Monday, June 23, 2008

SELINGAN

Ezam
Ada yang berpendapat, sekiranya Ezam betul betul nak diterima UMNO, beliau perlu melakukan beberapa perkara antaranya ialah:-

1. memohon maaf secara terbuka kepada semua ahli UMNO atas kesalahan beliau yang lampau. (ahli yang meninggal macam mana pulak ye..)

2. beliau perlu buat 'roadshow' keseluruh negara menjadi penceramah UMNO, menerangkan kepada orang UMNO dan rakyat akan keikhlasan beliau dan kenapa keluar PKR

3. beliau perlu secara terbuka menyatakan yang beliau masuk balik UMNO bukan hendakkan jawatan, malahan sekiranya ditawarkan pun akan ditolak. dan macam macam lagi cadangan dan saranan yang kami terima.

Anda macam mana?

Hak Istimewa Orang Melayu

Orang Melayu sememangnya pun dilindungi oleh Perlembagaan iaitu Perkara 153 dan hak2 mereka tidak akan terjejas kecuali jika perlembagaan tersebut dipinda.

Yang masalahnya, mereka yang menguruskan Perlembagaan tersebut yang tidak faham, takut, tidak peka, malu, bebal, tidak kisah dsbnya lagi, di dalam melaksanakan Perkara 153 tersebut. Dan yang lebih menyedihkan lagi, pengurus pengurus tersebut kebanyakannya terdiri dari orang Melayu sendiri.

Orang bukan Melayu memang berhak memperjuangkan hak2 mereka juga. Tapi buat lah dengan cara yang lebih teratur supaya tidak menaikkan kemarahan orang Melayu. Banyak cara boleh guna selain dari tunjuk perasaan, berarak tak tentu pasal dan minta yang bukan bukan macam la orang melayu semua ni dah kaya raya jadi jutawan!

Jadi, kepada pengurus2 Perlembagaan 153 tersebut, termasuk lah pegawai pegawai kerajaan, badan berkanun, GLC dan agensi2 yang lain termasuk pihak kerajaan sendiri, Pemuda berharap jangan la malu dan segan untuk melaksanakan Perlembagaan Perkara 153, ianya tidak salah dan tidak melanggar undang undang pun!

Kehakiman

Pemuda tidak faham apa isu kehakiman yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak. Setahu pemuda apabila kita ke akar umbi, tidak ada pun isu ini ditimbulkan oleh rakyat, sejak dulu hingga sekarang.

Yang dok menyalak sana sini saban hari ialah Karpal Singh, Ambiga dan konco konco mereka termasuklah ada di antaranya orang besar kerajaan kita.

Yang dibuat ialah kerja mengorek peristiwa yang lepas. Semua menyanyi dan menari ikut Karpal dan Ambiga. Semua ke arah memburukkan kerajaan yang lepas, yang UMNO jugak pun.

Ini bukan isu rakyat sebenar. Ini bukan isu cakap di kedai kopi. Ini isu yang dibuat buat oleh Karpal dan Ambiga, di taja oleh pembangkang.

Akhirnya memalukan diri sendiri. Daripada asyik korek sana korek sini, maaf sana maaf sini, kasi wang sana kasi wang sini, elok di lihat kes2 tertunggak yang melimpah ruah yang perlu diselesaikan. Baru la rakyat senang. Baru la nampak ada perubahan.

Pemuda ingin menasihati orang yang suka korek cari kesalahan orang lain ni lambat laun tidak akan mempunyai kuasa. Dan jangan lupa akan ada pulak pengorek pengorek lain yang akan pulang paku buah keras bila tiba masa. Jadi baiklah melangkah kehadapan. Toleh belakang untuk lihat ambil jadi teladan, bukan mencari kesalahan orang. Kadang2 yang dibuat dulu adalah berdasarkan keadaan masa itu. Jadi kalau lihat masa ini memang akan ada yang tak kena, ada yang tak berapa betul. Tak payah la berpatah balik 10, 20, atau 50 tahun untuk maju kedepan.

25 comments:

Mohd Nadzri Kamsin said...

Sidang media MT UMO perlu diadakan tentang penerimaan Ezam ke dalam UMNO. Roadshow Ezam ke seluruh negara cadangan yang baik.

nadzrikamsin.blogspot.com

Teddy said...

hai pelik betul ye kalau kita fikirkan. kenapa pendapat pemuda macam posting nie tak didengar oleh pucuk pimpinan?? pemuda dah tak relevan kot...

macam ketua putera umno lagi berpengaruh dari ketua pemuda.. !

