Wednesday, July 16, 2008

PERTANDINGAN MKT

Pemuda memandang baik peralihan kuasa yang diumumkan.
Pemuda berharap peralihan kuasa tersebut akan berjalan dengan lancar dan memenuhi hasrat ahli2 UMNO.
Namun pemuda ingin menegaskan bahawa ianya tidak akan menjejas demokrasi di dalam UMNO.
Oleh kerana itu, pemuda berpendirian jawatan2 di dalam MKT boleh ditandingi oleh sesiapa pun sekiranya mendapat cukup mandat dari akar umbi.
Ini termasuklah jawatan Presiden, Timbalan, Naib dan lain2 jawatan. Ianya akan menjadikan UMNO lebih matang, lebih berkredibiliti dan memenuhi hasrat yang telah disuarakan oleh kebanyakan ahli.
Pemuda berpandangan ianya tidak akan menjejaskan pelan peralihan kuasa yang diumumkan kerana ianya tiada kaitan di antara satu sama lain. Yang penting, demokrasi tersebut dimakmurkan dan hasrat ahli tidak diabaikan.
Walau apa pun hasil pemilihan MKT nanti, Pemuda yakin UMNO akan terus relevan dan terus mendapat mandat dari orang Melayu. Ini adalah kerana UMNO sememangnya ingin berubah dan akan terus memenuhi citarasa generasi akan datang. Tepuk dada, tanya selera..

12 comments:

Razlan said...

Salam Tuan,

Hakikatnya, pertembungan akan berlaku, semua Jawatan daripada peringkat pusat dan Cawangan sudah pastinya kebanyakkan akan ada pertandingan.

Cuma harapan yang tinngi dari saya, agar semua ini dapat kita rapatkan kembali apabila habis musim pertandingan.

Bagi peringkat bahagian dan cawangan pula, lihatlah kerja dan bukan duit.

Calon-calon yang marhaen selalunya akan ditolak kerana duit. Jesteru itu, saya amat berharap, pada permilihan pada kali ini, janganlah jadikan duit sebagai pilihan pertama.

Kita perlu melihat apakah sumbangan calon-calon yang menawarkan diri sebelum ini.

Sekiranya datang sekali sekala dan menunjukkan kemewahan, percayalah, UMNO tidak akan dapat bertahan selepas ini.

Satu perkara lagi, SEKIRANYA ada Pembesar-pembesar PUSAT yang berhajat untuk menaja calon-calon diperingkat Bahagian, minta tengok-tengok dan kaji-kaji lah jatidiri dan yang paling penting Ideologi perjuangan calon berikut.

Jangan nanti, sekadar menyokong kita tetapi Peringkat Akar Umbi yang menderita.

pikirkan bersama ...

Mohd Nadzri Kamsin said...

Demokrasi yang bagaimana apabila tiba-tiba Badan Perhubungan UMNO Negeri terus sahaja menyatakan sokongan kepada Pak Lah dan Najib tanpa merujuk pandangan akar umbi.

sujini said...

Pemuda UMNO,

Syabaslah kepada team Pemuda yang
turun ka kampong dan bertemu dengan
akar umbi.

Selain daripada mendengar rungutan
orang kampong pasal harga barang
naik, ada tujuan lain kah?

Syabas juga kepada boss Pemuda.
Nampaknya beliau dah nampak langit
tinggi rendah.
Tak ada nak ikut tradisi lagi.

Diharap pada Pemilihan yang akan
datang ini adalah suara yang akan
membawa perubahan.

Amin.

Maverick said...

Salam,

Sayam menyokong kata-kata Pergerakan Pemuda agar semua peringkat jawatan dalam UMNO ini dipertandingkan. Ini menggambarkan bahawa UMNO menjalankan proses demokrasi dimana kita diberikan hak untuk memilih. Apa yang saya harapkan agar pemilihan UMNO ini dilaksanakan dengan bersih dari semua aspek.

