Sunday, June 29, 2008

Selingan 2

SADOMI

Sekali lagi 'pisang berbuah dua kali'. Saya beranggapan ianya akan berbuah untuk kali yang ketiga, keempat dan seterusnya, serta ada juga masa pisang berbuah orang tak tahu.

Pemuda memohon pihak berkuasa dan yang berkenaan agar melakukan siasatan terperinci terhadap lapuran polis yang telah dibuat. Pemuda mempunyai penuh keyakinan terhadap pasukan polis dan kewibawaan pihak hospital di dalam menyediakan lapuran kesihatan.

Pemuda berharap, orang yang membuat lapuran tersebut tidak di aniaya dan tidak di ugut oleh mana2 pihak serta diberi perlindungan sewajarnya oleh pihak polis.

MCA

Pemuda tabik MCA. Pemuda tabik Ong Ka Ting dan Chan Kong Choy. Pemuda berharap MCA akan terus kukuh dan menjadi rakan sejati UMNO di dalam BN, walau siapa pun yang bakal mengambil alih.

Pemimpin MCA telah mengambil kira kehendak akar umbi, kehendak ahli parti mereka. MCA tahu sekiranya peralihan ini tidak dibuat sekarang, masanya mungkin sudah terlambat. MCA mungkin sudah tidak relevan lagi pada PRU13.

Bravo MCA. Parti2 lain bila lagi?

35 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

Salam...

Kita boleh mengukur erti dan pengorbanan seorang sahabat sejati ketika menghadapi masa susah dan masa-masa sukar.

BN menghadapi masa mewah 2004 dan 2008 adalah masa terbaik untuk menguji kerja dan sahabat lain. yang setia akan setia dan yang tidak setia, UMNO jangan kecewa tetapi perlu memasang perjuangan lebih jauh.


pkrpasdap.blogspot.com

kulatlapok said...

salam SAKA yang TAK SAKA,


Tidak menjadi hairan kerana memang dah jadi produser macam tu untuk mencari pasaran dalam keadaan mood orang tengah naik mendadak. Dua tayangan filem sudah ada sekarang. Yang mana satu pilihan ahli panel kita serahkan kepada bijaksana mereka untuk memilih iaitu:-

1. KES FITNAH NAJIB
2. KES LIWAT 2 ANWAR.

BAB KES LIWAT NI ADUH LEMAHLAH HEROINNYA SAMPAI TAK TERDAYA MELAWAN NAFSU TURUT SAMA LEMAS DIGODA. HARAP HENSEM, TAPI SIFAT KEJANTANAN UNTUK MENANGKIS TU TAK ADA, PELIKNYA JANTAN NI. TAK APA JANJI MASYUUUKKKKKK......!!!!!!!

Nostradamus said...

"It looks like me, it sounds like me, it moves like me but but it is not me."

"It happened so long ago, I forgot"

"Peringatan kpd IGP. Jangan mengamuk lagi nanti dan tumbuk orang sekali lagi."

"Standby drebar. Untuk bawa tilam semula ke mahkamah."

Sebenarnya, nak tahu siapa yang liwat siapa kali ni?

kulatlapok said...

Asyik Tabik dengan PARTI LAIN JE..

Yang dalam UMNO bila lagi...??

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

abe MIE ada seorang sahabat bekerja bersama-sama. Kisah ini berlaku lebih 10 tahun lepas. Dia berbangsa India.

Kejadian berlaku jam 2.00-3.00 pagi. Pada masa itu disko yang beroperasi di damansara, selangor itu ingin menutup operasinya. jadi semua pelanggan diminta pulang.

Tiba-tiba datang VVIP, iaitu anwar ibrahim yang ketika itu menjadi TPM dan menteri kewangan. Beberapa orang guard peribadinya menyuruh disko dibuka tetapi hanya orang tertentu sahaja boleh memasuki termasuk beliau.

menurut sahabat saya yang bekerja di sana, katanya anwar
1. sedang minum minuman keras

2. dihimpit bidadari beberapa orang

3.kemudian menari dan berdance macam penari 70-an

4. berkaraoker sambil memeluk bidadari yang masih bergetah (azizah tak ada)...


mat sabu (PAS), pernah gelar anwar sebagai al-juburi...tetapi susah hendak percaya....


terimalah hakikat sekiranya kita memberitahu keburukan orang lain sebenarnya keburukan itu adalah diri kita sendiri. mungkin anwar kena terima sejarah yang dia alim ULARMAK dan alim kucing.

pkrpasdap.blogspot.com

Tai said...

