Saturday, June 14, 2008

Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Dewasa ini, berlaku keadaan dimana segelintir rakyat Malaysia termasuk segelintir orang Melayu sendiri, membelakangkan sejarah dan mula mempersoalkan asas asas penubuhan yang dipersetujui lebih 50 tahun dahulu. Yang dimaksudkan ialah 'kontrak sosial' yang sama sama dipersetujui antara pemimpin pemimpin Melayu, sebagai pribumi dan majoriti penduduk tanahair dan orang keturunan Cina dan India, sebagai etnik pendatang (immigrants), yang dibanjiri masuk oleh penjajah British untuk keperluan aktiviti mereka, semasa mereka mula bertapak.

'Kontrak sosial' yang dipersetujui ialah orang Melayu menerima penduduk tetap Tanah Melayu etnik Cina dan India (termasuk yang tidak dilahirkan ditanah air ini) sebagai warga Tanah Melayu, yang diberikan hak samarata seperti mengundi, bekerja, mendapat kemudahan perkhidmatan seperti kesihatan, keselamatan dan sebagainya, memiliki harta dan perniagaan. Sebagai timbal balas, mereka yang diiktiraf sebagai warga Tanah Melayu ini menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, Islam agama Persekutuan Tanah Melayu, taat setia kepada Raja dan hak hak istimewa orang Melayu, contohnya Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.

(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136

(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—

(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau
(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau
(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak. (9A) Dalam Perkara ini ungkapan "anak negeri" berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A. (10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.


Setelah persetujuan dan kesefahaman ini yang diusahakan oleh Kepimpinan UMNO ketika itu diperolehi oleh semua pihak, maka negara maju dibangunkan dalam keadaan aman, stabil dan harmoni. Sifat positif kenegaraan ini merupakan elemen terpenting yang membolehkan negara mencapai keadaan dan tahap sekarang, walaupun tempoh itu negara diancam dengan keganasan komunis, 'Konfrontasi' dengan Indonesia, tekanan kuasa kuasa besar tatkala kancah IndoChina memuncak, beberapa kali krisis ekonomi dan konflik dalaman politik.

Selama 50 tahun ini, negara berjaya memperolehi pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang mampan dan berubah dari pengantungan perusahan utama dan asas tani kepada perindustrian dan negara perdagangan global ke XVII terpenting. Kejayaan konsisten dan mampu dirancang ini semua menjadi asas dan dorongan agar negara mengorak langkah sebagai status negara maju, dalam dasar "Wawasan 2020" yang dilancarkan pada 1991. Kemakmuran tercapai kerana negara berada dalam keadaan aman, harmoni, stabil dan ini menjadi keadaan kondusif untuk aktiviti ekonomi dan sosial.

Kini, ada yang mempersoalkan kewajaran persetujuan dan 'kontrak
sosial' ini dan mahukan kajian semula, yang dijangkakan akan berakhir sebagai penggubalan peruntukan asal Perlembagaan sewaktu negara ini ditubuhkan.

Tidak kurang juga, yang secara terbuka dan lantang mempersoalkan, malah melakukan provokasi mengenai hal dan hak istimewa orang Melayu. Keadaan berlaku apabila orang Melayu membincangkan mengenai hal dan hak mereka, ianya ditunding dengan nada 'perkauman' dan menggambarkan seolah olah negara mengamalkan dasar menindas dan diskriminasi apabila isu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) ditimbulkan.

Sebaliknya, apabila golongan Bukan Melayu ini mempersoalkan mengenai hal dan hak mereka, ianya tidak pula mereka anggap sebagai 'perkauman' dan apa dan cara mereka perbincangkan itu adalah "berpatutan dan mengamalkan hak demokrasi mereka". Ini makin menjadi rumit apabila media antarabangsa juga menyokong haluan dan usaha kumpulan minoriti ini, termasuk dengan nada dan acuan liberalism dan universal yang mereka agungkan, mempersoalkan bagaimana orang Bukan Islam dinafikan hak mereka mengamalkan kepercayaan mereka.

Persoalan sekarang, mengapa ada rakyat Malaysia sengaja memilih untuk sengaja tidak berlaku adil dengan perspektif kunun kunun bahawa sejarah itu "gagal" apabila bercakap mengenai isu sosio-ekonomi, sejarah dan kaitan hubungan harmoni dan kesefahaman antara kaum, yang sebenarnya menjadi asas negara ini berkembang maju sehingga tahap ini?

Perkembangan tidak produktif ini sebenarnya membawa orang Melayu beberapa tapak kebelakang. Pendidikan merupakan teras utama program membasmi kemiskinan dibawah DEB dan selama 37 tahun. Ia berjaya membawa begitu ramai orang Melayu yang asalnya dari luar bandar menjalani kehidupan yang lebih baik, selesa dan progressif.

Malangnya, tekanan demi tekanan dibuat dan baru baru ini Kerajaan membuat keputusan bahawa 45% dari biasiswa dan dana pengajian tinggi Jabatan Perkhidmatan Awam akan diperuntukan kepada Bukan Melayu (asalnya 30%), walaupun sebenarnya mereka ialah kurang dari 35% penduduk negara ini.

Perlukah lagi apa yang selama ini hak bagi orang Melayu perlahan lahan ditarik?



31 comments:

Mozafar said...

Inilah yang dikata " dah beri betis nak paha ". Namun jangan salahkan keturunan kaum pendatang tersebut sebab mereka berhak menuntut apa saja atas dasar pengiktirafan kita menerima mereka sebagai warga negara.

Semua permasalahan ini berkisar kepada kelemahan pimpinan UMNO sendiri yang membiarkan pucuk pimpinan yang kurang tegas untuk terus jadi pemimpin kita.

Ditambah lagi dengan ramainya dikalangan MT yang kaki ampu dan yang suka membodek kerena kepentingan sendiri.

Demikian juga Pemuda UMNO wajar disalahkan kerena telah tersasar dari perjuangan sebagai suara pendesak kepada suara pak turut.

Kesimpulan yang jelas ialah, selagi pucuk pimpinan tidak berubah maka kita kenalah terima hakikat bahawa tak lama lagi UMNO akan tinggal kenangan.