Walaupun kita sedia maklum bahawa amalan politik wang harus dibenteras dengan habis-habisan agar pengundian yang dibuat itu mempunyai hasil yang berkualiti dan adil. Namun kita tidak menyangkal ada juga diantaranya calon-calon ini akan menggunakan taktik yang sukar dikesan oleh lembaga disiplin UMNO dalam usaha mereka untuk mendapatkan undi. Sekiranya kita mahu agar amalan ini dapat dihapuskan, semua ahli kenalah memberikan kerjasama dalam hal ini 100%. Kita tidak boleh hanya berharap pada lembaga disiplin dan segelintir ahli UMNO sahaja. SEMUA ahli HARUS memainkan peranan masing-masing untuk memastikan agar parti UMNO ini berjalan dengan bersih daripada amalan yang tidak sihat ini. Ia juga merupakan satu jalan pemulihan parti yang sepatutnya diambil kira dan ditangani bersama.

Dari segi peralihan kuasa pula, sekiranya ada pertandingan dalam jawatan Presiden parti dan Presiden yang ada sekarang kalah dalam pertandingan, secara automatik, jawatan PM juga akan digantikan dengan Presiden yang baru kerana dua jawatan ini saling berkait rapat. Sekiranya perkara ini berlaku, peralihan kuasa akan terbantut dan kemungkinannya tidak akan berlaku. Dalam hal ini kita tidak akan menyalahkan mana-mana pihak sekiranya keputusannya nanti tidak memihak kepada ramalan pada masa ini kerana proses ini dijalankan dengan cara yang penuh demokrasi dan para perwakilan yang mengundi telah memilih calon pilihan mereka. Dalam kita menjalani proses kematangan, kita haruslah menerima hakikat bahawa dalam setiap pertandingan mesti ada yang menang dan ada yang kalah. Janganlah akibat daripada pemilihan ini kita akan berpecah dan berpuak kerana calon. Apa yang harus kita terima yang paling utama ialah SIAPA YANG DIPILIH dan orang ini juga secara tidak langsung merupakan pilihan parti. Sikap berpecah kerana calon ini hendaklah dikikis dalam perjuangan kerana apa yang harus kita fikirkan adalah bukan hal calon tetapi hal AGAMA, BANGSA, NEGARA, RAKYAT, AHLI dan PARTI.

Bagi pandangan saya, seharusnya DSAAB tidak mengumumkan tarikh peralihan kuasa ini yang akan berlaku pada Jun 2010. Ini kerana, keputusan ini menampakkan bahawa kita tidak menjalankan amalan demokrasi di mana jawatan ini dipilih melalui proses pemilihan dan bukannya secara perpindahan kuasa dari satu orang ke satu orang yang lain mengikut pilihan PM. Berlainan dengan zaman Tun Mahathir. Sepatutnya Tun telah melepaskan jawatan beliau semasa Tun mengumumkan perletakan jawatannya di Perhimpunan Agong UMNO, tetapi ditentang oleh ramai pihak dan membuatkan Tun menarik semula keputusannya dan peralihan kuasa ini hanya berlaku beberapa tahun selepas itu. Pada zaman Tun, beliau tidak berhadapan dengan Pemilihan UMNO seperti yang ada sekarang. Dalam situasi DSAAB pula, pengumuman beliau ini akan menimbulkan spekulasi dikalangan parti lain terutamanya pembangkang dan juga ahli UMNO sendiri. Seiranya DSAAB mahu melepaskan baton itu kepada Dato’ Seri Najib, biarlah selepas berakhirnya Pemilihan UMNO Disember ini. Langkah ini menampakkan seperti DSAAB mahu mengikat DSNTR daripada melawan beliau di peringkat jawatan Presiden Disember ini seperti yang dikatakan oleh kebanyakkan ahli akar umbi di kawasan saya. Walaupun langkah ini boleh dikatakan baik, namun masa dan caranya tidak sesuai.

Apa pun, kita berharap pemilihan tahun ini akan membawa satu perubahan yang baik da dapat mengukuhkan parti ini serta mengeratkan sillaturahim dikalangan ahli. Cadangan saya agar kita sebagai ahli pelapis UMNO di masa akan datang, akan mengingati jasa pemimpin-pemimpin terdahulu dan tidak meminggirkan mereka dalam parti. Biarlah kita tetapkan perjuangan kita untuk AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

Tai said...

Dan tadi ada keluar berita presiden dan timbalan tidak dipertandingkan. jadi, marilah sama-sama kita mendukung keputusan ini. Ingat, mendukung bukan bermakna takut. melayu sekarang dalam keadaan gawat. Jadi, tak payahlah lagi orang melayu nak bersengketa dalam Umno ini. jangan biarkan melayu hancur dan jangan biarkan generasi melayu yang akan datang menyalahkan datuk-nenek mereka.