Maverick said...

Salam,

sememangnya pengumuman yg dilakukan oleh SAPP itu mengejutkan semua pihak. Terutamanya kepada UMNO dimana PM telah mendapat usul tidak percaya daripada komponen BN sendiri.

Dimanakah silapnya? Dimanakah puncanya? Kenapakah perkara ini berlaku? Sememangnya soalan2 ini telahpun dijawab dari pelbagai pihak. Namun sekiranya ada perbincangan sebelum ini dalam pakatan BN sendiri, saya yakin perkara ini dapat dielakkan. Permintaan daripada SAPP kalau dilihat sememangnya telah berlangsung sekian lama. Ianya adalah permintaan masyarakat di Sabah sejak dari era Tun Mahathir dan sebelum itu lagi. Kenapakah pula perkara ini ditimbulkan pada era DSAAB? Kerana ada kemungkinan dalam era DSAAB mereka menyangkakan bahawa perkara ini akan dilayan dan diambil lebih serius. Masalah PTI merupakan perkara yg paling dituntut oleh rakyat Sabah kerana masalah ini telah membawa rantaian masalah seperti gejala sosial, jenayah, peningkatan populasi PTI dari tahun ke tahun, dapat menikmati kemudahan daripada pembangunan setara dengan rakyat tempatan, mengambil hak bumiputera dalam aspek pekerjaan, dll. Mengapakah saya mengatakan bahawa mereka mendapat atau merasakan setara dengan masyarakat tempatan? Dengan perancangan pembangunan daripada kerajaan Pusat dan Negeri, PTI juga akan turut merasai kemudahan ini sedangkan mengikut hak, sememangnya ini tidak adil kepada masyarakat bumiputera. Kerana mereka berani utk meminta gaji yg rendah supaya dpat bersaing dgn masyarakat tempatan, golongan PTI ini ramai diambil berkerja dalam sektor swasta berbanding rakyat tempatan. Tapi apa yg diperkatakan ialah bahawa rakyat adalah terlalu demanding dan malas berkerja. Tetapi dari aspek lain mereka tidak melihat pula kenapa ramai rakyat tempatan menjadi pengangur. PTI sanggup utk menerima gaji rendah walaupun mereka terpaksa ikat perut untuk hidup dalam Malaysia. Namun sekiranya dilihat pertukaran matawang ringgit kepada rupiah mahupun peso, bukankah mereka akan menjadi kaya raya apabila mereka balik semula ke negara mereka. Dan jangan dianggap bahawa mereka tidak akan kembali utk mengaut keuntungan di Malaysia semula setelah mereka kembali ke negara asal mereka.

Saya tidak mahu mengulas mengenai isu harga petrol kerana sudah ramai yg mengulas mengenai perkara ini. Apa yg kita mahu ialah jawapan daripada kerajaan mengenai isu ini.

Adakah kerajaan yg diketuai oleh DSAAB ini ada membuat perancangan untuk menangani masalah PTI di negeri Sabah?

Sekiranya ada, mengapakah masih ramai PTI yg masih hidup senang lenang di negara ini?

Kami sebagai rakyat yg menduduki negeri ini akan merasakan tekanan ini, adakah kerajaan memahami perasaan Rakyat Sabah?

Sebagai satu negara yg mempunyai undang-undang, rakyat akan mematuhi undang-undang tersebut dan tidak akan mengambil tindakan mengikut sesuka hati dan berharap dengan undang-undang akan dapat menyelesaikan msalah ini. Namun dalam keadaan sekarang ini, rakyat berharap kepada kerajaan agar menyelesaikan masalah ini yang sekian lamanya tertangguh tetapi semacam tidak diambil peduli. Adakah mahu rakyat yg bertindak agar PTI ini akan dapat "diselesaikan"? Dimanakah peranan kerajaan dalam perkara ini?

Kalau undang2 sudah tidak dapat menyekat kedatangan mereka ini, kalau jabatan2 yg diberi kuasa utk mengawal kedatangan PTI sudah tidak berhasil dalam melaksanakan tugas mereka, kalau menteri yg dipertanggungjawabkan utk melihat dan membuat tindakan mengenai perkara ini sudah tidak melakukan tugas mereka, kalau YB2 dan MP2 sudah tidak hiraukan keluhan rakyat, dimanakah tempat utk rakyat bergantung harapan agar perkara ini dapat diselesaikan?