Tahnia kepada pak lah kerena berjaya melumpuhkan UMNO dan membuat rakyat benci dan muak dengan BN.

USAMABENLADEN said...

Hak keistimewaan orang Melayu telah sedia terjamin dalam perkara 153 semuanya orang telah tahu..

Namun kontrak sosial adalah mainan politik UMNO yang tidak wujud demi untuk meneruskan kelansungan kuasa politik mereka...
contract must be binded or put in writing other else it's unvalid or a part of sentiments plays by UMNo to threaten non malay...

Justeru, sesiapa yang menyalahgunakan hak keistimewaan Melayu selama ini...

Muhasabah diri kamu semua dan cuba periksa dan siasat berapa rezeki halal yang dimiliki oleh golongan-golongan kamu dan

JUGA BERAPA HARTA KEKAYAAN YANG SAHABAT -SAHABAT, SAUDARA MARA, ANAK PINAK BUAT HASIL DARI UNSUR RASUAH DENGAN ALASAN HAK DAN KEISTIMEWAAN MELAYU YANG SEKELOMPOK TU???

MERUJUK SOALAN YANG PERNAH DITANYA OLEH RAMAI ORANG AHLI YANG DIBELI

"CUBA TUNJUKKKAN KEPADA RAKYAT MEREKA YANG MEMASUKI UMNO DEMI PERJUANGAN HARI INI MELAINKAN UNTUK MEMEPERKAYAKAN PERUT DAN BAWAH PERUT....

Bobby said...

Wahai Pemuda UMNO, ini lah yang saya maksudkan bagaikan sejarah berulang. Dulu 2 tanah pusaka terpaksa digadaikan.

Sekarang ni kalau kita terus nak berpanjangan di Muka Bumi ini , kita kenalah mempunyai keupayaan kita sendiri untuk memilih hala tujuan.

Buah fikiran saya mencadangkan supaya UMNO keluar dari BN.

Dalam utusan Malaysia ada mengatakan bahawa Ku Li ade dengar berita bahawa ada parti komponen BN akan keluar parti.

Hmmmmm , saya berharap parti tersebut adalah UMNO.

Tapi kena ingat yang bukan Melayu juga adalah rakyat Malaysia dan sebagai Tuan Tanah , kena jaga kebajikan secara keseluruhan. Lepas ni yang bukan Melayu jangan bising2 sangat dah la. Dah naik sampai 45% , korang jangan nak ngada2 lagi buat fitnah pembunuhan etnik.

Sabar ada tahapnya.

Sekian terima kasih
Assalamualaikum.

HussBach said...

A'kum all,

Saya hendak mengemukakan satu cadangan kepada pihak UMNO terutamanya pemuda UMNO untuk lebih "action oreintated" di dalam perjuangan pemuda UMNO.

Saya baharu habis baca "Tipping Point" by Malcom Gladwell. Ia adalah satu buku psychology tentang mass changes in society by changing little things. Ada sebuah case study dimana kadar jenayah di the New York Subway telah di turunkan secara drastic dalam masa yang singkat.

Pendekatan ini adalah sesuai dengan saya kerana saya berkerja di dalam kilang pembuatan yang banyak bergaul dengan operator pengeluaran, supervisor dan saya ditugaskan sebagai change agent di dalam organisasi tersebut. Pendekatan saya adalah mengubah perkara-perkara yang kecil supaya ia dapat mengubah budaya kerja di organasasi saya.

Salah satu pendekatan yang saya gunakan dalam mengubah adalah “Gemba Kaizen” atau practical continuous improvement. Pendekatan ini adalah sangat Japanese dan adalah dalam bidang manufacturing. Pendekatan ini memerlukan saya untuk pergi ke kawasan manufacturing (where all the action is) and get 3 small problems daily, dan menyediakan solutions untuk these small problems. Setelah itu document “kaizen” tersebut dalam bentuk yang sangat ringkas iatu mengambil gambar before and after. Saya telah melatih beberapa orang didalam organasasi saya untuk berbuat demikian. Bayangkan terdapat 10 orang yang melalukan demikian dan bilangan Kaizen ideas akan menjadi exponential. Ini adalah budaya kerja pada mulanya kita akan berasa susah untuk melihat masalah (see the problem). Seperti memandu kereta pada kali pertama lama-lama kita akan menjadi cekap bila ia sentiasa dilakukan.

Cadangan saya kepada pemuda UMNO adalah menjadikan budaya Kaizen ini hidup di UMNO. Pendekatan ini adalah bottoms up dimana Kaizen Culture ini di serap di mobilize kan oleh akar umbi. Di dalam mana-mana organisasi pun ada top /leadership yang sibuk membuat strategic, vision and plans, tapi ahli-ahli akar-umbi tidak bermakna tidak membuat apa-apa. Ahli-ahli ini perlu menjadi change agent di dalam kapasiti mereka. Than UMNO could be a organic organization.

Cadangan saya
1) Pada Minggu kedua setiap bulan galakkan setiap kawasan pemuda UMNO untuk membentuk satu kumpulan kecil 7 orang (Managing 7 people is optimum for diversity and creativity). Berbekalkan peta kecil kawasan, sebuah kamera digital dan kasut yang selesa untuk berjalan pergi menjelajah kawasan. Kawasan tak perlu besar, Cuma cukup unuk berjalan kaki.
2) Buat catatan, ambil gambar dan interview sesiapa sahaja yang kita jumpa.
3) Cuba note down any observation atau problem yang kita Nampak.
4) Selepas 2-3 jam observation. Pulang balik ke bilik operasi dan buat summary masalah.
5) Cuba buat satu kesimpulan 3 masalah yang boleh diselesaikan oleh pemuda UMNO sendiri tanpa merujuk kepada orang lain.
6) Pada minggu seterusnya, buat plan untuk menutup 3 masalah yang dikenal pasti . ( masalah itu tidak semestinya masalah terbesar, Cuma masalah –masalah yang dalam bidang kuasa yang boleh di actionkan)
7) Pada minggu seterusnya dapatkan manpower,kelengkapan dan actionkan kawasan atau masalah tersebut. Dapatkan gambar setelah masalah ini di selesaiakan
8) Buat satu dokumentasi ringkas (before and after, wrote down the problem that is being solved, and what has been done). Lepas itu letak kan di dalam blog. Bayangkan kalau mempunyai pada permulaan adan 4 kawasan yang menjadi pilot project, Pada satu bulan ada 12 Kaizen Improvement, 2 bulan ada 24 Kaizen. Kalau budaya ini merebak….The beauty of this ideas in the internet is that bahagian-bahagian lain boleh refer. Apa-apa masalah yang telah diselesaikan oleh bahangian yang boleh di tiru. Dengan cara ini kita akan dapat bergerak maju dan menolong masyarakat
9) Ulang langkah 1)… Keep the spirit alive.

