Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak media dan bloggers terutamanya, yang sempat hadir pada majlis 'sembang media' siang tadi. Komen serta cadangan dan kritikan yang ditujukan kepada Pemuda UMNO, saya terima dengan fikiran terbuka.
Keterbukaan pihak media dan rakan rakan yang hadir memberi semangat baru kepada saya tertamanya di dalam menerajui sekretariat ini.
Saya juga amat berbesar hati dan berterima kasih menerima komen komen, kritikan dan cadangan dari pelayar web yang singgah di laman ini. Amat memberangsangkan dan ada juga yang menyakitkan, namun itulah hakikatnya dan saya sedia menerimanya.
Semua komen komen dan persoalan yang dikemuka akan diperinci, dihalusi dan dijawab sekiranya perlu. Mustahil kami boleh menjawab semua persoalan, kerana WEBLOG ini pun di bangunkan untuk mencari sebahagian dari jawapan.
Berilah kami peluang dan sedikit masa untuk melakukan sesuatu yang akan menguntungkan kita dan negara kita. InsyaALLAH, dengan bantuan rakan rakan semua, kami akan berjaya memperbaharui perjuangan yang telah di wariskan kepada kami. Itulah azam kami.
Keterbukaan pihak media dan rakan rakan yang hadir memberi semangat baru kepada saya tertamanya di dalam menerajui sekretariat ini.
Saya juga amat berbesar hati dan berterima kasih menerima komen komen, kritikan dan cadangan dari pelayar web yang singgah di laman ini. Amat memberangsangkan dan ada juga yang menyakitkan, namun itulah hakikatnya dan saya sedia menerimanya.
Semua komen komen dan persoalan yang dikemuka akan diperinci, dihalusi dan dijawab sekiranya perlu. Mustahil kami boleh menjawab semua persoalan, kerana WEBLOG ini pun di bangunkan untuk mencari sebahagian dari jawapan.
Berilah kami peluang dan sedikit masa untuk melakukan sesuatu yang akan menguntungkan kita dan negara kita. InsyaALLAH, dengan bantuan rakan rakan semua, kami akan berjaya memperbaharui perjuangan yang telah di wariskan kepada kami. Itulah azam kami.
Terima kasih.
SAZMI MIAH
pengerusi
12 comments:
Pengaruh pembangkang terlalu kuat, ini kerana terlalu banyak kelemahan di dalam pengurusan kerajaan. Rata-rata yang membawa tidak puas hati ini mencanangkan keburukkan kerajaan, tanpa putus asa.
Sikap melayu pula lebih suka menyebarkan berita buruk dari yang baik. Kebanyakkannya kurang ilmu pengetahuan.
Soal kenaikkan harga minyak adalah yang paling panas. Cukup panas dan mampu membakar semuanya.
Penyelesaiannya mudah, rakyat perlukan sesuatu yang baru,yang boleh dikagumi, yang mampu membantu rakyat, supaya rakyat lebih yakin dengan kerajaan.
Minyak akan terus meningkat, kita tak perlu terus bergantung dengan minyak.
Malaysia mampu menghasilkan sumber tenaga baru sekaligus menyelamatkan banyak perkara.
/* Amat memberangsangkan dan ada juga yang menyakitkan, namun itulah hakikatnya dan saya sedia menerimanya. */
Kalau orang melayu, suatu bangsa yang penuh dengan budi dan tatasusila memang akan cepat "menggelupur" kalau tetiba datang ayat yang tak sedap didengar. Kalau tulis direct kebenaran di sini silap haribulan boleh kena cekup di bawah "akta hasutan" (atau sewaktu dengannya, aku tak arif sangat pasal undang2 ni, tapi apa yg aku tau mender ni mmg wujud- mangsa adalah mereka yang speak up the thruth).
See? Sampai bilalaaa suara nak didengar, kalau sekat sana sekat sini...??
