Saturday, June 7, 2008

Pemuda UMNO tubuh enam sekretariat

Ini laporan Utusan Malaysia 30 Mei 2008:

Pemuda UMNO tubuh enam sekretariat

KUALA LUMPUR 29 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO mengumumkan pembentukan lima sekretariat khas dan sebuah sekretariat tetap sebagai agenda bertindak pergerakan itu bagi memacu usaha mengembalikan keyakinan golongan muda terhadap parti.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, setiap sekretariat mempunyai rangka kerja sendiri melalui terma rujukan yang ditetapkan untuk menentukan visi, misi dan objektif dalam merealisasikan hasrat itu.

Kata beliau, setiap sekretariat pula mempunyai jawatankuasa sendiri yang dianggotai ahli exco Pemuda UMNO, ahli akar umbi, ahli profesional, badan bukan kerajaan (NGO) dan generasi muda.

"Sekretariat ini akan dipengerusikan seorang exco dan mereka ini akan melihat isu yang timbul dalam landskap politik terkini untuk ditangani.

"Ini untuk memastikan sayap Pemuda terus relevan kerana ia penting untuk membantu parti induk menghadapi pilihan raya umum akan datang,'' katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas bertemu dengan beberapa anggota exco Pemuda UMNO di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sekretariat khas yang ditubuhkan ialah Sekretariat Permuafakatan yang dipengerusikan Ahmad Ikmal Ismail, Sekretariat Peremajaan UMNO oleh Harrison Hassan dan Sekretariat Pembelaan Rakyat oleh Datuk Subahan Kamal.

Dua lagi ialah Sekretariat Pembinaan Negara Bangsa oleh Wan Azizi Wan Mohd. dan Sekretariat Perhubungan Media, Datuk Sazmi Miah manakala Sekretariat Tetap dipengerusikan oleh Hishammuddin sendiri.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, atas kertas sekretariat yang ditubuhkan ini kelihatan mudah tetapi ia telah melalui banyak proses yang serius sepanjang tempoh tiga bulan sejak pilihan raya umum lalu.

Katanya, setiap pengerusi sekretariat ini diberi peluang mengemukakan cadangan bagaimana untuk melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

''Pengisian rangka kerjanya telah dibincangkan secara mendalam kerana kita mahu melihat ke hadapan tanpa mahu terperangkap dengan isu-isu yang hangat sehari dua tetapi mahu menunjukkan perjuangan kita adalah agenda UMNO yang sebenar.

''Jadi amanah ini merupakan isu yang amat penting untuk kita kaji, teliti dan tangani dalam masa terdekat ini,'' jelasnya.

Tambah Hishammuddin, tindakan Pemuda UMNO hari ini penting kerana tiga bulan kebelakangan ini banyak ruang diberi kepada ahli UMNO dan parti komponen untuk melakukan 'bedah siasat' keputusan pilihan raya.

Hasilnya, kata beliau, tindakan yang diperlihat adalah berbentuk responsif dan reaktif kepada agenda serta percaturan suasana isu semasa yang akhirnya menyebabkan ahli banyak terikut-ikut rentak orang lain.

''Justeru mulai hari ini Pemuda UMNO tidak mahu rentak ini berterusan. Cukuplah tiga bulan diberi kepada semua untuk mencari bagaimana cara untuk bergerak ke hadapan.

''Hari ini Pemuda UMNO mahu menunjukkan kita bersedia untuk tidak mengikut gendang orang dan inilah yang hendak diteruskan agar akar umbi tahu hala tuju dan arah perjuangan kita,'' jelasnya.

Menurut Hishammuddin, sekretariat pusat yang dipengerusikannya itu mempunyai empat skop utama iaitu memantau manifesto pembangkang, menstruktur parti, keahlian dan perekayasaan proses.

''Pemantauan manifesto pembangkang misalnya dapat dilihat bagaimana pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang hanya asyik bercerita tentang kerajaan terdahulu bukan berusaha untuk menunaikan manifesto yang diharap pengundi.

13 comments:

terubuk jantan said...