Just a suggestion.

Anonymous said...

PEMUDA UMNO HARUS DESAK PAK LAH LEPASKAN JAWATAN DAN SOKONG NAJAIB JADI PM!

RAKYAT HIDUP DALAM NEREAKA DI BAWAH PAK LAH!!!!!

Pragalath said...

Sila lihat hujah saya berkenaan perkara ini di blog saya.

AbnormalSuam said...

Terlampau dihinggapi sindrom keujaan bagi mendapatkan hati orang lain, menjadikan kita sama seperti kata bidalan, 'anak kera di hutan disusukan, anak sendiri mati di riba'.

Perhatikanlah apa yang berlaku semenjak kebelakangan ini, lebih tepat lagi semenjak Abdullah Badawi bergelar Perdana Menteri. Perhatikan bagaimana pengabaian dilakukan terhadap anggota-anggota ahli parti yang dipimpinnya sendiri demi mengambil hati angota-anggota parti komponen dan parti pembangkang.

Apabila golongan majoriti mula berasakan ketidakadilan dan tekanan, maka mereka akan mula gelisah dan akhirnya meluahkan kemarahan mereka.Manakala golongan minoriti (yang sebenarnya taklah minoriti dalam erti kata sebenarnya) pula akan mula membuat tuntutan-tuntutan baru dan desakan yang lebih kuat terutama apabila pucuk pimpinan 'yang tak boleh dijentik akan relai' menuruti kehendak mereka dengan alasan mereka mempunyai kuasa undi penentu.

Jurang pendapatan di Malaysia sebenarnya akan terus berkekalan dengan sistem yang kita amalkan sekarang. Cuma sesiapa yang nak mengubah hidup, perlulah masuk politik kerana 'satu-satunya cara untuk mengubah paksi ekonomi keluarga' adalah dengan menjadi ahli politik. Maka sebab itulah sangat ramai pemuda Melayu bergiat dalam politik, sama ada kerajaan mahupun pembangkang walaupun kemudiannya akan ada dalih, 'Kami berjuang untuk rakyat'...

Sedar atau tidak sedar, negara kita sangat banyak dengan cukai... jangan pergi jauh, bandingkan negara kita dengan Australia... cari-carilah fakta tentang cukai, dasar buku, harga minyak atau apa sahaja yang ada di Australia dengan Malaysia... tak payahlah buat perbandingan tradisional seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin sekarang demi menyedapkan hati perut dan telinga mereka sendiri...

Pemuda UMNO Masai said...

Perlunya seorang pemimpin pemuda yang berkaliber dan bergerak aktif... barulah pemuda cawangan dapat ikut serta dan bersemangat, penyusunan semula strategi dan perubahan tonggak pimpinan terutamanya di peringkat bahagian adalah perlu....

Akmal Hisham Abdul Rahim said...

Salam.

Wahai Pemuda UMNO...anda kini sedang hidup dalam keadaan mewah dan senang. Memang tidak salah untuk hidup dalam keadaan sedemikian. Namun perjuangan asal harus diteruskan dan perlu berjumpa dengan masyaratkat umum untuk mengetahui hal yang sebenar.

Perkara yang menimpa umat Melayu/Islam zaman kini tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan pemimpin UMNO itu sendiri.

Siapa yang beriya-iya nak pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris? Mahathir.

Siapa yang hancurkan DEB dengan memberi kepada cina-cina, india-india dan kroni-kroni? Mahathir.

Siapa yang hancurkan peranan Sultan dan Agong? Mahathir.

Dan perlu ingat bahawa Tun Mahathir ini asal dari parti UMNO. Selama ini pemimpin UMNO buat apa?

Siapa juga yang memecat arwah mufti Selangor Ishak Baharom atas sebab ratu cantik? Mahathir.

Walaupun banyak yang Mahathir buat, beliau adalah parti UMNO.

Pendek kata, UMNO lah yang banyak hancur umat Melayu.

Fikir-fikirkanlah wahai UMNO.

A Voice said...

Kesilapan kita adalah menggunakan terma "social contract".

Mngkin sebelum ini pernah digunakan sedikit sini dan sedikit sana tetapi yang jelas, terma begitu meluas dipopularkan oleh seorang bekas penuntut politics,philosphy,and economics yang terlalu bercita2 dan merancang.

"Social contract" mula diperkenalkan oleh cediakawan Revolusi Perancis, Rousseau untuk menerangkan suatu perjanjian "gentlemen" antara yang memerintah dan diperintah. Maka perjanjian "gentlemen" adalah terbuka kepada "renogotiation".

Di alam budaya Melayu, "social contract" yang ada adalah perjanjian mitos antara sang lebar daun dan sang sapurba yang mencetuskan budaya "blind loyalty" dalam masyarakat melayu. Dalam dunia politik terkini, ia adalah fenomena "saya sokong". "Social contract" yang ini baik sekali dianggap sudah luput tempoh dan tidak perlu "renegotiate".

Perkara-perkara yang melibatkan kedudukkan agama, bahasa, raja dan hak keistimewaaan orang2 Melayu, kerakyatan bukan Melayu dan lain2 bukan "social contract" yang merupakan "gentlemen agreement which is subject to renogotiation".

Perkara-perkara itu sudah dijadikan perlembagaan, maka dengan demikian ia adalah lebih sesuai dipanggil perjanjian keramat yang sudah diperlembagakan (constitutionalised social contract) atau pendiknya perjanjian keramat.