Dimanakah perjuangan UMNO utk memperjuangkan kepentingan RAKYAT khususnya? Adakah hanya utk Melayu sahaja? Bagaimanakah pula halnya dengan Bumiputera? SAPP kena memperjuangkan hak BUMIPUTERA SABAH kerana UMNO sudah tidak memperdulikan hak kami kerana hanya menumpukan hal2 MELAYU sahaja. Saya bukan mahu menimbulkan hal perkauman, namun dalam Malaysia ini HAK PRIBUMI adalah hal utama dan BUMIPUTERA SABAH juga merupakan MASYARAKAT PRIBUMI dalam negara ini selain MELAYU. Kena melihat hal ini dalam konteks atau view yg lebih luas. Sekiranya ada komen dalam blog sebelum ini mengatakan bahawa SAPP mencabar kedaulatan melayu sedangkan SAPP memperjuangkan HAK KEDAULATAN BUMIPUTERA di SABAH. Walaupun Datuk Yong Teck Lee merupakan seorang yg datang dari suku kaum cina, namun apa yg diperkatakan itu adalah utk masyarakat Bumiputera dalam negeri Sabah. Dan perlu diingat juga bahawa Datuk Yong hanya membuat usul tidak percaya ke atas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan bukannya PRESIDEN UMNO. Ini merupakan dua perkara yg berbeza. Adakah itu mencabar kedaulatan bangsa Melayu, bagaimana pula halnya dengan nasib kami sebagai BUMIPUTERA negeri ini? Siapa yg harus memperjuangkan kami sekiranya UMNO hanya utk Melayu?

Maaf sekiranya terlebih kata. Sekiranya UMNO mahu terus relevan dalam memperjuangkan AGAMA, BANGSA dan NEGARA maka perkara yg lebih luas hendaklah diambil kira. Saya tidak mengatakan bahawa memperjuangkan kedaulatan Melayu itu merupakan satu perkara yg salah. Tindakan itu merupakan sesuatu yg murni dan harus diperjuangkan sebagai satu parti yg menjaga hak2 Melayu. Namun jangan pula kami di Negeri di bawah bayu ini dilupakan dalam perjuangan ini kerana kami juga mahu memperjuangkan Bumiputera Dusun, Murut, Kadazan dan pelbagai lagi bangsa PRIBUMI negeri ini supaya selari dengan perjuangan UMNO. Saya selama ini menyokong UMNO dan akan terus menyokong pergerakan ini sekiranya ianya tidak lari daripada tujuan asal penubuhannya.

Mohon jutaan maaf dan teruskan perjuangan untuk AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

bronaga said...

saya setuju dgn. Pendapat saudara bahawa isu2 badan kehakiman umpama sudah menjadi keutamaan berbanding dgn. Isu atau permasalahan yang membeban rakyat! Tindakan kerajaan sekarang amat mengelirukan rakyat! Tindakan korek sana tampal sini umpama tikus sedang membaiki labu! Teruskan perjuangan saudara utk. Kami ahli umno akar umbi! Say No to Pakatan pembangkang! Hidup Umno!

penjual rumpai laut said...

apsal tak bole ckp psl isu kehakiman? klu org bersalah tk dibawa ke muka pengadilan, aku pon nk jadi penjenayah gak

pooh72 said...

Salam,

saya tak nak komen pasal ezam sebab saya tak percaya beliau.tapi pasal isu kehakiman, saya setuju dgn pendapat anda.bar council sepatutnya lebih menumpukan kepada 'backlog of cases' sepertimana dibangkitkan oleh ketua hakim mahkamah rayuan dalam 'the star' semalam.satu lagi isu yang patut bar council kaji adalah isu kualiti graduan lepasan undang-undang uni2 tempatan yg rendah sepertimana dibangkitkan oleh tan sri gopal sri ram dan vc um baru2 ini,bukan isu-isu lapuk.saya rasa bar council ada agenda politik disebaliknya.my advise to bar council,do not waste taxpayers money,pls settle the backlog cases!

Small Talk said...