Saya yakin pihak polis akan dapat bertindak dengan jujur.

Cumanya, si yang kena tuduh tu, janganlah kata konspirasi BN. Dia buat konspirasi kat orang, tak apa, tapi bila dia kena tuduh sebegini, pandai pulak menuduh orang buat konspirasi kat dia.

Yoptanjung said...

Bukan MCA aje tak relevan.... malah UMNO yg paling tak relevan. Baru keluar berita kisah liwat ANWAR yg kesahihan nya belum lagi dipastikan, pemuda dah mula menagguk diair keruh....... Bodoh! itu lah sifat Pemuda.... dari dulu sampai le sekarang.
Kalau dulu makamah pun keluar stement, takda kes nak dibicarakan mengenai Anwar.... itu pun setelah 6 tahun disumbat di penjara sg. buloh. Kali ini timbul lagi kisah liwat utk kali kedua. Rakyat pun dah takpercaya cerita2 macam ni pemuda woi.........
Dah le...... buat le sesuatu yg berguna wahai pemuda. Takpayah le nak besar2kan cite liwat ni.
Cari le ubat untuk mengubat UMNO yg dah kena gaut ni... dah tempang.. nanti takut mati lak sebelah badan langsung takberguna.

Janos said...

Sub Topik : MCA

Bravo MCA. Parti2 lain bila lagi?

Ditujukan kepada Presiden dan Timbalan Presiden ke?

Terus terang saja, jangan malu2...

kulatlapok said...

BARISAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

LU PIKIRLAH SENDIRII,
DAH SEPULUH TAHUN ANUNYA TAK PAKAI? BARU SEKARANG DAH NAK ON BALIKK?? BANYAK LAMA ANU TU BERTAHAN, IALAH BAYANGKAN SEPULUH TAHUN BUKAN NYA SATU HARI? KALU AKU PUNYA TU BUKAN 10 TAHUN.. LAHNIPUN SEKEJAP-SEKEJAP AJE NAK.. CEHH CERITA LAMA LAH TUU.. APA NAK FIKIRKAN? SEKARANG NI MKALUMAT PELAKON2 HEBAT KONPIRASI DSAI 10 TAHUN DULU DAH ADA DITANGANNYA TUNGGU UNTUK MELETUP JE TULAH PASAL 10 TAHUN MELIWAT BALIK?? ADA AKAI KAH KORANG???

ps* lepas ni jangan heran diorang angkat katil lak..LEPAS NI KERJA-KERJA ANGKAT KATIL NI DIBUAT OLEH AJK PEMUDA PUSAT.

Mohd Nadzri Kamsin said...

Drama Altantuya Najib dan Liwat Anwar sedang menjadi drama hangat di Malaysia sekarang ini.

Akar umbi UMNO Damansara Utama said...

Salam perjuangan,

1. Faham-faham sajalah bila tabik MCA itu apa maksudnya.

2. Perangkap atau tidak, yang penting pemburu itu tertangkap memakan umpan.

3. Kalau tidak perangkap, apakah motif UMNO membuat tuduhan palsu? Siapa yang lebih untung sekarang?

Siapa Tipu Siapa
http://umnodu.blogspot.com

Ahmad Muzammil said...

wahai SAKATBANGSA

ish2
skali buat boleyla
ni recycle skrip sama
org pn dah benci la
kreatifla sikeyt nk memfitnah pon..

Small Talk said...

Kepada penyokong PKR dan Anwar Ibrahim.
Sodomy tu LIWAT dan adalah tergolong dalam unnatural sex atau seks luar tabii.
Biar polis siasat dan tak perlu lah hebuh2.

http://dongtalk.blogspot.com/2008/06/sodomy-is-liwat.html

Unknown said...