Tapi melayu juga terkenal dengan budaya sindir menyindir, kias sana kias sini, so please bear with me ;-) Banyak yang nak dikritis-secara-konstruktif, tapi cukuplah sekadar sums up everything terutama isu yang baru, tak terhad pada pemuda UMNO saja, tapi untuk UMNO sekali.
1. Kenapa haritu - minggu sebelum tu sorang menteri UMNO cakap jangan percaya khabar angin, kemudian minggu selepas tu sorang lagi menteri UMNO cakap bulan ogos, lepas tu sorang lagi menteri UMNO tetiba cakap naik lagi tujuh jam? Cari perkataan dalam kamus dewan utk describe ketiga-tiga menteri di atas ni, pastu tambah imbuhan awalan. See? Sapa nak percaya, kalau cikgu dari kecik pesan kat skolah jangan buat tapi ada jugak menteri yang buat, regardless la apasaja pun justification yang kami rakyat 'mungkin takkan faham and takkan register sebab kami taktau'.
2. kenapa begitu "sopan santun sangat" kempen pemuda UMNO dlm PRU12 yang lepas? Nak ker paste link youtube kat sini? Sungguh sedih bagi aku yang lahir dalam famili UMNO, dan sejak kecik lagi tak sabar2 nak join PRU utk pangkah UMNO...alas biler dah dpt peluang utk pertama kali dah terpaksa pangkah logo bukan dacing kaler biru.
3. Ketuanan melayu... sigh. Setiap bangsa ada semangat racist dia sendiri. Takkan hilang... and bagus utk survival bangsa sendiri, and hak bangsa sendiri tak hilang terus dari tanah malaysia. tapi itu TAK bermakna bangsa lain pun bukan manusia - bukan makhluk Allah, takde hati dan perasaan. Be out of the box, kalau dlm melayu cakap kluar dari tempurung tu.
Raja Petra dah ulas panjang mender ni, malas nak melatah panjang-panjang kat sini plak.
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/8337/84/
Aku orang melayu yang membesar dalam suatu komuniti pelbagai bangsa, rakan karib aku pun ramai dari bangsa lain. Chemistry kami pun dah sampai tahap famili. Amat MEMALUKAN aku sebagai orang melayu apabila tengok rakan dari bangsa lain yang sama susah tapi LAGI cerdik atas kertas tp tak dpt privilege yang aku dapat, instead kena kerja part time utk survival, camner aku nak justify kat diorang nih? Camni ker " Bro, sorry la aku dpt privilege ni sebab aku beranak dari perut org melayu"... padahal mereka ni juga ada semangat patriotik (yang boleh luntur hari demi hari dek polisi BN-UMNO) dan ada yg pernah kata kat aku "cam mana susah pun saya di malaysia, tapi saya sanggup berkorban utk negara maaa.."
Then jgn la melatah biler dah kluar negarakuku (bear in mind still matlamat tak menghalalkan cara) or statement mengaku terbuka susah nak patriotik (again, bear in mind "susah nak patriotik" tak sama dengan "pegkhianat tak patriotik")
Sekian.
Salam semua...saya salah seorang pemimpin generasi muda dikalangan pelajar Unversiti...saya sangat menyokong akan wujud nyer blog pemuda UMNO ini..ini dapat mengeratkan hubungan antara generasi muda yg selalu berinteraksi melalui media alternatif iaitu BLOG ini..semoga pihak Datuk dapat meneruskan kesinambunagan kepimpinan yang ade skarang..Hidup Pemuda...
Terima kasih daun keladi,
Jangan lupa ajak lagi
Untuk saya ucapkan tahniah, ianya agak terlalu awal. Buka blog bukan sesuatu yang susah. Dalam 30 saat, satu blog boleh saya cipta. Saya sudah cipta puloh blog utk saya dan rakan2 yg berminat. Mencipta itu satu tetapi mengekalkan satu usaha yang lebih memerlukan.
Susulan perbincangan semalam, pada saya, masaalah pemuda bukan masaalah imej pondan, lembik, tak ada bola, gangster, tak ada adab, arrogant, biongkak, dll tetapi masaalah kehilangan identiti dan semangat.