Berbanding dengan "social contract" yang berala "gentlemen agreement", perjanjian keramat tidak boleh diubah ! Perlu disedari kesemua perkara ini sudah TIDAK BOLEH DIUBAH DENGAN 2/3 MAJORITI PARLIMEN. Ia memerlukan persetujuan Raja-Raja Melayu!

Malah mengekalkan ciri2 "melayu" di dalam alam budaya melayu dalah suatu hak hakiki dan semulajadi.

"Ketuanan melayu" harus difahami adalah "tuan melayu" yang merupakan raja-raja melayu memberi kerakyatan kepada pendatang dan jangan pula disalaherti sebagai "malay Dominance" ke atas bukan melayu. Tuanmelayu ada hak untuk melakarkan asas struktur masyrakat dan politik negara ini, asal kita berpegang keapda keadilan yang hakiki dan bukan keadilan absolut.

Perbezaan terma membawa makna yang berlainan dan membawa implikasi yang berlainan.

Itulah masaalah kita sejak beberapa tahun mutakhir ini yang terlalu asyik dengan nama Univeristi, nama bapa mertua dan kehebatan/kepitahan/kelantangan bersuara tetapi tidak mahu menilai kekosongan tin yang diketok2, terlalu cepat menerima kata-kata seseorang tanpa melihat track record seseorang, dan tidak memperhalusi bijak budi pemikiran seseorang itu.

Saya harap Pemuda UMNO meneliti perkara ini dengan para2 cendikiawan, budayawan dan sejarah yang "genuine" dan bukan yang masih mengulang-ulang buku teks sekolah (atau Universiti). Perkara ini adalah perkara fundamental yang tidak perlu diberi sudut politik kepartian kerana kebenarannya sudah cukup untuk menjawab hujah lecik kaum yang hanya ada "constitutionally ascribed rights" dan tidak lebih dari itu.

labi said...

Amat tertarik bila

AKMAL HISYAM ABDUL RAHIM

rakan blogers kita yang memberi komen bahawa semua kesalahan yang patut diberikan kepada UMNO

anda dah lupa ker atau buat-buat lupa, kalau takdak UMNO tak merdeka tanah melaya bro jangan jadi macam "Kacang Lupakan Kulit"

Tapi cuma sekarang bila Jebat menderhaka maka porak poranda lah negeri Melaka...

Takkan kita lupa bahasa english memang penting sebab tu Tun cadangkan Math and sains dalam bahasa English cuba tengok iklan kat TV sekarang, yang mana sekumpulan budak sekolah ditanya oleh minah salleh tak tau National Munument tu "NAMO GHIMA" jadi ada lah sorang budak tu baca paper NST bagitau yang National Munument tu TUGU NEGARA kat depan boleh berhenti turun dari bas... jadi sinopsi atau maksud iklan nie English is important if we wanna go further bro..

kalau pegi mana-mana pun tak sesat bukannya niat Tun nak memperlekehkan bahasa kita bahasa Melayu, tapi tak tau lar jika anda memang ada masalah dalam berbahasa engris nie, Tun nak suruh kita @ anak-anak kita takde lar macam "Tikus Tengok Besi" kalau buku aturan alat-alat atau barang-barang yang di beli dalam bahasa Engris, jadi pikirlah atau tengoklah iklan NST kat TV yea...

DEB secara sedar atau tidak memang banyak membantu masyarakat bumi kalau tak percaya diri kita boleh pergi sekolah hingga masuk Universiti dan sampai reti nak post comment kat blog bukan ke kita nie dari dasar DEB yang Tun perkenalkan dan ramai lagi Bumiputera yang mendapat maanfaat dari DEB nie tapi kite kena lah usaha jangan macam "Menunggu Bulan Jatuh Ke Riba" kena usaha jangan tido jer bro.. kerana Allah S.W.T berfirma " Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika kaum itu tidak mengubah nasib kaumnya sendiri" kita jangan dengki dengan kaum lain tapi kita kena usaha nak membaiki taraf kehidupan kita jangan jadi "Mat Jenin dan angan-angannya sahaja" dan kita kena kenang budi orang lama yang banyak menabur bakti, masa zaman Tun kita mengalami krisis ekonomi tapi kita boleh pulih dengan jayanya tanpa bantuan orang asing jadi mengapa kini dia dah bersara kita salahkan dia pulak patutnya kita salahkan lah orang yang memegang kuasa bukannya dia yang memang tak dak kena mengena dan kalau betul Tun tu bersalah mesti tuhan dah balas kat dia tapi tengok dan lihat dia tuhan masih sayang dan beri umur panjang untuk berkhidmat lagi.

Kuasa Kesultanan, kita kena paham bukannya zaman Tun dia menghancurkan tapi menghadkan sahaja, Sultan dan DYMM Yang Dipertuan Agong masih berkuasa tengok negeri Perak dan Terengganu
sultan masih power bro nak tentukan MB, rebah Paklah nak lawan Sultan macam mana.

Macam dikatakan masalah yang UMNO hadapi sekarang bukan masalah yang ditinggalkan pemimpin terdahulu tak payahlah dok korek, gali, timba dan ungkit kes yang 22 tahun lepas kenapa nak ungkit lagi, ungkit pun setelah kalah 5 negeri opsss enam setengah campur Wilayah KL and Negeri Sembilan Hampir rebah. Kenapa tak korek gali timba dan ungkit masa bulan NOV 2004 dulu, nie sekarang baru nak keluar Tun itu dan ini ,macam Tun kata dulu lar "MELAYU MUDAH LUPA" masa dia nak bersara dulu menangis 7 tempayan punya berlakon bila dia confirm letak jawatan mulalah "WOK YOH JADI RAJO" (WOK YOH: Watak dalam wayang kulit)dikutuknya dia dan di kata macam-macam, manalah tuhan tak marah, dia bagi cara elok kita pulak yang buat dia macam sampah.

Jadi sendirilah mau ingat kalau kita lawan cikgu atau ketua ada berkat ker kawan...

Jadi sendiri mau ingatlah izinkan saya meminjam kata bidalan dari Karam Sighn Walia " Baik Melepaskan Singa dipadang Luas, dari Melepaskan Ular dipadang rumput" renungkanlah bidalan ini..

salam...

andai ada terkasar bahasa atau terguris jiwa diharap maafkanlah

Bobby said...

