Alhamdulillah, pelan peralihan kuasa telah diumumkan.
Ada yang setuju, ada yang tidak, ada yang terpinga pinga dan tidak kurang yang menerima dengan pahit, namun ditelan jua.
Yang penting, janji untuk peralihan kuasa telah di buat, dan sebelum PRU13. Pasal jangkamasa, saya anggap kurang penting buat masa ini. Yang penting janji. Yang penting kita terus melangkah ke depan.
Saya menganggap satu kompromi telah dicapai. Tidak menyebelahi mana2 pihak, samada yang mahukan PM meletak jawatan segera, dan yang mahu terus menerus sokong PM meneruskan tugas beliau.
Samaada ianya akan berjalan seperti yang dirancang adalah ketentuan ALLAH swt. Kita hanya merancang. Samaada ianya ada tersirat, kita sama2 lihat nanti.
Samaada ianya akan di terima oleh akar umbi UMNO, kita tunggu dan lihat pada perhimpunan agung kelak.
Samaada peralihan kuasa ini boleh di tetapkan oleh presiden atau tidak, kita lihat lah persidangan UMNO nanti. Saya fikir orang UMNO tidaklah sebodoh yang dianggap oleh pihak2 tertentu. Saya fikir 50 tahun menjana kemerdekaan dan mengurus negara majmuk seperti Malaysia ini memerlukan orang2 yang bijaksana, dan mereka yang telah memimpin negara setakat ini adalah diketuai oleh orang2 UMNO. Jadi, cerdik lah juga orang2 UMNO ni.
Walaupun begitu, matematik UMNO tetap akan menjadi penentu. Siapa saja yang faham dan mampu menggunakan matematik tersebutlah yang akan berkuasa akhirnya. Tepuk dada, tanya selera..
18 comments:
Ya, inilah tatasusila orang melayu. Berbuat kerja dalam keadaan yang tertib.
Tahniahlah kepada Umno. Dan, marilah kita sama-sama mendoakan semoga peralihan kuasa ini berjalan tanpa rintangan dan halangan.
Ya, ahli Umno kini sudah pandai menilai yang mana intan dan yang mana kaca.
boleh percaya ke dolah ni?
banyak menipu ada lah...
"Saya fikir orang UMNO tidaklah sebodoh yang dianggap oleh pihak2 tertentu. Saya fikir 50 tahun menjana kemerdekaan dan mengurus negara majmuk seperti Malaysia ini memerlukan orang2 yang bijaksana, dan mereka yang telah memimpin negara setakat ini adalah diketuai oleh orang2 UMNO. Jadi, cerdik lah juga orang2 UMNO ni."
Memamng benar. Orang UMNO tidaklah sebodoh mana yang disangkakan. Orang UMNO lah yang berusaha mendapatkan kemerdekaan. Kejayaan demi kejayaan yang terdapat di negara kita semuanya berasaskan perjuangan orang orang UMNO. Jika tida Tun Dr Mahathir, di manakah Malaysia agaknya ?
Tapi jangan lupa. Siapa dia orang UMNO yang tak bodoh tu? Siapa dia orang UMNO yang berani tu? Jangan lah pemuda cuba berselindung di sebalik negarawan seperti Tun. Tiada siapa mempertikaikan sumbangan mereka. Yang dipersoalkan adalah "ORANG ORANG UMNO" dewasa ini.
Meluat rasanya melihat orang orang UMNO yang berkokok melawan arus, tiba tiba esoknya mengeluarkan nada yang lain pula. Kenapa? Kena gertak ke? Kena beli ke? Kalau takut kena gertak, janganlah masuk gelanggang. Kalau nak kaya, pergilah berniaga.
Mungkin ada sekelumit di dalam hati kami menyatakan masih ada harapan . masih boleh kita mengharapkan kepada pemuda pemuda UMNO. Soalnya, pemuda UMNO adakah Bertel** untuk berjuang melawan apa yang sedang berlaku, atyaupun masing masing semua dalam comfort zone untuk menunggu tahun 2010? Or should I say cowardly zone?
WaAllahualam
Apa yang dikatakan oleh pemimpin2 tertinggi UMNO adalah yang tersurat..
Yang tersiratnya...
