Sunday, June 15, 2008

Peralihan Kuasa

Semalam YAB Presiden UMNO sekali lagi menyatakan bahawa pelan peralihan kuasa antara beliau dan Timbalan Presiden telah pun dipersetujui di antara mereka. Pemuda UMNO mengalu alu kan pengumuman tersebut.

Ianya juga mengundang pelbagai persoalan dari pemimpin dan ahli UMNO serta tidak kurang dari rakyat biasa. Ini adalah kerana pada masa ini, semua orang sudah pandai berpolitik, tak kira ahli parti atau tidak. Sebab itu lah kita lihat ramai pengunjung laman weblog ini pun terdiri dari yang bukan ahli mana mana parti.

Apa yang dijelaskan oleh presiden UMNO sedikit sebanyak melegakan keresahan ahli serta kepimpinan UMNO. Namun tidak semua terjawab. Persoalan baru timbul iaitu bila?

Ia bakal meneruskan perdebatan, keresahan dan persoalan serta tandatanya.

Bagi Pemuda UMNO, peralihan kuasa ini lambat laun akan berlaku. Samaada sebelum Julai, pada Disember ini atau pada tahun tahun akan datang, ianya tetap akan berlaku.

Walau apa pun yang bakal berlaku, Pemuda UMNO tetap mengutamakan perpaduan di dalam parti dan bagaimana untuk membawa Pemuda UMNO terus kehadapan. Sememangnya seperti yang saya katakan sebelum ini, iaitu di dalam Pemuda UMNO pun mempunyai perbezaan pendapat, namun ianya tidak semestinya memecah belahkan kami sehingga lupa akan perjuangan dan halatuju Pemuda UMNO.

Adalah tidak adil sekiranya Pemuda UMNO mengambil satu ketetapan tertentu apabila terdapat perbezaan di antara kami. Oleh sebab itu lah sekretariat ini dan beberapa sekretariat lain ditubuhkan. Iaitu untuk mencari maklumat lanjut berkenaan sesuatu isu supaya kami boleh membuat keputusan yang bijaksana dan diterima pakai oleh semua.

Kami amat bersetuju kepada pelan peralihan kuasa tersebut. Tetapi kami juga bersetuju ia perlu dibuat di dalam keadaan yang tenang dan tenteram. Sememangnya ada suara suara di dalam Pemuda UMNO yang mendesak supaya ianya berlaku sekarang serta mengikut jangkamasa tertentu, dan ada juga yang tidak bersetuju, yang penting ianya sudah diperkata dan sudah didengar.

Bagi Pemuda UMNO, hanya tuan hak dan lebih 3 juta ahli UMNO sajalah yang boleh membuat keputusan. Rakyat boleh mengkritik, boleh mencadang, boleh mendesak, akan tetapi akhirnya ahli ahli UMNO lah yang akan menilai dan menentukan perkara tersebut. Pemuda UMNO tidak mempunyai kuasa lebih dari hanya menyuarakan apa yang telah dibuat.

Mesyuarat cawangan dan bahagian UMNO akan bermula tidak lama lagi. Ini adalah peluang dan ruang untuk ahli ahli UMNO berbuat sesuatu demi kepentingan parti. Kita tidak boleh melarang atau menyekat suara mereka. Ini lah keindahan UMNO. Kita harus percaya dan yakin, akhirnya, ahli ahli diperingkat akar umbi yang akan menentukan hala tuju parti ini.

Tepuk dada tanya selera..

31 comments:

Sama Sedia said...

JADI LETIH BROTHER

APA HAL SETUJU NI

KITA NAK NAJIB JADI PM SEGERA

kudeed@yahoo.com said...

Kenapa harus mengikuti rentak tari orang-orang seperti si kitul!Lupakah sudah Pemuda budaya bangsa,kita tidak harus terburu-buru dalam soalan pemimpin.Apa yang penting membetulkan arah tuju Pemuda dewasa ini.Pemuda UMNO terlalu "lemah" dalam mendekati generasi muda yang rata-rata sudah di indoktrasikan oleh mereka yang punya agenda untuk membawa imej buruk Parti UMNO.

kudeed@yahoo.com said...