A'kum

Saya amat tertarik dengan cadangan blogger hussbach yang mencadangkan kaedah "kaizen" digunakan.

Saya harap pemuda UMNO cuba kaedah ini. Bunyinya macam akan berkesan.

Saya sokong cadangan blogger hussbach. Idea yang mantap.

Sekian, Terima Kasih.

Bobby said...

A'kum

Kepada blogger labi.

Saya suka berbahas dalam bahasa Inggeris. Sometimes certain expression comes out better in English.

However , your believe that English is needed to go further in this world is WRONG. It's just another language.

A lot of valuable information are in other languages. You want to be on top of the world.... you can't be, by knowing only English.

Jangan nak dibangga-banggakan sangat dengan bahasa orang putih tu. Belajar bahasa lain sama.

Nak ikut kan , orang Malaysia kena fasih Bahasa Melayu , Bahasa Cina , Bahasa Tamil. Ini lah majoriti bangsa Malaysia. Yang ko nak advertise English sangat buat ape.

Bobby said...

Ini adalah komen yang ditinggalkan di blog pralagath mengenai posting Hak Keistimewaan Melayu

ello bro,

Dah biasiswa naik 45% tak cukup untuk korang senyum sikit ke ?

Cuba hormati risiko yang terpaksa kerajaan hadapi dari bangsa Majoriti tanah Ku ini. Ramai yang tak puas hati.

Bagi saya, saya boleh terima. Tapi saya tak boleh terima orang mengada-ngada nak mintak lebih2.

Tolong ingat apa yang tertera dalam Hindraf. Antaranya adalah fitnah pembunuhan etnik. Saya tahu dengan PASTI ini adalah untuk menarik perhatian antarabangsa demi memburukkan bangsa Ku.

Sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa SABAR ADA TAHAP NYA !!!

Revolusi Melayu said...

Salam,
Melayu dalam PKR,
Lepas anwar, Azmin ali, Pas Azmin ali sapa yang layak lagi? Nurul Iz ke?
Jangan tahun 2030, kita jadi cam PALEStin dah lah.

Ahmad Muzammil said...

DEB tu bagus
tapi org umno wat DEB tu mcm bapa mereka pny duit
depa je la yg kaya

Razlan said...

Artikel yang bagus.

Ketua Pemuda adalah Menteri Pelajaran.

Masalah mereka angap kita perkaumman, kerana Orang Melayu pun dah lupa asal usul Mereka.

Masukanlah dalam Silibus Pelajaran.

Bangsa lain akan tentang kita sekiranya ingin memasukkan perkara ini didalam silibus, ianya adalah kerana, mereka mempunyai agenda untuk menghapuskan MELAYU SEBAGAI PRIBUMI ...

Jadikan Perkara Ini perkara BIASA didalam negara kita, bukan untuk berniat jahat, tetapi kita perlu memberi pemahaman kepada Orang Malaysia.

Sekiranya Pemahaman betul , semua rakyat Malaysia tidak akan mengangap Melayu atau UMNO menindas bangsa lain.


Tulisan saya:
http://razlans.blogspot.com/2008/05/kontrak-sosial-perlembagaan-dan-sejarah.html

Majlis Perkahwinan Azim & Natasha said...

salam,

interesting sangat topik ini, terutama saya yang di luar negara hanya dengar berita sahabat dan media masa sahaja. topik ini nampaknya semakin meruncing dengan demonstrasi yang semakin melibatkan keganasan.

Sangat benar apa yang dikatakan tentang "social contract" yang sepatutnya di panggil "constituionalized social contract" dan memang tak boleh di ubah oleh 2/3 majoriti kecuali dengan persetujuan kesemua sultan. adakah mungkin ini sebabnya karpal mula memperlekehkan kesultanan? ini selain daripada sultan melambangkan hak ketuanan melayu.

Benarlah, dikongsi kewarganegaraan atas dasar memang budaya kami semua telah digaulkan sebelanga dan dihormati rasa kenegaraan yang dirasakan terhadap tanah ini. Tetapi sengetlah dacing jika hingga mengasah isu perkauman sehingga seperti ingin disentap tikar dari bawah tuannya.

seperti di katakan, sudah diberi betis, di minta peha. Dengan adil kuota diberi mengikut demographic distribution, namun memang saya sendiri setuju tidak cukup terutamanya dalam soal biasiswa. tetapi secara logiknya, tidakkah sama kompetitif bagi bangsa melayu untuk masuk ke universiti seperti bangsa lain? jika dari sampel 100 dengan tempat 10, wujud 70 peratus untuk melayu, dan 30 untuk bangsa lain, maka 70 orang melayu akan bertanding untuk 7 tempat dan 30 yang bukan bumi beusaha untuk 3. jika diikutkan, 63 bumi yang tidak diterima berbanding 27 bukan bumi. dan semestinya dibanding distribution of wealth, non bumi mempunyai keadaan sosio ekonomi yang lebih baik. jadi apa persoalan? tidak adil 23 itu tidak diterima?

Menarik sungguh jika itu di mahukan.

p.s. saya ini setahun jagung, jangan dibanding dengan gajah bergading. maaf jika tersilap.

Unknown said...

Ahmad Muzammil said...

DEB tu bagus
tapi org umno wat DEB tu mcm bapa mereka pny duit
depa je la yg kaya

apa yang saudara cakap ni? saudara tahu tak DEB tu apa?

Anonymous said...

Wahai Pemuda Umno (terutama para pemimpin Pemuda Umno Malaysia),

Raison d’etre UMNO kononnya ialah untuk memperjuangkan hak, kepentingan dan maruah bangsa Melayu, bahasa Melayunya, rajanya dan agama islamnya. Seluruh pemimpin UMNO dan pemudanya yang kelihatan gah cubalah menjawab soalan-soalan ini:

1. Rakyat Bumiputera adalah seramai dua pertiga, mengapa peratus kuota kemasukan ke U hanya 55% bagi Bumi. Baru-baru ini pula biasiswa JPA yang dulunya Bumi mendapat 90%, mengapa tahun ini diturunkan kepada 55%?