Anggota UMNO yang sepatutnya tentukan kedudukan Najib ;-)
salam all,
Sudah di ketahui umum,dimana peralihan kuasa hanya tinggal 2 tahun lagi. Tetapi apa yang sy lihat pendirian pak lah amat tersirat. Beliau seolah-olah ingin menyelamat kedudukan beliau yg sementara ini. Ahli umno akar umbi sudah sememangnya menolak pak lah sebagai president parti.ini terbukti pd PRU yg lalu ramai ahli umno tidak keluar mengundi dan ada undi pembangkang. Bagi sy dalam masa 2 tahun ini,serangan pasti kepada ds najib. Dengan kemasukan sdr ezam melalui pintu belakang pasti menjadi tanda tanya. Tepuk dada, tanya KJ.
Ahli pemuda umno bahagian bukit katil,melaka sedia gempur KJ.
salam......
Tahniah pada Pak Lah akhirnya
mengumumkan juga untuk mengundurkan diri
dari tampuk pimpinan kerajaan.
Ini adalah satu petanda yang positif dimana ianya akan memberi semangat baru kepada semua rakyat jelata tidaklah menjadi teka-teki lagi ibarat "pungguk rindukan bulan"
bilakah? peralihan kuasa akan berlaku dan akan mengembalikan semula sokongan rakyat kepada UMNO.
TAPI
Yang menjadi persoalannya kenapa bulan JUN 2010 menjadi pilihan tidakkah elok sebelum Disember bukanke bulan Disember tu musim tengkujuh. Hujan saja rakyat pun gembira walaupun banjir melanda.
Kenapa 2 tahun diperlukan untuk peralihan kuasa tidak layakkah pengganti sekarang kerana Pak Lah hanya memegang jawatan ini rasanya tidak sampai 4 tahun lebih kenapa nak serahkan kuasa perlu sampai separuh dari masa pemerintahan sekarang, kalau ikhlas nak bagi, bagilah awal-awal macam dalam keadaan sekarang masa terbaik untuk rakyat menilai pengganti Pak Lah, Lelah ke tak. Jika dikira zaman TUN betullah kena ambil masa pasai dia memerintah 22 tahun bukan 4 tahun lebih tak pernah kalah 6 1/2 negeri dan negeri sendiri tak kalah. Logiklah banyak yang nak kena belajar dan mengambil masa tapi bagi Pak Lah kenapa perlu tunggu lagi TURUNLAH bagi peluang dekat orang lain pulak menabur jasa dan bakti.
Atau 2 Tahun ini ada "Udang Sebalik Mi Meggi Goreng Sedap" yang mana banyak kontrak-kontrak boleh disiapkan dan percaturan siapa pengganti bisa diatur maklumlah sekarang TPM pun di bom dengan macam-macam isu, cuba renungkan perkara ini wahai rakan-rakan yang masih
Ahli UMNO Bulan Disember Kita Jadikan Sejarah Untuk Mengembalikan Maruah Kita.
Adakah tuan-tuan dan puan-puan terfikir ker umum nak peralihan kuasa tapi tangguh masa nie macam ada yang tak kena jer. Sebab kalau 2 tahun budak kecik dari bayi dah boleh berjalan dan bercakap. Atau ini percaturan Menantu yang memang pasang angan-angan nak jadi PM???????????
Hidup UMNO
Hidup PEMUDA UMNO
HIdup MALAYSIA
Turun LAH Sebelum LELAH
Harap pemuda Umno dapatlah berbuat sesuatu supaya rakyat tidak dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu dengan menggunakan blog mereka. mereka melaungkan kebebasan tapi sebaliknya, mereka yang tidak mengamalkannya.
Saya terbaca di satu blog bahawa Tan Sri Sanusi memetik sebahagian dari kata-kata Alexander Fraser Tytler dalam ucapannya di Telok Kemang pada Julai 12hb, 2008.
Petikan itu seperti di bawah:
From bondage to spiritual faith; From spiritual faith to great courage; From courage to liberty; From liberty to abundance; From abundance to complacency; From complacency to apathy; From apathy to dependence; From dependence back into bondage.
Mengikut Sanusi, orang Melayu berada di pelbagai peringkat dan masih perlu pembelaan dan diperjuangkan.
Ayuh kita fikirkan pula keadaan mereka yang tidak perlu pembelaan?
Ada yang sudah mewah dan kini leka. Ramai sudah ambil sikap tidak peduli kepada nasib bangsa dan perjuangan bangsa yang memberi kemewahan dan kejayaan kepada mereka.
