual tepung gandum ikut harga di Kanada? Senang cakap je nak menipu rakyat kan lebih mudah.
Penyokong UMNO je yang mudah tertipu sebab diorang memang telah dibodohkan oleh Allah!
Aku tak tau samada blog ni sekadar utk melepaskan batuk ditangga. Org lain jadi blogger sampai cecah 1 juta hits dlm masa sebulan korang pun turut sama nak cuba nasib.
Anyway, welcome!!! I hope korang bukan sekadar menjadi pendengar setiap komen tapi penyampai kepada pemimpin tertinggi.
Tentang kenaikan minyak ni, aku akui negara mmg perlu menstrukturkannya tapi kalau sampai menjejaskan kehidupan rakyat itu sudah melampau. 40% yang akan menyebabkan kenaikan keatas barangan lain menyebabkan kos sara hidup semakin tinggi.
Kerajaan sepatutnya melihat dari pelbagai aspek sebelum melakukan kenaikan yang melampau ni... Lihat kini apa dah jadi??? Kekuatan UMNO semakin berkurangan.
'terima kasih' bebanyak kpd kerajaan skang yg telah memufliskan kehidupan aku dari belenggu kemiskinan.
'korang' hidup mewah mana tau apa itu 'Barang Naik'. 'korang' takan tau dengan potongan 10%!
-Pengguna 'Barang Naik'
bercakap memang senang. nak melaksanakan tu bukan perkara mudah. ada pula yang cakap siap nak hapuskan tol lah apa lah. yang nak bagi air free pon terangkak2. tu baru air tu, air bukan mahal pun, sumber yang banyak, ada yang berangan2 nak turunkan harga minyak. memang kenaikan mengejut ni menyukarkan, tapi tak boleh lah nak cakap buat benda bunyi macam senang je. sekurang2nya daripada asyik bercakap je, lebih baik bagi cadangan. kalau setakat cadangan nak hapuskan tol semua cukai tu baik tak payah. tak realistik pun. bagi cadangan dan pandangan yang bernas sikit mungkin lebih baik. dengan cara ni kita sama2 boleh senang, kalau setakat bising dan berdemo, takda hasil, buat tambah huru hara lagi ada la.
Kehadiran Media Saka Bangsa dialu2kan. Kalau Pemuda serious untuk mengetahui isi hati rakyat, beri tumpuan kepada blog ini dan jangan mengenepikan buah fikiran dan luahan yang tidak secucuk dengan pemuda.Sesuatu buah fikiran yang bernas harus di ketengahkan dalm JK tertinggi pemuda. Saya amat berharap komentar negatif terhadap pimpinan Pemuda tidak didiskriminasikan dengan tidak meyiarkannya.
Syabas dengan posting berhubung dgn minyak ini. Kalau Pemuda bertindak dari dulu lagi memberi khidmat nesihat kepada pemimpin atasan kita tidak mungkin hilang 5 negeri!
Saya terdengar bahawa pengumuman harga minyak yang dibuat PM , tidak di bincang terlebih dahulu dalam kabinet. Konon2 nya ahli kabinet 'were' cought with their pants down'. Saya harap pemuda siasat perkara ini kerana ramai diluar bercakap tentang peranan tgkt 4 yang didakwa memberi green light kepada PM untuk membuat pengumuman!!! Jagan biarkan persepsi ini berlegar dikalangan masyarakat tanpa di rawat olih UMNO!!!!
Minyak naik, barang naik. Bukan kita tak tahu kesan rantaiannya.
Tapi kenapa sejak pengumuman kenaikan harga minyak ni, media terutama berita (TV1 & TV3) tak pernah nak bangkitkan tentang kenaikan harga barangan?
Kenapa?
Sebab barang mmg tak naik ke atau sebab tak nak rakyat bertambah kecewa.
Media sepatutnya telus bukannya pro kesebelah pihak sahaja. Jika media tak boleh diharapkan jangan salahkan rakyat jika terpaksa mencari sumber informasi di tempat lain.
