Wednesday, July 16, 2008

SELINGAN 4

Debat Minyak - Pendapat anda?

Pemuda puji keberanian Menteri Penerangan berdepan dengan ikon pembangkang yang juga bercita cita menjadi Perdana Menteri Malaysia, yang juga menghadapi tuduhan liwat buat kali yang kedua.

Walaupun debat minyak agak tersasar keluar dari tajuk dan tiada hujjah2 yang belum pernah kita dengar, namun ianya tetap menghiburkan. Ianya lebih berkisar kepada isu politik, sindir menyindir dan ungkit mengungkit.

Pemuda mempunyai pendapat sendiri, tapi anda bagaimana?

Harga Barang Naik

Saya berkesempatan bertemu dengan akar umbi 2 hari lepas di kampung. Rata2 merungut akan kenaikan harga barang. Setong gas naik sampai RM1, garam naik 20 sen, simen naik hingga RM18, tambang bas sekolah naik 50 sen satu kepala dan pelbagai lagi kenaikan harga barang.

Yang disalahkan dan alasan yang diberi oleh peruncit dan peniaga ialah kerana kos penghantaran oleh pihak pemborong, yang dikaitkan dengan harga minyak.

Pemuda berharap, pihak yang berkenaan termasuk menteri dan pegawai terbabit supaya turun padang dan berilah penyelesaian yang realistik kepada masalah rakyat tersebut.

20 comments:

Unknown said...

bagi pendapat saya,,, menteri penerangan gagal dalam usaha beliau menyakinkan rakyat tentang keperluan menaikan minyak,

yang saya nampak... beliau kurang menyentuh nasib rakyat,,,yang beliau sentuh ialah nasib kerajaan barisan nasional ...

saya berpendapat ... jika keadaan ini berterusan ..mungkin pada PRU13 nanti BN akan jatuh ....

Unknown said...

memang patut memuji kerajaan kerana membenarkan debat macam ni..supaya rakyat sendiri dpt mendengar sendiri apa yg Anwar dpt cadangkan. yg 50sen tu..buat ape..nak dengar dia cakap mcm mana nak turun sampai harga sebelum ni. pas tu yg 3billion lagi tu pun tak jelaskan nak dapat dari mana..

Alvin Kassim said...

Normally, I wouldn't be bothered about two politicians wanting to debate and talking crap about each other but somehow last night I turned on the TV and saw the debate.

My summary was that Anwar out-debated Shabery because he resisted the temptation to make political rhetoric and had more facts. Shabery ended being a typical politician by making personal attacks and political rhetoric. He started fine but his fact driven argument started to crumble bit by bit and he finally had to resort to the politicians' staple diet - crap.

At the end of the day, both of them got it wrong. The main issue they were talking about centred around our oil, our "khazanah", our treasure and how we should use it to continue surviving. Guess what, they both missed the point. Our actual treasure shouldn't be oil or money or things, it should be our brains. Our mental capacity to survive.

Oil is finite, it can run out, it can and is being manipulated. We should do something about our brains, train our people to think so that nomatter what happens, we know how to fix things and we can come up with ideas of how to make our economy strong so that we don't have to rely on the family jewels to survive.

These people remind me of a family where the parents are dead and they left some property to the children. The children are fighting how to manage the property in order to survive. They don't realise that the property can run out one day. They never think of using their brains which can produce ideas (which are the real treasure) indefinitely.

We need leaders with brains and we need our young people to be trained to think, not memorize things so that when they grow up, they can take over this country and run it properly.

It was such a waste of time last night. I wished I was on stage to "tarok" both of them up and the rest of the political family.

Tok Kemuning said...

Tahniah kepada Menteri Penerangan kerana berani melakukan debat yang tiada seorang menteri pernah melakukannya selama ini.