Ramai pula dalam masyrakat sudah di tahap pergantungan dalam pelbagai rupa. Mereka rela lakukan apa saja untuk jalan mudah ke arah kemewahan dan kuasa. Pembohongan, pengkhianatan, pencurian, dan apa saja dilakuakan untuk demi kepentingan diri, keluarga – anak dan menantu, dan sahabat dan kroni.
Mereka ini yang akan membawa kita kembali semula kepada penjajahan dan penghambaan. Abdullah Badawi telah membawa kita ke keadaan demikian dalam masa singkat 4 tahun.
Adakah peralihan dalam dua tahun itu sesuai?
Mandat habis akhir tahun di dalam waktu tambahan. Apahak Presiden untuk menyerahkan pada masa yang dia tidak ada mandat lagi. Alangkah pelik UMNO melakukan kita .
Adakah Abdullah seorang yang berkebolehan?
Dia diserahkan kuasa dengan negara sudah dipulihkan. Dia hanya melakukan pembinasaan. Tidak dapat kuasai pentadbiran, lemah, leka/tidor dan mudah dipengaruhi.
Adakah ini satu penyelesaian dengan keadaan negara, bangsa dan parti serta tekanan pembangkang dan tuntutan masyarakat?
Demi menjaga hati, kita mengenepikan kepentingan parti, halatuju perjuangan dan kepentingan bangsa, negara, agama dan parti.
Bolehkah parti dipuliah dalam dua tahun lagi dengan masa lebih kurang dua tahun setengah?
Orang yang tidak tahu dan telah membinasakan ekonomi tidak boleh diharap menghidupkan kembali.
Lame duck hanya siapkan kerja yang ada. Reform tidak boleh dilakuakn oleh seorang PM lame duck tetapi oleh pemimpin yang mahu kekal. Sepatutnya dalam 100 hari sudah cukup masa untuk memahami, selepas itu sepatutnya tindakan dan penyampaian.
Dalam 4 tahun, tidak ada apa2 signifikan yang telah dapat dilakukan! Dia tidak boleh diberi lagi masa.
Persidangan UMNO Cawangan 17 Julai ke 24 Ogos. Bahagian 9 Oktober - 9 November. Agong 16-20 Disember.
Fikirkan apa yang dikata sebelum pergi bersidang.
Sedia berjuang. Tentangi kekangan. Hilangkan ketakutan. Rungkaikan pergantungan. Berani lakukan perubahan! Bersuara. Sebarang manipulasi ditentang habis-habisan. Usul diguna untuk nyatakan pendirian. Undi diguna dengan penuh kebijaksanaan dan keberanian.
Saya terbaca di satu blog bahawa Tan Sri Sanusi memetik sebahagian dari kata-kata Alexander Fraser Tytler dalam ucapannya di Telok Kemang pada Julai 12hb, 2008.
Petikan itu seperti di bawah:
From bondage to spiritual faith; From spiritual faith to great courage; From courage to liberty; From liberty to abundance; From abundance to complacency; From complacency to apathy; From apathy to dependence; From dependence back into bondage.
Mengikut Sanusi, orang Melayu berada di pelbagai peringkat dan masih perlu pembelaan dan diperjuangkan.
Ayuh kita fikirkan pula keadaan mereka yang tidak perlu pembelaan?
Ada yang sudah mewah dan kini leka. Ramai sudah ambil sikap tidak peduli kepada nasib bangsa dan perjuangan bangsa yang memberi kemewahan dan kejayaan kepada mereka.
Ramai pula dalam masyrakat sudah di tahap pergantungan dalam pelbagai rupa. Mereka rela lakukan apa saja untuk jalan mudah ke arah kemewahan dan kuasa. Pembohongan, pengkhianatan, pencurian, dan apa saja dilakuakan untuk demi kepentingan diri, keluarga – anak dan menantu, dan sahabat dan kroni.
Mereka ini yang akan membawa kita kembali semula kepada penjajahan dan penghambaan. Abdullah Badawi telah membawa kita ke keadaan demikian dalam masa singkat 4 tahun.
Adakah peralihan dalam dua tahun itu sesuai?
Mandat habis akhir tahun di dalam waktu tambahan. Apahak Presiden untuk menyerahkan pada masa yang dia tidak ada mandat lagi. Alangkah pelik UMNO melakukan kita .
