Thursday, June 19, 2008

SAPP, BN dan PRU13

PRU12 telah merubah lanskap politik negara dan membentuk halatuju BN untuk PRU13. Samada di tahap yang sama, lebih baik atau sebaliknya, atau pun parti komponen manakah yang kekal dalam BN? Mampukah BN bertahan dan mampukah UMNO menjadi tonggak kepada BN? Sama2 lah kita berdoa.

Dengan keluarnya dari parti pemimpin2 besar parti2 komponen , terkini SAPP memberi katadua, kita perlu memandang serius akan kemampuan UMNO untuk terus menjadi tonggak kepada BN.

Peristiwa di atas menunjukkan kredibiliti UMNO dan kepimpinanya sebagai tonggak kepada BN di pertikai, kemampuan UMNO diragui dan tidak diyakini. Ini kerana UMNO berada di dalam keadaan yang lemah. Apabila UMNO lemah, BN longlai. Parti2 komponen mula menunjukkan sifat2 memberontak, mengugut dsbnya seperti tindakan yang dibuat oleh SAPP hari ini. Perbuatan ini menyentap kita. Ia datang dari luar UMNO. Ia datang dari punca yang telah kita agak, tapi tidak akui.

Kiranya melihat dari sudut parti komponen itu sendiri, kebanyakannya adalah parti perjuangan kaum atau wilayah. Walaupun ada yang perlembagaannya tidak mengikut kaum, namun hakikatnya masih dikuasai oleh kaum2 tertentu di wilayah2 tertentu. Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak kaum masing2, mereka akan mengutamakan perjuangan kaum/wilayah mereka.

Maka, apabila mereka berada di dalam sesebuah ikatan yang diketuai oleh sesebuah parti besar seperti UMNO, mereka akan melihat samaada kepentingan mereka terjamin atau sebaliknya dan samaada hak2 mereka diberi perhatian sewajarnya. Mereka melihat untung rugi.
Parti2 komponen akan menilai semula halatuju kerana sedar rakyat telah menolak mereka. Mereka perlu mengadakan perubahan termasuklah mengkaji semula di dalam ikatan yang mana yang mereka mendapat lebih keuntungan.

Ini berlaku apabila kerajaan campuran yang ada berada di dalam keadaan yang lemah seperti sekarang, apabila hanya 38 kerusi parlimen sahaja yang memisahkan. Ianya tidak akan berlaku di dalam keadaan kerajaan yang kuat.

Perbuatan oleh akhbar dan media massa serta tokok tambah oleh pihak pembangkang, yang membesarkan isu perkauman memburukkan keadaan. Pemimpin2 melayu dan UMNO digambarkan sebagai 'racist' . Ianya memburukkan lagi persepsi ahli serta parti komponen lain terhadap UMNO. Akhirnya ia memberi gambaran yang UMNO itu sudah tidak adil dan hanya mementingkan hak orang melayu sahaja. Dengan kejayaan dalang2 tadi memutarbelitkan isu perkauman, maka parti2 komponen merasa resah dan menilai kehadiran mereka dalam BN masih releven.

Sebab itulah Pakatan Rakyat (PR) nampak menarik. Ini kerana tonggak kepada PR adalah parti PKR. Parti yang tidak dilihat perkauman dan mempunyai komponen bilang bangsa yang agak sama rata (mungkin lebih ramai bangsa India sekarang ini), serta tiada sepatah pun di dalam perlembagaan mereka perkataan MELAYU!

Lebih menarik kerana, walaupun pimpinan tinggi PKR dari kalangan orang melayu dan ingin memperjuangkan hak2 orang melayu secara lebih aktif, tentunya ada tentangan dari dalam parti itu dari kalangan bukan melayu dan sudah tentu hak orang melayu tidak dapat dibincang secara terbuka kerana akan di anggap sebagai isu perkauman.

Dengan sebab itu lah dan yakinlah, sekiranya UMNO tidak melakukan perubahan yang boleh diterima rakyat secara drastik pada pemilihan nanti, maka pada PRU13, BN akan hanya diwakili oleh UMNO!

Tepuk dada, tanya selera..

41 comments:

Fernando said...

Which party do you think will form the next government of Malaysia ?

Express yourself at votingmalaysia.blogspot.com

USAMABENLADEN said...

Saudara Seagama denganku???

Tahniah kerana perisiwa baru akan memahat tamadun bangsa Melayu... Satu manomen akan dibina inilah hasil satu parti yang korup dan menyalahgunakan kuasa diarkib dan diawetkan untuk tauladan anak cucu kita..

Belajarlah menjadi pembangkang dengan sekelumit perpaduan sempit bangsa yang tidak pernah dimartabatkan apatahlagi didokongi majoriti pemburu harta dan kuasa..

Pemuda Saka akan menjadi idola dan hayatikan hidup dengan perjuangan yang sesat lagi menyesatkan !!!

Inilah ujian sebenar kepada pimpinan setelah hampir 50 tahun PAS telah berjaya mendepaninya...

BRAVO

Giga.secure said...

untuk mengatasi masalah UMNO yang sudah mula longlai ialah mempercepatkan peralihan kuasa ...

paklah ternyata sudah tidak termampu lagi untuk membantu parti ...

sepertimana yang kita tahu TUN ialah Bapa Kemajuan dan permodenan ...

Paklah pulak adalah bapa flip flip malaysia...

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Tahniah kepada artikel di atas. Ini yang rakyat mahu dengar. Perubahan kepimpinan di atas.

Beranikah pemuda UMNO menyahut cabaran??

Jangan cakap sahaja...

Anda tahu punca masalah sekarang kan!!!

Pemimpin anda Lemah, Pemimpin Anda Korup, Pemimpin Anda Tidur.