Langkah Menteri Penerangan memulakan serangan peribadi terhadap Anvar tidak memberikan sebarang faedah malah melemahkan hujah yang seterusnya dibentangkan. Setiap kali sebelum berhujah Menteri Penerangan memulakan serangan peribadi terhadap Anvar. Sebenarnya masa setakat 4 minit yang diberikan lebih baik digunakan dengan hujah dan fakta yang lebih bernas. Tumpukan kepada tajuk perbahasan. Jangan terpengaruh untuk terbabas keluar daripada tajuk perdebatan.

Prestasi keseluruhan Menteri Penerangan adalah lanjutan daripada tipikal pendekatan pemimpin Melayu dikalangan parti kita UMNO berhujah. Sudah ketinggalan zaman. Pastikan cara pendekatan yang lebih kepada trend terkini yang diterima Rakyat.

Manakala soalan dan pendekatan daripada penyoal yang dipilih Menteri Penerangan adalah memalukan kita semua warga UMNO. Soalan yang tumpul dan jelas berat sebelah juga tidak dapat menyekat Rakyat menilai dan terus menilai UMNO sebagaimana biasa.

Pendekatan soalan daripada Pengerusi majlis yang secara terang terangan menyerang terus Anvar tentang pendekatan yang digunakan dalam isu harga minyak kerana cita citanya hendak jadi Perdana Menteri adalah juga merupakan soalan murahan untuk menjatuhkan imej Anvar yang tidak perlu diketengahkan. Rakyat tidak perlu disogokkan dengan perkara negetif tentang pendebat. Dengan berbuat demikian ianya lebih menjatuhkan maruah kita dikaca mata Rakyat.

Secara keseluruhannya kita telah mensia siakan peluang untuk membuktikan kita telah berubah hasil daripada PRU12. Hasil daripada perdebatan ini lebih membuktikan lagi bahawa pemimpin UMNO masih terumbang ambing akan pendekatan sebenar yang patut kita lakukan untuk kepentingan Rakyat. Kesungguhan pemimpin kita berjuang untuk kepentingan Rakyat tidak nampak sepenuhnya.

Secara tidak langsung Rakyat pula melihat Anvar sebagai seorang pemimpin yang masih seperti dahulu yang bersemangat tinggi dan bakal penyelamat kepada penderitaan Rakyat. Mereka sekarang lebih yakin Anvar dapat memberikan sesuatu harapan berganda yang lebih daripada Pak Lah dan Najib dapat berikan.

Adakalanya adalah baiknya kita cuba berada diluar kotak semasa menonton perdebatan sebegini untuk kita lebih jujur kepada diri kita dan tanggung jawab kita sebagai warga sejati UMNO yang tidak menyokong sesuatu kerana dorongan dan pengaruh tetapi berdasarkan kepada keputusan akal kita yang sihat. Kekuatan sebegitu yang harus kita amalkan.

perfectman2017 said...

Amatlah malang sekali Shabery tidak dapat langsung menangkis hujah2 yg dilaungkan oleh DSAI, saya selaku pemuda UMNO berasa teramat MALU dengan ketidakpetahan Shabery, tetapi jika dilihat dari segi sudut kebenaran, DSAI banyak kebenarannya. Ikhlas PEMUDA BARU UMNO!

Anonymous said...

Menteri penerangan memang berani... tahniah..

namun dia tidak gunakan peluang sebaik mungkin menerangkan dasar kerajaan.

Seperti yang dilihat... matlamatnya ialah menghilangkan kredibiliti Anwar melalui serangan peribadi. Mestilah cara ini akan gagal.

Cuba dia menggunakan cara penerangan yang disokong fakta dan mematahkan hujah Anwar melalui fakta. Mesti cara ini lebih berjaya.

AKHIR KATA...

KEDUA2 PENDEBAT... GAGAL CAPAI MEMBUAT PENERANGAN...

NAMUN YANG PALING GAGAL ADALAH MENTERI PENERANGAN...

P/S:- Tiadakah lagi pemimpin sehebat Tun M?

zali lampai

Mohd Nadzri Kamsin said...