Adakah Abdullah seorang yang berkebolehan?
Dia diserahkan kuasa dengan negara sudah dipulihkan. Dia hanya melakukan pembinasaan. Tidak dapat kuasai pentadbiran, lemah, leka/tidor dan mudah dipengaruhi.
Adakah ini satu penyelesaian dengan keadaan negara, bangsa dan parti serta tekanan pembangkang dan tuntutan masyarakat?
Demi menjaga hati, kita mengenepikan kepentingan parti, halatuju perjuangan dan kepentingan bangsa, negara, agama dan parti.
Dalam keadaan yang sangat kritikal kita masih mah mencari jalan tengah dan menangguh2 lagi. Kita sudah tidak ada masa.
Demi tatasusila dan adab, kenapa Imam yang tidak diterima makmum mahu lagi kekal? Margret Tatcher boleh turun bila akarumbi sudah tidak mahu walaupun mahu dapat 60% undi?
Pak Lah seperti seorang yang gila kuasa. Bukankah tidak ada adab susila Melayu orang yang tidak tahu merendah diri, bersikap ego dan menolak kehendak akarumbi parti dan rakyat?
Bolehkah parti dipulih dalam dua tahun lagi dengan masa lebih kurang dua tahun setengah?
Orang yang tidak tahu dan telah membinasakan ekonomi tidak boleh diharap menghidupkan kembali.
Lame duck hanya siapkan kerja yang ada. Reform tidak boleh dilakuakn oleh seorang PM lame duck tetapi oleh pemimpin yang mahu kekal. Sepatutnya dalam 100 hari sudah cukup masa untuk memahami, selepas itu sepatutnya tindakan dan penyampaian.
Dalam 4 tahun, tidak ada apa2 signifikan yang telah dapat dilakukan! Dia tidak boleh diberi lagi masa.
Persidangan UMNO Cawangan 17 Julai ke 24 Ogos. Bahagian 9 Oktober - 9 November. Agong 16-20 Disember.
Fikirkan apa yang dikata sebelum pergi bersidang.
Sedia berjuang. Tentangi kekangan. Hilangkan ketakutan. Rungkaikan pergantungan. Berani lakukan perubahan! Bersuara. Sebarang manipulasi ditentang habis-habisan. Usul diguna untuk nyatakan pendirian. Undi diguna dengan penuh kebijaksanaan dan keberanian.
Aku langsung tak percaya dgn janji si munafik Dolah ni...seorang Pm yang pada aku tersangat ego, sombong bongkak, perasan pandai tetapi penuh dengan kepura-puraan. Tak payah nak compare dg Tun atau sesiapa pun, dulu aku ingat watak macam Dolah ni cuma ada dalam filem2 klasik,cerita2 epik...tetapi rupa2nya masih ada watak yg benar2 hidup sedang berperanan besar di negara ini.
Apalah malang dan dosa kita rakyat Malaysia mendapat PM "secerdik" ini. Kepada Pemuda, jangan kamu ingat masa peralihan itu tidak penting. Dua tahun adalah satu jangkamasa yang boleh merubah satu tamadun, Pompeii, yang tamadunnya dikatakan sangat maju,hancur dalam satu malam sahaja.Memanglah tidak adil membandingkan Malaysia dgn Pompeii, cuma aku harap, kamu pemuda, renung2kanlah.
Kata nak menjayakan DEMOKRASI dalam UMNO. Tapi apa dah jadi, bila 2 badan perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Selangor awal2 lagi mencalonkan DSAAB sebagai presiden dan DSNR sebagai timbalan.
Yg menjadi persaolan, langkah yg mcm ni tidak melanggar etika demokrasi ke?. Media arus perdana, TV1,3 punya hebat mencanang tentang kedemokrasian nya parti UMNO ini.
Mana pergi nya buku Merah yg menjadi panduan kod etika parti. Cirit le kome semua.
Yg aku tau, awal2 tu menyokong penuh adalah pengampu.Korang ni cakap tak serupa bikin.
Yg lagi kelakarnya, sekoyong koyong le dari ketua cawangan, ketua bahagian sampai le pak menteri, berebut2 masuk paper (kata org perak ) sampai tak muat paper, semata mata nak bagi tau peralihan yg terbaik, peralihan yg mengikut budaya melayu, dan yg terkezut teman, tiba2 si Khairy timbul, lain lak tajuknya " Usah pertikai peralihan jawatan 2010 " (something behind the message)
Semua ni le yg digelor pengampu. Pengampu ni lak bukan nya dikira perut org lain, yg dia tau dia boleh hidup senang, lantak le orang lain mampus.