Jangan salahkan orang lain dalam hal ini.

Ini semua salah UMNO.

UMNO parti utama. UMNO sebagai ketua. UMNO kena kuat!!!

Rakyat mahukan UMNO yang relevan. UMNO sekarang tak relevan!!!

Unknown said...

Sememangnya apa yang dinyatakan itu ada benarnya. Melihat kepada situasi semasa, senario politik Malaysia kini banyak perubahannya. Dan BN khususnya UMNO kalau mahu terus kekal, terpak jugalah mengikut rentak perubahan yang ada.

Namun, bagi generasi muda seperti kami, apa yang dibuat UMNO saban hari asyik tidak kena sahaja. Rentetan demi rentetan berhubung UMNO tidak ditangani segera..

Rakyat seperti kami yang dilahirkan dalam keluarga UMNO semakin hari semakin muak dengan pemimpin2 yang sedia ada. Setiap kritikan ke atas Pak LAh akan disanggah oleh mereka2 yang dilihat hanya mahu memelihara perut masing2.

Jika selepas PRU12, kami mengharapkan akan ada perubahan besar umpamanya peralihan kuasa dari Pak Laj kepada Najib dilakukan segera. Namun, kami dihidangkan dengan sandiwara yang dicipta yang hanya menampakkan kedegilan pucuk pimpinan.

Justeru, imej Najib untuk menjadi seorang PM yang berkaliber semakin hari semakin menipis. Kalau benar beliau sayangkan parti UMNO, beliau perlu bersuara tegas dan bukan mengatakan penentangan dalam UMNO bukan budaya yang diikuti.

Jika tiada penentangan tiadalah demokrasi. Apa yg dilakukan oleg SAPP adalah satu petanda yang menunjukkan kelemahan Pak Lah dan kepimpinan UMNO sendiri. Mereka menidakkan keputusan PRU12 dan masih beranggapan rakyat suka padanya.

Apa yang penting bagi UMNO adalah mengembalikan keyakinan rakyat dan parti komponen. Langkah drastik adalah membuang mana2 ahli politik baik di peringkat tertinggi hinggalah ke Pemuda yang menjadi liabiliti sehingga menjatuhkan UMNO.

Walaupun ada yang masih sayang kepada seseorang pemimpin itu, namun liabiliti dan imej yang dibawanya itu akan menjatuhkan UMNO keseluruhannya.

Oleh itu, saya begitu ingin melihat UMNO melakukan perubahan yang ketara. Bermula di peringkat Pemuda, ikutlah gerak hati anda sendiri dan jangan bergantung pada yang senior.

Jangan jadi follower semata-mata kerana sesekali kita perlu bersuara lantang seperti yang dilakukan Datuk Mukhriz dan rakan-rakannya. Bersuara lantang bukan bermakna tidak sayangkan parti, tapi untuk menyedarkan kita untuk tidak terus leka dibuai mimpi indah sebelum ini.

abdullah said...

Salam perjuangan...

Saya bersetuju atas pendapat yang diutarakan...
Hari Ini kita tgk SAPP yang "mengeluarkan" diri...
Esok mungkin ada yang lain pula...
jadi seharusnya, para pemimpin tertinggi memahami apa yang dikehendaki oleh rakyat umumnya...
jangan nanti kita menang sorak kampung tergadai...
fikirkanla apa akan jadi kepada generasi kita di masa hadapan...
dimanakah anak-anak Melayu akan "bina rumah tangga" jika tapak telah tiada...
ingatlah umat-umat melayu, kita diambang kesuraman..
jangan biarkan kesuraman ini terus suram dan hilang...
bukan saya nak kata sapa betul dan sapa salah...
tapi yang pastinya, ada pihak yang bakanya melayu tapi sanggup gadaikan bangsanya demi kuasa...
ingat-ingat lah kita, hati-hatilah dengan segerombolan ini...
jangan ikut hati, nanti mati..
jangan ikut rasa, nanti binasa...

Pemuda Kuala Krai.

kuanderas said...

Saudara-saudara Pemuda,

Tindakan SAPP memang dijangkakan, jika dilihat dari segi komen kebelakangan ini. Malah beberapa parti lain juga sudah mula menilai kedudukan mereka di dalam BN.

Sejauh mana kita di dalam UMNO nak membuat perubahan di dalam kem kita sendiri?

Liabiliti UMNO tidak lain & tidak bukan adalah Presiden. Malah menjadi liabiliti kepada BN juga.

Saya selaku ahli UMNO berasa amat malu di bawah kepimpinan Pak Lah.Perkara-perkara seperti :-
1.Kenaikan harga minyak melampau selepas jaminan berlaku pada Ogos ini.
2.Kekalahan Pulau Batu Puteh
3.Gambar tertidur sana sini
4.Gambar dengan Michelle Yeoh
5.Isu MB Terengganu
6.Perlantikan Zaid Ibrahim
7.Tiada rasa hormat pada Tun Dr.M
8.Kehilangan kuota yang banyak dalam JPA untuk anak Melayu
9.Kegagalan mempertahankan majoriti 2/3 BN.
10.Pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok.
11.Serta pelbagai perkara lagi yang tidak tersenarai.

Tindakan SAPP ini adalah chain reaction kepada sikap indecisive & tidak tegas Perdana Menteri.

UMNO kini menjadi perlekehan ahli lawan & juga ahli komponen BN.

Sewaktu saya dulu Universiti dahulu, ketika ramai rakan-rakan saya menyokong Anwar Ibrahim & pembangkang, amat senang untuk berhujah dan menjelaskan rasional & tindakan Tun Dr.M.