SALAM PADA SEMUA PEMUDA UMNO,
SEKRETARIAT BAGUS CUMA PADA HEMAT SAYA MENGAPA PEMUDA UMNO TIDAK TURUN PADANG MENERANGKAN ISU-ISU TERKINI DAN MENDESAK KEPIMPINAN MEBUAT SESUATU YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT KHUSUSNYA BAGI ORANG-ORANG MELAYU,KAMI PERLUKAN 'MAGIC TOUCH'DARI PEMIMPIN KAMI BUKAN SEBALIKNYA..

myaix said...

Ini bukan komen cuma permintaan,
kalaulah boleh ditubuhkan sampai 6 seketeriat, boleh kah sekurang kurangnya
1. Kurangkan harga minyak untuk orang yang macam saya
2. tubuh sketeriat untuk kawal harga dengan lebih telus dan tepat kerana harga keperluan bahan asas telah naik sangat.
3."Ini adalah sebahagian dari plan untuk kami memahami suara hati, pendapat, hasrat, aspirasi dan idealism yang diharapkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, pewaris Kepimpinan Agama, Bangsa dan Tanahair.". FAHAMI LAH SUARA HATI RAKYAT YANG BIASA MACAM SAYA NI. TOLONGLAH TOLONGLAH TOLONGLAH supaya diturunkan harga minyak seperti sediakala malah lagi murah.
UTAMAKAN LAH rakyat seperti kami.
TERMIKASIH!

kadiology said...

ini pandangan saya. kalau nak tengok UMNO terus relevan, kalau nak lihat UMNO dan melayu masih menjadi tuan di dalam negara kita yang tercinta, kalau nak lihat BN menang pada PRU akan datang, cadangan saya, buang lah pak lah tu. gantikan sahaja dengan pemimpin yang layak. andaikata pak lah di kekalkan, UMNO akan berkubur. ini hakikat.

jadi sebelum UMNO di musnahkan oleh pak lah dan anak hantunya, buang mereka ini dan gantikanlah dengan pemimpinb yang ikhlas. PRU lepas, rakyat dah bagi signal. kalau pemuda masih buat tuli dengan signal ni, bersiap la dengn PRU akan datang, kami akan ajar lagi.

antu terbijak said...

memandangkan keahlian umno dekat 3juta kan, ape kata kita wujudkan golongan pendesak yang mampu mewujudkan tekanan (boikot) mendesak penurunan harga barang oleh peniaga2 atau supplier2 yang pastinya cube mengambil keuntungan walhal mereka2 ni semua dapat subsidi diesel fleetcard dan sebagainya.. pemantauan pastikan diperingkat peraih bukan golongan peniaga je.. Peraih bangsa tak sedar diuntung ni yang control rege barang yang perlu dipantau.. diorang belot dan skang mewujudkan ketidakstabilan dalam negara..

awas gerak langkah mu..

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t

Cadangan untuk blog

1. Template hendaklah kemas dan cantik, template sekarang boleh diubah, tulisan kena besar sikit.
2. Update blog minimum sehari sekali, baru orang selalu datang. Tiada berita baru, tiada pengunjung
3. Banyakkan komen di laman-laman blog 'otai' yang ramai pengunjung, sertakan alamat laman blog ini semasa komen, orang boleh klik dan lawat.
4. Blog berkenaan isu semasa dan bertepatan
5. Komen-komen di blog hendaklah diberi respon sewajarnya, secepat mungkin
6. Penggunaan media/youtube/pic yang sesuai dan catchy
7. Mendaftarkan laman blog di directory2 blog i.e technocrati
8. Mengadakan ruangan kolum penulis jemputan i.e pelajar dari luar negara, pakar ekonomi, ataupun mana2 blogger yang sudi jika artikel mereka di cut n paste.
9. Blog secara neutral dan tidak telalu bias
10. Bahasa yang dipakai haruslah mudah dan senang difahami
11. Fakta dan source rujukan adalah penting
12. Penggunaan nama pena ok tapi tidak digalakkan anonymous, susah untuk pemilik blog apabila ada komen2 berunsur perkauman dan sebagainya.
13. Libatkan blogger2 UMNO seperti dato' khir toyo, muhammad muhammad taib, shahrir samad dsb.
14. Kalau boleh dwibahasa atau ada terjemahan.
15. Ketua2 biro pemuda umno malaysia harus menyumbang artikel, S/U kan ramai.
16. Jangan hangat-hangat tahi ayam
17. Sediakan kategori sesuai, contoh isu semasa, perihal pemuda, sejarah UMNO, halatuju negara dan lain-lain
18. Link/rangkaian yang extensive untuk akhbar2 online.. main stream mahupun alternatif.
19. Link kepada blog-blog rakan-rakan penulis
20. Dapatkan sasterawan2, penulis2 untuk menyumbang
21. Iklankan blog seminggu/dua minggu sekali di laman-laman yahoogroups melalui email. Untuk permulaan sebagai pengenalan kepada blog.. lama-lama orang akan tahu dengan sendirinya
22. Adakan juga kolum seperti 'senyum kambing'
23. Dapatkan Dato' Hisham untuk memberi sepatah dua kata.
24. Tumpukan kepada usaha untuk menangkis tuduhan-tuduhan tidak berasas lawan
25. Tulisan kreatif dan biar menarik