Saudara,
EZAM...
Siapa Ezam yg perlu disibukkan sangat bila dia masuk balik UMNO. Kenapa perlu kita glorify dia? Dia nak masuk UMNO masuk saja lah tak perlu hebuh2. Yg penting sekarang Pemuda UMNO perlu kumpulkan ramai lagi professional muda dan graduan IPTA/IPTS untuk masuk dan aktif dalam UMNO.
HAK ISTIMEWA MELAYU...
Pemuda UMNO mesti desak semua agensi yg laksanakan peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia berbangga yg mereka patuhi Perkara 153 itu. Bukannya takut2 nak laksanakan.
KEHAKIMAN...
Kenapa tidak sebut nama ZAID IBRAHIM? Dia lah yg sibuk sgt perkara itu. Beritahu kpdnya sekarang ini pentingkan isu asas dahulu. Isu periuk nasi. Bukan isu Salleh Abas yg kalahkan Perak, Penang, Selangor dan Kedah! Isu harga barang naik lebih penting...

Salam

JoeSatriani said...

Isu Ezam, suka hati dia lah dia nak masuk balik UMNO. Niat dan tujuan dia? Mana kita tahu, kita bukan allah s.w.t yang boleh melihat terus ke lubuk hati dia. Semua allah sahaja yang tahu. Jujur ke, iklhlas ke dia nanti allah akan tujukkan juga. Tak payahlah nak menghabiskan duit nak buat roadshow. Lebih baik Pemuda UMNO buat aktiviti yang memberi faedah pada golongan orang-orang yang memerlukan. Tak payah nak sibuk-sibuk hal si Ezam tu. Biarkan dia aje.

Pasal kehakiman pulak, tak payah lah asyik nak cerita hal dulu-dulu. Kalau nak dicerita hal dulu-dulu, Mak Mertua Pak Lah pun anak dara lagi,,, betul tak.

Apa yang Tun buat, dianggap betul waktu dia PM.. Atas kerana apa, atau apa dasar dibuat oleh Tun waktu itu, masih memberi kita kemudahan dan keharmonian dalam Malaysia ini. Porak peranda ke negara? Tidak kan!!!! Yang kerja swasta mesti tunggu time bonus. Gaji ada kenaikan tiap tahun,...,, betul kan cakap saya. Sekarang ni zaman Pak Lah. Tanya budak2 kerja kilang, seronok ke zaman Pak Lah ni, tanyalah orang2 meniaga kecil-kecilan, seronok ke zaman Pak Lah ni.. Tanya cina jual buah tepi jalan seronok ke Zaman Pak Lah memerintah ni. Badan kehakiman???? diorang peduli apa.... Yang penting hidup boleh mencari rezeki yang halal. Tapi zaman Pak Lah??? Senang keeee!!!! Bandingkanlah Pak Lah - Tun. Korang ahli UMNO ingat sendiri lah.

Hak istimewa orang melayu???? Jangan buat kelakar lah. Kalau betul, mengapa lah yang ramai merempat orang melayu. Ramai yang susah orang melayu, Elok-elok negara nama "Persekutuan Tanah Melayu" dibah jadi Malaysia. Siapa yang tukar, bukan orang melayu juga. Siapa orang melayu tu, bukankah dia Presiden UMNO juga dahulu. Yang masih tinggal Keretapi Tanah Melayu. Itupun tak tahu bertahan sampai bila. Ada kah Presiden China nak ubah nama negara dia, takkkan. Pelik betul..

Hak Istimewa orang melayu??? Anak-anak melayu nak masuk Universiti sekarang mesti berhutang, mana perginya dasar memperjuangkan pendidikan anak melayu? Memang kelakar. Politik, politik juga, tapi sampai nak menghancurkan bangsa, melampau ahli politik tu.

Hak Istimewa orang melayu yaaa!!! Pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, makin ramai lagilah anak melayu ketinggalan. Janganlah keluarkan fakta-fakta mengarut ni. Mana ada bangsa maju guna bahasa orang. Kalau macam tu elok ajarkan Matematik dan sains dalam bahasa arab aje,... kerana asalnya semua dalam bentuk bahasa arab kan. Al-quran pun berbahasa arab. Yang orang kaya boleh lah hantar anak-anak diorang tuisyen bahas inggeris, yang miskin??? Pikirlah orang UMNO oooiiiiioooii.

Tolonglah, fikir-fikirkanlah akibatnya apabila kita sombong dan bongkak. Malapetaka allah s.w.t akan turun. Ini pun dah nampak. Apabila2 dasar-dasar yang dibuat banyak menyusahkan rakyat.