Pemuda UMNO akan kembali menjadi pilihan anak muda sekiranya:
1.Pak Lah tidak lagi menjadi Presiden
2.Mukhriz menjadi ketua
3.Pemuda dilihat lantang dalam mempertahankan hak-hak orang Melayu dalam perlembagaan.
4.Pemimpin-pemimpin Pemuda tidak bersifat elit di peringkat bahagian.

Unknown said...

UMNO sudah lama lemah, cuma kini ia semakin longlai. Perubahan harus berlaku dari dalam. Beranikah pemuda umno menyuarakan bahawa paklah tidak mampu lagi menjadi PM? Adakah dianggap salah jika kita ahli parti menyatakan bahawa paklah tidak mampu lagi menjadi PM? Derhakakah itu?
Dimanakah 'gentleman' dan 'professional' kita untuk menerima teguran dari dalam satu parti?
Sungguh ramai pejuang bangsa dalam umno kita ini, tetapi kita harus ingat bahawa presiden parti adalah lantikan ahli. Maka ahli boleh meluahkan rasa tidak puas hati mereka pada presiden. Parti adalah terbentuk oleh demokrasi, bukan monarki, lainlah kalau kita sudah tukar pelembagaan parti, bahawa siapa yang dilantik menjadi presiden akan membawa bersama kuasa dan gelaran raja atau sultan. maka lain pulalah ceritanya, kena tunggu mangkatlah baru boleh kita gantikan.
So, we have to act now, pemimpin-peminpin pemuda harus bertindak menyuarakan pendapat-pendapat rakyat banyak ini. Yong Teck Lee bukan ahli umno, namun suaranya memberi impak pada umno. Saya percaya ahli-ahli cawangan mempunyai pendapat bahawa paklah harus diganti. Tetapi pemimpin kita, baik dari cawangan, hinggalah ke bahagian. Semuanya selesa dengan kerusi perwakilan dan takut tidak popular.
Sebelum mesyuarat cawangan bermula 17 Julai ini, kita perlu minta dengan hormat supaya paklah menajalankan peralihan kuasa dengan segera.

Salam

Anonymous said...

salam sejahtera...
saya bersetuju dengan kenyataan tersebut. tetapi sejauh mana perubahan itu mampu dibuat oleh pemuda.sebagai rakyat, saya tidak nampak keberkesanannya dan akhirnya tinggal la kata2 sahaja. seolah2 nak menampakkan satu pihak cuba menyebelahi rakyat.ini sememangnya telah nampak dengan jelas dan nyata.saya bukan penyokong pkr atau umno,kerana pada pendapat saya asalkan melayu, sesiapa sahaja boleh menjadi perdana menteri jika dia berkelayakan untuk menjadi pemimpin.
cube kita lihat di zaman TDM,kemajuan yg dibuat telah banyak membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi negara.tetapi tiada kesinambungan setelah pak lah naik jadi PM.lihat sahaja putrajaya, nak paking pun payah. malah diubah pula visi kepada pertanian. tapi apa yg terjadi,harga beras naik pun x boleh nak kawal.sepatutnya dibangunkan teknologi dahulu baru digunakan dalam sektor pertanian dan sbgnya.pemimpin yg berfikiran lemah ini bukan lah pemimpin yang bagus.cuba saudara2 berfikir, apa akan jadi bila beliau bukan PM 1 hari nant.kita perlu ingat,kesilapan kita pada hari ini akan menjerumuskan kita pada kemunduran hari yg akan datang. kalau TDM dapat melihat visi negara pada 2020 sebagai negara maju, apa yg paklah visikan pada 2020? sudah tentu bukan negara maju, tetapi negara yg penuh dgn rakyat susah dan ditekan dengan pelbagai cukai dan bayaran,kemiskinan yg bertambah,kemunduran dan kemungkinan dijajah semula.adakah ini disebabkan rakyat???sudah tentu tidak kerana rakyat telah melantik 1 parti yg dijangka layak mentadbir negara,tetapi membawa kehancuran pada negara.cuba lihat baru ini khazanah nak naikan gaji GLC pada 100%. adakah ini tindakan yg bijak sedangkan bila minyak naik,khazanah ckp duit susut,x boleh nak tampung, tapi masih boleh naikan gaji kroni dengan begitu tinggi sekali. apakah nasib pekerja bawahan pula yg menerima kesan maksima kekejaman ini???
apa pun, saya mengharapkan biarlah ada dalam barisan pemuda umno yg masih berjuang dengan niat memperkasakan melayu,bukan memperkayakan kroni bangsa melayu.kerana mungkin kita mampu mendabik dada sbb kaya dan dianugerah dengan pelbagai gelaran, tetapi anak cucu kita tergadai dsebabkan kerasukan dan kebodohan kepimpinan yg ada sekarang.pemuda perlu bangkit untuk selamatkan umno.pak menteri dah tua dan x mampu nak berfikiran kritis,suku sakat semua dah kelabu mata tengok duit,hanya pemuda akar umbi sahaja yg boleh diharap dapat membuat perubahan.
Kekayaan para pegawai kerajaan dibayar menggunakan duit rakyat. Kalau rakyat tidak melantik umno dalam kerajaan, mampukah mereka bersikap sombong dan bermewah hasil duit rakyat dan khazanah negara yg juga milik rakyat?
Fikir2kan...

Razlan said...

Perubahan yang bagaimana Pemuda ?

Melihat dari pendirian ini, dilihat macam kita nak tukar Pak Lah, Nak tukar Najib, nak tukar K.Pemuda... dan yang lain-lain...

Siapakah yang perlu disalahkan didalam hal ini...

Seluruh lapisan perlu disalahkan ... semasa PRU12 ...