Bagus diadakan debat ini. Namun, saya mempunyai pandangan berlainan daripada Sakabangsa. Boleh berkunjung ke blog saya:

nadzrikamsin.blogspot.com

Akar umbi UMNO Damansara Utama said...

Salam,

Kalaulah anda Shabery Cheek...
www.suaradu.com

Fisabilillah Warrior said...

hahaha!!! Sesiapa yang masih bendul setelah menonton DEBAt berikut dan masih tak sedar pada hakikat dan realiti ekonomi negara masih la duk bawah jambatan kelang!!! Minyak global naik = Minyak petronas sweet clear unutng besar... untung besar maknanya, Negara kaya, negara kaya maknanya kerajaan berduit... mana datang method hasil negara untung besar tapi negara miskin? sapa ajar? oh lupa... sekolah dari kerajaan 'B'arang 'N'aik...
subsidi untuk sekolah? Islam mengajar melalui kitab Al-Quran... pemerintah adalah WAJIB menyediakan prasarana dan infrastruktur termasuk salah satu ialah pusat pendidikan (sekolah). maka tidak timbul isu subsidi sekolah!!
memang dah tanggungjawab pemerintah sediakan sekolah!!! deii.....
Ahmad Sabery? mana jawapan dari panel soalan berkenaan 4.3 billion dan 13 billion yg katanya dijimatkan utk sistem pengangkutan awam? (langsung tak jawab!!!)

naib canselor tu tahu buat soalan ker? (langsung tak tahu bersoal... kalau nak hujah, berdiri jer a sebelah Ahmad Saberi tuuu...)

Mana Fakta, Angka, & Penyelesaian dari Ahmad Saberi? .... citer apa dier berhujah? minyak abis tahun 2015? deii maca... setiap 1 liter minyak yg rakyat M'sia gunakan, PETRONAS mendapat minyak baru sebanyak 1.8 liter!!!! tu la baca tak abis... sekolah lagi tajaan 'B'arang 'N'aik.

Minyak Naik = Barang harga tak naik.... sapa ajor nie? perghh... pelik betul Menteri... menteri tahap ilmiah begini yang dicari2....

nak marah aku?.... aku cakap suma berlandaskan kepada prinsip Al-Quran... kerajaan telus... rakyat sayang... kalau marah aku... makna ko marah ajaran Al-Quran... maknanaya ko marah Allah S.W.T... kalau ko org yang mengucap 2 kalimah shahadah... sama yang aku ucap.... tapi menolak apa yang Al-Quran kata... baik korang mengaku murtad!!! betul tak?

kulatlapok said...

Sudah terang lagi bersuluh, rasanya dan seharusnya, Menteri Penerangan YB Dato' Ahmad Shabery Chik, meletak jawatan dengan megemukakan surat perletakan jawatan, dalam masa 24 jam ini.

Anda telah tewas KO, Knock Out.

Sudah dikhabarkan sejak awal - awal lagi, DSAI bukanlah lawan, regu dan saingannya.

Tidak lah diketahui, siapakah yang menghasut beliau supaya menyahut cabaran debat, anjuran Agenda Daily tersebut.

Seluruh pimpinan Kerajaan UMNO/BN menanggung aib dan malu yang besar di atas KEKALAHAN dan KEGAGALAN beliau dalam berdebat, berhujah dan mengemukakan fakta, bukti dan angka.

Sebaliknya, apa yang terjadi beliau hanya menyerang peribadi DSAI sahaja.

Secara prinsip dan moralnya, tanpa perlu didesak untuk meletak jawatan, beliau secara tegas dan tetap dengan pendirian, mesti meninggalkan pejabatnya di Bangunan Angkasapuri, dalam masa 24 jam.

Tidak perlulah beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri, untuk mempertimbangkannya, samada menerima atau menolak perletakan jawatan tersebut.

Selepas dariapda ini, rakyat tidak mahu beliau memberikan sebarang alasan, dalih, hujjah, komen dan sebab, bagi tidak meletak jawatan.