Kita tengok sahaja kes liwat terbaru anwar ini... jangan jatuhkan hukuman sebelum ia diadili..

itu jelas berat sebelah sepertimana kes HAkim Chin apabila menteri dan kepimpinan tertinggi seolah2 mempercayai hakim itu berbanding bekas negarawan negara TUN Dr Mahathir...

dan saya lebih kesal apabila Menteri itu boleh kata Hakim Chin nampak baik dan menjalankan tugasnya dgn baik walaupun TDM sudah mengemukakan hujahnya..

oleh itu, Pemuda seharusnya juga bertindak jgn menjatuhkan hukuman sembarangan. ini kerana Anwar baru sahaja menjadi suspek dan bukannya terbukti lagi tuduhan yang dilemparkannya...

untuk parti MCA, seharus UMNO juga bertindak sedemikian. dengan keadaan sekarang jelas DS Pak LAh sudah tak relevan.. DS Najib juga sudah semakin kurang pengaruhnya dan dikhuatiri kalau naik akan menyebabkan lebih parah... biarlah DS Najib bertahan seketika di situ sementara Pak Lah diganti dengan org lain yg difikirkan layak

Rizman said...

Salam Hormat,

Berkenaan kes anwar ibrahim adalah menjadi satu isu yang agak panas, dan isu ini akan memperlihatkan kemarahan rakyat dan UMNO akan dipersalahkan dalam hal ini walaupun hal ini benar. UMNO harus memastikan siasatan polis yang dijalankan nanti tidak ada sebarang campur tangan oleh mana-mana pihak, tidak kira pihak Kerajaaan mahupun pihak pembangkang.

Pembangkang akan memainkan isu penipuan mahkamah dan siasatan polis yang tidak telus, dan ini akan membuatkan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat akan bangkit dan menentang akan tidakan yang bakal di ambil oleh pihak polis nanti. Jadi saya berharap agar pihak UMNO harus tangani sebarang isu yang bakal dibangkitkan oleh pihak Pakatan Rakyat.

Berkenaan isu MCA, saya ingin juga ucapkan tahniah kepada pihak tertinggi MCA yang berani membuat perubahan yang drastik. Biarlah akar umbi yang menentukan dan memilih siapa yang paling layak menjawat jawatan presiden itu nanti. UMNO pula bila nak berubah?. Begitu juga dengan MIC yang diketua oleh Pak Sammy Vellu, bila nak letak jawatan?.

Mengapa MCA boleh lakukan dan tidak pula parti komponen lain dalam Barisan Nasional terutama UMNO itu sendiri mengorak langkah yang sama sepertimana yang dilakukan oleh MCA?.

Oh lupa, Tok Ketua UMNO dah menyatakan yang dia masih lagi mendapat sokongan padu oleh rakyat dan akar umbi. Hehehe... pendapat peribadi dia itu merupakan pendapat majoriti ahli UMNO dan rakyat. Jadi saya tak perlu lagi persoalkan akan perubahan UMNO.

Salam Hormat

JoeSatriani said...

Salam Sejahtera Semua

Liwaat? DSAI. Aku dah naik fed-up. Kita ada masalah lagi besar perlu kita tangani wahai Pemuda UMNO. Mari kita cari jalan untuk membantu bangsa kita mengharungi kesusahan zaman sekarang ini. Anwar Ibrahim, takkan korang tak kenal cara dia,.. Jangan dilayan. biarkan Polis buat kerja. Mari kita berusaha meujudkan ramai lagi jutawan melayu, golongan kelas menengah melayu, orang melayu yang maju dan makmur. Mari kita memperkuatkan bangsa kita. Pertahankan kesucian Ugama Islam. Tidak usah layan orang yang bernama Anuar Ibrahim ni. Dia tuduh Dato' Najib macam-macam tak apa? Sekarang dia mengelabah puyuh. Org nak bunuh dia lah, orang nak racun dia lah, mak ooooi, orang dah takde keje lain ke.

MCA dah bagi petanda. UMNO bila lagi? Kita sebagai Pemuda UMNO, kena sampaikan hasrat akar umbi juga kan. Cepat Pak Lah serah kuasa kat Dato' Najib, lagi mudah kita memperkasakan Parti.