2. Dengan kadar 55% tersebut, apa dia hak keistimewaan Bumi yang dilaung-laungkan itu? Jika dapat 75% (lebih dua pertiga), barulah boleh UMNO mendabik dada.

3. Apa jadi dengan Tanah rezab Melayu yang telah diambil untuk pembangunan? Berapa banyak telah diambil dan berapa banyak diganti seperti yang disyaratkan oleh Kanun Tanah Negara?

4. Mengapa bila samy vellu dan pemimpin Cina bercakap mengenai kepentingan kaum mereka, mereka tidak dianggap racist? Mengapa Dr Mahathir dituduh racist bila beliau becakap mengenai kepentingan kaum Bumi dan mana dia pemimpin UMNO/Melayu mempertahankan beliau?

5. Mengapa pemimpin UMNO membisu bila karpal singh dan param menghina Dr. Mahathir, pemimpin agong Melayu/UMNO (semasa beliau masih menjadi ahli UMNO dulu)? Apa maruah Melayu yang dijaga oleh UMNO?

6. Mengapa pemimpin UMNO membiarkan sesetengah pemimpinnya biadab, termasuk mereka yang pernah ‘murtad’ UMNO? Mengapa tindakan disiplin tidak diambil terhadap mereka kerana melanggar Fasal 20.8 (g)?

7. Mengapa UMNO tidak menjerit minta sektor swasta buka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada Bumi?

8. Aset komersial dan premis industri milik Bumi masing-masing kurang 12% dan 5%? Apa yang UMNO perjuangkan selama 50 tahun berkuasa?

9. Perjuangan Zaid Ibrahim – apa untungnya untuk Melayu?

10. Apa Datuk Hishamuddin buat untuk mendaulatkan Bahasa Melayu dan Sekolah Kebangsaan? Berapa kerat kaum lain belajar di sekolah kebangsaan? Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006 – 2010) hanya cantik di atas kertas?

Terima Kasih. Harap para cerdik pandai dalam lapisan pemimpin Pemuda untuk menjawap soalan soalan di atas. Harap juga Datuk Sazmi untuk menjawab soalan2 di atas di dalam article sakabangsa yang seterusnya. Kalau nak membisu, baik tak payah jadi pemimpin Melayu.

Brain Suckerz said...

Masalahnye UMNO menggunakan istilah kedaulatan melayu di tanah melayu untuk kepentingan kroni mereka sahaja. Bila ada melayu yg baru nak berjinak2 dengan bisnes, hantar proposal, masuk tender, perkara utama akan dilihat adakah syarikat lainyang similiki oleh kroni2 yang lebih kekanaan dalam UMNO masuk sekali. Kalo ada jangan haraplah yang baru nak cuba berbisnes tadi. Dah lepas tu, bila kaya, bukannye nak menolong orang2 melayu yang miskin yang lain, xde inisiatif langsung, jadi kaya kerana dapat projek kerajaan, kerajaan dapat duit dari rakyat, bagilah sikit kat rakyat. kalo dapat untung 10 juta, RM 5oo ribu takkanlah xleh derma kat orang2 miskin, setiap 10 ribu untuk satu keluarga miskin dari RM 500k tadi. dah berapa banyak keluarga miskin boleh ditolong. Ini x, tukar kereta BMW, merc baru, rumah dibesarkan walaupun keluarga 3-4 orang shj. Ini ke ISLAM HADHARI? memajukan islam dari segi kewangan untuk diri sendiri tapi lupa pada orang islam yang dalam kesusahan. Dunia sudah hendak kiamat, Islam sekarang hanya berkiblatkan harta dunia sahaja. Perkara in telah berlaku pada agama2 lain. Islam sekarang berada di zaman kejatuhan secara batinnye, zahirnye nampak elok, batinnye sudah lumpuh, tiang sudah roboh. Manusia sekarang berada di zaman kegelapan, dimana agama di atas kad pengenalan, hati pada harta kekayaan.....

Revolusi Melayu said...

Dulu UMNO "Power" sebab tak banyak Cawangan "Hantu raya", peliharaan OKU(Orang Kuat UMNO ).

La ni ia adalah satu "LIABILITI yang nyata" kepada UMNO, Setiausaha UMNO(dulu) tak pantau ke?

Harap yang baru ni bertindaklah Kalau mahu UMNO masih "Relevan".

Kalau mereka bertanding di cawangan pun menipu, tak kan ketua bahagian dia xleh tipu???

Cawangan "hanturaya" ni biasanya terdiri daripada kaum keluarga mereka dan disisih dari masyarakat!!

Kalau ini lah akar umbi UMNO ia ibarat "BAWANG",
Nampak Gemuk, Bila dikupas rupanya kosong!!!!!!!!!!!!!

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Apa yang terjadi adalah kerana 'melayu' terperangkap dengan prinsip ketuanan yang direka oleh penjajah Inggeris 50 tahun dahulu - Lord Reid.

baca sini : http://themalaypress.blogspot.com/2008/05/perutusan-merdeka.html

jika semua kaum di Malaysia ini celik sejarah dan mengerti kejadian sebenar yang berlaku dulu pasti tiada siapa yang berani persoal Ketuanan Sebenar wilayah nusantara ini.

Kejatuhan Melaka 1511, itu adalah sejarah dongeng dan hikayat yang tipu...Melaka hanyalah sebuah pelabuhan dalam sebuah Negara...dan Melaka pun bukan sebuah empayar.

Umno dicipta oleh propaganda Inggeris...untuk menjaga kepentingan mereka disini. Tiada Melayu maka tiadalah UMNO...

Selagi kita duduk dalam konsep 'Bangsa Melayu' ciptaan Raffle selagi itu kita tidak akan nampak kebenaran yang hakiki...

Tuyang said...