Sekian,

harap dapat membantu

Ruzaimi Ramza

CHee XtheMan said...

Opss ...am i wrong to coming to thsi blog ?

Saya nak tahu bukan Melayu tapi Rakyat Melaysia Second atau third class bolehkah bagi comment di sini ?

Unknown said...

RAKYAT MALAYSIA tidak mengundi untuk BN dan RAKYAT MALAYSIA bukan ahli Umno dan tidak akan mengundi BN dan tidak akan menjadi ahli Umno. Kerana Undi RAKYAT MALAYSIA begitu berharga untuk parti yang secara langsung tidak memperjuangkan HAK RAKYAT. Malah lebih menekan RAKYAT. Berapa ramai rakyat malaysia yang hidup sengsara dan melarat. Saya tidak nampak hala tujuan perjuangan Pemuda Umno. Jangan utamakan perut korang sendiri yang dari dulu membazirkan wang rakyat.. RAKYAT MALAYSIA ingin katakan bahawa Umno dah tidak relevan lagi.. biarpon PM turun bakal penggantinyer pon sama juga.. AS LONG AS THOSE GOONS ARE STILL IN CHARGE OF UMNO.. UMNO WILL NEVER BE THE SAME AGAIN. STARTING FROM 1982 TO 2006 I DON'T SEE WHAT HAVE UMNO AND BN GIVEN US THE RAKYAT OF MALAYSIA!!!!! INSTEAD THEY TAKE FROM US. sending those REMPIT's to North Pole.. what the hell for? ITU DUIT RAKYAT!!! WE PAY TAX.. SO HORMAT LA SIKIT DENGAN RAKYAT. HARGA MINYAK NAIK!!! PERKHIDMATAN KENDERAAN AWAM TAK EFISIEN LANGSUNG!!!! TOL!!! ISA!!!

Maverick said...

Kepada sesiapa yg memerhati komen ini,

Sekiranya Pergerakan Pemuda UMNO telah menyediakan BLOG ini dan membenarkan pembaca utk memberikan KOMEN serta CADANGAN ataupun TEGURAN, jadi terimalah hakikat sememangnya bukan semua komen yg datang tu berbentuk sesuatu yg menyenangkan. Hakikat kena diterima walaubagaimana pun. Kalau tidak berani utk berhadapan dengan tohmahan jangan buka ruangan komen pembaca.

Saya sokong pandangan daripada kadiologi dan zainal. Ini merupakan pandangan daripada AKAR UMBI yg spatutnya kamu sebagai "orang-orang diatas" hendak mendengar kerana utk mewujudkan pemulihan parti seperti yg digembar gemburkan. Kita bukannya budak-budak ataupun lembu yg di cucuk hidung. Kena la lihat sekeliling, kalau pemimpin tu relevan... sokong la. Kalau sudah lapuk... bagi dia pencen. Jangan pulak dibuang begitu saja. Bagi penghormatan juga kerana diaorang ni pun pemimpin juga. Buruk mcm mna pun, kalau sudah memang tu bapak kita, kita kena terima.