Wahai Saka Bangsa (seram teman sebut saka ni) "Kepimpinan adalah tanggungjawab dan khidmat. Kecuaian menunaikannya adalah kezaliman. Aduan rakyat dan bisikan mereka jika tidak ditangani boleh menjadi api membakar perasaan kebencian yang meluap-luap. Jika itu diterjemahkan dalam tindakan, maka kestabilan negara akan merasai padahnya." itu le yg terjadi dlm PRU12.
"Para penasihat yang jujur yang memberitahu hakikat yang sebenar, -sekalipun boleh menimbulkan keresahan - adalah lebih baik untuk seseorang pemimpin daripada PENGAMPU yang membohonginya sehingga dia buta dengan keadaan negara dan rakyatnya".
Untuk Pak Lah, amatlah malang jika kamu ditipu oleh para pengampu sehingga akhirnya kamu ditertawakan oleh rakyatsendiri dek kesilapan yang kamu lakukannya.
Wasalam.
kita perlukan suasana baru untuk memperkasakan bn khususnya Umno dan 2 tahun bermakna kita kena tunggu lagi utk. Merasai suasana baru itu dan saya takut 2 setengah tahun untuk pru13 Tok Najib membetulkan semula keadaan atau strategi baru mungkin tak sempat! Jadi paklah harus turun sekarang dgn. Kadar segera! Wallahualam
Salam,
Sebagai Presiden Parti, amat sukar untuk melepaskan Jawatan yang disandangnya.
Sebagai Presiden juga, mesti mempunyai apa yang diidamkan untuk mencorakkan negara dibawah kepimpinan beliau.
Dengan Pengumuman ini, diharap semua boleh melihat dari segi Positif.
Pak Lah membuat keputusan disebabkan desakan dibawah yang mahukan peralihan.
Pak Lah membuat keputusan disebabkan Keputusan PRU 12 yang tidak cantik.
Pak Lah membuat keputusan kerana Orang Melayu merasakan mereka tidak lagi dipedulikan.
Ini adalah satu keputusan yang sukar.
Dan bagi pendapat saya sebagai pemimpin kerdil. Semua mesti menyokong keputusan yang diambil oleh Pak Lah.
Kita sebagai orang UMNO perlu sedar peralihan Pucuk pimpinan negara bukan senang dibandingkan dengan peralihan sebuah syarikat.
Dan 2 1/2, tidak lama, SOKONGLAH Peralihan Kuasa ini. Ini adalah Janji Seorang Perdana Menteri.
Jadi, terima dan Sokong, demi Perpaduan Melayu Sejagat ....
Salam pemuda,
2 tahun lagi PM saudara baru mahu berhenti. dalam masa 2 tahun akan datang berapa banyak lagi kerosakan yang bakal dia buat. Dah hilang dah kejantanan golongan muda parti saudara untuk mendesak agar presiden parti saudara untuk berundur. 2 tahun bukan 2 bulan bukan 2 minggu bukan 2 hari...2 TAHUN!!!! yang peliknya MCA tak perlu pulak jangka masa 2 tahun untuk serah kuasa. Tempoh pelaihan ke... tempoh lain... tepuk dada tanya selera saudara!!!
Jeyklls and Hydes in Malaysia. Are you? (Updated 14 July 2008)
Malaysians in dilemma? So many events and news both real and unreal. Don’t know who to believe? Bombarded with too much spins. These are the quotes, we now hear.
“Give up”, “Fed up”, “Wait and See”, “Lost interest”, “Headache”, “Cannot believe anyone”, “Who to believe ah?”, “Niamah”, “Pening kepala”, “Pening otak”, “Sudah lah”, “Pi mampus”, “Insyallah (God Willing)” or raise your palm and fist and put them together on National tv or www.Youtube.com or www.malaysiakini.com or www.Malaysia-today.net or other blogs.
Why? Because it depends on what you want to perceive and your bias toward your own race, color, religion, party, groups, interests, superiority or plain dumbness.