Kita harus memajukan orang Melayu. Lagi ramai lagi bagus. Tun Mahathir dengan cara dia! dan dia berjaya dengan cemerlang. Pak Lah malang sekali, kurang berjaya dan hampir menjerumuskan Melayu dan Malaysia dalam keadaan kelam kabut. ITU FAKTA. Sekarang biarlah Dato' Najib pula. Selepas tu TS Muhyiddin, Lepas tu Dato' Mustapha Muhamad Lepas tu Dato' Hishamuddin, lepas tu, kita tunggulah.

Harap Pemuda UMNO faham.

Hidup Melayu.....

Giga.secure said...

mungkin salah satu cara untuk mengalih perhatian orang pada kes Altantuya ialah dengan membuat satu lagi drama hebat ...

bagi pendapat aku, kes sebegini merugikan BN dan UMNO, ini terbukti dengan perpecahan melayu sepertimana yang kita tahu MELAYU ada dalam UMNO, ada dalam PAS, Ada dalam PKR & etc.

kalau tak kerana reformasi dulu, aku rasa BN tentu kuat sekarang nie..

abe MIE 'TERJAH' said...

SALAM..

kat Pantai dalam, 10ribu ahli keadilan minta penjelasan anwar al-juburi pasal

1. kenapa sembunyikan diri sedangkan pada 1988 dia lawan kalau bab liwat.
2. kenapa pilih kedutaan turki? kan turki negara sekular. bab al-juburi tak salah. kenapa tidak pilih kedutaan filipina? kan anwar suka ke sana.
3.Ujian ada menunjukkan ada kesan di dubur yang tertuduh. kenapa anwar diam?
4. kenapa anwar hanya mengaitkan kesnya dengan UMNO? kenapa tidak pertahankan diri?
5.Anwar dengan perempuan lain bagaimana? kalau aljuburi dah salah, bagaimana dengan al-buriti?
6. anwar tidak bersumpah?
7. Kes najib orang simpati sedangkan kes anwar tidak pula, kenapa? hanya penyokong yang bodoh dan benggak sahaja percaya anwar al-juburi adalah 'malaikat'...


kalau tidak, mereka semua akan mengisytihar masuk UMNO??? anwar kena jawab....


pkrpasdap.blogspot.com

selasih said...

"Pisang memang tak akan berbuah dua kali" Ordinary people with reasonable IQ can only be fooled once but I am not surprising that group of people like PEMUDA can be fooled more than twice. The sodomy story is old tactic and by the desperado government agent to damage DSAI reputation. People on the street also can sum up. The whole malaysian know that the judiciary system and the police is hopeless as they are the dogs that only serve their BN master. If they are so fair why are no investigation yet in LINGAM case? Why Najib and Rosmah and their aids are not being investigated in the murder of the Momgolian woman? If giving a choice people would prefer to have a homosex/bisex PM who is not corrupt than a murderer and corrupted PM.

bahalol said...

Kami rakyat Malaysia penuh yakin bahawa DSAI telah di fitnah sekali lagi oleh balachi yang amat takut kepada DSAI menjadi PM baru Malaysia pada 16hb September 2008. Walaupun berpuluh puluh repot polis dibuat terhadap keliwatan DSAI, kami rakyat Malaysia tidak akan tertipu oleh fitnah basi ini.Cubalah balachi cari idea yang lain kalau ingin sangat nak jatuhkan DSAI.

kiraziku said...

yang kena liwat tu pun lemah daripada ayam ke....ayam pun menggelupor bila kena tangkap...ish2 ....agaknya pegang tangan sikit dah boleh bantai....

Nostradamus said...

Nostradamus Quatrains on “Wag the Dog”

In the month named of a Roman King
The year of great games played by Greeks
Malaysie, a land where politikus battle
“Wag the Dog” the game is played

A man defamed twice over
Seeking restitution with Ottoman Kings
A plot being hatched as night awaits
Watch in trepidation by the man defamed

People in Malaysie cry in vain
Great turbulence and strife engulf
Lost is the fable of Mongolian assasins
Forgotten is the hatred of black oil curse

Men in power rule with joy
For winners, gold and lust awaits
Lost are the tales of greed and arrogance
Forgotten are the tales of men in chains

Little Napoleon kings jump in joy
For keeping the turf and rule once more
But alas, such is the game being played
The time to repent is so in vain

Stomach empty, spirit rise in men
Seeking justice for those in pain
A man of honor they seek within
To play a game of which to gain

Across the land, the people rose
Silence and patience is the game being played
Within the halls and corridors of fame
Man of honor win the game

From: Patek1472.wordpress.com

Mohd Nadzri Kamsin said...