Untuk mereka yang sedang marah. mungkin ini dapat membantu pemahaman. isu ini menjadi bertambah hangat apabila pihak2 PR mengapi2kan dengan membanding2kan harga minyak Malaysia dengan negara lain tanpa mengambil kira beberapa fakta penting dalam menentukan harga minyak. kita kena faham yang semua ini mainan politik, kita tidak boleh mengambil mudah dengan hanya menerima apa yang diperkatakan oleh pihak yang mengejar kuasa. ini tidak bermakna saya menyokong kenaikan harga minyak, tetapi saya hanya cuba untuk bersikap sedikit rasional. saya minta maaf kalau ada pihak yang tersinggung, ini adalah pendapat saya setelah menilai fakta2 tersebut, mungkin bagi pihak lain mereka masih tidak berpuas hati. saya cuma ingin berkongsi supaya kita sama2 tahu. sila baca:
Quoted from : http://www.jazlan.net/?p=90
The rakyat is rabidly seething from the effects of the recent price hike but it seems to me that many Malaysians, especially leaders in opposition who still do not understand the intricacies behind how Malaysia fixes its oil prices and Malaysia’s specific problems with oil.
The complaints that we always hear about are:
How can we set a high price on oil especially if we are a net exporter of oil
How prices of goods and services will inflate due to the higher cost of oil
How the cost to travel to work will be burdensome
How the poor will suffer due to the increase in price of basic necessities e.g. food
Last week when the Opposition Leader listed countries of oil exporting nations, the many agreed wrongly with her that Malaysia can afford to set a much lower price for petrol.
However, there are many factors that Wan Azizah and the Malaysian public forget to consider.
Firstly, Malaysia’s oil production are mainly high quality sweet crude and most of it are exported. We make other arrangements with regards our own consumption for petrol and diesel and this includes swap arrangements with the likes of Esso or Shell and even importing petrol and diesel.
Many of the countries listed in Wan Azizah’s list are countries who are major sour crude oil producers. Most petroleum companies use a much sour crude or even lower grade sweet crude to make diesel and petrol respectively. Most of them do not need to import petrol or diesel into their country as they produce it themselves.
This table shows us some detail with regards to oil production, consumption, export and imports of oil for the same companies and I have added details of Argentina and Malaysia for our own perusal.
From the table we can see, out of all the countries listed, Malaysia imports the highest the amount of oil.
Such comparisons made by Wan Azizah are too simplistic and misleading.
Secondly, after so many years of living in a world filled with subsidies, we also forget that these subsidies have resulted in Malaysians living in a world of artificial prices.
Now as global fuel and food prices increase, we suddenly realise that the subsidies are no longer sustainable.
Thirdly, while it is true that Petronas will be enjoying higher profits due higher oil prices, we must not forget that the Petroleum Development Act of 1974 was designed to safeguard our petroleum resources and this includes to reinvest profits back into upstream and downstream activities.
Using all of the profits Petronas to subsidise our national oil consumption will be short-sighted and detrimental to our sustainable energy initiatives.
But the reality of fuel price hike is that the middle class and the poor will be the worst hit.
Many have already complained that the initiatives proposed by the government to cushion the impact of the price hike is ineffective.
To only taste the rebate only when one renews road tax seems too far away for most because the effects of the petrol price hike is felt instantaneously and soon, we will be paying more for electricity and as well as for basic food items.
Most opposition MPs who are into politicising the issue and organising protests, but that is the last thing we need. We need solutions for the rakyat and we need it fast!
That is why I proposed the direct aid via EPF as one of the fastest and easiest short term solution to ease the rakyat’s burden.
The proposed extra RM200 per month in the rakyat’s pockets will go a long way to help with the sudden inflated cost of living.
We need to implement this fast to bite hard on the problem of the sudden increase in cost of living, before reality bites us deeper…
Kalau nak dengar nasihat....kenapa tak refer dengan orang yang paling pakar dan berpengalaman (with proven track record) di http://www.chedet.com/2008/06/masa-depan-umno.html
Engkau orang ni semua bodoh sombong macam Pak Lah......
Tuan Hamba,
Hamba teringat cerita "Tanah Kubur" yang kerap diulang-tayang di Astro. Ada dialog berikut, "kalau kita ada duit, kita boleh buat duit lebih banyak lagi". "kalau kita susah, siapa nak pandang kita".