Alasan apakah lagi yang beliau cari selepas ini ? Sama - sama kita tunggu dan lihat.



RUMUSAN, hujah DSAI

Pakatan Rakyat akan turunkan minyak keesokannya sebanyak RM0.50, sebaik sahaja Putrajaya diambil alih.
Maka sejumlah RM5 Billion diperlukan untuk menampungnya.
Angka ini dapat diperolehi melalui RM2 Billion hasil review semula perjanjian TNB dengan IPP
Ketirisan, kebocoran subsidi diesel RM700 juta
RM 170 juta, projek pemberian khas kepada kroni pembesar UMNO, Teras Kimia
RM1 Billion, diambil dari sumbangan dividen khas Petronas2008 kepada kerajaan sebanyak RM 6 Billion.
Maka selesailah masaalah
LAIN - LAIN HAL
Pengerusi TNB, tahun 90-an, Tan Sri Dr Ani Arof, meletak jawatan kerana TIDAK BERSETUJU dengan syarat dan terma perjanjian diantara IPP dengan TNB yang berat sebelah, yang merugikan TNB.
Kenaikan minyak sebanyak RM0.78 yang dumumkan baru - baru ini mirip 'PRISKRIPSI' IMF.
Adakah kerajaan UMNO/BN telah mengambil nasihat IMF, bagi menghukum rakyat Malaysia yang telah menolak UMNO/BN ?
Malaysia akan menjadi NET IMPORTER pada tahun 2015, sekiranya pengeluaran Petronas adalah pada tahap sekarang, dan tidak ada telaga baru ditemui.
AHMAD SHABERY
Maaf tidak ada fakta dikemukakan dan sepanjang perdebatan tersebut tidak ada angka - angka diperolehi, serta hujah dan ulasan yang diberikan tidak bersangkutan dengan tajuk iaitu " HARI INI MEMERINTAH, ESOK HARGA MINYAK DITURUNKAN"
Hanya serangan peribadi yang diutarakan, seperti fitnah tentang demostrasi baling, melawan Tun Razak, Melawan TDM,
Semua jawapan yang dikemukakan oleh beliau adalah tidak menepati soalan yang dikemukakan
TAMBAHAN SIKIT
Panel Tan Sri Dr Nordin Kardi
Soalan yang dikemukakan agak janggal, iaitu cuba untuk TIDAK mengaitkan IPP dengan tajuk debat. Tangkas dipancung oleh DSAI. Ini memalukan taraf seorang Naib Canselor bagi sebuah universiti yang ternama di negara ini.


Ada tuduhan sedikit masa dulu, katanya adaNaib Canselor sebuah universiti di Malaysia yang menciplak tajuk presentasi ilmiah. Siapakah dia itu ?
Zukifli Sulong
Soalan yang ditanya sangat bernas, iaitu soal penjimatan minyak hasil kenaikan tahun 2006 sebanyak R0.30 sebanyak RM4.13 Billion, hanya dibelanjakan sekitar RM700 juta sahaja. Bakinya ke mana pergi ?Begitu juga kewarasan kerajaan untuk membelanjakan sebanyak RM13 Billion, yang bakal dijimatkan, hasil kerajaan UMNO/BN menaikkan minyak sebanyak RM0.78 baru - baru ini. Ke manakah wang sebanyak itu akan dibelanjakan ?

NOTA
DSAI akan bertanding dalam pilihanraya kecil, dalam masa se singkat - singkatnya
Adakah di Permatang Pauh ?

Tayadih Maysia said...