Bodoh boleh diajar. Kekurangan boleh dibantu. Kesilapan boleh dibaiki. Masaalah identiti dan lebih lagi semangat bukan senang hendak ditangani.
Masaalahnya pemuda mutakhir ini, seperti yang disebutkan oleh salah seorang blogger dari floor, adalah Pemuda sudah lebih macam orang tua. Apabila demikian, ia bermakna ia bukan macam pemuda atau lagi naluri orang muda.
Kalau act, macam orang lama, seolah2 dah berpengalaman, dan berkuasa, padahal bukan begitu. Kadang2 cakap macam nak ajar orang dgn gagasan, wawasan dan ide besar, tetapi kalau setakat baru kerja wartawan sekejap dan mengaku saja fund manager, agak kekok dilihat. Dalam uruskerja, jika pemuda mahu lakukan "behind the scene", diplomacy dan cara2 macam orang tua, baik tutup saja Pemuda dan absorb masuk UMNO.
Apatah lagi jika berpaut kepada nama bapa dan isteri untuk mendapat penerimaan, bukan kebolehan dan keberanian sendiri. Hubungan keluarga itu ada banyak kelebihan kerana ia membawa kematanagan tetapi tidak jika pemimpin itu tak ada adab, itu sudah peel kanak2.
Sedikit sebanyak ada kewibawaan nasihat suruh jadi halia dan bukan kunyit atau balik mengambil ciri2 semangat perjuanagn zaman jaafar albar.
Seperti dikatakan dalam blog saya, pemuda harus lebih perseptif kepada suara orang ramai dan timbal balas dalam keputusan dan tindakan. Sebelum pemuda boleh terbukan kepada pemikiran ramai, ianya perlu lebih terbuka dalam menyuarakan pendapat sendiri.
Orang ramai boleh membezakan apabila kenyataan dan pendirian itu begitu generic, predictable dan cliche, ia suara pembodek dan opportunis.
Dahulu suara yang berlainan dikecam. Harap kali ini suara yang suka mengecam menghalakan kecaman terhadap mereka yang menahan orang untuk bersuara. Pencenkan pemikiran berlapok, tak kira yang tua seperti Musa Sheikh Fadzir atau simuda.
Bukan salah atau betul, menang atau kalah, diterima atau tolak, beza atau sama, selari atau tidak, yang menjadi ukuran dalam bersuara tetapi apa yang boleh dimanafaatkan dari pemikiran sedemikian. Apa salah ada suara yang berlainan didengari walaupun exco sudah mengambil ketetapan. Conformity breeds mediocrity.
Agree to disagree and cherish the diversity. Within that diversity are gemstones of great ideas, new inventions and progress.
Dari segi ini, Hishamuddin amat hebat sekali kerana dapat menangani kelompok2 yang sentaisa dalam mode niat jahat dlm exco pemuda umno yg begitu berpengaruh, dan mahu membolot kuasa dan agenda dengan mendiamkan, menakut ugut dan merasuah suara berlainan dlm umno. Usah dinafikan kuwujudan ini!
Kita jangan lagi tunduk kepada suara2 bankrup yang hanya mahu membunuh kerjaya seseorang dgn cara tindakan disiplin dan lain2 cara2 tidak gentlemen dan korup moral.
Saya pasti keterbukaan dan keberanian yang akan menyelamatkan pergerakan ini dari hyena-hyena politik yang penakut, tamak selera dan hanya memikirkan kepentingan sendiri yg jelas kelihatan oleh kami dan orang ramai yg melihat dari jauh dan dekat.