Nostradamus said...

Jeyklls dan Hydes di Malaysia. Adakah anda? (Kemaskini 16 Julai 2008).

Rakyat Malaysia dalam dilemma? Terlalu banyak sangat berita dan kejadian yang benar dan tidak benar. Tak tahu siapa yang nak dipercayai? Cerita rekaan diwujud bertalu-talu. Maka, terdengarlah luahan seperti yang kita dengar sekarang.

“Give up”, “Fed up”, “Tunggu dan Lihat”, “Hilang minat”, “Headache”, “Tak boleh percaya sesiapa”, “Nak percaya siapa?”, “Niamah”, “Pening kepala”, “Pening otak”, “Sudah lah”, “Pi mampus”, “Insyallah (God Willing)” ataupun buka tapak tangan dan penumbuk dan hentamkan untuk tayangan tv Nasional, www.Youtube.com, www.malaysiakini.com , www.Malaysia-today.net atau lain-lain blog.

Mengapa bagini? Kerana ia terpulang lah kepada apa persepsi dan sikap berat sebelah anda terhadap bangsa, warna, ugama, parti, pakatan, keinginan, ketuanan ataupun dunggu semata-mata.

Anda adalah seseorang Jekyll dan Hyde jika tidak dapat membedzakan antara fakta dan cerita rekaan, kebaikan dan kejahatan, betul dan salah, benar atau dusta. Sudah terjadi keadaan dimana rakyat Malaysia tidak dapat menentukan nak jadi Jeykll ataupun Hyde atau bila masa nak jadi Jeykll dan bila masa nak jadi Hyde.

Fikirlah sedalam-dalamnya dan dengarlah suara dalam sanubari anda dan “Viola”, anda akan dapat membedzakan antara kebaikan dan kejahatan, betul dan salah, benar atau dusta. Ketepikan kecenderungan cuma terhadap bangsa, perkumpulan, gabungan , ugama, kepercayaan, ketamakan, kuasa, kronism dll dan perhatikanlah sekeliling anda dan lihatlah sama ada sesuatu tu betul atau salah, baik atau jahat, benar atau dusta.