Saudara,

Kalau saya mahu menulis panjang tentang kegagalan, kebodohan, dan kemerapuan Ahmad Shabery dan orang suruhannya Noordin Kardi. Namun, tak perlulah, bukan saja saudara, malah 20 juta rakyat Malaysia tersenyum melihat Ahmad Shabery dibelasah oleh DSAI. Tak perlu ulas panjang2, semua orang boleh menilai siapa yang layak bergelar juara.. Yang tak boleh menilai dengan betul mungkin penyokong tegar parti saudara, TV3, Bernama, Utusan ndan seangkatannya, dan sudah tentu barisan kabinet PM "Saya Perdana Menteri Malaysia" parti saudara. Bukan itu saja, orang suruhannya si Noordin Kardi turut dimalukan pada malam itu. Selepas kejadian semalam, tarik saja gelaran profesornya. Jangan hipokrit saudara, terima hakikat bahawa apa yang dikatakan oleh DSAI penuh dengan kebenaran.
Cuma saya mohon, selain PM saudara disuruh segera meletakkan jawatan, saya juga mencabar saudara agar mendesak Ahmad Shabery yang meletakkan jawatannya kerana 20 juta rakyat mMalaysia berpendapat dia sememangnya kalah teruk pada malam itu.


yang benar,
rakyat yang sekadar "cukup makan"

Unknown said...

Salam,

HARI INI MENBENTUK KERAJAAN BARU, ESOK SHABERY CHEEK LETAK JAWATAN...
rasanya tak perlu beliau meletakkan jawatan

Walau apa pun taniah kepada beliau kerana keberanian dan semangat beliau berhadapan dengan orang yg jauh2(walaupun dirimu jauh) berpengalaman tetapi paling mengecewakan adalah Dr Nordin Kadri
Ketua Pengarah Biro Tata Negara dan kini Naib-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM)...sungguh memalukan pada para-para akademi, dan graduan terutamanya dari UUM

p/s..agaknya sapa yang tolak Shabery "cheek, cheek ka boom"...kedepan....kasik naya orng je


wasalam
carcoon

JoeSatriani said...

Lain ditanya, lain dijawab. Itulah kesimpulan yang boleh dibuat oleh semua yang menonton debat.

Menteri Penerangan gagal!! Gagal!! memberi jawapan yang tepat. Tiada tokoh langsung jadi pemimpin. Yang dia nak bela hanya kerajaan BN/UMNO. Langsung tidak sebut nak bela rakyat.

Tapi , dia tidak payahlah meletak jawatan sebagai menteri penerangan, boss dia lah yang patut letak jawatan sekarang juga. Kalau dah kepala tidak betul, apalagi badannya.

Jadi kesimpulannya "PM kena letak jawatan". Langsung tidak pakai otak masa nak naikkan harga. Sembrono terus naikkan 78sen iaitu 40%. Lepas tu cakap infalsi rendah. Memang tidak ada otak langsung. Tidak payahlah nak tunggu Jun 2010, masa tu dah terlambat.

Minta Dato' Seri Utama Najib lawan presiden bulan Disember ni. Perhubungan Negeri tolong diam, biar bahagian buat keputusan, negeri jangan nak memandai-mandai.

Ada 3 orang doktor, seorang berbangsa German, seorang berbangsa Peranchis dan seorang lagi dari Malaysia, mereka berbual dan masing-masing bangga dengan Negara mereka:-

Doktor German cakap "Tempat kami sangat maju, kami buat pembedahan hati terhadap pesakit, dalam masa seminggu dia dah pergi kerja."

Doktor Peranchis pun tak puashati, lalu dia pun bercakap "Kami lagi hebat, buat pemindahan paru-paru, seminggu lepas tu dua-dua pesakit dah pergi kerja.

Lalu Doktor Malaysia pun bengang dengan kenyataan kedua-dua doktor berikut, dan dia berkata, Negara aku lagai hebat, aku cari seorang yang bodoh dari Kepala Batas, angkat dia jadi Perdana Menteri tak sampai 5 tahun setengan juta orang takde kerja.

Maverick said...

Salam,

Apa pun mengenai perdebatan semalam, sememangnya satu senario yang jarang kita dapat saksikan. Namun saya agak kecewa apabila Menteri, kalau boleh saya katakan, gagal dalam melawan hujah daripada DSAI dalam tajuk manifesto PR.