Pada 1999, orang melayu tidak bersama UMNO tetapi kita mempunyai jentera yang setia pada parti.. jesteru itu banyak masalah yang dapat kita selesaikan dan jelaskan kepada rakyat .. sebab itu kita mengekalkan 2/3 mejoriti..

Pada PRU12, kita hilang jentera. Jentera parti dan parti komponen dan banyak pemimpin UMNO bukan ditahap 100% berkerja untuk UMNO...

"MT dan EXCO Tidak Mendengar suara Pemimpin Bawahan dan mereka hilang arah .. dan pemimpin bawahan juga hilang semangat"

Kerana apa : -

1. MT dan Pemimpin atasan hanya megambil jalan mudah pada setiap Perhimpunan Agong, Usul dibawa hanyalah sedap didengar. Tanpa tindakan.

2. Siaran lansung.... siapa punya idea.. adakah pemimpin Pemuda mendesak untuk mengambil tindakan, jadi semua main jalan selamat.

3. Media ... kita beri media kepada orang singapura ...4 tahun dah usulkan .. tapi buat tak tahu . main selamat lagi ..

4. Blogers ... Dah kasi tahu .. dan Pemuda Malaysia Lancar Cyber War .. tapi .. sekadar lancar .. shok sendiri..

dan banyak lagi isu yang tidak diatasi oleh Pemimpin Tertinggi (MT dan EXCO Pemuda)

Jadi, kalau SAPP keluar kerana tidak percaya dengan kekuatan kita.. kita perlu terima dan buat kerja banyak lagi ..

DIdalam Masa kita lemah .. dalam masa 1 Tahun, Semua Pemimpin tidak boleh turun padang, sebab nanti disabitkan dengan TATAERTIKA Parti " 6 Bulan Sebelum dan 6 Bulan Selepas" tidak dibenarkan untuk mengunakkan apa cara untuk berkempen(Terlalu Subjectif).

Apa yang kita buat sekarang serba tak kena ..

UMNO Mesti kembali kepada AKAR UMBI, perlu mendengar pendirian mereka setiap Perhimpunan Agong.

Kalau kita mintak report setiap Pengerusi EXCO Pemuda yang pegang BIRO .. ntah berapa sangat yang gerak .. Tidor .. dilena mimpin yang indah2 ..

Kelemahan UMNO pada ketika ini bukanya dibina dengan 1 bulan .. sudah lama kita bina kelemahan .. dan parti lain sibuk dengan membina kekuatan ... memperjuangan untuk rakyat ... bukan untuk ahli sahaja ..

Secawan Kopi said...

It's time to say goodby to BN (UMNO).. It's time to fly high Pakatan Rakyat..

Dolah Bodowi flip-flop
UMNO corrupt
Pemuda UMNO hip-hop
BN loose hope
SAPP already hop
BN will drop

Pakatan Rakyat Rule!!!

abid said...

Salam Perjuangan,

tujuan saya memberi ulasan adalah untuk menyatakan rasa marah terhadap tindakan kurang ajar oleh parti SAPP terhadap pemimpin Melayu dan UMNO (bukan AAB secara peribadi). Tindakan tersebut bukan sahaja kurang ajar tetapi mencabar kedaulatan bangsa Melayu.

Memang benar ramai yang mahukan AAB menyegerakan peralihan kuasa, namun sebagai bangsa Melayu saya rasa tindakan SAPP sungguh kurang ajar. Pemuda Saka Bangsa harus mengutuk tindakan tersebut (bukan atas dasar membela AAB) atas dasar mencabar kehormatan dan kedaulatan bangsa Melayu.

Siapa mereka SAPP berani hendak mendesak seorang pemimpin Melayu meletakkan jawatan? Saya bukanlah peminat mahupun AAB atau TDM, tetapi saya melihat tindakan mereka sebagai sangat kurang ajar terhadap pemimpin Melayu. Hanya orang Melayu terutamanya ahli UMNO yang boleh bercakap untuk meminta mana-mana pemimpin untuk bersara atau melepaskan jawatan!!

Saya lihat Pemuda Saka Bangsa hari ini sangat lemah, lesu dan tak bermaya. UMNO dilihat banyak berdiam diri dalam pelbagai isu melibatkan rakyat apatah lagi melibatkan isu bangsa Melayu!!

Mengapa kita biarkan orang lain menjuarai isu rakyat sedangkan kita gah melaungkan kita adalah pejuang bangsa dan rakyat??

Pemilihan dah dekat.. saya sedih melihat pemimpin2 kita lebih ghairah berkempen untuk mendapatkan tempat dalam parti.. sedangkan parti kita dalam keadaan... (tak perlu nak sebut).. apa ade pada jawatan ketua bhg ke, MKT ke exco tapi kita hanyalah pembangkang dibeberapa negeri..(bab kata Nabil.. Lu pikir la sendiri!!)

Small Talk said...

Assalamualaikum
Harap dapat diamati samada "Vote of No Confidence" itu kepada Perdana Menteri ATAU kepada Barisan Nasional ATAU kepada Kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan Perdana Menteri ATAU kepada Dato' Seri Abdullah Badawi secara peribadi?

Sipapan-Kekunci said...

"Perbuatan oleh akhbar dan media massa serta tokok tambah oleh pihak pembangkang, yang membesarkan isu perkauman memburukkan keadaan. Pemimpin2 melayu dan UMNO digambarkan sebagai 'racist' . Ianya memburukkan lagi persepsi ahli serta parti komponen lain terhadap UMNO. Akhirnya ia memberi gambaran yang UMNO itu sudah tidak adil dan hanya mementingkan hak orang melayu sahaja. Dengan kejayaan dalang2 tadi memutarbelitkan isu perkauman, maka parti2 komponen merasa resah dan menilai kehadiran mereka dalam BN masih releven."

