Sunday, June 29, 2008

KETUANAN MELAYU - FORUM MAJLIS PEGUAM

Pemuda UMNO ingin membuat kenyataan di sini bahawa pihak Pemuda TIDAK 'memberi pengesahan' malah membantah forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam berkenaan Kontrak Sosial dan Ketuanan Melayu atau apa2 pun berkenaan hak dan keistimewaan orang Melayu.

Pemuda tidak rela hak dan keistimewaan Melayu di bincang atau disoal oleh bangsa lain kecuali bangsa Melayu sendiri, terutama secara terbuka.

Pemuda mempersoalkan kenapa forum ini dibenarkan oleh pihak berkuasa yang bersikap tidak sensitif kepada perasaan orang MELAYU.

Pemuda UMNO memberi amaran keras kepada mereka yang cuba mempersoal hak dan keistimewaan orang Melayu, bakal menerima kesan dan akibat dari perbuatan mereka.

Pemuda mencadangkan agar pihak Majlis Peguam membincangkan isu2 tertunggak berkenaan hal ehwal mereka daripada membincangkan hak dan keistimewaan orang Melayu.

3 comments:

Maverick said...

Tahniah SakaBangsa kerana berani mengeluarkan kenyataan ini. Memang benar perkara ini seharusnya tidak dipertikaikan dan sudah sedia maklum bahawa perkara ini sudah terkandung dalam perlembagaan semasa menuntut kekerdekaan Tanah Melayu. Persoalannya sekarang ialah, mengapakah perkara ini disebut-sebut pada masa ini sedangkan perkara mengenai ketuanan melayu ini sememangnya sudah jelas dari dulu lagi? Harus diingat bahawa kewujudan Malaysia selama ini adalah terkenal dengan kekuatan persefahaman pelbagai kaum dalam negara ini dan dengan kekuatan ini jugalah kelemahannya terletak. Sekiranya ada pihak yg ingin memporak-perandakan negara ini, menerusi perkara kaum inilah yg paling sesuai untuk melumpuhkan kekuatan negara yg terbena selama ini.

Satu perkara, kenapa Pemuda tidak berurusan mengenai perkara ini dan Majlis Peguam menerusi menterinya sendiri? Kemanakah Menteri yg betanggungjawab mengenai hal peguam ni semasa hal ni dijalankan? Dia ni Melayu ka apa? Kenapa tidak menghentikan saja forum itu sebelum ia belangsung? Mana Zaid pegi selama tu? Kenapa tidak tanya jer dengan Zaid?

Pemuda kalau mahu betindak, kenalah terus ke Menterinya. Kerana Menteri ni dah bagi muka banyak sangat pada majlis peguam or anybody that has to do with law and order. Dia kena jawab la perkara ini sebab Majlis Peguam ni bukankah dalam pemantauan Kementerian beliau.

Kalau mahu berjuang, berjuanglah demi AGAMA,BANGSA dan NEGARA dan ikhlas dalam perjuangan semata-mata kerana ALLAH dan nawaitu pun kena betul. Barulah perjuangan itu dirahmati.

Razlan said...

Salam Tuan2,

Saya difahamkan sebelum tibanya hari Sabtu, perkara ini telah dibawa ke MT dan forum ini mesti dibatalkan.

Persoalan :

1. Kenapa tidak ada tindakan dari pihak berkuasa untuk membatalkan forum ini.

2. Apakah perkara ini dianggap enteng oleh Pemuda Malaysia, kerana sekadar membuat kenyataan melarang, tidakkah kita boleh mengambil tindakkan lain?

3. Pihak UMNO (KITA) hanya sekadar memberi amaran seperti kes HINDRAT, hanya amaran yang menggunakan perkataan keras tetapi ianya tiada tindakkan.

4. Mana MENTERI Penasihat Undang-undang kita ? Menyokong atau membantah?

Pikirkan bersama .. alangkah baiknya kalau kita dapat memberi peringatan kepada Pengkhianat Bangsa.

Sudahkah Pemuda UMNO Malaysia membuat laporan Polis kerana :

1. Majlis peguam telah melanggar perjanjian Kemerdekaan, dimana mereka telah mempersoalkan Kontrak sosial dengan mengadakan Forum berikut.

2. Mereka Menghina Perlembagaan.

dan banyak lagi boleh dukupas sekiranya kita mahukan TINDAKAN DIAMBIL !

Nota : Maklumat dari Seorang Sahabat Peguam Melayu, Majlis Peguam tidak menghantar jemputan rasmi kepada members, tetapi menwar-warkan melalui rakan-rakan KAFIR, dan Peguam MELAYU sudah lama menghidu tindakan Menggunakan nama Majlis Peguam untuk mendapat Sokongan.

Mereka perupakan KAFIR yang bersekongkol dengan MELAYU TAK SEDAR untuk menghapuskan Perlembagaan dan menjadikan Negara ini SAMARATA.

Kenapa Kerajaan kita tidak mengambil tindakkan kepada mereka? adakah mereka dibelakangi oleh Penghianat bangsa yang duduk didalam kerajaan?

Pikirkan bersama ....

Mohd Nadzri Kamsin said...

Kalau mereka mempersoalkan kontrak sosial, adakah mereka mempersoalkan apa yang telah dipersetujui oleh nenek moyang mereka dahulu ??