1)Siapa tuan tanah??Tolong buktikan KITAB mana yang mengatakan BETAPA ISTIMEWANYA ORANG MELAYU sehingga Tuhan beri tanah khas untuk ORANG MELAYU. Kenapa pemikiran dan mentaliti sebegini masih melekat di sanubari orang Melayu UMNO? Tanah diciptakan untuk semua manusia. Semua makhluk hidup berhak menikmati kurniaan Tuhan, maka tiada sesiapapun berhak mengatakan bahawa kaum mereka istimewa diatas bumi ciptaan Tuhan. Adakah orang UMNO Melayu sama pemikiran dengan bangsa YAHUDI? Takkan orang Melayu tak tahu orang YAHUDI menggelarkan bangsa mereka adalah bangsa pilihan Tuhan. Perlembagaan / Undang-Undang dibuat oleh manusia dan undang - undang dibuat untuk menguasai sesuatu berkepentingan. Tiada Undang-Undng lebih tinggi daripada Undang-Undang Tuhan. Perintah Tuhan tidak boleh diubah tetapi Perlembagaan ciptaan manusia boleh diubah..Maka, sudah terang dan jelas sekali seluruh rakyat Malaysia berhak mendapat layanan samarata.

2) Melayu UMNO sering perjuangkan keistimewaan bumiputera. Adakah bumiputera hanya khas untuk orang Melayu & Islam sahaja? Adakah Kaum pribumi Sabah & Sarawak(non-muslim)bukan bumiputera? atau diletakkan bumiputera kelas kedua?

Sila Rujuk balik apakah kandungan Perlembagaan Malaysia ciptaan manusia.

i) Berapa peratuskah pribumi Sabah& Sarawak yang berkhidmat dalam kerajaan?

ii) Barapa peratuskah pribumi Sabah&Sarawak yang menjawat jawatan penting dalam kerajaan?

iii) Berapa peratuskah pribumi sabah&sarawak yang menjadi pengarah GLC?

iv) Berapa peratuskah pribumi Sabah&S'wak yang mendapat biasiswa kerajaan?

v)Berapa peratuskah pribumi sabah& s'wak yang ditawarkan kemasukkan ke IPTA?

vi) Berapa peratuskah pribumi sabah& s'wak yang mendapat pinjaman perniagaan drpd kerajaan?

vii) Berapa ramai pribumi sabah&s'wak (non-muslim) yang menjadi pegawai tertinggi IPTA?

3)Sabah& S'wak sama besar keluasannya seperti di Semenanjung Malaysia tetapi kenapa kedua-dua negeri ini terus dihimpit kemiskinan? Adakah peruntukan kerajaan diagihkan secara adil& saksama? Sepatutnya negeri yang lebih luas diberi perunukkan yang lebih banyak, bukannya negeri yang sudah maju makin banyak dapat peruntukkan!! Ketahuilah bahawa sumber rezeki (makan/minum) Melayu UMNO datangnya daripada hasil bumi Borneo. Bayangkanlah jika Sumber minyak hasil bumi Sarawak & Sabah tidak diagihkan kepada Semenanjung Melayu UMNO? Sudah pasti Melayu UMNO akan kembali hidup seperti di zaman Jepun. Wahai Melayu UMNO, janganlah berselindung di sebalik Perlembagaan Malaysia ciptaan manusia untuk terus menindas rakyat bukan Melayu Islam.

4) Wahai Melayu UMNO, rakyat tahu Perlembagaan Malaysia ciptaan manusia digunakan untuk kepentingan diri sendiri orang Melayu UMNO. Duit rakyat untuk pembangunan ditelan oleh Orang Melayu UMNO dan diagihkan kepada kroni-kroni. Siapa sokong UMNO boleh hidup..rakyat sudah faham. Wang tersebut tidak berkat kalau diguna untuk suap anak dan bini. Malah UMNO sendiri akan merasa seksaan apabila terus-menerus membolot duit rakyat.

Bobby said...

Kepada Tuyang...

Memang Tuhan jadikan dunia ini untuk semua orang. Tapi masing-masing diberi tanahNya.

For example... Mekah adalah halal tanahnya kepada orang Islam sahaja.

Setiap negara bagaikan sebuah rumah. Ada empunya nya.
Kalau kamu cakap macam tu... maksudnya sesiapa sahaja boleh memasuki rumah mu dan boleh buat ape sahaja ?

Tanah Malaysia Tanah Melayu dan orang Melayu adalah Tuan Tanah.

That's a fact and i'd do anything to make sure the Malay civilization from extinction.

Mahathir pernah berkata "Naik jatuh sesuatu bangsa , terletak di tangan bangsa itu"

Bangsa ku bangsa Melayu , dan aku adalah antara Tuan-Tuan Tanahair ku ini.

Saya tidak setuju mengkhianati bangsa lain dan saya tidak setuju orang yang mengatakan Melayu bukan Tuan Tanah Malaysia.

Sekian Terima Kasih.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Jangan silap faham.

Tanah ini bertuan, ada pemerintah dan jajahannya dan ada sistem pentadbiranya serta UNDANG-UNDANGnya. Ada DYMM Agong serta Perdana Menteri SEBELUM Inggeris datang lagi.

Cuma konsep ' Ketuanan' itu telah diselewengkan oleh penjajah iaitu Lord Reid dengan persetujuan 'orang-orang' melayu yang sudah berkiblatkan Inggeris. Konsep ini juga diadakan demi menjaga kepentingan kaum2 lain (dengan maaf) kerana membantu Inggeris dalam proses kolonisasi daerah2 di Semenanjung Melaka ini (nama asal).

Tanah borneo juga bertuan - filipina juga bertuan, cuma sudah dipadamkan sejarahnya oleh Inggeris dan Spanyol.

Apa yang berlaku hari ini kerana kepincangan 'konsep' ketuananan itu semasa hendak merdeka...kena kaji sejarah baru x mudah melatah.

Tapi bukan sejarah yang kita pelajari disekolah dulu, yang itu semua dah ditukar oleh siputar alam British...oleh kerana sejarah itulah kita jadi kelam kabut hari ini.

sekian.

Anonymous said...

Dear Datuk Sazmi,

Hari ini surat khabar The Star dan Tamil Nesan telah mengherdik Tun Dr Mahathir dan kaum Melayu secara amnya.

Apa Pemuda Umno hendak buat? Buat bodoh saja ke?

Sila rujuk :

http://the-malaysian.blogspot.com/2008/06/set-example-and-dont-raise-sensitive.html

hairul sahak said...

salam sejahtera..