Mungkin itulah yang cuba difikirkan oleh kerajaan di luar (k)otak. Kerajaan ada hasil minyak, apa salahnya kerajaan buat untung lebih lagi dengan hasil minyak ini. Di mana hendak pinjam duit untuk projek RMK-9, koridor sana-sini. Kerajaan mahu jadi lebih kaya. Kalau kerajaan miskin, mungkin dunia tidak akan pandang lagi Kerajaan ini. Sebab, semuanya bermula dengan duit. Siapa nak dengar ceramah kita? sanggup angkut ketua cawangan dari setiap pelusuk negara kalau tidak diberi duit. Saya Masih Di Sini masih nak tebalkan muka bertanding jawatan presiden. Di mana "kemaluan"nya.
Menurut YB Kubang Kerian, apakah tidak boleh Kerajaan pada hari ini mengadakan "Master-Plan"? Apakah hanya dengan bermesyuarat 4 jam untuk membuat keputusan menaikkan harga minyak? Janji harga minyak akan naik bulan Ogos. Ya, rakyat akan bersedia awal. Rakyat akan rancang perbelanjaan awal sebelum kenaikan pada bulan Ogos. Tetapi tidak disangka, PM umumkan kenaikan secara mendadak sehingga RM1. Automatik, semua perbelanjaan harian rakyat akan porak-peranda. Kerajaan ada ambil tahu atau tidak? Memang mudah memberi alasan. Apa yang hamba takuti, kadar jenayah dan kematian akan meningkat. Ada segelintir rakyat sudah terdorong untuk membuat onar, menyamun, merompak, mengugut. Tidak ketinggallan, ada yang tertekan sehingga membunuh diri sendiri atau ada yang tertekan sehingga lalai menyebabkan kemalangan/kematian bagi pihak lain. Di mana manifesto yang dijanjikan. SELAMAT, AMAN, MAKMUR yang di war-warkan. Adakah ianya gula-gula PRU12? Apakah selepas kerajaan kembali berkuasa selepas PRU12 menjamin kadar jenayah berjaya diturunkan? Mungkin ada rakyat yang akan membuat "police-report" di mana kerajaan menipu rakyat menerusi manifesto PRU12.
Sebagai rakyat, kesabaran hamba juga "menuju-puncak". Jangan salahkan rakyat untuk "naik-minyak" menerusi demo dan amuk menuntut kerajaan yang LEMAH dan TIDOR ini diPECAT.
Fikir-Fikirkan lah,...
i dont know why we cannot compare with singapore and cannot learn from them?
they are much smaller country with limited natural resources but yet they are so sucess and their dollar is much stronger.
last time we raise the price by 30cent and 4.4bil had been save but where is the public transport system? any improvement?
now 13bil++ saved and i really hope government can spend all this money wisely, be more cost effective.
Encik Zaharuddin bin Abdullah,
Memang patut pun kamu jadi pemimpin kampung je. Alternatif yang kamu bagi tuh alternatif sedap mulut. kalau ye pun padan-padan la skit.
Bab penaiktarafan pengangkutan awam tuh memang bagus.Cuma bab cukai dan tol tuh tak logik. Sesebuah kerajaan tu bukan suka-suka hati kutip cukai kenderaan, buat roadtax, buat lebuhraya dan kutip tol.
Kamu ingat sesebuah kerajaan tuh nak manage negara dan subsidise rakyat dengan duit jatuh dari langit ke? Kamu sanggup ke kalau Malaysia ni bankrap macam Venezuela ?
Apala yang korang heboh-heboh pasai minyak naik ni... Klu dah tak selesa hidup di Msia mintalah kerakyatan Thailand, Indonesia @ Singa pura. Kau org akan dpt menikmati hidup yg baik di sana Insya Allah. Akupun rakyat termiskin jg macm kauorang, tp tak mudah melatah.Akal anugerah Allah ada fikir le. Klu dah tak ada duit, usaha kena lebih cari duit. Tapi cara halal bkn haram.Ini hanya baru sedikit ujian Allah, maka semua(rakyat) dah naik gila, mcm org tak waras. Bukankah bagi setiap org Islam percaya dengan ujian Allah? Akupun tak berapa syok cikit dgn Pm sekarang, kerana terlalu berlembut hingga ramai berani panjat atas kepalanya.Mula meletakkan semua kelemahan/kesalahan kpd dia tanpa usul periksa.Kesian,kesian,kesian. Mana sifat kesian kita untuk dia.Aku bukan org PM, bukan kroni PM atau sapa-sapa saja. Aku rakyat kebanyakan, tapi aku takut azab Allah krn mudah menyalahkan orang.Takuttttttttnya aku krn org mula bercakap pasai duniawi saja sekarang nih. Sedar atau tidak.Klu iman ada di dada aku percaya ramai rakyat Msia yg mengaku Islam redha dan pasrah dgn keadaan skrg ni krn semuanya DUGAAN ALLAH KEPADA KITA YG MENGAKU BERIMAN KEPADANYA.