Kenapa komen terbuka dan konstruktif hanya di kekalkan setakat 20 Julai 2008?
Buat kerja jangan hangat-hangat tahi ayam...
http://kudee.tblog.com/

Ad said...

harap peralihan kuasa ini membawa makna bahawa Dato Najib diberi 100% kuasa mengolah dan membuat pentadbiran baru dgn identiti lebih meyakinkan, bukannya sekadar meneruskan perjuangan Pak lah

Anonymous said...

Salam,

Who is Pak Lah trying to kid here? This news is no news at all. In fact, it is an old news. Didn't he announced about this after he met the Johor Umno back in April? It is still the same thing! He still did not tell us on the time he will hand over power.

In fact, to our dismay, he announced that he will defend his post come December! What is wrong with our PM? Is he bereft of any common sense?

Thank you.

kulaan said...

Assalamulaikum...

Mengapa blog ini ada tarikh luput sedangkan sepatutnya berterusan kerana zaman blog lebih efektif berbanding arus perdana.

Kelemahan sekarang ialah apabila kurang pendedahan terutama generasi melayu sekarang terhadap dunia politik melayu yang sebenarnya hanya bagi mereka yang mempunyai pendidikan tinggi(IPT) saja yang dapat mengerti yang lain lebih kepada bentuk hiburan.

Sepatutnya Pemuda turun ke bawah dan mendamping bersama pemuda-pemudi bukan hanya bahagian tetapi cawangan kerana jika cawangan pun lemah apa lagi bahagian

Revolusi Melayu said...

Salam,
Ape orang PR sibuk ni, DSai bila nak ambil jawatan presiden Pkr kita tak tanya pun.

DSNTR,
Seorang bangsawan UMNO, mana mungkin dia menderhaka kepada President UMNO.

Lagipun ketua nya tidak se 'zalim ' Boss DSai dulu.

Teddy said...

iyer laa tue.. kami mmg takde hak.. tunggu sahaja PRU akan datang.. kami akan tunjuk kehebatan hak kami!

Ahmad Muzammil said...

gaduhla korang org umno
tak ubah macam beruk beruk di dalam zoo
sesuai la nama sakatbangsa @ sakabang***

Razlan said...

Pemilihan sudah hampir...

Buku Tata etika yang baru pun sudah sampai di bahagian-bahagian...

Apa pandangan Pemuda tentang buku Tata Etika yang dikeluarkan?

Bagaimana PEMUDA hari ini merancangan dan mencari PEMIMPIN Pemuda pelapis?

Masihkah ada ruang untuk Generasi Pemuda Melahirkan Pemimpin yang berwibawa?

pikirkan bersama ...

"exco ada baca tak buku tu ? "

Ahli UMNO Gombak said...

Salam Perjuangan...

Pertama sekali kalau buat blog ada tarikh akhirnya untuk buat ulasan baik tutup sahaja blog ini. Kalau nak mengelakkan isu menggunakan blog ini untuk berkempen dalam pilihanraya UMNO sepatutnya hadkan sahaja, jangan bagi ruang untuk orang berkempen, kita cerita isu2 semasa sahaja.

Keduanya berkenaan peralihan Kuasa, jika ia dilaksanakan sebelum pemilihan ataupun sewaktu PERGONG UMNO ia adalah satu yang relistik. Tetapi jika tidak ditetapkan lagi tarikhnya pada saya baik lupakan sahaja kerana lumrah manusia terutamanya orang yang tiada kreadibiliti membuat keputusan contohnya esok tidak bubar parlimen tetapi esok juga dia bubarkan parlimen dan kata minyak naik bulan ogos tetapi awal jun dah naik, hari ini berkata di Kelantan dah tetapkan tarikh peralihan kuasa tetapi keesokannya di Pahang tarikh peralihankuasa belum tetap lagi.... jadi apa semuanya ini.

Jika begitulah saya tidak akan menjangkakan peralihan kuasa akan dilaksanakan. Selepas PERGONG UMNO dia akan kata "Saya menang tanpa bertanding, atau saya menang bertanding jadi apa perlu saya hendak menyerahkan kuasa".

Jadinya Najib kena tunggulah sampai bila pun tak tahu dan mungkin orang lain yang akan menggantikan beliau pada pemilihan seterusnya...

Pada saya signal dah jelas menolak Pak Lah terutamanya dari Penang sendiri yang mana Pak Lah menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri telah kalah. Sepatutnya beliau berundur dengan terhormat dan di bahagian kami pun sepatutnya pemimpin-pemimpin kami yang telah kalah 4-0 pun berundur untuk digantikan dengan tenaga baru yang dapat menawan kembali kerusi daripada lawan.

http://umnogombak.blogspot.com

UMNO Cawangan Desa Jaya said...