Penulis, penyair, cendikiawan, penyanyi dan jurublog hanya boleh memulakan, baton terletak pada tuan2. Jika perubahan ini tidak datang, belajar2 jadi pembangkang.
askm! Syabas utk. Peneraju blog ini! Just inform datuk hisham dia sudah memalukan dan mengecewakan kami pemuda umno kasta rendah kerana bukan dasar pejuang meminta maaf diatas ketidaksalahannya memperjuangkan hak atau warisan bangsa ( isu keris ) dan beliau haruslah lebih tegas dalam melihat kpd. kekalutan kerajaan membuat keputusan flip flop mengeliru dan menyusahkan rakyat berani kerana benar takut kerana salah! Saya juga menyokong secara terbuka kepada datuk mukhriz for k.pemuda for the next pau! Hidup umno
korang ada rakan bloggers ke?
biorrr betikkkkkk
Are you reaching out to the rakyat or only to the bumiputra ?
Still narrow minded, arrogant and racist if this is so.Haven't you learnt anything,it time to think more in terms of the general rakyat. Show concern and speak out for the rakyat, not only for the umnoputras.
I am a 51 y o malaysian, 3rd generation, and you still call me a pendatang , whilst a 1st generation born of an immigrant from sumatra can become a MB of Selangor.
Yet you scream for me to leave if I cannot take your racist policies. How does that endear me to you?
Umno youth always be an evil and dark blot in my mind's eye.
Many of my friends of all races share my views.
banyak yg hentam nie.. tapi tak apa.. ada lagi anak melayu sokong umno..jangan risau...tak kan melayu hilang di malaysia...
Orang Melayu dibangkitkan kekayaan dan kekuasaan oleh keupayaan politik UMNO. Tetapi UMNO akan menghancur mana mana orang Melayu yang didapati tidak menyokong polisi kerajaan walaupun masih lagi berideologi UMNO. Saya menyuarakan demikian berdasarkan:
1. Semasa Anuar dinyahkan dengan hinanya daripada UMNO keadaan ekonomi penyokongnya juga turut di cantas. Dengan polisi sebegini sampai bila bila untuk mencapai tahap 30% penyertaan bumiputra sebenarnya dalam sektor ekonomi 100tahun akan datang pun tidak kesampaian.
2. Mara telah membelanjakan beratus billion semenjak ditubuhkan untuk membangunkan orang melayu tetapi politik melayu yang memusnahkan peluang untuk orang melayu maju dalam perniagaan. Pemimpin UMNO yang baru bukannya hendak menambahkan kebangkitan ekonomi sedia ada keatas orang melayu tetapi memusnahkan yang telah ada dalam pada membangkitkan golongan peniaga melayu yang baru.
3. Adakah telah menjadi budaya dalam UMNO menghina dan tidak menghormati bekas pemimpin mereka. Contohnya lihat sahaja bagaimana layanan UMNO kepada Tun yang merupakan salah seorang pemimpin agung UMNO yang telah memerintah selama 22 tahun. Pada pandangan Rakyat Tun dilayan oleh pemimpin UMNO tak ubah seperti "scuffy cat". Amat memalukan dan mengaibkan bagi kita orang Melayu.
3. Yang terakhir lihat apa yang berlaku kepada Bapak Sanusi. Walaupun apa alasan beliau dipecat daripada UIAM kerana tidak menjadi ahli UMNO walaupun sudah tentunya masih beridealogikan UMNO. Apabila pemecatnya dilakukan berdasarkan samada kepada umur, jantina, idealogi atau keturunannya maka sudah tentunya hak asasi manusia sejagat telah dilanggari.
Sepatutnya pemimpin UMNO hendaklah menjadi contoh pelindung kepada hak asasi manusia. Dengan pemecatan bapak Sanusi daripada UIAM apakah yang cuba ditonjolkan oleh pemimpin UMNO kepada Rakyat.
4. Dalam pada Rakyat diancam dengan tekanan kenaikan 1001 barangan sekitar 30% hingga 50% Perdana Menteri menghina Rakyat dengan pengumuman potongan 10% daripada elaun keraian Menteri dan Timbalan Menteri yang masing masing berjumlah sekitar RM10,500.00 dan RM9,500.00 sebulan. Usaha ini tidak nampak keiklasannya dimata Rakyat.