Aik! media massa ngan pembangkang tuduh UMNO 'RACIST'? Rasa saye orang UMNO sendiri ngaku dia 'RACIST'. Cube bace komen bakal Ketua Pemuda Umno ni....

"Mengenai tuduhan mengatakan saya memainkan isu perkauman,memang saya tak menolak kerana saya adalah ahli parti melayu pastilah saya akan memperjuangkan hak bangsa saya,saya tak mahu jadi spt ahli pkr dan dap yang bersikap hipokrit depan melayu berjuang utk melayu,depan china berjuang utk china,begitu juga dgn india.Saya tak akan kecewa walaupon dituduh macam macam,krn berjuang utk agama saya dan bangsa saya.
Bagi saya agama islam dan melayu akan jadi keutamaan disamping tidak mengenepikan hak orang lain asalkan tidak merugikan agama dan bangsa saya,saya akan sokong dan laksanakan,jika sebaliknya pastilah saya tidak akan setuju".

Wednesday, June 04, 2008
-DS Mohd Khir Bin Toyo-

Unknown said...

Saya mencadangkan org paling layak utk menggantikan Pak Lah ialah DSAI. Beliau mempunyai jiwa serta talent sebagai pemimpin. Kalau kita ikutkan dari segi korupsi saya rasa kesemua pemimpin umno ni baik yg dulu sampai sekarang semuanya korupsi cuma bezanya sekarang rakyat tersangat menderita. Penipuan demi penipuan dilakukan. Inilah sebab musabab rakyat sudah bosan dgn umno. Jika masalah ini tidak dibendung saya percaya di masa akan datang umno akan tinggal kenangan sahaja. Siapa yang salah....Orang Melayu juga. Empayar Melaka runtuh pun sebab siapa? Singapura, Pulau pisang jadi milik org salah siapa? Semuanya ini salah pemimpin melayu. Memanglah Takkan Melayu Hilang Didunia tapi cuma jadi hamba saja bukannya tuan. Semuanya tergadai. Kalau konek boleh digadai dah lama pemimpin umno tak ada konek.

Sama Sedia said...

TINDAKAN SAPP ITU SATU TITIK PERMULAAN UNTUK MENOLAK DOLLAH SUPAYA SEGERA TURUN,SEGERA BERSARA.

JIKA AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MASIH TAKUT MEMINTA DOLLAH BERHENTI, TAK TAU LAH APA NAK JADI KERAJAAN NANTI

DIMANA2 SUARA RAKYAT DI BAWAH MENOLAK DOLLAH, MUNGKIN HISHAM DAN PEMUDA2 SEMUANYA PEKAK, TAK DENGAR APA2 ATAU PEMUDA PENGECUT ATAU SAYANG KAN PANGKAT SAJA

Unknown said...

ni dah tunjuk perangai besar kepala. ambil kesempatan dalam keadaan yang tidak stabil sekarang. nak lompat, lompatlah!! buat lah perangai macam tu..tak payah undi orang yang takda pegangan macam ni..

Sedia Gempur said...

salam,

Apa yang saya ingin menyatakan dimana peralihan kuasa perlu di segerakan.. Ini kerana president parti BN amat lemah untuk menyelesaikan masalah rakyat. Beliau lebih selesa menumpukan perhatian kepada serangan peribadi mantan PM. Ini mengambarkan President parti BN lebih bersifat membalas dendam.

Saya percaya,saya yakin jika President parti terus pekak dalam menyelesaikan masalah rakyat tidak mustahil parti pembangkang akan menang besar dalam PRU 13 akan datang dan saya percaya Pak Lah akan dikenangkan sebagai BAPA PENGKIANAT BANGSA.


pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil, Melaka.

manggis said...

Jika pemimpin UMNO dah tak mendengar teguran ahli, maka jalan terbaik adalah untuk orang lain menegurnya.

Pemimpin UMNO bukan tidak peka tetapi tidak hairan kepada suara ahli kerana budaya UMNO yang boleh jual beli undi tidak membimbangkan merekadalam mengekalkan kuasa dalam parti.

Tetapi apa yang kami ahli-ahli bimbang adalah apabila the silent majoriti ahli umno dan rakyat menolak umno dalam pru akan datang. ASdakah wang mampu membeli semua pengundi.

Oleh itu pemuda,

Buka mata, buka telinga, fahamilah apa sebenarnya kehendak ahli dan rakyat.

Pemuda jangan jadi bacol!
pemuda jangan menjadi sebahagian kelompokm yang menghancurkan parti
Pemuda kena bangkit, bukan slogan dan retorik tapi tindakan yang kinkrit

manggis said...

lebih baik daripada lompat parti

UMNO perlu malu

Unknown said...

Pakatan pembangkang yang diterajui oleh PKR lebih bijak memainkan sentimen yang membangkitkan semangat rakyat Malaysia dengan menghidangkan segala-galanya diatas satu perkataan iaitu "RAKYAT".

Ini merupakan satu gimik politik yang bijak dan satu senjata yang simple untuk menumbangkan sebuah parti yang besar berasaskan kaum seperti BN.

Walaupun parti komponen dilihat sebagai mewakili kaum masing-masing, secara umumnya gabungan parti ini sebenarnya membentuk sebuah gabungan parti untuk semua rakyat Malaysia. Cuma mungkin UMNO atau MIC dan MCA yang sudah lama berkuasa sudah terleka dan terlalai sehingga mengabaikan perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab mereka dalam membela kaum masing-masing diatas platform BN.