Wasalam..

Bobby said...

Perenggan Hak Istimewa Orang Melayu sangat bagus.

Tu lah, orang bukan melayu ni cubalah mintak apa2 dengan beradab.

Ni , nak pergi upacara majils dengan Sultan pun tak reti nak pakai songkok. Biadap sungguh. Sape lah yang suka kepada orang biadap.

Bukannya Sultan suruh ko cium kaki nya. Dia suruh ko ikut peradaban Melayu. Upacara rasmi adat resam negara Malaysia. Itu adalah hak KAMI.

TOLONG JANGAN PERTIKAI KAN !

HINDRAF pula dun go acting like a third child syndrom seeking for excessive attention. Jangan tuduh yang bukan2.

KITA PUN NAK HIDUP BAHAGIA SAMA2 NGAN KORANG.

Help us help you.

:)

sepuloh_satu said...

Saya setuju dengan pendapat saudara mengenai isu kehakiman.

Selaku ahli dan penyokong UMNO, tindakan Datuk Zaid Ibrahim (yang semestinya didokong oleh pucuk pimpinan UMNO), adalah satu tindakan yang tidak wajar dalam usaha memperkukuhkan kedudukan UMNO dalam meneruskan perjuangan kita. Agenda yang dibawa dengan bangganya oleh Datuk Zaid adalah sememangnya agenda pembangkang. Agenda penentang-penentang UMNO.

Dalam hal ini, faktanya amat jelas:
1. Hakim-hakim tersebut telahpun dibicarakan dan didapati bersalah. Yakni pemecatan mereka di asaskan kepada keputusan Tribunal tersebut.

2. Apabila kerajaan sekarang membayar pampasan kepada hakim-hakim berkenaan, ianya bermaksud keputusan Tribunal tersebut tidak sah dan salah.

Persoalannya, adakah kerajaan menjadi hakim, juri dan pelaksana? Sekiranya begini, maka kerajaan sekarang adalah lebih autokratik dari kerajaan terdahulu.

Mengenai Datuk Zaid:

Saya rasa beliau mempunyai satu agenda busuk terhadap Tun Dr. M.

Fakta: Dengan tanpa usul periksa, beliau terus mempercayai tuduhan-tuduhan Hakim Ian Chin terhadap Tun. Hanya seseorang yang mempunyai prasangka buruk terhadap seseorang lain saja lah yang akan terus mempercayai apa-apa saja keburukan yang dilontarkan kepada orang yang dibencinya tanpa usul periksa.

Datuk Zaid Ibrahim kini telah menjadi hero kepada penentang-penentang UMNO. DAP & Majlis Peguam amat senang dengan Datuk Zaid yang rancak menari kepada muzik yang dimainkan oleh mereka.

Tetapi, dikaca mata ahli-ahli UMNO yang marhaen, Datuk Zaid Ibrahim adalah petualang bangsa dan pembelot perjuangan UMNO.

Penampilan-penampilan beliau dimedia massa hanya mengundang reaksi cemuhan dan benci dikalangan ahli UMNO.

Sekiranya pucuk pimpinan mahu meruntuhkan lagi UMNO, teruskanlah agenda yang dibawa oleh Zaid Ibrahim dengan restu pucuk pimpinan itu.

accer said...

Sejarah akan sentiasa mengingati gambar Zahid menyerah wang pampasan(duit rakyat)kepada beberapa bekas hakim dan setelah menerima wang itu,ianya disusuli dengan kata hina terhadap TDM dari bekas hakim tersebut. Ianya juga menggambarkan,nilai perjuangan bekas hakim ini boleh dibeli dengan wang ringgit. Kalau benar ikhlas dalam perjuangan, dah lama mereka seharusnya menolak wang pampasan demi sebuah perjuangan.