Jumlah potongan 10% sahaja sebenarnya tidak seberapa. Sepatutnya potongan dibuat sehingga paling kurang 50%. Sekiranya Menteri & Timbalan Menteri didapati agak sukar untuk berkorban bayangkanlah bagaimana nasibnya Rakyat yang pastinya tidak punyai pilihan lain.
5. UMNO hendaklah berbalik semula kepada amalan Bersih, Cekap & Amanah. Kerajaan Barisan kini adalah amat jauh daripada konsep "Kerajaan Rakyat Oleh Rakyat Kepada Rakyat" malah ianya adalah bertentangan dengan itu.
6. Samada pemimpin UMNO ingin menerima atau sebaliknya sebenarnya kesejahteraan Rakyat telah diganggu gugat oleh pemimpin UMNO kerana Perdana Menteri gagal mengurus dan merancang perjalanan ekonomi negara dengan jayanya. Bertentangan dengan konsep Negara Gemilang & Terbilang.
Kita hendaklah mempunyai seorang pemimpin yang gemilang & terbilang untuk menerajui negara kita daripada "crisis after crisis after crisis" yang melanda negara & Rakyat semenjak PRU12.
6. Sudah tiba masanya Pemuda UMNO mengambil peranan yang cerdik dan bukanya sekadar mengiyakan apa yang disuarakan oleh pemimpin tertinggi parti dalam segala hal. Pemimpin seperti Mukhriz adalah perlu dalam Pemuda UMNO untuk menyumbangkan kearah "relevant UMNO" dikaca mata Rakyat.
saya cadangkan blog ni ditutupkan saja la.janganla berakhir sperti blog khir toyo.nnti akan ramai yang kutuk 2 di dalam blog ini.Umno bukan untuk generasi muda bijak pandai tapi untuk mat rempit bersma bohsia2nya.umno dah tak relevan.malaysia skrg tlah melangkah ke era revolusioner kewarganegaraan dn bukan revolusi bangsa.hal ini membuktikan UMNO anti revolusioner dan mgikut jack snyder anti revolusioner ini tak elok dalam ngra apatah lagi untuk memerintah?melainkan umno berhenti memainkan racial card,saya rasa eloklah umno ini dukuburkan sahaja
Berilah kami peluang dan sedikit masa untuk melakukan sesuatu yang akan menguntungkan kita dan negara kita. pls,,,, kroni umno yg untung,, huhu
Nampaknya orang UMNO lebih berminat dalam politik perkauman dengan mengungkit soal-soal perkauman yang tidak rasional yang hanya menguntungkan sesetengak pihak di UMNO. Adakah salah untuk minta hak orang bukan bumiputera tanpa menyoal hak orang Melayu? Apa yang saya lihat adalah orang Melayu mula cemburu dengan kejayaan bangsa lain dan hidup dalam keadaan takut akan kehilangan hak-hak mereka yang tidak masuk akal sama sekali. Kita tidak harus lupa, kejayaan yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil titik peluh turun-temurun kita tanpa mengira agama dan bangsa. Contohnya Orang India telah menyumbang ke arah pembangunan Malaysia dengan membina jalanraya, jalan keretapi dan memusnahkan hutan-hutan tebal sejak zaman dahulu. Datuk saya juga meninggal dunia ketika membina landasan keretapi maut di Burma.
Cuba bayangkan apakah akan terjadi kepada negara ini tanpa kewujudan bangsa pendatang seperti Cina dan India. Apakah ekonomi dan pembangunan seperti ini? Saya rasa tidak keterlaluan jika saya mengatakan bangsa saya dipinggirkan dari arus pembangunan. Segala yang pada hari ini adalah hasil titik peluh dan usaha gigih bangsa saya tanpa bantuan dan sokongan dari mana-mana pihak. Yang sedihnya generasi mudah tidak faham tentang pengorbanan sesebuah bangsa, tidak kira Cina atau India dengan memperkecilkan sumbangan dan taat setia mereka terhadap negara ini. Walau apa sekalipun, di tanah inilah darah kami akan tumpah.
Post a Comment