Assalaamu'alaikum

Bila ada pemilihan, barulah ahli-ahli akar umbi di peringkat cawangan disebut-sebut dan dianggap penting.

Pada hari-hari biasa, peringkat bahagian pun lupakan cawangan, apatah lagi peringkat negeri dan pusat.

Dari kenyataan-kenyataan yang dibuat dalam akhbar, dapat diperhatikan, apabila Pak Lah menyebut perkataan 'akar umbi', ianya merujuk kepada peringkat badan-badan perhubungan UMNO Negeri. Bila Ahli-ahli Majlis Tertinggi pula yang sebut, ianya merujuk kepada peringkat negeri dan bahagian. Dan bagi peringkat negeri pula, 'akar umbi' mereka hanyalah dari peringkat bahagian.

Apabila Dato' Hishammuddin kata dia akan turun padang ke setiap negeri untuk mendapatkan maklumbalas dari 'akar umbi' berkenaan PRU 12, pun hanya turun setakat berjumpa dengan pemuda peringkat negeri.

Jadi dimanakah letaknya nilai ahli-ahli peringkat cawangan yang benar-benar berakar umbi di bawah?

Memang nasib si 'akar umbi' yang hidup di dalam tanah, orang hanya nampak pohonnya yang di atas, memuji betapa hijau daunnya dan betapa lebat buahnya.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

http://umnodj.blogspot.com

Majlis Perkahwinan Azim & Natasha said...

salam,

Pada saya, biarkan orang yang salah betulkan kesalahannya. Semua insan ada "sense of pride", binatang yang kalah bertarung juga mengerti. Mengapa manusia terburu buru? Orang yang salah tahu di mana salahnya maka lebih segera dibetulkan. Jika TPM naik? apakah yang akan dibuatnya tidak sama apa yang akan dibuat dengan PM? memang benar tersilap langkah and memang benar harus diambil tanggungjawab atas kesilapan.

apa yang dikatakan saudara/i kulaan memang benar, hanya yang berpelajaran ipt sahaja mengerti. yang lain hanya hiburan. yang saya fahami dari situ, tetapi kenapa ianya hiburan? mengapa tidak dijelaskan kepentingan dan motif? seterusnya, muncullah dari kabus kesedaran yang mereka berpelajaran ipt memahami isu ini, lebih lebih lagi golongan muda sekarang ini. lebih dilihat dengan "transition" dari "baby boomers" kepada generasi seterusnya. bayangkan berapa ramai generasi baru yang tiada berpolitik, yang hanya melihat dan membincangkan tetapi lebih sedih tidak menyuarakan. Walau kuantiti mereka tidak sehebat baby boomers tetapi networking mereka lebih solid dan kukuh. bayangkan jika terdapat road block di suatu kawasan, seberapa pantas mereka dapat sampaikan message tersebut dengan tepat. bayangkan isu isu semasa yang dibincangkan. generasi baru lebih 'receptive', tetapi diam kerana mereka tahu akibat "taking sides" lebih lebih lagi dalam laut politik yang kurang stabil masa ini.

diajukan semua, berapa ramai golongan 20-an yang layak mengundi dan berpolitik yang benar mengenali wakil rakyat, atau lebih tepat lagi ahli umno bahagian dan kawasan.

saya umur setahun jagung jangan dibanding gajah bergading. maaf jika tersilap/kasar bahasa.

Unknown said...

La ni susah nak percaya... kalau dia habaq bila pun tak tentu jadi jugak... tengok la trek rekod!

Saya panjangkan sedikit di http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/06/pak-lah-bukan-soai-bila-saja-tapi-betui.html

Revolusi Melayu said...

Wei orang,
"Parti Kontraktor Resah"

Korang punya AMK pun banyak masalah, terutama di selangor. Mcm org tak tahu, tunggu PRU-13, Semua bukti akan di siarkan.

"Dah menang pun masih suka berpiket, Nak jatuhkan sapa agaknye" (Giler kuasa) suka-suka main lantik-lantik je.