Sedia Gempur said...

mengenai isu Izam adalah percaturan KJ untuk memecahkan pengaruh Datuk Mukhriz yang sudah diketahui umum KJ mempunyai hubungan rapat dengan barua-barua Anwar Al-Jubori.Untuk makluman sahabat-sahabat di sini, KJ juga pernah menjadi barua@balaci untuk mengantar passport Anwar A-Jubori ketika beliau dilepaskan dalam tahanan. Tidak salah mengatakan bahawa REJIM Pak Lah sekarang untuk melacur negara kita ini. Apa yang dibuat atau di rencana oleh REJIM Pak Lah adalah bukan membela rakyat sebaliknya mempunyai sifat Yahudi.Sesiapa yang membuat teguran kepimpinan akan di ugut seperti yang berlaku kepada President SAPP. Ini realiti sekarang, UMNO tidak releven lagi selagi REJIM Pak Lah masih menjadi Perdana Menteri serta Penasihat PM, Khairy Jamaluddin Bin Datuk Abu Bakar tidak berundur.

Ayuh ahli UMNO.. bangkit ... !!!
NO Pak Lah... NO KJ !!!


Ahli pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil, Melaka.

Unknown said...

Yang suke Ezam masuk ni Pak LAh Ngan KJ jer... sebab KJ kan penah deal ngan Ezam masa proses pembebasan anwar dulu... tu Ezam kata sejak bebaskan anwar, dia dah tak jumpa KJ lagi...

boleh caya ker... satu proses pembebasan besar akan berhenti takat tuh... saya rasa kemasukan KJ mmg nak selamatkan Pak Lah dan KJ.. dengan harapan Ezam bertanding jadi Ketua Pemuda manakala KJ kekal sebagai Naibnya... kalo boleh dua2 kami tak mahu...

Zaman KJ sudah abih,.... biar yg lain ambil alih... memang seakrang ni yg nampak dalam Pemuda hanyalah Mukhriz saja boleh diketengahkan...

pasa undang2 tuh... rasanya tak banyak berubah... kalo berubah, BPR pegilah siasat Scomi, mahkamah adililah salah seorang yng dimasukkan dlm ISA yang ada kaitannya dengan isu nuklear dulu tuh... nampaknya, undang2 semakin telus semakin tak telus gamaknya

wham said...

Salam;

Dua antara tiga isu yang saudara bentangkan iaitu berkaitan hak orang Melayu dan kehakiman ini sebenarnya timbul berpunca daripada kepimpinan yang lemah yang tidak mempunyai keman.

Artikel 153 Perlembagaan bukan sesuatu hak yang boleh diurus oleh "pengurus-pengurus" seperti yang saudara nyatakan seumpama pengurus-pengurus dana dalam pasaran saham.

Hak dalam Artikel 153 sepatutnya dipelihara oleh Pemimpin yang dilantik oleh rakyat sebagai "Guardian of the Constitution" (Penjaga Perlembagaan).

Perlembagaan adalah IBU kepada segala undang-undang negara kita.

Masih ingatkah lagi laungan Rukun Negara semasa kita dibangku sekolah ketika perhimpunan?

Salah satu prinsip Rukun Negara adalah KELUHURAN PERLEMBAGAAN. Apakah maksudnya luhur? Luhur bermaksud mulia, hormat.

Bila hak yang termaktub dalam Perlembagaan ini dipertikaikan, dengan secara tidak langsung mereka telah mempertikaikan kemuliaan Perlembagaan tersebut. Yang sedihnya, tidak ada seorang pun Pemimpin-Pemimpin kita yang secara vokal mempertahankan hak ini. Kenapa? Takut jadi tidak popular? Atau "Penjaga-Penjaga Perlembagaan" ini tertidur?

Masih ingatkah lagi isu lagu Negaraku kita yang telah dihina oleh warga kita sendiri seorang pelajar di Taiwan? Sungguh tidak sangka reaksi "Penjaga-Penjaga Perlembagaan" kita sehingga mahu mengenakan tindakan Undang-Undang malah membatalkan pasport pelajar tersebut! Walaupun Lagu Kebangsaan tidak termaktub dalam Perlembagaan tetapi ia jatuh bawah prinsip RUKUN NEGARA.

Tetapi bila Pemimpin Pembangkang menghina Hak Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan malah menghina Raja Berperlembagaan kita (yang termaktub dalam Perlembagaan), apakah tindakan yang diambil? Tidur lagi? Amat mengecewakan.

Apa yang "Penjaga-Penjaga Perlembagaan" sibuk sekarang melalui de facto Menteri Undang2 adalah berkaitan dengan isu kehakiman,pampasan lumayan kepada bekas-bekas hakim yang menerima pencen beribu ringgit setiap bulan walaupun telah dipecat. Mengapa? Nak populariti?