Perdebatan tuduhan liwat ke atas Anwar semakin hangat diperdebatkan di blog saya.

Saya sendiri tidak pasti pihak mana yang betul.

Ada masa, sila berkunjung ke blog saya:

http://nadzrikamsin.blogspot.com/

Yoptanjung said...

For info yg tak melayari detikdaily. Disini saya attach for panduan Pemuda Umno.

Oleh Ali Bukhari Amir
Ia memang satu tindakan yang tepat ketika Anwar memilih 'berlindung' di rumah Duta Besar Turki di Malaysia. Memang ada percubaan membunuh Anwar. Jadi, sejak dulu lagi Anwar sepatutnya melarikan diri daripada cubaan membunuhnya pada zaman Reformasi 1998.

Masih ingat tumbukan Rahim Noor, bekas Ketua Polis Negara? Itu cubaan membunuh. Jadi, Anwar sepatutnya melarikan diri sejak dahulu lagi.

Ketika Anwar dalam ucapannya berkata, bahawa beliau bersedia dipenjara di bawah ISA dan menyifatkan hal tangkapannya itu sebagai wira, hati saya tidak bersetuju. Tapi, itu semua telah ditakdirkan. Jadi, tak apalah.
SPKB (Sekolah Pemikiran Kg Baru) melihat saat Anwar menyembunyikan diri ini sebagai 'sunnah' Musa a.s. Musa sebelum diangkat menjadi nabi dan rasul, baginda adalah 'The Fugitive'. (Pelarian politik)

Kisah bermula apabila Musa cuba meleraikan pergaduhan antara bangsa Mesir dan bangsa Yahudi. Ditakdirkan dengan sekali tumbuhan (tanpa niat membunuh) bangsa Mesir itu meninggal dunia.

Sejak itulah usaha memburu Musa dilakukan. Musa bersembunyi; menjadi pelarian siasah. Cerita ini telah dirakamkan Allah dalam al-Quran dengan jelas sekali. Soalnya, kenapakah kisah Musa melarikan diri ini disebutkan dalam al-Qur'an? Setiap yang disebut di dalam al-Qur'an penting belaka.

Hidup sebagai pelarian politik dinilai Tuhan sebagai sebahagian daripada perjuangan dakwah. Maka, sebab itulah Tuhan merakamkan period Musa menjadi pelarian politik sebagai peringatan ke atas jurudakwah.

Rasa-rasanya, belum pernah ada nabi-nabi selepas Musa yang mengkritik tindakan Musa melarikan diri dan bersembunyi daripada kepungan Fir'aun itu. Dan, belum ada ulamak yang melihat tindakan Musa melarikan diri itu sebagai langkah pengecut.

Melarikan diri daripada kepungan musuh adalah suatu kewajipan. Malah, Nabi Yunus yang kecewa dan patah hati lalu bertindak melarikan diri dari umatnya telah dihukum Allah dengan menghumban baginda dalam mulut ikan Nun. Maka, mereka yang melarikan diri dari tugas berdakwah kepada umatnya, manusia disekelilingnya adalah kelompok 'penjenayah dakwah'.

Melarikan diri dari kepungan musuh adalah bahagian daripada perjuangan dan hal ini jangan ditafsirkan sebagai tindakan pengecut, takut dan bacul. Ini adalah strategi perjuangan. Mereka bukan penjenayah dan tidak boleh dipersalahkan. Sesiapa pun mesti memberi perlindungan kepada mereka.

Nabi Muhammad s.a.w mengikut 'sunnah' Nabi Musa a.s
Adapun 'sunnah' Musa ini akhirnya diteruskan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang melarikan diri daripada kepungan musuhnya ketika Ali diminta tidur di atas katil baginda. Ini berlaku ketika hijrah baru mahu bermula.