Tunggu!!!
Kerana roboh Kota MELAKA, AMK Selangor jd mangsa.

bronaga said...

kami nakkan tarikh, setakat nak menyedap kan hati rakyat baik tak payah sebut langsung tentang peralihan kuasa! Sudahlah paklah owg. Kampung pun dah meluat dengar kenyataan berbentuk penipuan! Turun dan serah kepada najib dgn. Kadar segera

sujini said...

Salam Datuk,

Adakah nasib rakyat dan negara ini akan
bergantong kepada 3 juta ahli UMNO
semata-mata?
Pada persepsi saya kesemua ahli-ahli
UMNO ini dari bawah sampai ke Presiden
sudah tidak ada kredibiliti lagi.
Wassalam.

maskadove said...

Pada hemat saya pemilihan yg bakal dilakukuan pada mesyuarat UMNO yg akan datang tak akan membawa apa-apa erti kepada akar umbi... tradisi UMNO telah menyatakan siapa yg paling banyak tabur duit dia tulah yg akan berkuasa... melayu tetap melayu... jangan kata ribu-ribu... seratus dua pun sapu.. seronok tak terkira sembang kedai kopi berhari-hari... bila nak maju dengan duit banyak tu,. tambah dosa adalah... kalau anak bangsa yg tunjuk taring sikit, maka adalah puak yg dah tua bangka mula nak tunjuk hero... dah siap pasang jerat nak jatuhkan bakat muda tersebut... itulah hakikatnya...

dalam bab politik wang sekarang ini siapayg banyak duit... kalau bukan menantu pk dolah...
2x2 = 2+2... pak mentua amerika, menantu israel... pak mentua ada kuasa besar.. menantu punya kuasa lagi besar...

Anonymous said...

UNDUR LAH !

Revolusi Melayu said...

Tidak!!
Kalau DSNTR lawan Pak lah, maka satu fenomena pertandingan si setiap bahagian/cawangan. Ini akan menjadi satu lagi tsunami yng melesu kan UMNO.

Tidak patut PM dipersalahkan pada PRU-12, TPM dan menteri2 juga mesti persalahkan.

Saya nak tanya hari ni, Kenapa ada gambar DSNTR pada poster2 pilihan raya dulu? Masa Zaman DSAI xde pun. Ini menjadi 'signwar" pembangkang di mana UMNO masih mengunakan taktik ciptaan DSAI katanya.

MARILAH KITA PEMUDA MENGADAKAN MAJLIS DIALOG DGN PERSATUAN PENDUDUK DAN MASYARAKAT!!!

APA TUNGGU LAGI "TAKUT"?!!!

Sedih , kalau inilah hasilnya selepas 50tahun :(

bronaga said...

aku ingin cadangkan semua ketua pemuda atau naib ketua pemuda bahagian turun ke setiap cwgn. Utk. Dapat feetback dari pemuda akar umbi, lekas sikit turun aku ada banyak nak tanya ni! Jangan jadi penakutlah! Marilah berhadapan dgn. Kami pemuda2 kasta rendah ni! Setakat Berani berkokok kat alam maya dan akbar saja! Turun padang lah wei!

SOP said...

Which party do you think will form the next government of Malaysia ?

Express yourself at votingmalaysia.blogspot.com

aff said...

Assalamualaikum..

Peralihan kuasa yg dijanjikan mungkin sepuluh tahun lagi. Dah tak percaya pd cakap-cakap presiden umno tu. Baik suruh najib ambilalih segera. Yg ada sekarang ni adalah menjadi kesayangan dan aset kepada pembangkang.

Sedia Gempur said...

salam,

saya percaya Pak Lah tidak akan menyerahkan jawatan kepada Najib. Ini kerana kedudukan menantu kesayangan tergugat. Dengan keadaan Ezam "super Hero Pak Lah" ingin cuba masuk UMNO telah memberi satu signal bahawa Anwar Al-Jubori akan masuk UMNO sebab Anwar Al-Jubori sekarang belum daftar sebagai Ahli PKR lagi. Ini semua percaturan politik bekas barua penghantar pasport kepada Anwar Al-Jubori.

JoeSatriani said...

Minta lah Pak Lah serah jawatan secara gentleman,.... Biarlah Dato Najib ambil alih.

Entahlah, aku dah malas dengan semua ni. Aku ingatlah eloklah korang nasihat kan sikit Presiden, jgn buat statement bodoh.

Orang sekarang dah pandai.