Satu perkara lagi, adakah sudah menjadi tradisi UMNO utk mengutuk Tun Mahathir? Kalau pada zaman ini tradisi ini bermula, adakah pemimpin2 akan datang yg mana banyak menyumbang pada negara juga akan dikutuk setelah tidak lagi menerajui UMNO? Siapakah yg memberikan idea "bernas" ni? Adakah sudah lupa tentang adab orang melayu yg hormatkan orang yg lebih tua dan irang yg telah membantu kita? Jangan kata sahaja mahu memperjuangkan bangsa melayu kalau nilai2 melayu pun sudah tiada. Siapa melayu cuma atas nama saja. Maaf kalau terlebih. Tapi kalau tindakan saya ini demi utk AGAMA, BANGSA dan NEGARA, saya akan teruskan bercakap seperti ini.

Saya seorang yg tidak berapa menyokong Datuk Seri Hishamuddin pada masa dahulu kerana saya melihat beliau cuma kuat dalam kata tetapi kurang dalam perbuatan. Namun sekarang saya dapat melihat kematangan beliau dan saya menyokong beliau kerana kematangannya. Saya harapkan pengganti beliau seorang yg mempunyai kaliber dan dapat memimpin Pergerakan Pemuda mengikut landasan dan perlembagaan UMNO seperti Datuk Seri Hishamuddin. Syabas Datuk Seri.

Kita dalam Pergerakan Pemuda merupakan perisai kepada parti. Hulubalang kalau saya tidak terlebih kata. Kita hendaklah mempertahankan Parti ini agar kita tidak ditawan. Kalau terpaksa menjadi Hang Jebat, apa boleh buat. Kena buat juga demi kebaikkan PArti.

Mohd Hafidz Hasan said...

Tahniah kepada pemuda UMNO semua. Dengan penubuhan sekretariat sekretariat ini, harapnya dpt melakukan sesuatu yang benar benar telus untuk pemuda melayu khasnya.

Yang amat menggusarkan saya, terdapat terlampau ramai golongan pemuda yang terlampau bergantung kepada UMNO untuk kehidupan mereka sedangkan mereka mereka ini bukanlah golongan yang memacu pertumbuhan ekonomi orang melayu. Sebagai golongan yang terpaksa bekerja siang dan malam di dalam bidang ekonomi yang memerlukan konsentrasi sepenuhnya kepada pembangunan ilmu, saya mendapati kehadiran golongan golongan ini di dalam UMNO amat memilukan pihak pihak seperti kami.

Amalan-amalan yang menyeleweng dari Islam didapati amat subur didalam UMNO sehingga menyebabkan banyak wang dan resources yang sepatutnya dialirkan kepada pembangunan bangsa dan negara disia-siakan kepada pembangunan diri sendiri dengan perbelanjaan melampau yang lebih mementingkan status diri dan keluarga.

As much as I love what UMNO SHOULD BE, its very true that it is not what it has been(at least for the past God knows how many years).

Please change guys ... please do, orelse God will surely punished all of us.

crap8 said...

Pembatalan Jambatan Bengkok

Saya diminta membongkar apa yang saya tahu berkenaan salah guna wang rakyat.

Untuk permulaan saya senaraikan empat tindakan dimana Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah salahgunakan wang rakyat. Apa yang saya tulis di sini tidak berasas kepada spekulasi, kemungkinan atau kebarangkalian.

Perkara ini diketahui umum dan boleh disahkan Saya perlu beri penjelasan terperinci. Jadi saya akan bincangkan satu persatu.

Bagaimanapun saya senaraikan empat perkara spesifik;

1. Pembatalan pembinaan jambatan menggantikan tambak Johor di sebelah Malaysia

2. Penangguhan landasan berkembar dan rel elektrik daripada Johor Baru ke Padang Besar

3. Penjualan M.V. Agusta untuk satu Euro

4. Wang Ehsan yang dibelanjakan untuk Terengganu yang mana Menteri Besar yang baru mendakwa adalah bukan Wang Ehsan tetapi daripada dana Kerajaan Persekutuan.

Pembatalan pembinaan jambatan ke Singapura

Kerajaan Singapura tidak membantah pembinaan jambatan untuk menggantikan tambak di sebelah Malaysia.

Jambatan ini akan dibina 25 meter daripada paras permukaan air untuk benar kapal-kapal kecil lalu setelah separuh tambak di sebelah Malaysia di pecah.

Link Kedua juga berada di paras 25 meters daripada paras permukaan air. Jadi kapal-kapal boleh melalui Selat Tebrau tanpa terhalang oleh tambak. Jambatan ini penting kerana jumlah trafik di Johor Baru telah meningkat dan kesesakan lalulintas merupakan perkara harian disebabkan laluan Utara-Selatan yang datang dan pergi melalui tambak dan trafik Timur-Barat di antara bahagian-bahagian Timur dan Barat Johor Baru.