Nabi Muhammad bersembunyi dalam sebuah gua dengan Abu Bakar. Abu Bakar melindungi Nabi Muhammad s.a.w sehingga kakinya disengat kala jengking, demikian menurut suatu riwayat.

Akhirnya, baginda telah dilindungi di Madinah oleh kaum Ansar (Aus dan Khazraj). Setelah itu lahirlah sebuah Negara Islam yang pertama di dunia!

Maknanya, selepas pelarian politik, barulah wujud satu medan pertarungan yang baru. BN tidak menadah al-Qur'an untuk menghitung detik kejatuhan mereka. Mereka fikir mereka kuat. Dan, inilah sifat Firaun sebelum lemas.

Nabi Musa a.s akhirnya menghentikan episod pelariannya setelah bertemu Nabi Syuaib a.s dan dinikahkan dengan salah seorang anak gadis nabi itu. Maka, bermulalah kehidupan baru yang seterusnya dia diangkat menjadi rasul pada suatu malam ketika melihat api di atas Bukit Thursina.

Maka, SPKB mewartakan 'fatwa': "Adalah wajib bagi sesiapa pun melindungi Anwar dengan apa cara dan kaedah daripada dibunuh Umno."

"Wajib mereka melindungi Anwar seperti mana Nabi Syuaib melindungi Nabi Musa dan seperti mana kaum Ansar memberi perlindungan ke atas Nabi Muhammad s.a.w." --- Demikianlah 'fatwa' SPKB tersebut.

Bak kata Hamka, (lebih kurang): "Sejarah adalah sebuah perjalanan kisah yang sentiasa berulang, tetapi dimainkan oleh watak-watak yang berbeza pada setiap zaman."

Anwar bukan Nabi Musa dan Abdullah tentulah bukan Firaun. Tapi, Pak Lah dan juak-juaknya kini sedang 'berjuang' menuju kematian mereka seperti tamatnya riwayat Fir'aun dan malapetaka, bala tenteranya di Laut Merah.

Sekolah Pemikiran Kg Baru
12:45 pagi, 1 Julai 2008

Razlan said...

Tuan Saka Bangsa,

Tak payah lah nak TABIK2 orang kafir,,,,

Pemuda MCA menyokong tindakan Majlis Peguam menanjurkan forum Kontrak sosial dengan alasan ianya memastikan hak bersuara.

Inilah masanya Orang Cina bersatu dengan apa sahaja tindakan atau rancangan mengugat Ketuanan Melayu.

Orang CINA tidak akan bersetuju dengan ikhlas dengan perjuangan orang-orang Melayu.

PM telah memberikan amaran dan sepatutnya Pemuda MCA tidak mengeluarkan kenyataan yang bercangah dengan arahan PM.

Apalah baral mereka ini, tidak kah mereka tahu siapakah dibelakang Majlis Peguam ini.

Nampaknya CINA bersatu untuk menimbulkan syak wasangka kepada rakyat Malaysia terhadap ketuanan Melayu.

Sekiranya Melayu masih tidak faham dan tahu tindakan dan rancangan mereka-mereka ini, tengoklah nanti, kita akan tergadai semuanya.

Pemimpin-pemimpin CINA sudah tidak menghormati Pemimpin Melayu, PM Sendiri sudah mereka tidak hormat, DAHULU mana berani mereka mempertikaikan perkara ini.

Unknown said...

Orang meroyan nak jadi PM sangat memang begitu. 10 tahun dulu dah kempunan, sekarang ni sudah syok sangat rasanya nak jadi PM sampai 'terliwat' pembantu peribadi. Kalau setakat bercakap je pandai, tong kosong, tak payahla DSAI bercita-cita lagi nak jadi PM.Orang pegi umrah nak beribadat kepada allah, dia pegi umrah sebab nak doa jadi PM depan Kaabah. Sembang agama gebang-gebang. Masyallah... umur pun dah 60 tahun dah, dah ble balik kampung tanam padi, harga padi pun dah mahal ni.