Orang Melayu yang daif dan semakin daif akibat kegagalan "Penjaga Perlembagaan" menangani krisis kenaikan minyak dan harga barangan bukannya hirau pasal kehakiman pun. Nak beli beras hancur pun susah sekarang sebab tiada bekalan.

Jadi, sebagai Pemuda UMNO apa yang perlu dibuat sekiranya "Penjaga-Penjaga Perlembagaan" ini GAGAL? Seperti nama blog ini, Media PUSAKA BANGSA, kamulah harapan bangsa Melayu untuk menjaga Pusaka Hak Melayu dalam Perlembagaan. Tolonglah, jangan gagal. Bangsa Melayu tidak mampu untuk hidup dalam kegagalan lagi..

Nak kisah pasal Ezam? Tak hairan pun. Nak masuk balik UMNO, masuklah. Nak keluar UMNO, lantaklah. Tak bawa banyak perubahan pun. Bolehlah jadi anak katak seperti bapak katak di utara tu.

abid said...

Salam Perjuangan,

saya berpendapat Menteri Undang-Undang wajar segera melepaskan jawatan

Razlan said...

Nak cerita Hak macam mana kalau kita tak kuat!

Baca artikel : http://razlans.blogspot.com/2008/06/orang-melayu-akan-dipijak-sekiranya.html

Semua cakap Perlembangaan tidak boleh diubah. Tetapi pernah terfikirkah kita sekiranya :-

1. Kebanyakkan Anak-anak melayu mengamalkan kehidupan yang moden dan kurang beragama, tidak ada ideologi dan semangat, diikuti denga....

2. UMNO sudah tidak berkuasa, bangsa lain yang berkuasa.

3. Melayu jadi Boneka bangsa lain, seperti di Pulau Pinang, Perak dan Selangor, lain hari apa pulak.

4. Akhlak anak-anak Melayu tidak sekuat seperti orang Melayu sekarang dan Dahulu.

5. Ada pengkhianat didalam Orang Melayu, seperti apa yang terjadi di Turki, kerajaannya jatuh disebabkan orang dalam.

Semua ini boleh terjadi apabila mereka-mereka, orang-orang seperti Pengkhianat Agong Melayu DSAI memperjuangkan "Ketuanan Rakyat".

Apabila kekuatan ada pada mereka, tidak mustahil "Raja-Raja Digulingkan", jadilah kita Kerajaan Berpalimen Sahaja!

Mereka boleh buat apabila mendapat sokongan Amerika dan Yahudi!

Apa kita akan buat pada masa itu. Nak bermandi darah! siapa yang nak ikut kita, Nak cerita pasal agama dan Melayu, mereka cakap kita hilang akal.

Nas-nas itu sudah ada sekarang.

Pada masa itu, Orang-orang Melayu sudah tidak kuat berjuang, sudah tidak ada semangat, kerana keruntuhan Moral.

Maaf saudara pengarang .. lari tajuk sikit!

Masukkan sahaja didalam Silibus mata pelajaran sekolah "Hak Keistimewaan Orang Melayu ni"

Pikirkan bersama ... MELAYU 50 Tahun akan datang ....

Tai said...

Aha, saya seorang yang cacat penglihatan. Saya seorang yang bukan melayu.

Hak keistimewaan orang melayu, harus dijaga dan dipertahankan. Depa ni, tak baca sejarah kot pasai tu nak pertikai hak keistimewaan orang melayu. Akai takdak.

Cuba pikiak sat. Kat mana lagi selain malaysia yang ada SRJKC dan SRJKT? Mana lagi?

Tapi, ada jugak orang melayu yang tak sedak diri. Bila orang bukan melayu pertikaikan hak keistimewaan orang melayu, depa boleh dok diam-diam macam tunggul kayu. Ni apa ni? Negara sendiri, bangsa sendiri tak mau nak bela? Sanggup nak gadai pasai politik?

Kes Ezam ni kita harap, media toksah dok bagi liputan sangat. Ini adalah tak bagus. Dia nak masuk, kira bersyukurlah. Kita janganlah berprasangka buruk. Cumanya, bimbinglah dia seperti ahli baru. Itu saja.

kiraziku said...

APA-APA AJELAH,,,,,,UMNO MEMANG DAH TAK BOLEH DIPERCAYAI....50 TAHUN MEMERINTAH APAKAH HASIL SEBENAR YANG KITA ORANG MELAYU DAPAT.....????

Unknown said...