Datuk Menteri seperti tidak bersedia dalam menghadapi debat ini dan hanya berpandukan kepada isu peribadi DSAI yang dianggap sebagai tajuk popular masa kini. Apa yang kita mahu ialah mencari jalan bagaimana cara untuk mengatasi masalah kenaikkan harga minyak dan dari pengamatan saya cuma DSAI sahaja yang bersungguh-sungguh dalam hujah beliau. Tidak dinafikan bahawa DSAI mempunyai back ground yang kurang baik. Tapi dalam debat semalam, sepatutnya Datuk Menteri menumpukan dalam topik yang dibincangkan. Datum Menteri juga ada bercakap sebelum ini bahawa tujuan utama debat ini dianjurkan adalah kerana untuk mencari jalan penyelesaian permasalahan yang kita hadapi sekarang. Tapi apa yang kita lihat ialah seperti suasana kempen pilihanraya dimana masing-masing mengeluarkan pekung lawan, flash back dan perang mulut atau lebih baik kiranya dikatakan sebagai politik semata-mata. Sekarang bukan masanya untuk berpolitik, surah tamat masa berpolitik. Sekarang ini merupakan masa berkerja. Sepatutnya pihak kerajaan menurunkan orang yang mahir dalam hal ini. Saya tidak mengatakan bahawa Datuk Menteri tidak pandai, beliau seperti tidak membuat persediaan yang cukup untuk menghadapi satu orang yang hebat. Panel yang dilantik oleh Datuk Menteri pula lebih kepada menunjukkan luahan perasaan beliau daripada memberi soalan yang mantap. Panel sepatutnya lebih membantu semasa mengutarakan soalan, tapi gagal dilaksanakan oleh panel yang dilantik dan membuang masa.

Sekiranya perdebatan seperti ini akan dilaksanakan lagi, saya harap agar wakil yang diturunkan untuk berentap itu membuat persediaan yang mantap sebelum ke gelanggang.

Perlu dilihat juga komen-komen yang diatas ini kerana mereka juga ada cadangan yang baik.

kulatlapok said...

salamAKARUMNI UMNO DAMANSARA....

kALAULAH SAYA SHABERY CHEEK....

1.MOHON MAAF ATAS KEGAGALAN MENANGKIS HUJAH DSAI
2. MELETAKAKN JAWATAN 24 JAM SEPERTI YANG TELAH DIJANJIKAN
3. JUGA MINTA NORDIN KARDI IKUT SAMA LETAK JAWATAN KERANA KHADAM YANG MEMALUKAN
4. MOHON MAAF KEPADA KERAJAAN KHUSUSNYA UMNO KERANA GAGAL MEYAKINKAN UNTUK RAKYAT YANG AKU INI BERWIBAWA BERHUJAH
5. MINTA LAIN-LAIN PEMIMPIN UMNO TURUT MINTA LETAK JAWATAN, HANYA CAKAP DARI JAUH, TAKUT NAK BERDEPAN DENGAN DSAI,
6. MOHON BUAT DEBAT KALI KEDUA SEPERTI YANG DIMINTA OLEH DSAI SEPERTI TAJUK YANG DIBERI OLEH DSAI TENTANG IMF.
7. CALON UNTUK TAJUK ITU IALAH DICADANGKAN:
HISHAMUDIN, ALI RUSTAM, KHIR TOYO, SHARIR, ADNAN, ISA SAMAD, MD TAIB, DAN YANG BAIKNYA EZAM MD NOR YANG TAHU RAHSIAH DSAI.

PS* TAPI DEBAT TERSEBUT MEMBERI KREDIT PADA SHABERY UNTUK LEBIH JAUH DALAM UMNO...WALLAHAUALAM

jamesya2008 said...

NST praises Shabery's performance

KUALA LUMPUR: Pitted against the orator Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Ahmad Shabery Cheek was always going to be the underdog.
But the information minister stood his ground and scored points against the Parti Keadilan Rakyat de facto leader in a first-of-its-kind televised debate on the fuel price increase here last night.