SEMUA KENA BUKA MINDA. MUHASABAH DIRI. SAYA BERPENDAPAT, SELAGI KITA TIDAK KEMBALI KEPADA TUHAN, APA DAN SESIAPA DARI PARTI MANA PUN AKAN MEMPERJUANGKAN POLITIK PERUT. SEDARLAH...KETUANAN MELAYU DAH MEMANG HILANG PUN.. SIKAP KITA YANG SEOLAH-OLAH MENJADI TUHAN!. RENUNG DIRI..SADAR...INSAF..TUHAN TIDAK ZALIM, TETAPI KITA YANG TELAH MENZALIMI NASIB KITA SENDIRI DAN KAUM KITA SENDIRI..

SADAR..SADAR...BANGUN...KEMBALI PADA TUHAN YANG ESA..KITA HANYA HAMBA TUHAN... BUKAN TUHANNNN

INGATLAH...MELAYU TAK AKAN MAJU SAMPAI BIL-BILA SELAGI BERLAGAK MENJADI TUAN.! SAMPAI LUPA, SEOLAH-OLAH MENJADI TUHAN!

KITA TAK AKAN HERAN, JIKA MELAYU MEREMPAT DI BUMI SENDIRI! SEKARANG PUN DAH BERLAKU..! YANG MEMILIH BUTA, PEMIMPIN YANG DIPILIH PUN BUTA! CONTOHILAH RASULULLAH.!!

SEKIAN...SEDAR..KITA HAMBA TUHAN..BUKAN TUHAN...HIDUP JANGAN JADI TUAN, BELAJAR JADI HAMBA TUHAN!

Apat said...

Bila Melayu mempertahankan hak nya, bangsa lain melabelkan sebagai "perkauman/racist"...wtf~!!

pmneus said...

Hak keistimewaan orang Melayu telah sedia terjamin dalam perkara 153 semuanya orang telah tahu..& semua golongan bukan melayu telah sedia maklum dan dapat terima hakikatnya.

Namun kontrak sosial adalah mainan politik UMNO yang sentiasa dihangatkan oleh kalangan pemimpin UMNO sendiri khususnya Pemuda UMNO demi untuk meneruskan kelansungan kuasa politik mereka...tanpa mengambikira sensitiviti kaum lain.

Justeru, pemimpin umno disemua peringkat janganlah cuba membudayakan cara samseng tanpa mengambikira sensitiviti kaum lain.elakkan putarbelit fakta yang boleh mencetuskan isu perkauman.
% pengagihan pelbagai aktiviti antara melayu dan bukan melayu, tak boleh diambilkira dalam semua bidang. Bukan melayu dah makin tertindas, berbanding sebelum. Tiada ruang langsung di negra yang mengamalkan dasar multiracial.Dasar cukup baik, cuma perlaksanaannya yang perlu difikirkan dan dikaji semula dgn mengambilkira semua pihak dan semua sudut. sebelum pelaksanaan perlu kajian mendalam.

.. siapa yang mengapi-apikan isu perkauman kalau bukan pemimpin pemuda umno semasa perhimpunan agung umno tahun lepas. Seolah-olah Malaysia hanya dihuni oleh rakyat yang berbangsa melayu sahaja. Jika pemimpin lain yang keluar kenyataan sebegitu, sudah pasti tindakan tangkap & ISA dikenakan oleh pihak pemerintah yang agak berat sebelah.

Pemimpin beginilah yang tak patut berada dalam UMNO khususnya dan BN amnya. majoriti golongan bukan melayu di malaysia hari ini agak tersentuh dengan kenyataan oleh barisan pemuda ini, .... Ramai kalangan mereka harapkan golongan pemuda UMNO tidak mengambil sikap sedemikian. Ini zaman perlunya pengukuhan perpaduan dan mengambikira tatasusila.

Kenapa Kelantan boleh terus kekal di bawah PAS.... itu perlukan postmortem dan renunganoleh golongan pemuda umno. belajarlah cara Tok Guru Nik Ab.Aziz menangani masalah dan mentadbir negeri. kalau ditanya majoriti masyarakat bukan melayu dikelantan amat senang dengan cara tak Guru. Mereka tidak ditindas dan didisriminasi, pendekatan lembut dan berhemah amat disukai. tidak semua berpihak pada mereka yang peribumi. Semua dapat hak tapi ada percentage yang adil.Itulahj yang ditunggu oleh semua rakyat. Biar behemah...dan jangan cuba wujudkan ketidakselesaan . Itulah dah makin menjadi budaya pemuda umno, setiap kenyataan pasti membuatkan golongan lain tidak selesa samaada pembangkang mahupun bukan melayu. Budaya seperti ini dah tak sesuai dengan peredaran zaman. Sila ambil iktibar..

Jika pemuda umno boleh terima hakikat dan adakan anjakan paradigma, sudah pasti umno boleh bertapak lama dimalaysia. Golongan bukan melayu juga turut sayangkan umno, tapi gerak-geri pemimpin hari ini seolah-olah cuba menghancurkan umno, orang melayu dan bangsa lain di Malaysia.

Kekalahan teruk BN pada PRU 12 lepas antara petunjuk utama yang perlu dijadikan pengajaran oleh semua pemimpin yang amat agresif dengan mengapi-apikan semangat yang boleh meruntuhkan bangsa melayu dan umno keseluruhannya.

Muhasabah diri kamu semua dan cuba periksa dan siasat berapa rezeki halal yang dimiliki oleh golongan-golongan kamu yang agak tamat....
Jika ingin keharmonian kita perlu berkongsi & jangan tamak. Dasar hari ini banyak dipesongkan oleh kalangan pemimpin pemuda yang agak tamak... ini dah cukup jelas. kalau boleh semuanya nak dibolot oleh pemimpin muda.

UMNO PARTI PENJARA said...

Salam Sejahtera,

Saya menolak sepenuhnya jika 'politik wang' masih wujud di antara calon-calon yang bertanding di dalam pemilihan parti Disember nanti.

Selain itu, Akar umbi hanya mampu menyuarakan pendapat dan buah fikiran mereka melalui internet, forum-forum dan laman blog sahaja.

Diharapkan ahli-ahli pemuda tidak mengambil remeh perkara ini.

http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

p/s: Aura Baru Pemuda Diperlukan