That makes you something of a Jeykll and Hyde if you can’t differentiate between facts and fictions, good and evil, right and wrong, true or false. Too many Malaysians can’t decide now whether to become Jeykll or whether to become Hyde or when to become Jeykll or when to become Hyde.
Think hard and search your conscience from deep within and “Viola” you can differenciate between Night from Day. Throw out bias towards race, creed, superiority, affiliations, religion and beliefs, greed, power, cronyism etc and then see whether some of the things happening around is right or wrong , true or false, evil or good, facts or fiction.
1. Altantuya was killed and blown to bits. (Fact or Fiction).
2. Sodomy is as evil as murder. (True or False).
3. Anyone accused are innocent until proven guilty. (True or False).
4. Statutory Declarations and Police reports can be made to fool people. (True/False).
5. Anyman or woman will swear on his religion or beliefs to save his own skin. (True/False).
6. Race superiority is needed to rule Malaysians. (Fact or Fiction).
7. Religious superiority is needed to rule Malaysians. (Fact or Fiction).
8. All poor people need to be helped by Government. (True or False).
9. Corruption is a fact of life and should be tolerated. (Fact or Fiction).
10. ISA is needed because prevention is better than cure. (Fact or Fiction).
11. Free education is a right for all Malaysian children. (True or False).
12. Free healthcare is a right of all Malaysians. (True/False).
13. Free speech is a right of all Malaysians. (True/False).
14. Freedom of religions and beliefs is a right of all Malaysians. (True/False).
15. Liberty is a right of all Malaysians. (True/False).
16. All Malaysians and the world can be converted to a single culture, religion, race in future. (Fact or Fiction).
17. The next PM of Malaysia will follow R.A.H.M.A.N theory. (Fact or Fiction).
18. All Malaysian Malays are poor and lazy. (Fact or Fiction).
19. All Malaysian Chinese are rich and gamblers. (Fact or Fiction).
20. All Malaysian Indians are drinkers and liars. (Fact or Fiction).
21. All East Malaysians are inferior to West Malaysians. (Fact or Fiction).
22. Only Barisan Nasional (BN) can govern Malaysia. (Fact or Fiction).
23. Only UMNO can take care of Malaysian Malay’s and other Bumiputeras interest. (Fact or Fiction).
24. Only MCA can take care of Malaysian Chinese’s interest. (Fact or Fiction).
25. Only MIC can take care of Malaysian Indian’s interest. (Fact or Fiction).
26. Only Gerakan can take care of Malaysian’s interest. (Fact or Fiction).
27. Only PKR can take care of Malaysian’s interest. (Fact or Fiction).
28. Only PAS can take care of Moslem’s interest. (Fact or Fiction).
29. Only Hindraf can take care of Hindu’s interest. (Fact or Fiction).
30. Only PBDS can take care of Sarawakian’s Bumi interest. (Fact or Fiction).
31. Only UMNO Sabah can take care of Sabahan’s Bumi interest. (Fact or Fiction).
32. All Jews are intelligent and corrupted. (True/False).
33. All Africans are corrupted and murderers. (True or False).
34. All Westerners are corrupted and evil. (True or False).
35. All Chinese are communists. (True or False).
36. All Indians are Hindus. (True or False).
37. All Malays are Moslems. (True or False).
To be continued……
From: Patek1472.wordpress.com
Datuk said,
"Saya fikir orang UMNO tidaklah sebodoh yang dianggap oleh pihak2 tertentu."
Iyer laa tu datuk... sejak UMNO cerdik ni laa sampai kalah hingga tak dapat 2/3 majoriti.
Bolehkah Pak Lah memulihkan imejnya yang tercalar sebelum melepaskan jawatan Perdana Menteri?
Bolehkah Najib memulihkan imejnya yang tercalar sebelum pilihanraya seterusnya?
Yang menjadi MELUATnya selepas pengumuman semua KETUA BAHAGIAN buat staement yg BAHAGIAN mereka menyokong PAKLAH dan NAJIB..memang kipas habis tetapi diorang org2 bebal dan banggang ini tak sedar yg mereka tidak mendapat PERSETUJUAN CAWANGAN.. memang betul lah kata Datuk Muhkriz sekarang ni keputusan dibuat dari atas kebawah yg bermaksud ORG BAWAH BODOH JADI KENA IKUT SAHAJA,tetapi yg diatas tak sedar yg dibawah ini akan bertindak balas.
Post a Comment