BN dan UMNO khususnya harus bersatu padu mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan ini. Sikap melemahkan antara satu sama lain atau menuding jari tidak akan membantu, malahan perpecahan akan berlaku dan inilah yang ingin dilihat oleh pihak pembangkang. Harus diingat, selagi BN menerajui kerajaan dan sekalipun kepimpinan terkini diganti dengan kepimpinan baru, pembangkang akan tetap akan membangkang dan mencari kesilapan BN dan UMNO selagi kuasa tertinggi itu tidak berada ditangan mereka. Dan inilah yang dinamakan politik.

bronaga said...

kita tak boleh salahkan teck lee, pucuk pimpinan yang harus dipersalahkan, kalau parti kita kuat mereka ini semua akan menghormati kita, dan tidak akan sewenang-wenangnya bersuara persis ugutan! Bukan niat ingin derhaka kpd. Paklah tapi parti lebih penting dari beliau, bertanggungjawablah langkah,perjalanan, matlamat dan keputusan sudah jauh tersesat! Paklah berundurlah dan beri kepada Najib! Jangan jadi tikus memperbaiki Labu! Wallahualam

fade0 said...

Malay is not just ethnicity. It is history, culture, understanding, rich inheritance, way of life and Islam ... all rolled into 1.



All this while evolving to accommodate, live with and persevere in their lands that has suddenly become a preferred destination for immigrants from a different way of life.



Believe it, embrace it or leave.

ezani said...

Setelah kian lama berkuasa, saya rasa cukuplah dan sudah tamat tempoh UMNO dan BN. Sebabnya mereka tidak dapat menerajui dan memimpin negara dengan mengikuti dasar Islam yang hakiki, sebaliknya terlalu gilakan cara barat - asyik terpegun membawa konsultant mat salleh dari barat untuk menerajui projek dan tidak malu mengayakan diri sendiri tanpa meletakkan kepentingan rakyat di atas sekali. Yang paling ketara, apabila saya imbas kembali zaman pemerintahan UMNO/BN 10 tahun lepas ini (di mana saya fikir paling banyak penyelewengan berlaku) ialah :-

1. Berbillion ringgit telah lesap di Hong Kong oleh kerana George Tan dan Carrian affair.

2. Berbillion ringgit telah lesap kerana kegagalan menyiapkan projek empangan Bakun

3. Beratus million (?) ringgit telah lesap dengan kegagalan menguruskan syarikat besi Perwaja dengan cemerlang

4. Banyak pemimpin dan ketua UMNO dan penerima projek kerajaan mengayakan diri - tiba-tiba dapat membina istana besar dan menggunakan BMW dan Mercedes

5. Cara pemberian dan pengagihan projek kerajaan tidak betul - jika dengan pemberian projek, seseorang itu atau sebilangan kecil dapat menjadi "instant millionaire" (seperti mendapat projek membekalkan kepada seluruh negara atau seumpama dengannya), maka pada pendapat saya pengagihan projek itu tidak betul. Wajib diagihkan lagi projek itu kepada lebih ramai bilangan (seperti disub-parcelkan dgn kadar lebih kecil lagi) sehingga kadar kemewahan indidividu penerima projek itu tidak meningkat melonjak secara mendadak tapi naik dgn sederhana sahaja. Cerita2 seperti sebuah syarikat mendapat projek membekalkan apa-apa kepada seluruh negara pada saya menunjukkan kerajaan tak dapat memberi projek dengan bijak sebaliknya mengayakan segolongan kecil sahaja. Apakan salah memperagihkan lagi bekalan ke seluruh negara itu kepada bilangan syarikat yang lebih ramai ?

6. Kerajaan pusat telah byk masuk campurtangan dalam urusan masjid sehingga ke tahap menentukan khutbah, memilih AJK, menghalang ulamak daripada berceramah di masjid kerajaan olehsebab mereka dari parti PAS, dan lain-lain

7. Kerajaan UMNO telah banyak membawa atau membiarkan unsur-unsur yang telah diharamkan oleh Allah SWT bermaharajalela di negara ini seperti (a)tontonan TV yg melalaikan seperti Konsert AF, JomHeboh, GangStarz (b)kilang bir Guiness di PJ (c) kilang bir Carlsberg di Shah Alam (d)terus membiarkan casino beroperasi di Genting Highlands (e) mencampur aduk cukai kerajaan daripada aktiviti haram (Magnum, Sports Toto berjaya, Genting, misalnya) dengan yang halal (f)membiarkan arak dihidangkan secara terbuka di hotel-hotel besar lima bintang seperti di KL (g)membiarkan aktiviti rumah urut, pelacuran diteruskan walaupun telah lama mengetahui tentangnya (seperti di kawasan-kawasan tertentu di KL dsb.)

8. Sudah mula berlagak sombong dengan rakyat biasa dan ahli-ahli ugama

9. Banyak pembaziran duit, letrik, air dan makanan berlaku (seperti di Putrajaya yg sekarang sangat kurang diduduki)

10. Tidak memberi peluang yang saksama amnya pada semua kaum atau warganegara Malaysia dan khasnya pada orang Melayu untuk mendapatkan projek kerajaan

11. Dan yang paling penting sekali, membelakangkan agama Islam dalam hal pentadbiran negara - dan sebaliknya mengagung-agungkan cara pentadbiran barat dan orang kafir (seperti memandang tinggi tentang pemakaian sut atau kot walaupun kita berada dlm kawasan panas tropika) dan memandang rendah orang memakai khutbah atau tidak menggalakkan atau mewajibkan sembahyang jemaah atau sembahyang dhuha atau kuliah agama di dalam jabatan-jabatan kerajaan).

Sazrul R. Razali said...

PEMUDA,

PAK LAH MENUNJUKKAN KUKU BESI NYA YG KOTOR. SIKAP PENDENDAM YG JIJIK. DIA AKAN 'HANCURKAN' SESIAPA YG TAK SEBULU DGNNYA ATAU CUBA MENENTANGNYA. TAK GUNA PUNYA PM.