UMNO pada asasnya adalah parti keramat, dijiwai melayu dan tonggak maruah bangsa melayu sendiri dalam membina negara Malaysia sejak merdeka......
Pada pendapat saya, UMNO telah kehilangan jatidiri dalam perjuangannya sekarang.....Mungkin kerana budaya kelemahan melayu itu sendiri.....
Pak Lah seorang tak boleh disalahkan walaupun dia berkuasa kerana nasib dan bukan merit yang terserlah dan sekarang hidup dalam dunia khayalannya sendiri........tetapi ahli-ahli UMNO itu sendiri harus dipersalahkan. Kenapa kita harus menjadi hamba kepada keadaan dan situasi sekarang??? Tuhan tidak akan mengubah nasib kita jika kita tak berusaha mengubah nasib kita sendiri.....Kita harus berusaha mengubah nasib UMNO dengan perjuangan penuh maruah, berani kerana benar, nawaitu yang bersih tetapi kukuh, lebih akal dari nafsu dan meyerlahkan jatidiri UMNO sebenarnya.....Kita tidak perlu dipenjara oleh diri kita sendiri dan perlu menjiwai individual leadership dalam setiap diri ahli UMNO untuk membawa perubahan yang besar dan constructive dalam UMNO untuk menjadikan dia kuat....Kita harus think 'out the box' seperti kalau perlu generasi muda yang lebih segar dapat meyemarakkan budaya improvement ini ianya mungkin melangkaui batas kemantangan fikiran dan kelantangan suara dari akar umbi hinggalah ke mercu puncak......

kulatlapok said...

EEDEEHH...!!!! SAKABANGSA APA LUA ORANG NI KALU PERLEMBAGAAN UMNO SENDIRI PUN LU TAK PRIHATIN???

BUAT APE SI EZAM TU NAK MINTAK MAAF PULAK? TAK BACA KE PERLEMBAGAAN UMNO FASAL 20.10 IAITU

"Seseorang ahli yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya"

JELAS DISINI DIA MEMANG TAK LAYAK. TAPI KALU UMNO DAH NAK GUNAKAN SANGAT BUDAK NI. APA BOLEH BUAT UNDANG2 KITA YANG BUAT, BETULTAK??

Tai said...

memang ada perlembagaan Umno yang bercakap begitu. Tapi setahu saya, dalam islam, maaf-memaaf antara satu sama lain itu dituntut kan? Jadi?

kulatlapok said...

kepada SEDINGIN SALJU,

BENARLAH BAGAI DIKATA DAN TEERBUKTI MEMANG UMNO BUAT UNDANG2 DAN LANGGAR BALIK UNDANG2 YANG DIBUATNYA SENDIRI. BUKAN ORANG LAIN YANG MEROSAKAN UMNO TETAPI AHLINYA SENDIRI YANG MEROSAKAN PARTI KETUANAN MELAYU INI. BUKTINYA..?? SEPERTI YANG SEDINGIN SALJU NAYATAKAN SENDIRI NI..!!

Hebatnyer Melayu said...

salam....

berkenaan isu ezam patut disiasat terlebih dahulu supaya tidak menyesal dikemudian hari. kalo perjuangannya ikhlas di dalam menyertai UMNO kita terima laa sbb sedikit sebanyak dapt balik meengembalikan semangat dan kepercayaan orang yang telah semakin hilang dari UMNO.

hhtp://hebatnyermelayu.blogspot.com

noris helmi nordin said...

Yang baiknya, mesyuarat cawangan-cawangan satu Malaysia akan datang perlu berkonsepkan 'KESEDARAN BANGSA MELAYU YANG ASAS'. Bukan semua ahli faham Perkara 153 ni, keluarkan Perkara 153 ini, cetakkan dan jadikan ia dokumen penting untuk setiap ahli cawangan-cawangan yang akan bermesyuarat tak lama lagi dalam Malaysia ini, supaya semua jelas, pakcik makcik, yang di kampung dan dibandar, yang di IPTA , yang diluar negara selagi mana Melayu itu wujud edarkan, apa itu Perkara 153.kita patut berbangga dengan adanya akta ini.

UMNO PARTI PENJARA said...

Saya memang tak suka sesiapa yang mengkhianati negara dan parti saya. Saya harap ‘pisang tak berbuah dua kali’. Kalau terjadi memang ‘parah’ ;-)