1. Altantuya dibunuh dan diletupkan berkecai. (Fakta atau Rekaan).
2. Sodomi sejahat Membunuh. (Betul atau Salah).
3. Si tertuduh adalah tidak bersalah/berdosa sahingga dibuktikan. (Betul atau Salah).
4. Pengakuan “Statutory” dan Laporan Polis boleh dibuat oleh untuk mengelirukan orang. (Betul atau Salah).
5. Sesiapa pun akan menangkat sumpah atas ugama atau kepercayaannya demi menyelamatkan dirinya. (Betul atau Salah).
6. Ketuanan bangsa diperlukan untuk memerintah negara. (Fakta atau Rekaan).
7. Ketuanan ugama diperlukan untuk memerintah Negara. (Fakta atau Rekaan).
8. Semua orang miskin perlu dibantu oleh kerajaan. (Betul atau Salah).
9. Korupsi adalah fakta kehidupan dan perlu toleransi. (Fakta atau Rekaan).
10. ISA diperlukan kerana pencegahan lebih baik daripada berubat kemudian. (Fakta atau Rekaan).
11. Pendidikan percuma adalah hak semua anak-anak rakyat Malaysia. (Betul atau Salah).
12. Perubatan percuma adalah hak semua rakyat Malaysia. (Betul atau Salah).
13. Kebebasan bersuara adalah hak semua rakyat Malaysia. (Betul atau Salah).
14. Kebebasan ugama dan kepercayaan adalah hak semua rakyat Malaysia (Betul atau Salah).
15. Kebebasan diri adalah hak semua rakyat Malaysia. (Betul atau Salah).
16. Semua rakyat Malaysia dan sedunia boleh diubahkan kepada suatu kebudayaan, ugama dan bangsa pada masa hadapan. (Fakta atau Rekaan).
17. Perdana Menteri Malaysia yang berikutnya akan mengikuti teori R.A.H.M.A.N (Fakta atau Rekaan).
18. Semua rakyat Melayu Malaysia adalah miskin dan pemalas.(Fakta atau Rekaan).
19. Semua rakyat Cina Malaysia adalah kaya dan penjudi. (Fakta atau Rekaan).
20. Semua rakyat India Malaysia adalah pemabuk dan penipu. (Fakta atau Rekaan).
21. Semua rakyat Malaysia Timur adalah lebih rendah darjat berbanding rakyat Malaysia Barat. (Fakta atau Rekaan).
22. Cuma Barisan Nasional (BN) boleh mentadbir/memerintah Malaysia. (Fakta atau Rekaan).
23. Cuma UMNO boleh menjaga kepentingan rakyat Melayu Malaysia dan lain-lain Bumiputera. (Fakta atau Rekaan).
24. Cuma MCA boleh menjaga kepentingan rakyat Cina Malaysia. (Fakta atau Rekaan).
25. Cuma MIC boleh menjaga kepentingan rakyat India Malaysia. (Fakta atau Rekaan).
26. Cuma Gerakan boleh menjaga kepentingan rakyat Malaysia. (Fakta atau Rekaan).
27. Cuma PKR boleh menjaga kepentingan rakyat Malaysia. (Fakta atau Rekaan).
28. Cuma PAS boleh menjaga kepentingan orang Muslim. (Fakta atau Rekaan).
29. Cuma Hindraf boleh menjaga kepentingan orang Hindu. (Fakta atau Rekaan).
30. Cuma PBDS boleh menjaga kepentingan orang Bumiputera Sarawak.(Fakta atau Rekaan).
31. Cuma UMNO Sabah boleh menjaga kepentingan orang Bumiputera Sabah. (Fakta atau Rekaan).
32. Semua bangsa Yahudi adalah paling berakal dan korup. (Betul atau Salah).
33. Semua bangsa Afrika korup dan pembunuh. (Betul atau Salah).
34. Semua orang Barat adalah korup dan jahat. (Betul atau Salah).
35. Semua orang Cina adalah Komunis. (Betul atau Salah).
36. Semua orang India adalah Hindu. (Betul atau Salah).
37. Semua orang Melayu adalah Muslim. (Betul atau Salah).
38. Perlembagaan Malaysia tidak boleh diubah. (Betul atau Salah).
39. KeSultanan dan Raja berperlembagaan tetap selama-lamanya di Malaysia. (Betul atau Salah).
40. Cuma Barisan Nasional boleh mempertahankan KeSultanan dan Raja berperlembagaan. (Betul atau Salah).
41. Semua bloggers adalah pembohong. (Betul atau Salah).
42. Perang antara Malaysia dan sekutu Asean tidak dapat dielakkan. (Fakta atau Rekaan).
43. Memecah belah dan memerintah terdapat di semua fahaman politik dan ugama. (Fakta atau Rekaan).


Akan bersambung……


Daripada: Patek1472.wordpress.com
(P/S: Jawapan sembarangan kepada diatas akan diberikan mengikut Topik individu.)

Zailan said...

ya saya bersetuju dengan pandangan pemuda itu, walaupun peralihan kuasa sudah di palu gong, namun bukanlah satu tiket untuk kita menidakkan demokrasi di dalam UMNO

SEMUA JAWATAN HENDAKLAH DIPERTANDINGKAN

http://www.suaragenerasimuda.com

Tai said...

Ya dan kalau hendak bertanding juga, lakukanlah yang terbaik. Dan, saya ni, bukan melayu. Ramai orang ingat, saya melayu. Saya orang Malaysia, sebab itu, boleh kuasai bm dengan baik. malulah kalau mengaku orang malaysia, tapi tulis inggeris.

ROJOKOBOG said...

perjuang WAJIB diteruskan, walau pun berbagai rintang yang dilalui..pemuda UMNO jgn mudah mengalah selagi hayat dikandung badan.

ROJOKOBOG said...

Pemuda UMNO, perjuangan WAJIB diteruskan untuk menyelesaikan misi yang tersirat dikalangan ahli pemuda UMNO akar umbi / cawangan yang agak ketinggalan dalam apa segi pun terutama memperkukuhkan ekenomi mereka..

ROJOKOBOG said...

Ini adalah buat pertama kali ROJOKOBOG buat komen..Pemuda UMNO masih banyak masa lagi utk mencari dimana salahnya @ merosotnya sokongan orang2 melayu terhadap UMNO...pemimpinnya kah? perlaksanaannya kah? dan sebagainya..SELAMAT BERJUANG

ROJOKOBOG said...

apa bolah buat bro, kita cari lah parti yang boleh mendokong dan boleh bagi kita makan walau pun sesuap nasi....