SENARAI MANGSA;

Tun Mahathir : Di asak keras dgn isu TAPE LINGGAM dan IAN CHIN. TAPI TAK LUT! PADAN MUKA.

Datuk Mukhriz : Kena ugut dlm Umno sendiri. Sokong PM atau kena tatatertib. (Tg Adnan toksah berlagak pandai la. Tgk muka pun muka penyangak!Dato Zaid - Hang tunggu la nasib hang. Tak penah perkempen pasai Umno, la ni nak tunjuk terror backing Pak Lah. Kalau berani masuk la PRU13 nanti. Suruh Pak Lah letak hang kat Selangor la kalau berani)

Datuk Mokhzani : Kena ugut letak jawatan chairman sepang.(Menteri KBS toksah sebok pasal hal takda kena menengena dgn kepentingan negara la. Pi jaga hang punya Youth Cup tu dulu!)

TS Sanusi Junid : Lingkup terus! Kena pecat tanpa sebab musabab. Kalau dia tak perform pasai pa tak pecat dari dulu?

TERBARU;

Yong Teck Lee : Kena isu rasuah yg sedekad lalu punya cerita. Habis kena korek, memang nak kasi cina sorang tu 'mati' terus ke?! Dulu kenapa tak korek cerita rasuah ni??

SUDAH TERANG LAGI NYATA PAK LAH SUBAHAT DENGAN ORG YG AMBIK RASUAH. SAYA PERCAYA TENTU PAKLAH TAHU JIKA SUKU SAKATNYA AMBIK RASUAH, TAPI DEPA SEMBUNYI BENDA KOTOR TU. BILA DAH DERHAKA BARU KELUAR SEMUA CERITA2 LAMA.

Apa punya orang? Ini semua busuk punnya orang!

Mohd Nadzri Kamsin said...

Apa maksud perubahan drastik pada pemilihan nanti?

http://nadzrikamsin.blogspot.com/

SOP said...

If i have to choose between this beautiful nation Malaysia, and PM Abdullah, you should know what’s my choice.

This nation really needs a good leader to move forward !!

g-mie said...

sbb no satu be-end longlai adalah sbb dolah

elok pemuda umno ikut langkah sapp agar cepat2 dolah blah

kalau pemuda setakat jadi jurucakap dolah dan bukan jurucakap rakyat...bubar sahaja pemuda umno

beeee enddddddddd.........

SOP said...

Who should be the next PM ?

Express your feeling at votingmalaysia.blogspot.com

Tayadih Maysia said...

Kalau UMNO nak meneruskan kelangsungan hidupnya (survival), maka tidak ada cara lain dengan cara memecat presidennya (Pak Lah)yang merupakan pemimpin UMNO yang paling LEMAH, DAYUS,dan dll dalam sejarah UMNO. Kalau tak, maka bersiap sedialah untuk pupus ditelan arus politik perdana. Suatu hari nanti, anak cucu Melayu akan menyumpah orang-orang ini (pemimpin) kerana kegagalan mereka mempertahankan hak dan martabat bangsa Melayu.
...Melayu telah hilang negaranya selepas Tanah Melayu ditukar namanya dan memberikan kerakyatan secara besar-besaran kepada bangsa asing...Melayu telah hilang tanah jajahannya (Temasek dan Pulau Batu Puteh)...Melayu telah hilang bahasanya (usaha mendemokrasikan bahasa sedang rancak dijalankan di media, sektor swasta, pendidikan...kadang2 bila tengok tv kita seolah2 berada di China, India, dan Amerika bukan lagi di Malaysia yang menggunakan bahasa kebangsaan)...Melayu telah lama hilang kuasa ekonomi...kini Melayu mulai hilang kuasa politiknya. Itu sajalah yang kita ada, tapi itu juga yang bakal terlepas dari genggaman kita. Semuanya angkara pemimpin UMNO yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri dan kroni sahaja. Kalau mereka betul-betul ikhlas kerana perjuangan bangsa, tak akan ada bangsa kita yang "merempat" di bumi sendiri.

Unknown said...

Kenapalah pemuda pening2 kepala hanya untuk membela seekor biawak hidup....kalau bagi makan telur sahaja tiap2 hari tak pe lah jugak....ini berbillion2 duit rakyat untuk dipusingkan dalam kitaran ekonomi negara.....Jika based on managment by objective (MBO) by Peter Drucker....Pak Lah is zero compared to TDM biar dia pusing2 macam2 mana pun......lepas tu takkan UMNO ni parti sengkek sangat sampai tak tahu nak cari leader yang paling kompeten.....kalau tak, bagi aku aje jadi PM......sebab kadang2 keputusan yang simple pun jadi jadi begitu complicated sampai jadi masaalah negara, pada pendapat saya, hanya kerana banyaknya kepentingan2 peribadi termasuk dalam decision making....betul ke macam tu susahnya nak jadi politicians padahal entah lobi2 apa2 yang kadang2 layman tengok macam tak professional langsung.

Unknown said...

Liat,degil,bodoh sombong,perasan terror,pendendam,fikiran pendek,malas fikir,bodek lover,khayal dalam dunia sendiri,muka tebal,buat de,selamba bodoh,syok sendiri,sayang anak dari negara.........

Unknown said...

KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam memulakan siasatan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan wang lebih RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri itu.

Bekas hakim: Dr M mahu kuasai badan kehakiman

Apa ni Pemuda????? Ingat rakyat malaysia bodoh ke!!!!!
Kalau nak buat sesuatu tu nawaitu tu kena betul kerana kita orang islam......Contohnya kalau pun betul benda2 dpat dibenarkan di mahkamah.....apa resultnya??? dia orang dan rakyat malaysia tak kisah tapi kredibiliti UMNO tu sendiri laaa.....budak darjah satu pun boleh pikir i.e. KENAPA SEKARANG?.....Ini idea KJ ke?

azlishukri said...