nazam67@yahoo.com
kita mesti beri pandangan dan idea kepada kerajaan ...
tapi kalau dah hentam terus... bukan penyelesaiannya...
kalau maki hamun sumpah seranah macam pemabangkang buat apa? atau menjanjikan harga minyak turun... itu pun mustahil baiklah kita cari idea dan berikan pendapat..
semua yang hebat bermula dari idea tak logik!
dulu org tak percaya manusia boleh terbang!
Thursday, June 12, 2008
Apa yang Pak lah patut buat : update
1. Turunkan harga kenderaan(hapuskan AP!)
2. Setiap stesen petonas mempunyai 1 pam ngv
3. Beri subsidi 100% kepada pengangkutan awam
4. Percepatkan pembinaan landasan keretapi berkembar
5. Perbanyakkan lesen teksi dan bas individu
6. Pengagihan subsidi nelayan yang telus
7. Hapuskan cukai alat ganti kenderaan
8. Hapuskan road tax
9. Hapuskan tol (Beli syaraikat tol)
10. Cola Wilayah kepada semua kakitangan awam!
11. Pembagunan dijalankan /Jangan asyik perlancaran ajer!
Siapa ada idea lagi tolong tambah...
Lepas ni saya nak kumpul dan hantar kat pejabat dia... Memorandum!
Posted by Zaharuddin bin Abdullah at 9:42 AM 2 comments
tahniah kepada Pemuda kerana melancarkan blog sakabangsa ini ..
isu kenaikan harga minyak memang tidak boleh elak lagi seperti dijelaskan oleh YB Shahrir samad dalam debat malam itu . tetapai cadangan aku la kita mungkin perlu mengikut cara negara lain menguruskan kesan daripada kenaikan harga minyak . YB KJ telah cadangkan tol yang telah mencapai pulangan modal balik supaya dihapuskan kerana mereka inilah yang kaya seperti UEM melalui anak syarikatnya Plus . pengankutan awam perlu dipertingkatkan ,lihat skrg di Britain ,rakyat mereka sudah kurang menaiki kereta . jadi bus,Lrt ,komuter ini perlu dipertingkatkan .. rakyat memang suka pengankutan awam terutama yang golongan marhaen ini dan kerajaan perlu bantu golongan ini ..
sejarahmelayu.blogspot.com
hai..hoi..
1 jer yang aq sokong..
rendahkan elaun menteri2 n timbalan2..
naikkan gaji..
bukan kakitangan awam saja..
tp,swasta???
itu ja..
well....sick of thisLAH!
Saya menulais mengenai ini didalam blog saya. Tapi sukanya saya ingin tekankan disini adalah bagaimanakah cara untuk berjimat sebenarnya?
Kalau seseorang dapat gaji RM600 (itu gaji minimum) bolehkah beliau berjimat dengan keadaan minyak yang naik ini? Tolong tanya kat Bodolah Bodowi, bagaimanakah cara untuk berjimat sebenarnya?
Kalau harga minyak meningkat, tetap sekali KOS mengoreknya TETAP tidak akan meningkat kerana pekerja yang mengoreknya tetap berada ditangga gaji yang sama. Gaji mereka bukan diapung dengan harga minyak.
Sayangnya, pemimpin terlalu lemah dari segi pemikiran dan tindakan logikal dalam menguruskan negara.
malaysia harus hentikan jualan minyak di pasaran hadapan..
guna minyak sendiri sehingga krisis ini selesai:
pesanan buat pembangkang melayu :
JANGAN GADAIKAN AGAMA DAN BANGSA KALAU NAK BERKUASA!