Wujudkan parti sebab nak jadi PM dan balas dendam. Wei nabi Muhamad dulu takde nak balas dendam kat orang Qurais la. Hati mau bersih, mulut mau baik. Bukan dok korek and merekacipta bukti palsu. Bila kena hentam, mintak tolong amerika, cis dayus macam tu ada hati nak jadi PM. P Ramlee kata 'pegedahhhh'.

kulatlapok said...

salamsaka bangsa,

korang tak tak tahu macammana kena anunya kat belakang. kalau dah rasa sendiri tahu. Sila ke 'cendawanmalaya' kisah benar anunya disodok aduuuuhh..bestnya

www.kulatlapok.blogspot.com

penjual rumpai laut said...

drama..drama..drama...

berapa byk drama nak buat daa? drama 'Korek' dan 'Kemboja' tak habis lagi tiba2 buat 1 lagi drama 'Liwat 2'

tak habis2 nak memperbodohkan rakyat. macam la rakyat ni bangang sangat nk terima drama yang ada ni.

cuba la buat drama 'Barang Murah' ka? 'Harga Minyak turun' ka? tak pon buat drama 'Melayu Bersatu'.

kesian la kat kami ni.

Unknown said...

Ramai yang belum apa2 lagi dah buat kesimpulan yang kes sodomy ni adalah konspiasi kerajaan. Siasatan meyeluruh pun belum selesai. Kalau betul2 benda ni jadi macam mana? Takkan nak memihak kepada orang yang salah pulak? Ke kalau kena pada pemimpin mereka semuanya tak betul? Pemimpin mereka je yang betul yang alim dan segalanya lah..

Unknown said...

Semua yang anwar cakap semua betul? Habih semua orang lain jahat? Segala apa yang terjadi dekat anwar semua nya sebab ada orang set up? Dewa apa dia ni sampai macam tu sekali pandangan orang terhadap dia?

penjual rumpai laut said...

typo*

'Mongolia'

Joe said...

terlalu banyak kemusykilan dalam kes anwar nie. Banyak yang perlu TPM jawab kerana kenyataannya yang disiarkan di akhbar utama sebelom ini.

1. Mengapa si penuduh berjumpa ngan TPM dan bukan polis selepas insiden berlaku? (dalam tempoh 48jam)
2. Naper jumpa TPM dan bukan Pak Lah atau menteri2 yang lain?
3. Mengapa TPm mengaku jumpa ngan si penuduh sekrang sebelom si penuduh buat laporan polis padahal dalam seblom nie hanya ngaku jumpa si penuduh 3 bulan lalu kerana penuduh ingin meminta biasiswa.
4.Macamana sorang 'bekas bakal mahasiswa' dengan keputusan gred yang biasa biasa dapat berjumpa ngan TPM dan bertanya akan soal biasisiwa?
5. Mengapa TPM boleh melayan seteru politik.. bukan yang berjawatan tinggi?

saya tak tau samada anwar ibrahim meliwat ke tidak, tetapi sebagai rakyat biasa, TPM perlu menjelaskan kepada rakyat akan segala kemusykilan yang timbul sekrang demi mempertahankan maruahnya

bahalol said...

Wahai sakai Bangsa!
Kenapakah blog anda ini tidak popular. Nampaknya berita tidak dikemaskini atau updated dan komen pun banyak yang mengutuk anda saja. Lebih baik anda tutup saja awal awal blog ini, tak perlu tunggu lama lagi.

Nampaknya Sakai Bangsa dah dalam peringkat nyawa ikan dan perlu masuk ICU

Tok Kemuning said...

Setuju 100% pisang berbuah dua kali. Kali pertama Anvar berumur 50an, kali kedua kini Anvar berumur 60an. Kali ketiga nanti Anvar berumur 70an. Kali keempat Anvar berumur 80an. Kali kelima Anvar berumur 90an. Dan kali seterusnya Anvar berumur 100 tahun lebih.

Malangnya Rakyat tidaklah sebodoh yang dianggap. Pinjam apa yang si Nabil cakap "Lu fikir ler sendiri".

ilham_sufi said...

blembut pulak abg mie....kalu kat siasah bkn main kutuk pas dgn dap...nih bla umno dgn mca cam double standard lak.....