Kepimpinan pemuda pun harus dinilai semula..

Nostradamus said...

Apalah nak jadi?

Teori R.A.H.M.A.N ke, R.A.H.M.A.A.N ke, R.A.H.M.A.T ke, semakin nak jadi.

Menang sorak, kampong tergadai. (Sebelum dan selepas PRU12)

Kerana nyamuk, kelambu dibakar. (Sebelum dan selepas PRU12)

Ditelan mati emak, diluah mati bapa. (Pilih Tun ke, UMNO ke?)

Kerana politik, semua yang tak halal, dijadikan halal.

Kerana politik, ugama dan bangsa jadi mainan percaturan.

Kerana politik, pengampu paling hebat dinobatkan.

Kerana politik, pengkritik paling kuat di ISA kan.

Kerana politik , monyet di hutan disusukan.

Kerana politik, bayangan musuh diwujudkan.

Kerana politik, kawan dan sahabat dilupakan.

Kerana politik, rakyat Malaysia dipinggirkan.

Kerana politik, makanan pun dah jadi isu.

Kerana politik, bahasa pun dah jadi isu.

Kerana politik, nama pun dah jadi isu.

Kerana politik, pakaian pun dah jadi isu.

Kerana politik, nak kahwin siapa pun dah jadi isu.

Kerana politik, nak kahwin berapa pun dah jadi isu.

Kerana politik, hiburan dan tugu biasa pun dah jadi isu.

Kerana politik, manis di mulut, busuk di hati.

Kerana politik, kewarasan minda pun dah tak de.

Nostradamus pun dah tak dapat ramalkan apa akan terjadi kat Malaysia sebelum capai Wawasan 2020. Tak payah tilik sampai 100 tahun pun.

aff said...

Jgn diberi muka. Singkirkan SAPP, setakat 2 kerusi parlimen tak kemana.

bahalol said...

Majoriti rakyat Malaysia sudah hilang keyakinan kepada Paklah al Tiduri , BN dan UMNO. Jika ada pilihanraya semula sekarang, BN akan hilang semua negeri dan akan jadi pembangkang di Parlimen. Mana boleh Paklah memimpin kita kalau hari hari dia sibuk untuk menyakinkan masyarakat bahawa dia masih PM yang sah walaupun rakyat minta dia undur dan beri ruang kepada Pakatan Rakyat memimpin kita. Taukah kamu wahai Sakai Bangsa bahawa keluarga yang pendapatan rumahnya kurang dari RM 3 ribu memang telah mengikat perut beberapa tahun dulu sementara pemimpin masyarakat boros dengan mementingkan perut mereka sendiri. Hotel mewah menjadi tempat berhibur mereka dan belanja RM 1000 semalam tidak jadi hal untuk mereka sewaktu rakyat begitu susah nak hidangkan makan malam yang sempurna untuk anak anak di atas meja hidangan di rumah. Tunggu apa lagi, undurlah dan beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk perintah kita.

Tok Kemuning said...

Harga yang terpaksa UMNO, MELAYU, Rakyat & Negara bayar untuk mengekalkan kepimpinan yang ada hanya tuhan sahaja yang tahu. Adakah kita warga UMNO mampu membayarnya. Adakah kita mampu menanggungnya. Atau selama mana lagi kita semua mampu menanggungnya.

Semenjak dari PRU12 kita dilanda krisis selepas krisis dan tidak nampak tanda untuk berhenti. Selagi kita semua masih berdiam. selagi kepimpinan kita tidak melihat krisis yang kita hadapi dengan hati terbuka selagi itu kita tidak akan bebas.

Setakat mana kita dapat bertahan dan menanggung kepimpinan kita kini. Tepuk dada tanya selera.

Akar umbi UMNO Damansara Utama said...

Salam perjuangan,

Isu yang melanda UMNO dan Barisan tidak hanya bermula dengan seorang pemimpin.

Sistem yang diamalkan (seperti yang dinyatakan penulis dalam coretan sebelum ini) membuka ruang untuk proses yang melemahkan parti berlaku.

Ini harus diterima setiap ahli.

Tetapi harus juga diakui bahawa walaupun sistem, ideologi dan strategi UMNO itu ada kelemahan dalaman, dengan kepimpinan yang dinamik dan progresif, kelemahan ini boleh sekurang-kurangnya ditampung dan dibendung.

Sebagai contoh, pasukan-pasukan bola yang boleh dianggap sebagai "lemah" tetap boleh berjaya jika dipimpin jurulatih atau pemain yang hebat.

Beri peluang "jurulatih" yang cekap datang membawa kemenangan, kemudian perlahan-lahan sistem akan berubah atau diubah (inilah masa Pemuda menjadi pemangkin perubahan).

Salam dari Akar Umbi UMNO D.U

http://umnodu.blogspot.com

RANGKAIAN PEMUDA BERANI said...

POKPET setuju dengan pandangan tu. Pemimpin UMNO nampak macam susah sangat nak berubah. Dah jadi bebal. POKPET tak tahulah apakah sebabnya, namun itulah hakikat. POKPET telah menulis kisah seorang pemimpin UMNO Selangor yang susah nak berubah. Boleh baca di sini http://pokpet.blogspot.com

UMNO PARTI PENJARA said...

Cakap benda yang sama tapi tak diendahkan atau tak dihiraukan, tiada gunakan. Kita semua dah tahu yang tersurat dan tersirat.
Tepuk dada, fikir dan bertindak ;-)