Kepada PEMUDA2 UMNO! Mana kamu semua ketika rakyat especially orang melayu yang kononnya kamu perjuangkan sedang tersepit dihimpit dengan kenaikan harga bahan api dan juga kenaikan harga barang2 dan perkhidmatan2? mana suara kamu yang selalunya berlagak sebagai jaguh orang melayu? MANA????? APA YANG KAMU PERJUANGKAN untuk kami semua? JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN. Orang jadi menyampah dah....
kepada pak lah... PM kesayangan ku
saya ingin mengucapkan terima kasih kepade pak lah kerana menaikkan rege minyak..
selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik..
saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mate dan pecah perut kepade ikan kering sahaja..
saya sanggup berkorban untuk UMNO dan bn..
anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan bn
saya akan merubah bilik bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik
saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..
rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..
apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. ade untung 21 sen
saya tak pakai pon kete... sebab bile minyak naik.. saya kene jual datsun kotak mancis saya.. dapat gak duit..
anak anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km
walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya...
buat permulaan untuk merubah kehidupan saya..
saya tidak akan menggunakan gula... tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot
akan menggantikan beras ngan ubi... setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk)
saya akan buat minyak masak sendiri
itu antara care saya merubah hidup..
ade banyak lagi care
semuanya kerna UMNO dan bn...
dan saya ingin meminta pak lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..
bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna org sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia.
mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti..
insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah.. tapi jangan lupa.. pak lah tandatangan yerk..!
jgn lupe pak lah.. naikkan lagi rege minyak..
jgn turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%..
saya tetap akan menyokong pak lah..
akhir kata bior pak lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO, hidup BN...hanya kerajaan BN sahaja yang pandai memerintah negara
sekian terima kasih..
pengorbanan ade hadnya
janganlah sokg membabi buta
ini bukan zaman gelap
Harga minyak naik, fine. Pemimpin semua nak suruh rakyat berjimat. Fine, kami jimat. Kenapa pemimpin tak nak jimat? Setakat potong elaun 10%, banyak mana la sangat. Cuti pun nak kena tanggung ke? pergi cuti bayar sendirila. Dah tu pulak sekarang nak bekukan jawatan? Apa hal pulak. Asyik2 cakap suruh jadi usahawanlah, itulah, inilah. Sedarlah sikit wahai pemimpin, tak kiralah raja ke, agung ke, sultan ke, jimatla sama, jangan asyik suruh rakyat je berjimat.
"PERHATIAN"...Tuan2 dan Puan2 rakyat Malaysia yg ada sedikit
simpanan kat bank/bawah bantai kaa..pergilah kekampong2 dipelusuk
negara dan beli/borong banyak2 keta buruk(bawah 2liter) yg dah tak
bole jln...rosak...tukun... janji ada geran..lagi banyak lagi
baguih.. boleh claim kat Paklah satu keta rm625 X20 bijik =12500..
WOW MENIAGA GERAN LG BAGUIH DARI MENIAGA KETA..
Sapa la yang samdol bg formula kat Dollah ni... awat dah takdak cara
lain kaa.. depa ingat keta bawah 2000cc semua keta murah kaa.. tu
BMW..Merc.. Audi.. dan depa ingat atas 2000cc tu semua keta org kaya
kaa.... hampeh... yg jadik penasihat PM pun sama tarak akai..
JOm Bukak showroom jual GERAN
kita mengeksport minyak ke luar sebab minyak kita bermutu tinggi. Minyak kita dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding dengan harga minyak yang kita import. atas alasan itu kita mengeskport minyak kita ke luar agar kita dapat untung. betol ker? Kalo betol,naper perlu letak beban kepada rakyat? naper kita tak gunakan minyak yang kita hasilkan ajer? tak yah la eksport kuar. hmmmm... mungkin minyak tu bukan milik rakyat malaysia kot, tu milik kerajaan malaysia. hanya kerajaan malaysia ada hak atas minyak itu. rakyat perlu diam membatu dan korek duit sendiri untuk membeli minyak itu balik semula. Akui la,kita nie hanya rakyat malaysia tak de hak untuk menuntut hasil bumi Malaysia.
Minyak..minyak..minyak...
Walau apa jua tindakan kerajaan skrg ni..yg paling..paling..paling aku tak faham bila buat statement yg selalu kuar dlm TV...
"Harga minyak kita masih rendah dikalangan negara-negara seperti S'pore.. Thailand.. bla.bla..bla..
Jika nk buat benchmark.. bandingkan le dgn negara2 pengeluar minyak... baru le adil..
Drpd dulu lg aku perhatikan style pemerintah.. asal nk benchmarking.. mesti compare dgn negara2 yg mundur.. pelik la.. confuse pun ada.. malu pun ada..
Depa ni tahu ke basic management...
Post a Comment