Jalan bertingkat perlu dibina menyeberangi trafik Timur-Barat untuk laluan dari dan ke tambak. Jalan ini akan menyebabkan penghujung tambak di sebelah Johor tidak boleh digunakan kerana jalan bertingkat hanya boleh mendarat pada satu jarak tertentu jauh daripada tempat tambak bertemu dengan tanah besar.

Jika jambatan penuh ke Singapura dibangunkan cerun boleh dilandaikan untuk memudahkan lori mendaki dan bot-bot kecil melalui di bawahnya setelah tambak dipecahkan.

Kerana Singapura tidak mahu sama-sama membina jambatan penuh untuk gantikan tambak, jambatan setinggi 25 meter untuk benarkan bot-bot lalu dibawahnya mesti mempunyai kepanjangan yang mencukupi untuk benarkan lori mendaki secara beransur.

Penyelesaiannya ialah untuk memanjangkan jambatan dengan rekabentuk melengkung (kemudiannya dipanggil jambatan bengkok). Bagi landasan keretapi pula, jambatan ayun yang boleh dibuka dan tutup untuk benarkan kapal atau keretapi lalu.

Untuk memendekkan cerita, kerja pembinaan jambatan bengkok dihentikan untuk membolehkan Kerajaan Dato Seri Abdullah menjual 1 billion meter padu pasir dan hak laluan terbang pesawat tentera Singapura melintasi Johor Baru jika Singaura bersetuju membina jambatan lurus.

Ada orang yang akan mengaut untung banyak menjual 50 juta meter padu pasir setahun selama 20 tahun untuk Singapura menambak tanah. Ini satu tawaran menarik kerana tanah yang ditambak boleh dijual antara 3,000-5,000 Dolar Singapura (kira-kira RM6,000-RM10,000) sekaki persegi.

Kerajaan Singapura boleh buat banyak duit menjual tanah ini. Lalu merekapun menyetujui cadangan jambatan lurus ini.

Bahawa mengorek pasir dari dasar laut boleh sebabkan hakisan pantai, kemusnahan tempat pembiakan ikan dan kehilangan mata pencarian bagi nelayan negeri Johor tidak pun diambil prihatin oleh Kerajaan Dato Seri Abdullah.

Mujurlah rakyat Johor membantah penjualan pasir dan hak laluan pesawat terbang. Abdullah yang kecewa kerana perancangannya terhalang menghukum rakyat Johor dengan membatal sama sekali projek jambatan. Tidak ada jambatan lurus mahupun bengkok.

Hasilnya lebih daripada RM1 billion telah dibazirkan yang dibelanjakan untuk membina kemudahan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, kerja-kerja membina stesen keretapi baru dan kerja-kerja awal untuk bina jalan menghubung kompleks KIK dan jambatan serta bayaran pampasan kepada kontraktor disebabkan pembatalan projek-projek berkenaan.

Kompleks KIK kini menjadi gajah putih, terbiar tetapi terpaksa di selenggarakan dengan memakan belanja beratus ribu Ringgit sebulan. Jelas sekali Dato Seri Abdullah telah bazirkan duit rakyat hanya kerana beliau marah dengan rakyat Johor yang halang penjualan satu bilion meter padu pasir kepada Singapura dan keuntungan yang bakal diraih oleh pihak tertentu.

FROM: http://www.chedet.com/2008/06/cancellation-of-bridge-to-singapore.html

taipingmali said...

tuan.moderator
minta link kepada blog saya. http//www.taipingmali.blogspot.com

Unknown said...

bangun lah bangsa melayu... pertahankan kedaulatan melayu..

Revolusi Melayu said...

Salam,

Marilah turun kat Bawah ni!!
UMNo akan di 'arkib' kan kalau AJK PEMUDA Malaysia macam gerabak keretapi je!

Plz, Save UMNO!! "Out n Play" cam mana UMNO ditubuhkan dulu.

Marilah kita berdebat dgn ketua2 masyarakat.
PEMUDA UMNO terlapau "Retorik" sangat la ni , tak "Patrotik" langsung.