Ingatlahhhh

Unknown said...

Semakin hari semakin kuat teka teki tentang peralihan kuasa ini. namun apa yg saya lihat, peralihan kuasa yang lambat dilakukan tidak membawa makna dan keuntungan kepada UMNO mahu pun Barisan Nasional.

Bagi saya, proses peralihan perlu disegerakan kerana jelas rakyat menolak kempimpinan Pak Lah yang sedia ada. Buatlah apa dasar sekali pun, kepercayaan rakyat sukar untuk dikembalikan selagi tiada peralihan ini.

Mungkin ramai yg beranggapan bahawa DS Najib akan menggantikan. Namun mampukah NAjib dpt menarik kembali rakyat mengundi BN nanti?

Seandainya Najib menjadi PM, untuk mendapatkan keyakinan rakyat semestinya bukan satu kerja yg mudah. Pandangan saya, Najib memerlukan sokongan spt Tun Dr Mahathir yg bertindak menyokongnya.

Tidak seperti sekarang ini apabila TDM dilihat sebagai Musuh No 1 BN dan ini jelas menyakitkan hati kami golongan muda yang membesar di eranya.

Justeru Najib perlu meminta pandangan TDM atau sering merujuk atau meminta nasihat dari TDM yg jelas jauh berpengalaman dari najib mahu pun Pak Lah.

Begitu juga dengan pemilihan Ketua Pemuda umpamanya, sekiranya liabiliti iaitu KJ disimpan, maka kami yg bukan ahli UMNO melihat memang UMNo bukan lagi satu parti yg relevan.

Umpama Pak Turut yang mengiyakan segala arahan. jalan sudah disediakan buat ahli ikut sahaja jln itu.

Justeru, saya melihat Pemuda perlukan seorg ketua yang berpendirian, tegas dan berani bersuara. Namun berapa kerat yg ada dalam Pemuda yang seolah2 bertindak seperti tunggul menerima arahan dan membalas kritikan yang dilemparkan kepada ketua2 mereka.

Saya masih ingat pada perhimpunan Umno dua tahun lalu apabila Pak Lah bersuara bahawa dirinya sedia dikritik. Namun, apabila Datuk Mukhriz hanya mengatakan "tiada apa2 yg baru', maka ramai pula yang mengejam dan meintanya meminta maaf.

Saya selaku orang Melayu luar dari Umno, mahu tahu dengan jelas, kritikan yang macamana dibenarkan? Dalam hal Pemuda, saya hanya nampak Mukhriz dan segelintir sahaja yg boleh merubahnya?

Saya juga ingin tahu, kenapa Pemuda tidak mempertahankan TDM dan dibiarkan berseorangan dihentam kroni dlm Umno dan lawan dari Pakatan Rakyat? beginikah Pemuda membalas jasa seorang pemimpin yang begitu banyak jasanya?

muhamad azam said...

warkah buat perdana menteri..

Jangan sekadar cakap aje....letak je jawatan secara terhormat. anda kena akui anda PM pertama datang negeri yang kalah di tangan pembangkang...

apsal RM 2.70 ? Apsal tak RM 5.00/seliter....korang semua kan pemimpin yang nak kaya cepat dan pegi mampus lah rakyat aku susah ke senang ke apa...

Unknown said...

pemuda nie suma gebang ja lebih...penakut...depa nie suma dah di ajar perkataan "YES BOSS". Kalau penaku jgn jadi ketua...bg jawatan ketua pada org berani menegakkan kebenaran...jgn asyik dok tegakkan benang yg basah...zaman skrg rakyat dah pandai menilai...kalau pemuda sayangkan UMNO...bertindakla...kalau tak ucapkan selamat jalan ja la kat UMNO bila tiba PRU-13...

Secawan Kopi said...

Peralihan Kuasa????

Lets see which one will become first:

Dollah Bodowi to Najib Razak??
or
BN to Pakatan Rakyat??

UMNO PARTI PENJARA said...

Perlahan-lahanlah.. Jangan terlalu mendesak.. Masing2 dah faham mesej rakyat.. Kalau nak berselindung pun tak guna lagi.. Nanti rakyat pulak yang meluat.. Jangan marah ;-)

Revolusi Melayu said...

Salam,
Sekarang ni ada pihak mempunyai klip video "Anwar Boy". cuma masa blum sesuai.