After Anwar had said he would lower the price of fuel by 50 sen if his party formed the government, Shabery questioned why he was backtracking on his election campaign promise to lower the fuel price from the RM1.92 for petrol (before the recent hike).

He accused Anwar of taking the populist route by now saying he would reduce fuel prices by 50 sen instead of explaining his pre-election promise of how, if his coalition took control of the government, he could maintain the RM1.92 per litre fuel price.

Shabery also cited Vene-zuela and Iran as examples where the prices of fuel were kept at artificially low prices. The two major oil exporting countries were paying for this by suffering high inflation rates.
"Malaysia is enjoying a low inflation rate despite the recent price hike," Shabery said, to applause from the crowd.

"Venezuela keeps its fuel price very low at 10, 15 sen. It is now facing a 30 per cent inflation rate. Iran also keeps its price low... it now has the eighth worst inflation rate in the world."



Shabery said the subsidy could not be sustained as it would affect economic growth in the long run.

"If we continue giving subsidies, oil giants like ExxonMobil and Shell will benefit from the people's money. Why don't we directly channel the money to the people?"

On Anwar's claim that the price of fuel could not be kept low in Malaysia because of mismanagement and corruption, Shabery countered by pointing to Norway (also an oil producer) and Finland, which have low corruption, but did not give subsidies to its people and the countries continued to thrive.

Anwar said his proposed 50 sen reduction in fuel price would cost RM5 billion.

He called for Tenaga Nasional Bhd to reduce its excess standby capacity from the current 40 per cent to 20 per cent, suggesting a reduction in the purchase from independent power producers (IPPs).

This, he said, would save RM2 billion.

Shabery countered that the IPP deals were signed during Anwar's tenure as finance minister.

The information minister also warned that if the government maintained fuel pump prices at the RM1.90 range that Anwar had promised, the fuel subsidies would total more than RM50 billion.

"This could hamper development programmes for the people."

Shabery also cautioned against thinking that Malay-sia's oil reserves would last forever.

"By 2015, we will become a net importer and within a few more years we could start to run out of oil."

The minister also reminded the audience of Anwar's history of going against the previous prime ministers who were behind Petronas' growth.

"You went against Tun Abdul Razak, who started Petronas; you went against Tun Dr Mahathir Mohamad, who worked for Petronas' growth.

"Pak Lah (Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) didn't take more than he should from Petronas, yet you are against him."

The debate titled "Form the government today, lower the fuel price tomorrow" was moderated by Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) chairman and NST columnist Datuk Johan Jaaffar. It was conducted in a cordial manner with Anwar and Shabery exchanging warm handshakes and smiles before and after the event.

The audience was also well behaved, with the only report of a problem outside the DBP hall. Three photographers claimed they were manhandled by security guards and later lodged police reports.

aff said...

debat minyak tu aku tak peduli sapa menang atau kalah. tolong bg tau dato' shahrir samad, brg naik menggila betul. aku baru nak repair rumah org tua aku yg bumbung dah bocor. costing bulan april hari tu RM 6,500. Bulan ni dah naik sampai Rm 9,000 alasan minyak naik, atap zing naik, kayu naik, paku naik, gaji tukang rumah naik, pasir naik, simen naik..darah pun dah naik ni

bronaga said...

tahniah pada kerajaan, tapi berry awk. Gagal sila letak jawatan!

Anonymous said...

Ada pemimpin lipis MR 10 % namanya hebat macam Tun Mahathir dan nak bertanding ajk pemuda pusat!

lamandau said...

Terus terang saya bagi 70 -30 untuk Anwar!! Shabery cik was very shabby!! It should not have taken place , giving Anwar the centre stage and forum for his political rhetorics!! A very junior minister against ex DPM!! bagaikan David and the Goliath!!! Tell Sahbery to resign, malu kan kaum aje!!